layout news - pos.com.my · pdf fileagama anjuran pos malaysia pulau ... dalam menjayakan...

12

Upload: lyhanh

Post on 02-Feb-2018

249 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri
Page 2: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

POS MALAYSIA INTEGRATED TRACK &TRACE INFORMATION SYSTEM (PITTIS)Pos Malaysia Berhad telah merangka pelan induksistem teknologi maklumat “Enterprise InformationSystem Strategic Plan (EISSP)” bagi merealisasikanaspirasi perkhidmatan cemerlang kepada parapelanggannya. Sistem Jejak dan Kesan (Trackand Trace) dikenalpasti sebagai salah satukomponen utama dalam rangka pelan tersebut.

Penubuhan projek Pos Malaysia Integrated Track& Trace Information System atau PITTIS bermulapada bulan November 2005. Matlamat projek

02

isi kandunganLidah PengarangLIDAH PENGARANG ........................................ 02

SUDUT INFO

POSONLINE ..................................................... 02

BERITA SEMASAMALAYSIA JADI TUAN RUMAH UNTUKMESYUARAT ASIAN-PACIFIC POSTAL UNION(APPU) 2006 ..................................................... 03

POS MALAYSIA BERHAD DAN BCB-CIMBGROUP LANCAR PAKATAN STRATEGIK .......... 03

POS MALAYSIA SERTAI SMIDEX 2006DI KUALA LUMPUR .......................................... 03

SUDUT POS

IBU PEJABAT ................................................... 04PERLAWANAN BOWLING PERSAHABATANANTARA ASIAXPRESS DAN MATRADE

SELANGOR ...................................................... 04PENYAMPAIAN BAYARAN FAEDAHPERSARAAN HILANG UPAYA

PERAK .............................................................. 04PELANCARAN KAUNTER PANDU BAYARPEJABAT POS BATU GAJAH

MELAKA ........................................................... 04MESYUARAT JAWATANKUASA MELAKAMAJU 2010

PAHANG ........................................................... 04TAKLIMAT MINGGUAN PENGURUS NEGERIPAHANG

SARAWAK ........................................................ 05LAWATAN RASMI YBHG TAN SRI ADAM KADIR,PENGERUSI PSH KE SARAWAK

PERASMIAN PEJABAT POS SIBUJAYA

NEGERI SEMBILAN .......................................... 05LAWATAN PESERTA PLKN

JAMUAN PERPISAHAN KETUA OPERASI RETAILNEGERI.

SUDUT REKREASI

PERTANDINGAN AKHIR BAKAT SENI POS ...... 08

PERTANDINGAN AKHIR KOIR 2006 ................. 08

KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KALIKE XIII MERIAH! ................................................ 09

GEMILANG MALAM PANCAWARNA POSMALAYSIA 2006 ............................................... 09

SUDUT KHASPEMENANG ANUGERAH PEJABAT POSTERBAIK 2005 .................................................. 10

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANG POSMALAYSIA 2006 ............................................... 10

SUDUT SETEM & FILATELI

SIRI KETIGA KOLEKSI “IKAN AIR TAWAR”DIPAPARKAN DALAM SETEM DAN SAMPULSURAT HARI PERTAMA .................................... 11

POS MALAYSIA KELUAR SETEM PERINGATANSEMPENA ULANG TAHUN KE-50 DEWANBAHASA DAN PUSTAKA .................................. 11

SUDUT JAPENI

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN CERAMAHAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAUPINANG ............................................................ 11

PROGRAM JAPENI-PUTERI POSDI KUANTAN ..................................................... 11

SUDUT SENI

GENGGAMAN KEJAYAAN ................................ 12

BOLA ................................................................ 12

BERITA WARGA POS

BERITA KELAHIRAN ......................................... 12

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

sidang pengarang

SUDUT INFO

ini adalah untuk memperbaiki sistem jejak dankesan serta “billing system”yang sedia ada,berlandaskan amalan terbaik dalam industriterbabit. Sistem ini akan dibina menggunakanapplikasi SAP (SAP Supply Chain Management– Event Management) dan merangkumikeperluan ‘specialty products’ iaitu PosLaju,PosEkspres, PosDaftar dan Bungkusan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi PengarahProjek PITTIS, Encik Nordin b. Abd Rashid.

Salam sejahtera dan bertemu kembali di keluaranke-10 PosNet.

Fokus kita pada kali in ialah mengenai KarnivalSukan Pos Malaysia, Pertandingan Bakat Posserta Pertandingan Koir yang telah diadakan diKuala Lumpur. Sidang Pengarang PosNet inginmengucapkan tahniah kepada Tuan RumahKarnival Sukan tahun 2006, iaitu Pos MalaysiaKuala Lumpur atas usaha dan dedikasi merekadalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semuapemenang bagi Karnival Sukan, PertandinganBakat Pos serta Pertandingan Koir, ribuan tahniahdiucapkan kepada semua. Kepada yang tidakberjaya, cuba lagi pada masa akan datang.

Bahagian Komunikasi Korporat telah terlibatmenganjurkan Majlis Makan Malam Tahunan PosMalaysian ingin mengambil kesempatan di siniuntuk mengucapkan ribuan terima kasih kepadasemua AJK dan petugas yang telah membantuBahagian Komunikasi Korporat di dalammenyelenggarakan majlis tersebut.

Selain itu, Mesyuarat Asia-Pacific Postal Union(APPU) juga telah diadakan dari 9 sehingga 12Mei 2006 di Kuala Lumpur. Mesyuarat inimerupakan antara acara paling penting yangdianjurkan oleh Pos Malaysia Berhad pada tahun

ini dan ia juga merupakan kali kedua Malaysiamenjadi tuan rumah kepada mesyuarat ini.

PosNet ingin merakamkan penghargaan kepadamereka yang telah menyumbang idea dan hasilkarya kepada kami. Sememangnya sebagaisebuah ‘keluarga’ besar, kerjasama anda dalammenjayakan surat berita ini amatlah disanjungtinggi. Sehubungan dengan itu, sumbangananda dari segi idea, maklumat, karya, cadangan,kritikan dan sebagainya amatlah kami harapkanbagi memastikan PosNet terus unggul. Untukitu, sila alamatkan segala sumbangan anda ke:-

Sidang Pengarang PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin50050 Kuala LumpurTel : 03-2267 2000Faks : 03-2274 5951E-mel : [email protected]

Akhir kata, diharapkan agar kita terus menjadiwarga kerja yang berjaya dan sehingga kitaberjumpa lagi dikeluaran PosNet yang akandatang.

Salam Hormat.

PENASIHATDato’ Ikmal Hijaz Hashim

PENGARANGRohaiza Hashim

PENOLONG PENGARANGYazli SalehMahfidz Haji OmarMaisara Noor Ahmad

PENYUMBANGZawawi Abdullah, PahangBong Tung Hui, SarawakAzani Bin Che Din, Pulau PinangMohd Fitri Reza, Asia XPress, KL

Farizal Mustaffa, MelakaKaramjit Kaur, Perak

SUDUT SENI & SURAT KEPADA PENGARANGSemua warga Pos Malaysia Berhad adalah dijemputuntuk menyumbang berita, rencana, aktiviti bahagian/Negeri dan maklumat lain untuk dimuatkan di dalamPosNet. Semua sumbangan boleh dihantar kepada:

Sidang Pengarang PosNetBahagian Komunikasi KorporatTingkat 34, Menara DayabumiJalan Sultan Hishamuddin50050 Kuala LumpurTel : 03-2267 2000 Faks : 03-2274 5951E-mel : [email protected]

Page 3: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

03BERITA SEMASAMALAYSIA JADI TUAN RUMAH UNTUK MESYUARATASIAN-PACIFIC POSTAL UNION (APPU) 2006Buat kali kedua, Malaysia telah menjadi tuan rumah bagi MesyuaratAsian-Pacific Postal Union (APPU) 2006 yang telah diadakan diHotel Shangri-La, Kuala Lumpur dari Selasa, 9 Mei hingga Jumaat,12 Mei 2006.

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh YB Dato’ ShazimanAbu Mansur, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi di HotelShangri-La, Kuala Lumpur pada 9 Mei 2006.

Mesyuarat ini, yang merupakan anjuran bersama KementerianTenaga, Air dan Komunikasi, Suruhanjaya Multimedia danKomunikasi Malaysia serta Pos Malaysia telah menghimpunkanlebih daripada 120 orang wakil dari 29 buah negara di rantau Asia

POS MALAYSIA BERHADDAN BCB-CIMB GROUPLANCAR PAKATANSTRATEGIKPada 3 Mei 2006 Pos Malaysia Berhad (PMB) dan BCB-CIMBGroup dengan rasminya melancarkan pakatan strategik bagimenyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk membayar bilserta urusniaga dalam talian (online). Majlis tersebut telahdisempurnakan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur.

Dalam majlis pelancaran tersebut, Pos Malaysia Berhad diwakili olehYBhg Dato’ Ikmal Hijaz Hashim Pengarah Urusan / Ketua PegawaiEksekutif manakala BCB-CIMB Group diwakili oleh YBhg Dato’ NazirRazak, Ketua Eksekutif Kumpulan. Turut hadir dalam majlis tersebutialah YBhg Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Ketua Pegawai OperasiKumpulan / Pengarah Eksekutif Pos Malaysia & Services HoldingsBerhad serta Yang Mulia Tunku Ahmad Burhanuddin, Ketua, PejabatKetua Pegawai Eksekutif, BCB-CIMB Group.

POS MALAYSIA SERTAISMIDEX 2006 DI KUALALUMPURPada 20 hingga 29 April 2006, Pos Malaysia Berhad telahmengambil bahagian dalam Pameran Pembangunan Industri Kecildan Sederhana (SMIDEX) yang telah diadakan di KL ConventionCentre, Kuala Lumpur. Setiap tahun Pos Malaysia mengambilbahagian di dalam SMIDEX. Pelancaran SMIDEX 2006 ini telahdisempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Datuk Seri AbdullahAhmad Badawi.

Pasifik untuk berkongsi idea dan pendapat untuk meningkatkankerjasama di kalangan ahli APPU bagi mengukuhkan keupayaanrantau Asia Pasifik bagi menerajui dunia dalam sektor perkhidmatanpos dan kurier. Mesyuarat ini juga diadakan bagi merangka strategiserta inisiatif bagi meningkatkan kualiti dan perkhidmatan secarakolektif.

Mesyuarat APPU ini diadakan secara tahunan dan berfungsisebagai sebuah medan bagi perkongsian pendapat di antaranegara ahli berkenaan dengan pengalaman serta kaedah terbaikuntuk pembaharuan dalam sektor pos dan pembangunanperniagaan serta dalam pemantapan hubungan antarabangsa dikalangan negara ahli.

Page 4: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

SUDUT POS04

IBU PEJABATPERLAWANAN BOWLING PERSAHABATAN ANTARAASIAXPRESS DAN MATRADEBuat pertama kalinya, AsiaXpress telah menganjurkan perlawananpersahabatan dalam acara sukan bowling pada 23 Jun 2006, padajam 8.30 malam di Pyramid Mega Lanes, Bandar Sunway, PJ.Perlawanan persahabatan adalah untuk mengeratkan lagihubungan antara AsiaXpress dan MATRADE. En. Azman telahmengetuai pasukan AsiaXpress manakala En. Aznin mengetuaipasukan MATRADE. Seramai 13 pemain mewakili pasukan masing-masing pada perlawanan ini.

Keputusan perlawanan tersebut memihak kepada pasukanMATRADE dengan mengumpul jatuhan pin sebanyak 4530berbanding 3780 oleh AsiaXpress. Pasukan MATRADE juga berjayamemperolehi antara jatuhan pin individu yang tertinggi iaitu 466pin dalam 3 permainan perlawanan oleh pemainnya En. Idezulamridan juga jatuhan pin kumpulan tertinggi sebanyak 1236 pin oleh

PELANCARAN KAUNTER PANDU BAYAR PEJABAT POS BATUGAJAHPada 17 Mei 2006 PengurusNegeri En Mohd Azizi binMohd Sanusi telahmelancarkan KaunterPandu Bayar di pejabat PosBatu Gajah. Majl ispelancaran ini telahdihadiri oleh seramai 150kakitangan dan daripihak agensi berdekatanPejabat Pos Batu Gajah.

PERAKMESYUARAT JAWATANKUASA MELAKA MAJU 2010Pengurus Negeri menyampaikancenderahati kepada Pengurus BesarPerbadanan Air Melaka Ir Hj Baharambin Mohd selepas menghadiriMesyuarat Jawatankuasa Melaka Maju2010 di pejabat beliau baru-baru ini.

Pos Malaysia Melaka merupakan salahsatu jawatankuasa yang terbabit dalammemastikan impian Ketua MenteriMelaka bagi merealisasikan Melaka Majupada tahun 2010 tercapai.

MELAKA

SELANGORPENYAMPAIAN BAYARAN FAEDAH PERSARAAN HILANG UPAYAPenyerahan cek berjumlah RM11,186.72 sebagai bayaran faedahpersaraan hilang upaya kepada Encik Mohd. Badrul bin Md. Barioleh Pengurus Sumber Manusia Pos Malaysia Selangor, Puan NoraAdom. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada ibu beliaudalam satu upacara ringkas di rumah keluarga Encik Md. Bari diSekinchan, Selangor.

Encik Mohd Badrul mula bertugas di Cawangan Serahan Jalan Sultan,Petaling Jaya mulai 8 Mac 2004. Beliau telah mengalami kemalanganpada 17 Disember, 2004 semasa dalam perjalanan untuk ket e m p a t kerjanya di Cawangan Serahan Jalan

Sultan. Kemalangan tersebut telahmenyebabkan beliau koma sehinggakini. Semasa bertugas di PosMalaysia, beliau merupakanseorang pekerja yang berdisiplin,mematuhi arahan, berbudi bahasadan rajin dalam menjalankantugas.

pasukan MATRADE B yang dianggotai oleh En.Aznin, En. Mahadzirdan En. Idezulamri. Yang pasti, pada malam itu, pemain-pemaindari kedua-dua jabatan telah dapat berkenalan antara satu samalain sambil bersuka-ria walaupun ada pihak yang menang dan kalah.

Penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakanselepas permainan tamat.

TAKLIMAT MINGGUAN PENGURUS NEGERI PAHANGTaklimat mingguan oleh Pengurus Negeri, En. Ashim Jamat danPegawai-Pegawai kanan, diadakan pada setiap hari Isnin, jam 8:30pagi di Pejabat Pengurus Negeri. Pada taklimat ini semuakakitangan di Pejabat Pos Negeri dikehendaki menyediakan tekslaporan kerja mingguan. Setiap Ketua SBU dikehendakimenyampaikan maklumat terbaru dan menerima tindakan balasdaripada kakitangan di Pejabat PPN bertujuan untuk memperbaikiserta semakan tugas-tugas minggu sebelum dan tugas-tugasminggu semasa. Disamping itu juga bagi menyemarakkan lagisuasana , semua kakitangan di Pejabat PPN menyanyinkan lagu‘WARISAN’ bagi menaikkan semangat serta membentuk kerjasecara berkumpulan.

PAHANG

Page 5: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

LAWATAN RASMI YBHG TAN SRI ADAM KADIR, PENGERUSIPSH KE SARAWAKYBhg Tan Sri Adam Bin Kadir, Pengerusi PSH telah membuatlawatan rasmi selama 3 hari ke Sarawak dari 15hb hingga 17hbMei 2006. YBhg Puan Sri Manisah Adam turut mengiringi beliaudalam lawatan ini. Lawatan ini juga adalah untuk memberi sokongankepada kerajaan Barisan Nasional bersempena dengan PilihanrayaNegeri Sarawak yang diadakan pada 20 Mei 2006.

Pada hari Isnin,15.5.2006, YBhg Tan Sri telah menghadiri satutaklimat di Bilik Mesyuarat PPN Sarawak mengenai Pos MalaysiaSarawak yang disampaikan oleh PengurusNegeri Sarawak, EncikOthman Bin Abdullah. YBhg Tan Sri jugaberpeluang memberi taklimat

kepada semuahadirin. Selepastaklimat, YBhg TanSri telah melawatbeberapa pejabatseperti Pusat MelKuching danPejabat PosB e s a rKuching.

SARAWAK

LAWATAN PESERTA PLKNLawatan Pelatih Khidmat Negara Modul Khidmat Komuniti siri 3/2006 Kumpulan 2 dari Kem Ulu Pari, Kota Negeri Sembilan D.K.telah diadakan pada 31 Mei 2006

Seramai 80 orang peserta PLKN telah membuat lawatan ke PejabatPos Besar Seremban dengan melawat Bhg Kaunter, Pusat MelSeremban, Pusat Poslaju dan Bhg Serahan Metro A dan B.

Taklimat bagi Pusat Mel Seremban telah diberi oleh PengurusProsesan, En. MohdShekkeri, Kaunter oleh En.Malek Jali, Poslaju OlehTn.Hj. Khidhir Abdul Razakdan Serahan oleh En. AbdulSamad Abu.

NEGERI SEMBILAN

05SUDUT POS

YBhg Puan Sri pula telah dibawa melawat Perbadanan KraftanganSarawak dengan diiringi oleh beberapa orang ahli Puteri Pos Sarawakyang diketuai oleh Pengerusinya, Puan Noor Arini Bte Mat Daud.

Selepas makan malam di restoran makanan laut di Buntal, YBhg TanSri dan Puan Sri juga sempat melawat markas pilihanraya PBBCawangan N6 Tupong Petra Jaya pada jam lebih kurang 10.00 malam.YBhg Tan Sri dan Puan Sri telah disambut oleh Yang Berhormat EncikFadzillah Bin Hj. Yusof Ahli Parlimen Petra Jaya yang mewakili YangBerhormat Datuk Ir. Daud Abdul Rahman ADUN N6 Tupong yangsedang sibuk dengan tugasan politik di kawasan lain.

Pada 16.5.06, YBhg Tan Sri dan Puan Sri bertolak ke Sibu bagimenghadiri acara seterusnya. Mereka diraikan dengan satu majlismakan malam di sebuah hotel dan kemudiannya berkunjung kemarkas pilihanraya PBB Cawangan N43 Nangka. Yang BerhormatEncik Awg Bemeee Bin Awg Ali Basah ADUN Nangka bersamahampir 100 orang anggota parti PBB Barisan Nasional telahmenyambut mereka di markas tersebut.

Semua warga Pos Malaysia Sarawak mengucapkan terima kasihkepada YBhg Tan Sri dan Puan Sri atas kesudian melawat BumiKenyalang.

PERASMIAN PEJABAT POS SIBUJAYAMajlis Perasmian Pejabat Pos Sibu Jaya pada 17.5.06 telah disempurnakan oleh Yang Berhormat DrSoon Chonn Teck, Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam merangkap ADUN N46 Dudong.Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YBhg Tan Sri Adam Kadir serta YBhg Puan Sri ManisehAdam. Majlis pembukaan rasmi ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang jemputan terdiri daripada Ketua-ketua Jabatan dari agensi kerajaan dan swasta serta penduduk tempatan. Di majlis tersebut, YB MenteriMuda mengucapkan terima kasih kepada Pos Malaysia kerana menubuhkan sebuah pejabat pos untukkemudahan para penduduk di kawasan Sibu Jaya dan sekitarnya. Sebagai ADUN N46 Dudong di manaterletaknya Sibu Jaya, maka YB telah menyampaikan rasa sukacita beliau atas kesudian Pos Malaysia menyahut seruan kerajaanuntuk menyediakan kemudahan asas seperti perkhidmatan pos di kawasan luar bandar.

JAMUAN PERPISAHAN KETUA OPERASI RETAIL NEGERI.Semua warga Pos Malaysia Negeri Sembilan D.K. mengucapkanjutaan terima kasih kepada Pn. Hasina Bakar sepanjang beliaumencurahkan tenaga dan bakti beliau di Pos Malaysia NegeriSembilan D.K. khasnya. Semua Wargakerja Pos Malaysia N e g e r iSembilan D.K.terutama PejabatPengurus Negerim e n g u c a p k a nSelamat Maju Jayakepada beliau.

Page 6: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

SUDUT REKREASI06K

AR

NIV

AL

SU

KA

NP

OS

MA

LAY

SIA

PE

RTA

ND

ING

AN

BA

KAT

PO

SP

ER

TAN

DIN

GA

NK

OIR

MA

LAM

PAN

CA

WA

RN

AP

OS

MA

LAY

SIA

Page 7: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

07SUDUT REKREASI

Page 8: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

Tiga belas negeri telah bertanding untuk pertandingan koir yangdianjurkan oleh Puteri Pos. Pertandingan telah dijalankan sebanyak2 peringkat iaitu Peringkat Zon dan Peringkat Akhir. Daripada 13pasukan koir, hanya 5 sahaja yang berjaya memasuki peringkatakhir iaitu Sabah, Sarawak, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

Pertandingan akhir telah dijalankan di Dewan Gemilang dimanatetamu kehormat pada malam itu ialah YBhg.Datin Dr. Siti Zaleha

Abdullah Sani, PengerusiPuteri Pos Kebangsaantelah menyampaikanhadiah bersamaYBhg.Dato’ Ikmal HijazHashim. Antara yang turuthadir pada malam itu ialahp e n g u r u s - p e n g u r u snegeri bersama isteriselaku Pengerusi PuteriPos Negeri, wakil pihakKesatuan dan Persatuan

PERTANDINGAN AKHIR KOIR 2006serta penyokong-penyokong dari negeri masing-masing.

Koir dari Pos Malaysia Selangor telah berjaya sebagai Juara Koir2006 mendapat hadiah wang tunai RM 5000, piala dancenderahati. Tempat kedua ialah koir dari Johor dituruti oleh Sabah,Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing dengan hadiahwang tunai dan barangan.

“Kami telah berusaha dengan lebih keras lagi apabila kami ketahuikami berjaya masuk ke pertandingan akhir,” kata salah seorangorang kuat Koir Negeri Selangor. Mereka juga menyatakanpemilihan jurulatih yang tepat merupakan faktor utama menjadi juarakali ini. Manakala Koir dari Sabah pula menyatakan keputusanadalah diluar jangkaan mereka “Kami yakin kami akan mendapatjuara melihat kepada persembahan kami pada peringkat zon,apapun kami terima sebagai satu semangat dan memperbaikikelemahan kami “

Posnet mengucapkan syabas dan tahniah kepada pemenang-pemenang.

08

PERTANDINGAN AKHIR BAKAT SENI POSPertandingan Bakat Seni Pos yang julung-julung kali telah diadakanuntuk seluruh wargakerja Pos Malaysia telah mendapat sambutanseramai 92 peserta dari 5 zon. Warga kerja Pos Malaysia telahmenampilkan bakat menghiburkan manakala ada juga yang sedangmencuba-cuba dalam bidang ini. Zon selatan telah memonopolidua tempat teratas pertandingan akhir yang diadakan di DewanGemilang, Universiti Malaya. Juara Bakat Seni Pos 2006 telahdimenangi oleh Mohd. Tasyif Zaman Ibrahim dari Johor mendapathadiah wang tunai RM 1500 dan sebuah piala, Naib JuaraAbd.Rahman Hassan juga dari Johor mendapat RM 1000 danpiala manakala tempat ketiga, Hassan Abu dari Pahang wang tunaiRM 700 beserta piala.

Mohd Tasyif, 28 atau lebih dikenali sebagai Bob, kakitanganserahan JB6 menyatakan rasa terharu diatas kemenangannya “Lagu Semalam Yang Hangat sungguh bererti bagi saya, kalau ikut

penilaian juri peringkat zon, saya seperti tidak percaya mencapaiketahap ini, kejayaan ini merupakan peluang untuk memperbaikilagi diri saya, kemenagan ini untuk semua”. Abd.Rahman, 49 atauMancha dari PosLaju Johor telah lama menceburi bidang ini. “Inilahpertandingan yang telah mengiktiraf diri saya dalam bidang seniselama ini selain dari kesetiaan saya bersama Pos Malaysia”.Peserta-peserta yang layak ke peringkat akhir telah menampilkanbakat mereka yang hebat seperti Alifah Salmah Hj. Shuib (Shima)dan Rosli Mohd.Amin (Elly). “Menang bukan berertinya rakan kamiyang lain itu kalah, mereka juga ada potensi dan ada kelebihanmasing-masing” kata Hassan.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Ikmal HijazHashim manakala juri profesional ialah saudara Lukhman S dansaudara Izhar Azwa. Kedua-duanya adalah juri yang berpengalamandalam bidang muzik. Tahniah kepada semua pemenang.

SUDUT REKREASI

Page 9: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

KARNIVAL SUKAN POS MALAYSIA KALIKE XIII MERIAH!

Sepanjang karnival ini berlangsung, secara keseluruhannya atlet-atlet telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi danberjalan dengan lancar. Pengurus-pengurus Negeri telah jemputuntuk menyampaikan piala-piala pertandingan manakala YBhg.Dato’Ikmal Hijaz Hashim, selaku Yang Di Pertua Majlis Penasihat SukanPos Malaysia telah menyampaikan hadiah dan piala acara bolasepakyang diadakan pada hari kemuncak pertandingan. Johan KarnivalSukan pada kali ini dimiliki oleh tuan rumah Pos Malaysia KualaLumpur, Naib Johan Selangor dan Ketiga Terengganu.

09SUDUT REKREASI

Buat julung kalinya, kakitangan Pos Malaysia Berhad di seluruhMalaysia telah berkumpul bagi meraikan Makan Malam Tahunanyang diadakan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan DuniaPutra pada Sabtu, 10hb Jun 2006.

Makan Malam Tahunan yang bertemakan Malam Pancawarna iniadalah bertujuan untuk mengumpulkan sebahagian kakitangan-kakitangan Pos Malaysia di seluruh Malaysia di sampingmengeratkan lagi hubungan mesra antara lebih kurang 2700kakitangan yang hadir.

Antara tetamu kehormat yang hadir bagi meraikan MalamPancawarna tersebut ialah Tan Sri Adam Kadir iaitu Pengerusi PosMalaysia & Services Holdings Berhad dan Datuk Abdul Majid binHaji Hussein, Pengerusi Pos Malaysia Berhad. Turut hadir pada

Karnival Sukan Pos Malaysia kali ke Xlll tahun 2006 telah diadakandari 7 Jun hingga 11 Jun 2006. Universiti Malaya telah dijadikanlokasi pertandingan dan penginapan kontinjen-kontinjen dimanaupacara perasmian telah telah diadakan di Padang Varsiti, universititersebut pada 8 Jun 2006 jam 8.00 pagi. YBhg. Tan Sri AdamKadir telah diberi penghormatan untuk merasmikan karnival iniserta melepaskan belon sebagai menandakan perasmian karnivalsukan untuk tahun 2006. YBhg.Datuk Abdul Majid Haji Husseinserta YBhg.Dato’ Ikmal Hijaz Hashim juga diberi penghormatanuntuk paluan gendang bagi membakar semangat kesukanan untuksemua atlet yang berjuang sepanjang sukan itu.

Sebanyak 8 acara sukan telah dipertandingkan iaitu Tenpin Bowling, Karomdan Badminton untuk lelaki dan perempuan, manakala Ping Pong, BolaTampar, Sepak Takraw, Bola Jaring dan Bolasepak untuk lelaki sahaja.

GEMILANG MALAM PANCAWARNA POS MALAYSIA 2006majlis tersebut ialah Dato’ Ikmal Hijaz bin Hashim, Pengarah UrusanKumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif PSH serta Pengarah Urusan/ Ketua Pegawai Eksekutif PMB dan Datuk Abu Huraira bin AbuYazid, Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PSH.Semua tetamu kehormat yang hadir turut ditemani oleh isterimasing-masing.

Bagi memeriahkan lagi majlis Malam Pancawarna ini, penyampaianpenghargaan kepada Anugerah Pekerja Terbaik serta AnugerahPejabat Pos Terbaik turut diadakan. Pada malam tersebut juga,para kakitangan yang hadir telah dihiburkan dengan persembahandari pemenang-pemenang bagi acara Bakat seni Pos dan Koirserta artis undangan, Ezlynn. Majlis Malam Pancawarna inimerupakan malam kemuncak bagi acara Sukan Tahunan PosMalaysia serta Bakat Seni Pos dan Koir.

Page 10: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

PEMENANG ANUGERAH PEJABAT POS TERBAIK 2005

SUDUT KHAS10

ANUGERAH PEKERJA CEMERLANGPOS MALAYSIA 2006

KATEGORI POSMENHUSSEIN BIN ZAINUDDINJawatan Sekarang : Posmen (P14A)Alamat : Pejabat Pos Negeri, Kuching, SarawakUmur : 27 tahunTarikh Mula Kerja : 3 Julai 2000

KATEGORI KERANIMOHAMAD KAMAL MOHAMAD REJABJawatan Sekarang : Kerani (P12)Alamat : Pejabat Pos Negeri, Pulau PinangUmur : 49 tahunTarikh Mula Kerja : 15 Oktober 1979

KATEGORI PENYELIAKHIRI MAT HUSINJawatan Sekarang : Kerani Kanan (P11)Alamat : Cawangan Setiawan, PerakUmur : 53 tahunTarikh Mula Kerja : 1 Mei 1974

KATEGORI PERTAMA KEDUA KETIGA

PEJABAT PENGURUS NEGERI KELANTAN MELAKA SARAWAK

PEJABAT POS BESAR KOTA BHARU MELAKA SHAH ALAM

PEJABAT POS DAERAH KANGAR BU TTERWORTH ALOR GAJAH

PEJABAT POS SEDERHANA TANJUNG KLING KEPALA BATAS BATU GAJAH

PEJABAT POS KECIL CHENG B.B. AYER ITAM SRI GADING

PUSAT MEL BESAR BUTTERWORTH JBMC, LARKIN KUALA LUMPUR

PUSAT MEL KECIL KOTA BHARU B. BARU BANGI SUNGAI PETANI

CAWANGAN SERAHAN BESAR BAGAN RAWANG SIMPANG, TAIPING

CAWANGAN SERAHAN KECIL TANAH MERAH MASJID TANAH SANDAKAN

PUSAT POSLAJU MIRI KOTA BHARU SHAH ALAM

PEJABAT POS MINI SOUTH CITY PLAZA FELDA LUI MENGGATAL, SABAH

PEJABAT POS ‘DUBIOUS’ TAWAU RENGAM KARANGAN

Page 11: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

11SUDUT SETEM & FILATELI

SUDUT JAPENI

Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan setem khas danSampul Surat Hari Pertama bertemakan “Ikan Air Tawar” padahari Khamis, 25 Mei 2006. Setem serta Sampul Surat HariPertama ini menampilkan koleksi ikan air tawar yang unik diMalaysia serta rantau ASEAN. Antara spesies yang dipaparkandalam koleksi terbaru ini ialah Jelawat (Leptobarbus Hoevenii),Patin (Pangasius sp.), Sebarau (Hampala Macrolepidota), Temoleh(Probarbus Jullieni), Baung (Mystus Nemurus) dan Keli (ClariasBatrachus).

Satu ciri yang unikdalam koleksiterbaru ini ialahperincian hologrampada LembaranMini. Ini merupakankali kedua bagiPos Malaysiamenge lua rkanbahan fi latel idengan perincianhologram di

mana kali pertama ianyadikeluarkan ialah pada tahun 1999.

SIRI KETIGA KOLEKSI “IKAN AIRTAWAR” DIPAPARKAN DALAMSETEM DAN SAMPUL SURATHARI PERTAMA

Pos Malaysia hari ini mengeluarkan koleksi Setem Peringatanbersempena dengan ulang tahun ke-50 Dewan Bahasa danPustaka. YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein, MenteriPendidikan Malaysia telah melancarkan setem peringatan tersebutselepas perasmian Menara DBP di Jalan Dewan Bahasa danPustaka. Turut menghadiri majlis perasmian tersebut ialah YBhg.TanSri Adam Kadir, Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Berhad,YBhg. Dato’ Ikmal Hijaz Hashim, Pengarah Urusan Kumpulan / KetuaPegawai Eksekutif PosMalaysia & ServicesHoldings Berhad sertaPengarah Urusan / KetuaPegawai Eksekutif PosMalaysia Berhad sertaYBhg. Datuk Johan Jaaffar,Pengerusi of DBP.

Terdapat tiga rekaan setemyang memaparkan imejyang signifikan bagi DBP.Selain daripada mengeluarkan Setem Peringatan tersebut, PosMalaysia juga turut mengambil bahagian dalam Sambutan UlangTahun Ke-50 DBP di mana setem tersebut akan dipamer serta dijualkepada pengunjung di Dewan Bahasa dan Pustaka.

POS MALAYSIA KELUARSETEM PERINGATAN SEMPENAULANG TAHUN KE-50 DEWANBAHASA DAN PUSTAKA

Sebahagian dari ahli PUTERI POS Pahang menjamu selera selepasceramah dan taklimat semasa Program JAPENI pada 14 Jun 2006.Kiri: Puan Dayang Aminah Osman Pengerusi Puteri Pos Pahangbersama ahli-ahlinya sedang menjamu selera.

MAJLIS BACAAN YAASINDAN CERAMAH AGAMAANJURAN POS MALAYSIAPULAU PINANGSatu Majlis Bacaan Yaasin Dan Ceramah Agama telah diadakanpada 29.5.2006 hari Isnin jam 5.00 petang dan dihadiri oleh lebihdaripada 80 orang kakitangan termasuk Pengurus Negeri. BacaanYaasin telah diadakan di surau manakala Ceramah Agamabertajuk “Mencari Keberkatan Di Dalam Bekerja” oleh Ustaz KhairilAnuar Bin Hazmi pula diadakan di Unit Prosesan Mel Butterworth,Pos Malaysia Berhad Pulau Pinang. Majlis ini adalahsebagai motivasi k e p a d akakitangan supayadapat berkhidmatdengan lebihcemerlang sertam e m p e r k u a t k a nketakwaan kepadaAllah dan kejayaansyarikat.

PROGRAM JAPENI-PUTERIPOS DI KUANTAN

Page 12: layout news - pos.com.my · PDF fileAGAMA ANJURAN POS MALAYSIA PULAU ... dalam menjayakan aktiviti tahunan ini. Bagi semua ... memastikan impian Ketua Menteri

Siti Khadijah Berat : 3.25 KgTarikh Lahir : 31/12/2005Tempat Lahir : Hospital SerembanNama Ibu : Fazlia Binti MahayuddinJawatan : Juruanalisa SistemTempat Bertugas : Ibu Pejabat PoslajuNama Bapa : Fairul Ezzuan Bin Rasaik

SUDUT SENI12

berita warga pos

Genggam bara apiBiar sampai jadi arangPastikan cekal tiupan semangatmuKental bagaikan besi wajaWalau terpaksa merenangi lautan dalamWalau terpaksa mendaki gunung yang tinggiJiwa dibuai kebimbangan yang berbelah bagiNamun cuma satu tewas jangan sekali

Persaingan sengit dirasai sudahIbarat buku bertemukan ruasBerlawan tenaga menghempas pulasPerah keringat hingga ke titisan terakhirWalau memaksa tangisan air mata darahBertahanlah segagah yang mungkinMenyerah kalah tidak terlintas difikiran

Abaikan gema gempita jeritan manusiaBersorak ingin mengubah pandanganJangan sampai menggadaikan maruahUsah diikutkan rasa nanti badan binasaBertindaklah sewaras-warasnya temanKerana itu mendorong erti kesabaranAlang-alang menyeluk pekasamBiar sampai ke pangkal lenganKejayaan berada di hadapanCabaran demi cabaran mendatangSiulan kemenangan menjadi kenyataan

Norafizah KamarudinPembantu Pegawai PosPusat PosLaju Nilai, N. Sembilan

Bola bulatBola oh bolaBola dalam hatiBola dalam poket

Bola menguasai masaBola mengatasi perasaanBola oh bolaBola segala

Bola bangunkan diaBola yang utamaBola dalam mimpiBola jam tiga pagi

Bola dalam bulletinBola masuk kampongBola terjah duniaBola oh bola

Bola di bajuBola di kakiApa lagi …Gol gol gol …Itulah pengaruh bola

Zurinah IsmailPejabat Pos Padang TembakPulau Pinang

GenggamanKejayaan

Bola