layout news - pos.com.my filemenjayakan surat berita ini amatlah disanjung tinggi. sehubungan dengan...

8

Upload: leliem

Post on 17-Apr-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: layout news - pos.com.my filemenjayakan surat berita ini amatlah disanjung tinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangan anda dari segi idea, maklumat, karya, cadangan, kritikan dan sebagainya
Page 2: layout news - pos.com.my filemenjayakan surat berita ini amatlah disanjung tinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangan anda dari segi idea, maklumat, karya, cadangan, kritikan dan sebagainya

POSONLINEPosOnline merupakan portal urus niaga dalamtalian (online) Pos Malaysia yang telah ditubuhkanpada bulan Julai 2004 yang membolehkanpelanggan melaksanakan pembayaran bil sertaurusniaga yang lain melalui internet. Buat masasekarang, PosOnline menyediakan perkhidmatanurusniaga kepada lebih 40 buah syarikat penerimayang terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan dantempatan serta institusi swasta di Malaysia.

Perkhidmatan ini meliputi pembayaran bil utiliti,telekomunikasi serta internet, pembayaran zakat

02

isi kandunganLidah Pengarang

Bertemu kembali kita dalam keluaran terbaruPosNet untuk edisi Mac-April 2006.

Terlebih dahulu, sidang pengarang PosNet inginmengambil kesempatan ini bagi mengucapkanselamat Selamat Hari Pekerja kepada semuawarga Pos Malaysia.

Bulan Mac dan Apri l telah menyaksikanterjalinnya beberapa kerjasama strategik antaraPos Malaysia dan agensi kerajaan serta badankorporat yang terkemuka seperti TelekomMalaysia (TM), RAPID KL serta MAIDAM. Hal inimembuktikan keyakinan mereka terhadapkemampuan Pos Malaysia dalam mengendaliserta melancarkan urusan mereka dengan lebihsempurna.

PosNet berharap agar kejayaan ini dapatmengukuhkan lagi tekad warga Pos Malaysiauntuk terus berusaha bagi meningkatkan tahapkeupayaan serta kualiti perkhidmatan bagimemastikan agar kita dapat berdaya saingdengan syarikat-syarikat lain terutamanya diperingkat antarabangsa dan sentiasa mendapattempat di hati pelanggan kita.

PosNet ingin merakamkan penghargaan kepadamereka yang telah menyumbang idea dan hasilkarya kepada kami. Sememangnya sebagaisebuah ‘keluarga’ besar, kerjasama anda dalammenjayakan surat berita ini amatlah disanjungtinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangananda dari segi idea, maklumat, karya, cadangan,kritikan dan sebagainya amatlah kami harapkanbagi memastikan PosNet terus unggul. Untukitu, sila alamatkan segala sumbangan anda ke:-

Sidang Pengarang PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin50050 Kuala LumpurTel : 03-2267 2000Faks : 03-2274 5951E-mel : [email protected]

Akhir kata, diharapkan agar kita terus menjadiwarga kerja yang berjaya dan sehingga kitaberjumpa lagi dikeluaran PosNet yang akandatang.

Salam Hormat.

LIDAH PENGARANG ........................................ 00

SUDUT INFO

POSONLINE ..................................................... 00

BERITA SEMASA

KAD PERJALANAN BULANAN RAPIDKL KINIDIJUAL DI 98 BUAH PEJABAT POS ................. 00

KAD I-TALK DAN KAD RING RING KINI BOLEHDIDAPATI DI 61 PEJABAT POS ......................... 00

KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT KINI BOLEHDIDAPATI DI CAWANGAN POS MALAYSIATERENGGANU ................................................. 00

POS MALAYSIA SERTAI MINGGU SAHAMAMANAH MALAYSIA 2006 DI TERENGGANU .. 00

SUDUT POS

IBU PEJABAT ................................................... 00JAMUAN ULANG TAHUN ‘MAIL ROOM’EXXONMOBIL

SESI INDUKSI LEMBAGA PENGARAH BARU

SELANGOR ...................................................... 00PERARAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN1427 H

JOHOR ............................................................. 00LAWATAN Y.BHG. DATUK ABDUL MAJID BIN HJ.HUSSEIN, PENGERUSI POS MALAYSIA BERHADKE NEGERI JOHOR.

PULAU PINANG ................................................ 00MAJLIS PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN POSMALAYSIA P. PINANG BAGI TAHUN 2004

MELAKA ........................................................... 00PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADAPEKERJA BERSARA

POS MALAYSIA TANJUNG KLING MELAKATERIMA ANUGERAH AGENSI KUTIPAN ZAKATTERTINGGI

PAHANG ........................................................... 00

TERENGGANU ................................................. 00

SARAWAK ........................................................ 00

MESYUARAT BERSAMA KETUA-KETUA POS .. 00

MAJLIS KESYUKURAN PUSAT MEL MIRI ........ 00

SUDUT SETEM & FILATELI

SETEM BUAH-BUAHAN NADIR ........................ 00

SETEM PERMANDANGAN GUNUNG-GUNUNG DIMALAYSIA ........................................................ 00

SUDUT JAPENI

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI PERINGKATIBU PEJABAT ................................................... 00

BERITA WARGA POS

SENIOR MANAGEMENT RETREAT 2006 .......... 00

BERITA KELAHIRAN ......................................... 00

WARGA POS MALAYSIA PERAK TERPILIHMEWAKILI PASUKAN MYTEAM ........................ 00

SUDUT REKREASIPERTANDINGAN BAKAT SENI POS DIPERINGKAT ZON .............................................. 00

SUDUT SENI

POSMEN .......................................................... 00

SEMILIR JALAN OTHMAN ................................ 00

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

PENASIHATDato’ Ikmal Hijaz Hashim

PENGARANGRohaiza Hashim

PENOLONG PENGARANGYazli Muhammad SalehMaisara Noor Ahmad

PENYUMBANGMarzuki Mohd Noh, SelangorCT Nurzihan, Shah Alam

Semua warga Pos Malaysia Berhad adalah dijemputuntuk menyumbang berita, rencana, aktiviti bahagian/Negeri dan maklumat lain untuk dimuatkan di dalamPosNet. Semua sumbangan boleh dihantar kepada:

Sidang Pengarang PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin50050 Kuala LumpurTel : 03-2267 2000Faks : 03-2274 5951E-mel : [email protected]

sidang pengarang

SUDUT INFO

kepada 11 buah negeri di Malaysia sertapembayaran skim ansuran dalam talian. PosMalaysia kini sedang dalam perancangan untukmemperkembangkan perkhidmatan PosOnlinebagi memenuhi keperluan pelanggan masa kini.Pelanggan yang mempunyai talian internet bolehmenghubungi PosOnline pada bila-bila masa,di mana jua.

Page 3: layout news - pos.com.my filemenjayakan surat berita ini amatlah disanjung tinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangan anda dari segi idea, maklumat, karya, cadangan, kritikan dan sebagainya

03BERITA SEMASAKAD PERJALANAN BULANANRAPIDKL KINI DIJUAL DI 98BUAH PEJABAT POS

Pos Malaysia Berhad (PMB) dan Rangkaian PengangkutanIntegrasi Deras Sdn. Bhd. (RAPID KL) dengan rasminyamelancarkan kerjasama strategik pada 24 Mac 2006 untukmenyediakan kemudahan untuk pembelian Kad Perjalanan BulananRAPIDKL di pejabat-pejabat pos terpilih. Majlis MenandatanganiPerjanjian tersebut telah disempurnakan pada hari ini di KL Sentral,Kuala Lumpur. Pos Malaysia Berhad diwakili oleh YBhg Datuk AbuHuraira Abu Yazid, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan manakala

RAPID KL diwakili olehEn. Rein Westra, KetuaPegawai EksekutifRAPID KL. Turut hadirdalam majlis tersebutialah YBhg Dato’ IkmalHijaz Hashim.

Mulai 24 Mac lalu, KadPerjalanan BulananRAPID KL boleh dibeli di98 buah pejabat posterpilih di sekitar KualaLumpur dan Selangor.

KAD I-TALK DANKAD RING RING KINI BOLEHDIDAPATI DI 61 PEJABAT POS

Pos Malaysia dan TM telah melancarkan kerjasama strategik pada17 April 2006 bagi menyediakan kemudahan untuk pembelian kadI-Talk dan kad Ring-Ring di pejabat pos yang terpilih. MajlisMenandatangani Perjanjian tersebut telah disempurnakan padahari ini di Menara TM, Kuala Lumpur. Dalam Majlis MenandatanganiPerjanjian tersebut, TM diwakili oleh Naib Presiden bagi TM Sales,En. Shahruddin Salehuddin, manakala Pos Malaysia Berhad telahdiwakili oleh YBhg Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Ketua PegawaiOperasi Kumpulan / Pengarah Eksekutif. Turut hadir dalam majlistersebut ialah YBhg Dato’ Adnan Rofiee, Ketua Pegawai OperasiTM Retail.

Kad I-Talk dan kad Ring Ringtersebut dijual pada nilaiRM20.00 (I-Talk) danRM30.00 (Ring Ring) danboleh didapati di 50 buahpejabat pos terpilih di KualaLumpur dan Selangor sertadi sebelas buah PejabatPos Besar di seluruhMalaysia.

KEMUDAHAN PEMBAYARANZAKAT POS MALAYSIATERENGGANUMelalui kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam dan AdatMelayu Terengganu (MAIDAM), pelanggan Pos Malaysia diTerengganu kini mendapat lebih kemudahan untuk melunaskanpembayaran zakat mereka melalui 26 buah pejabat pos di seluruhnegeri tersebut. Kerjasama tersebut tercapai melalui pemeteraianperjanjian antara Pos Malaysia Berhad dan MAIDAM dalam satumajlis khas yang diadakan pada 19 April 2006. Mewakili PosMalaysia Berhad dalam majlis tersebut ialah YBhg Datuk Ikmal HijazHashim dan YBhg. Tan Sri Adam Kadir, pengerusi Pos ServicesHolding telah hadir sebagai saksi kepada perjanjian tersebut.Manakala MAIDAM diwakili oleh YBhg. Dato’ Haji Alwi binMuhamad, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM.

Pada 20 hingga 29 April 2006, Pos Malaysia Berhad telahmengambil bahagian dalam Minggu Saham Amanah Malaysia(MSAM) yang telah diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu.Setiap tahun Pos Malaysia akan mengambil bahagian di dalamMSAM. Pelancaran MSAM ini telah disempurnakan oleh PerdanaMenteri, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Bagi pihak PosMalaysia Berhad, Tan Sri Adam Kadir telah menyampaikancenderahati kepada YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawisewaktu lawatan beliau ke ruang pameran Pos Malaysia Berhad.Turut hadir sewaktu lawatan YAB Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi ialah YBhg Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, YBhg Datuk AbuHuraira Abu Yazid, Pengurus Negeri serta kakitangan Pos MalaysiaTerengganu.

POS MALAYSIA SERTAMINGGU SAHAM AMANAHMALAYSIA 2006 DITERENGGANU

Page 4: layout news - pos.com.my filemenjayakan surat berita ini amatlah disanjung tinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangan anda dari segi idea, maklumat, karya, cadangan, kritikan dan sebagainya

SUDUT POS04

IBU PEJABATJAMUAN ULANG TAHUN ‘MAIL ROOM’ EXXONMOBILBahagian Mel Korporat telah mengadakan Majlis Jamuan UlangTahun Mail Room di Exxon Mobil, Kuala Lumpur. Majlis ini bertujuanuntuk merapatkan lagi hubungan dua hala antara pihak Exxon Mobildan Pos Malaysia serta meningkatkan lagi kerjasama bagimemastikan agar urusan dapat dijalankan dengan lancar.

Antara yang hadir pada majlistersebut ialah pihak pengurusanExxon Mobil iaitu Tuan Haji Salimbin Mustam En. Roslan binAhmad, En. Mohd Zam Zam binSanoose serta kakitangan ExxonMobil. Mewakili Pos Malaysiaialah En. Ramlan bin Osman, En.Shahril bin Omar, En. Kunalandan En. Fauzi. Majlis itu turutdihadiri oleh kakitangan MelKorporat Exxon Mobil.

PROGRAM INDUKSI AHLI LEMBAGA PENGARAH BARUPada 30hb Mac 2006 (Khamis) sempena perlantikan dua ahliLembaga Pengarah yang baru, Unit Perancangan Korporat telahmengadakan satu program induksi bagi memperkenalkan kepadaahli- ahli Lembaga Pengarah yang baru tentang aktiviti perniagaanPSH. Ahli Lembaga Pengarah yang baru dilantik adalah YBhg Dato’Zukri Samat, dan Dr. Azizah Ariffin. Dato’ Zukri Samat adalahpelantikan baru bagi Lembaga Pengarah PSH manakala Dr AzizahAriffin adalah lantikan bagi Lembaga Pengarah PMB.

Program induksi ini juga disertai oleh ahli Lembaga Pengarah yanglain iaitu En. Segarajah Ratnalingam dan En. Koshy Thomas(pengganti En Segarajah) sertajemputan dari Khazanah NasionalBerhad iaitu En. Idham Ismail.Peserta program induksi ini turutdiiringi oleh YBhg Tan Sri AdamKadir, Pengerusi PSH, YBhgDato’ Ikmal Hijaz Hashim, KetuaPegawai Eksekutif PSH dan jugaDatuk Abu Huraira Abu Yazid.

PERARAKAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASULPERINGKAT NEGERI SELANGOR TAHUN 1427 HPMB Selangor telah menyertai perarakan Majlis SambutanMaulidur Rasul peringkat negeri Selangor pada 11 April 2006.Seramai 45 peserta telah menyertai program ini dan diketuai olehKetua Kontinjen En. Wan Mohamad Zakaria . Kontinjen PMB

Selangor telah di pilihsebagai PerarakanTerbaik Pertama bagikategori NGO / Badan– Badan Swasta danmemenangi sebuahpiala dan senaskahAl- Quran untuksetiap peserta.

SELANGORMAJLIS PEMBAYARAN ZAKAT PERNIAGAAN POS MALAYSIA P.PINANG BAGI TAHUN 2004Majlis tersebut telah diadakan pada 22. 3. 2006 bertempat diSafira Country Club, Seberang Jaya, Seberang Perai. PengurusNegeri, Tuan Haji Abdul Hadi bin Hamid telah menyampaikan cekpembayaran zakat tersebut yang berjumlah RM 29,991.00 kepadaYang DiPertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, YangBerhormat Shabudin bin Yahaya.

PULAU PINANG

JOHORLAWATAN Y.BHG. DATUK ABDUL MAJID BIN HJ. HUSSEIN, PENGERUSI POS MALAYSIABERHAD KE NEGERI JOHOR.Y.Bhg. Datuk Abdul Majid telah meluangkan masa mengadakan lawatan ke Pos Malaysia Johorpada 13 hingga 14 April, 2006. Beliau telah mengadakan lawatan ke Pejabat Pengurus NegeriJohor, Pejabat Pos Besar Johor Bahru, PosLaju, Pusat Mel Johor Bahru, Pejabat Pos Majidee,Senai, Simpang Renggam, Pos Renggam dan Pejabat Pos Kluang. Pihak pengurusan dankakitangan mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Y.Bhg. Datuk atas lawatan tersebut.

Page 5: layout news - pos.com.my filemenjayakan surat berita ini amatlah disanjung tinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangan anda dari segi idea, maklumat, karya, cadangan, kritikan dan sebagainya

PENYERAHAN SIJIL PENGHARGAAN KEPADA PEKERJA BERSARA

Pengurus Negeri telah menyerahkan Sijil Penghargaan kepada Ketua

Operasi Retail Puan Hjh Pani Mamat yang telah bersara secara VSS. Beliau

telah mula berkhidmat sejak JPP hingga 30 November 2005.Penyerahan

telah diadakan dirumah beliau sendiri baru-baru ini. Selain itu, Pengurus

Negeri juga telah menyerahkan Sijil Penghargaan kepada Tuan Hj. Adam

bin Mohd Yusof yang juga merupakan bekas Pengurus Negeri Melaka dari

tarikh 02.05.1998 - 30.05.2003 sebelum bertukar ke Ibu Pejabat yang

juga telah bersara secara VSS.

MELAKAPOS MALAYSIA TANJUNG KLING MELAKA TERIMA ANUGERAH AGENSI

KUTIPAN ZAKAT TERTINGGI

Pos Malaysia Tanjung Kling Melaka dianugerahkan agensi kutipan zakat

tertinggi bagi peringkat Pejabat-Pejabat Pos Negeri Melaka. Sijil

penghargaan telah diserahkan kepada Pengurus Negeri sempena Expo

Perdagangan Islam anjuran Pusat Zakat Melaka di Masjid Al-A’zim baru-

baru ini.

Penyerahan cek zakatperniagaan Pos MalaysiaPahang RM18,105 pada09.03.2006 oleh PengerusiNegeri kepada PengurusBesar Zakat Negeri Pahang.

Datuk Abdul MajidHussein merasmikanpelancaran HariBersama PelangganPos Malaysia Pahangpada 09.03.2006 diperkarangan GPOKuantan.

TERENGGANU

Majlis gotong royongyang dibuat di PejabatPos Jerteh

Majlis Persaraan kakitangan seramai 7orang yang diraikan. Majlis ini dibuat diMotel Desa dan dirasmikan oleh Tuan HajiNadza Abdul. Ketua Unit PerancanganKorporat.

PAHANG

MESYUARAT BERSAMA KETUA-KETUA POS

Dalam usaha untuk mencapai sasaran dan KPI bagi negeri Sarawak, Pos

Malaysia Sarawak telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua-Ketua Pos

pada 25.3.2006 di Sibu, 1.4.2006 di Miri dan 8.4.2006 di Kuching. Antara

isu-isu mesyuarat ialah untuk menyampaikan maklumat-maklumat penting

seperti sasaran hasil setiap pejabat pos, standard perkhidmatan, prestasi

operasi dan kewangan, KPI, strategi bagi meningkatkan hasil dan

mengurangkan kos dan sebagainya. Taklimat telah disampaikan oleh Encik

Othman Bin Abdullah, Pengurus Negeri Sarawak. Turut memberi taklimat

ialah Ketua PosNiaga, Ketua PosMel, Ketua Khidmat Sokongan,

Pengurus Pemasaran dan Pengurus Kewangan. Ketua-Ketua Pos

juga berpeluang memberi maklumbalas berhubung isu-isu yang

dibangkitkan.

Bersama-Samalah Berusaha Ke Arah Pencapaian Sasaran dan KPI!!

SARAWAK MAJLIS KESYUKURAN PUSAT MEL MIRI

Pada tanggal 1.4.2006, Pusat Mel Miri mencatat lembaran baru apabila

Pengurus Negeri Sarawak, En. Othman Bin Abdullah hadir untuk satu

majlis kesyukuran sempena dengan perpindahan Pusat Mel Miri dari Jalan

Cattleya, Krokop ke premis baru di Lot 1877, Piasau Ind. Estate, Jalan

Piasau Utara 4 pada 25.3.2006. Seramai lebih kurang 85 orang kakitangan

turut hadir di majlis tersebut yang bermula pada jam 12.45 tengah hari.

Solat Zuhur berjemaah dan solat hajat telah diadakan. Majlis berakhir dengan

satu jamuan tengah hari.

06SUDUT POS

Page 6: layout news - pos.com.my filemenjayakan surat berita ini amatlah disanjung tinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangan anda dari segi idea, maklumat, karya, cadangan, kritikan dan sebagainya

On 21 – 23 April 2006, a Management Retreat was heldin Avillion Port Dickson. The retreat brought together 48participants from across the PSH Group managementteam with the objective of bridging thought leadership

SENIOR MANAGEMENT RETREAT 2006within the company to consciously and to collectivelyrecommend the way forward for PSH Corporate Strategy2006 – 2010.

In his motivating keynote address, Dato’ Ikmal emphasized theimportance of teamwork and proactive collaboration in facilitatingthe achievement of the Group’s vision. He challenged themanagement team to apply breakthrough thinking andinnovation to inspire their people. In their leadership capacity,

the management team has to be inspirational tothe employees in driving the Group to greaterheights.

BERITA WARGA POS06

BERITA KELAHIRAN

Nur Aqilah Maisarah Berat : 3.06 kgTarikh Lahir : 2.2.2006Tempat Lahir : Putrajaya HospitalNama Ibu : Khadijah YusofJawatan : Senior Assistant ManagerBahagian : Corporate Planning Unit, PSHNama Ayah : Asnan Md Asrar

WARGA POS MALAYSIAPERAK TERPILIH MEWAKILIPASUKAN MYTEAMIrwan b Isa yang bertugas di Bahagian Serahan Metro A,Pos Malaysia Perak telah berjaya memasuki PasukanMyTeam. Dianggarkan peserta yang hadir sewaktu saringandi Perak adalah lebih dari 1,000 peserta. Selepas berjayamelepasi ujian ini, Irwan perlu bersaing dengan diri sendiriuntuk berjaya kerana segala kekuatan mental dan fizikal akanmenjadi ukuran. Pos Malaysia mengucapkan tahniah dansemoga berjaya kepada Irwan.

Page 7: layout news - pos.com.my filemenjayakan surat berita ini amatlah disanjung tinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangan anda dari segi idea, maklumat, karya, cadangan, kritikan dan sebagainya

POS MALAYSIA SERTAI PERARAKANMAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 2006.

Seramai 65 orang warga kerja PMB telah menyertaiperarakan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan bermuladari Dataran Merdeka sehingga ke Stadium Negara, KualaLumpur. Perarakan di ketuai oleh YBhg Dato’ Ikmal HijazHashim, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif diiringioleh Setiausaha Kebangsaan JAPENI, Tuan Hai Yusof Ismail.

Kemuncak Majlis Sambutan Maulud Nabi PeringkatKebangsaan ialah di Stadium Negara Kuala Lumpur yangtelah di hadiri oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong serta DYMM Raja Permaisuri Agong diiringioleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Abdullah Hj.AhmadBadawi dan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ SeriMohd.Najib Tun Abdul Razak dan isteri.

Selain itu, sambutan Maulidur Rasul turut diadakan denganjayanya di peringkat negeri seperti di Pulau Pinang, Selangordan lain-lain.

07SUDUT JAPENI

SUDUT SETEM & FILATELIBUAH-BUAHAN NADIRDALAM SETEM DAN SAMPULSURAT HARI PERTAMA

Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan setem khas dansampul surat hari pertama berkenaan “Gunung-gunung diMalaysia”. Setem-setem khas dan Sampul Surat HariPertama tersebut telah dilancarkan oleh YB Tan Sri DatukChong Kah Kiat, Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkapMenteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah

di Kota Kinabalu, Sabah pada 26 April 2006. Setemkhas tersebut akan menampilkan koleksi

permandangan gunung-gunung yangterkenal di

Malaysia dan diserata dunia iaitu

Gunung Kinabalu,Gunung Ledang,

Gunung Jerai,Gunung Mulu dan

Gunung Tahan.

GUNUNG-GUNUNGTERKENAL DI MALAYSIADIPAPARKAN DALAM SETEMDAN SAMPUL SURAT HARIPERTAMA

Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan setem khas sertaSampul Surat Hari Pertama yang memaparkan “Buah-Buahan Nadir” pada hari Selasa, 28 Mac 2006. Koleksisetem khas dan Sampul Surat Hari Pertama ini menampilkanbuah-buahan nadir yang unik di Malaysia serta di rantauASEAN. Antara buah-buahan yang dipaparkan dalamkoleksi ini termasuk buah Cermai, Ceri Terengganu, DurianNyekak, Terap Bulu, Jentik-Jentik serta Beruas.

Page 8: layout news - pos.com.my filemenjayakan surat berita ini amatlah disanjung tinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangan anda dari segi idea, maklumat, karya, cadangan, kritikan dan sebagainya

Pertandingan Bakat Seni Pos di peringkat Zon telah berjalan lancardan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada wargakerja PMB. Sebanyak 5 Zon telah dipertanggungjawabkan sebagaituan rumah dengan penyertaan dari semua lapisan warga kerjaPMB dari seluruh negara. Jumlah penyertaan yang tinggi telahmembuatkan urusetia-urusetia peringkat zon membuat pemilihanawal atau saringan. Zon Utara (Butterworth) telah dihadiri seramai23 peserta, Zon Tengah (Shah Alam 20 peserta), Zon Selatan(JohorBahru 22 peserta), Zon Timur (Kuantan 8 peserta) dan Zon Sabah/Sarawak(Kuching 24 peserta).

Syabas kepada Juara, Naib Juara dan Ketiga sebagai terbaikdiperingkat Zon. Terima kasih ditujukan kepada pengurusan-

PERTANDINGAN BAKAT SENI POS DI PERINGKAT ZONpengurusan negeri yang terlibat kerana berjaya memberikerjasama sepanjang pertandingan dijalankan dan peserta-peserta juga telah menunjukkan komitmen yang amat baiksemasa pertandingan ini.

Seramai 10 peserta dengan markah tertinggi dari setiap zonakan berpeluang untuk din i la i semula oleh jur i untukmemasuki ke peringkat separuh akhir yang akan diadakanpada 8 Jun 2006 di Dewan Sri Pos, Ibu Pejabat PosMalaysia, Kompleks Dayabumi. Pertandingan akhir pulaakan diadakan serentak dengan pertandingan akhir Koiryang akan diadakan pada 9 Jun 2005 di Dewan Gemilang,Universiti Malaya.

SUDUT REKREASI08

SUDUT SENI

Setiap pagiKau dinantiSetiap hariKau ditungguDeruman motormuSudah dikenali…

Anak dara suntiMenanti surat cintaPak Cik, Mak Cik,Menunggu kiriman dari kotaAhli perniagaanMenunggu wang berjutaNamun yang tibaSurat hutang jua

Bukan niat hati ini untuk melangkah pergiBukan jua diri ini tega mengkhianatiNamun apalah daya jiwa iniMenolak ketentuan hati

Jalan OthmanKalau dulu … Di hatimu ada khidmatPernah dititipAda rasa pernah di coretTapi kini … Segalanya tersimpan di kamar hatiAda cerita yang tak dapai di bukuAda kisah yang tiada penghujungnyaBiar rahsia hanya tinggal sebuah namaKerana tiada yang akan peduliBentakan hati kecil ini

Suatu saat nanti … Hati ini pasti akan kembaliMenghela semilirmu Jalan Othman

CT NurzihanGPO Shah Alam

Posmen Semilir Jalan OthmanNamun kauTetap dinanti juaKerana kau pengunjung setiaPemberi khidmatTak kira cuacaBerhujan … berpanasBiasa sahajaWalau rintangan sentiasa adaWalau dihambat anjing gilaKau tetap gembira

Terima kasihAdik, abang, encik, Pak PosItulah gelaran untukmuNamun yang pastinyaKau adalahPosmen kesayangan semua

Marzuki Mohd NohKelana Jaya, Selangor