layout 2005 final 06.03 · 2020. 5. 4. · perbadanan juga turut melaksanakan kempen budi bahasa...

68
Perutusan Pengerusi 4 Kata Alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif 6 Maklumat Korporat 7 Visi, Misi dan Objektif Piagam pelanggan Fungsi-fungsi Anggota Perbadanan Labuan Ahli Majlis Penasihat Carta Organisasi Kumpulan Pengurusan Laporan Aktiviti Bahagian Pengurusan Dan Pembangunan Organisasi 13 Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Pengurusan Kewangan Bahagian Teknologi Maklumat Bahagian Audit Dalam Bahagian Perundangan Perkhidmatan Pelanggan 21 Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kerajaan Tempatan Perpustakaan Awam Labuan Bahagian Harta Dan Penilaian Unit Perhubungan Awam Perancangan Dan Pembangunan 33 Bahagian Perancangan Dan Penyelarasan Bahagian Pembangunan Dan Kejuruteraan Bahagian Pelaburan Dan Sosio Ekonomi Pelancongan Dan Kebudayaan 45 Bahagian Pelancongan Dan Kebudayaan Penyata Kewangan 2005 49 Isi kandungan

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Perutusan Pengerusi 4Kata Alu-aluan Ketua Pegawai Eksekutif 6

    Maklumat Korporat 7

    Visi, Misi dan ObjektifPiagam pelangganFungsi-fungsiAnggota Perbadanan LabuanAhli Majlis PenasihatCarta OrganisasiKumpulan Pengurusan

    Laporan Aktiviti BahagianPengurusan Dan Pembangunan Organisasi 13

    Bahagian Khidmat PengurusanBahagian Pengurusan KewanganBahagian Teknologi MaklumatBahagian Audit Dalam

    Bahagian Perundangan

    Perkhidmatan Pelanggan 21

    Bahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kerajaan TempatanPerpustakaan Awam LabuanBahagian Harta Dan PenilaianUnit Perhubungan Awam

    Perancangan Dan Pembangunan 33

    Bahagian Perancangan Dan PenyelarasanBahagian Pembangunan Dan KejuruteraanBahagian Pelaburan Dan Sosio Ekonomi

    Pelancongan Dan Kebudayaan 45

    Bahagian Pelancongan Dan Kebudayaan

    Penyata Kewangan 2005 49

    Isi kandungan

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 2

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 3

    P E R B A D A N A N L A B U A N

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 4

    lhamdulillah dengan limpah kurnianya, pihak Perbadanan telah

    berjaya sekali lagi menerbitkan Laporan Tahunannya bagi tahun

    2005. Laporan Tahunan ini merupakan salah satu wadah yang dapat

    memaklumkan kepada masyarakat Labuan khususnya dan negara

    amnya mengenai aktiviti-aktiviti dan pencapaian tugas yang telah

    dilaksanakan oleh Perbadanan pada tahun tersebut.

    Selaku Pengerusi Perbadanan, saya amat berkeyakinan bahawa

    Perbadanan mempunyai kemampuan dan berkomitmen padu untuk

    menyempurnakan tanggungjawab yang telah diletakkan ke atasnya

    oleh kerajaan. Masyarakat Labuan boleh berbangga dengan keadaan

    pulau yang bersih. Tanah-tanah lapang dihiasi dengan pokok-pokok

    berbunga dan landskap yang indah. Acara pelancongan dianjurkan

    untuk menarik lebih ramai pengunjung luar ke Labuan. Sejak

    penubuhannya setiap tahun, ada sahaja projek baru yang dibangunkan

    oleh Perbadanan setelah permohonan peruntukan untuk melaksanakan

    projek diluluskan oleh kerajaan.

    Pulau Labuan hanya mempunyai keluasan 92km2 dan penduduknya

    hanya 76 ribu orang tetapi peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan

    melalui Perbadanan ataupun agensi lain untuk menyediakan kemudahan-

    kemudahan asas telah mencapai jumlah berbillion ringgit. Pada tahun

    ini, kerajaan telah meluluskan pelaksanaan projek memanjangkan

    landasan dan bangunan lapangan terbang Labuan. Projek ini dijangka

    siap pada tahun 2007, akan membolehkan lapangan terbang Labuan

    menerima pendaratan pesawat yang lebih besar. Kemudahan ini boleh

    digunakan untuk meningkatkan industri pelancongan di Labuan dan

    sekaligus amat menepati polisi open sky yang ada pada masa ini.

    Walaubagaimanapun, terdapat batasan perkara-perkara yang boleh

    dilaksanakan oleh badan separa kerajaan seperti Perbadanan.

    Pembangunan di Labuan perlu disertai oleh pihak swasta dan

    persendirian. Menggunakan kemudahan yang telah disediakan, pihak

    tersebut hendaklah melaksanakan aktivit i-aktivit i yang akan

    merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di pulau ini. Kerana itulah

    kedua-dua pihak perlu bersedia untuk memberi dan menerima. Apabila

    ikatan dan persefahaman ini dapat direalisasikan, maka hasrat melihat

    Labuan maju menjelang 2020 tidak dapat diragui lagi.

    Selaras dengan hasrat kerajaan yang amat menitikberatkan delivery

    service, Perbadanan juga akan mengadakan program untuk meneliti

    semula objektif, misi dan visi organisasi. Perancangan dan pelaksanaan

    strategi akan lebih mudah sekiranya objektif organisasi jelas dan difahami

    oleh semua. Kerana itulah latihan untuk pegawai/ kakitangan Perbadanan

    akan diteruskan dan diperbanyakkan. Budaya bekerja yang baik seperti

    sense of belonging, sense of commitment, sense of loyalty dan sense

    of urgency kepada organisasi dan tugas akan disuburkan di kalangan

    mereka. Dengan sokongan mereka, Perbadanan akan dapat

    menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap, berkualiti, telus, konsisten,

    berintegrasi dan berakauntabiliti untuk masyarakat.

    Perbadanan juga akan terus bekerjasama dengan pihak yang berkenaan

    untuk membanyakkan kempen-kempen budi bahasa, program-program

    yang dapat meningkatkan kemahiran generasi muda dan warga pulau

    supaya anggota masyarakat yang mempunyai jati diri dan mampu

    berdikari serta bersedia menyumbang kearah kemajuan Labuan dapat

    dilahirkan. Ia juga menjamin pulau ini akan sentiasa mempunyai sumber

    insan yang berkualiti untuk meneraju pentadbiran Labuan dalam segala

    bidang.

    Saya amat berharap pengurusan Perbadanan akan berusaha lebih gigih,

    agar Perbadanan mampu menjadi salah satu organisasi yang akan

    menjadi role model kepada yang lain dalam tempoh 5 tahun akan datang.

    Segala kekurangan hendaklah dijadikan cabaran. Dengan menggunakan

    kepakaran, pengalaman dan keupayaan yang ada, Perbadanan akan

    memantapkan iltizam untuk memajukan Labuan setanding dengan

    kemajuan W.P. Kuala Lumpur dan Putrajaya. Tuhan tidak akan mengubah

    nasib sesuatu masyarakat. Masyarakat itu sendiri yang mempunyai

    tanggungjawab untuk mengubah nasib diri sendiri, keluarga, bangsa dan

    negara.

    Sekian. Wassalam.

    YB Dato Hj.Suhaili Abd.Rahman

    Pengerusi Perbadanan Labuan

    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

    A

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 5

    P E R B A D A N A N L A B U A N

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 6

    aya bersyukur Ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinnya

    Laporan Tahunan Perbadanan Labuan (PL) Tahun 2005 dapat

    disiapkan dan dibukukan.

    Selain daripada mematuhi Keperluan Akta 609, Laporan ini adalah untuk

    memberi gambaran keseluruhan pengurusan Perbadanan serta aktiviti-

    aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2005 kepada masyarakat

    Labuan secara amnya.

    Selaku Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkuasa Perancangan

    Tempatan bagi W.P. Labuan, Perbadanan telah berusaha untuk

    menyempurnakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadanya dengan

    memuaskan.

    Bermula daripada awal tahun, Perbadanan telah menyahut seruan

    Kerajaan untuk membantu mangsa-mangsa bencana ombak besar

    TSUNAMI yang berlaku di beberapa negeri di Malaysia dan negara-

    negara jiran pada penghujung tahun 2004. Perbadanan telah menyelaraskan

    penyediaan tabung untuk menerima sumbangan daripada masyarakat

    Labuan untuk para mangsa. Sebanyak RM250,503.69 telah berjaya

    dikutip dan telah diserahkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

    Kedah untuk diagih-agihkan.

    Perbadanan juga telah mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi

    percambahan fikiran dikalangan pegawai untuk membincangkan secara

    terperinci projek-projek yang ingin dipohon untuk dilaksanakan dalam

    RMKe-9. Senarai projek telah berjaya disediakan dan telah dikemukakan

    kepada Kementerian Wilayah Persekutuan untuk tindakan selanjutnya.

    Sesi Percambahan Fikiran ini adalah satu pendekatan yang baru kerana

    sebelum ini, projek-projek yang dipohon tidak dibincangkan secara

    terperinci dan hanya diuruskan oleh Bahagian-bahagian yang terlibat

    sahaja. Projek-projek pembangunan yang dipohon diharap akan

    mengaktifkan lagi pembangunan ekonomi di pulau ini.

    Perbadanan juga turut melaksanakan Kempen Budi Bahasa yang

    diinisiatifkan oleh Kerajaan Pusat. Pelancaran kempen telah diadakan

    pada bulan Mac dengan kerja-kerja penanaman pokok bunga raya secara

    beramai-ramai. Kempen ini diharap dapat melahirkan warga yang

    mempunyai peradapan yang mulia dan mesra.

    Dalam RMKe-8, satu projek besar telah dapat disiapkan iaitu Terminal Feri

    Penumpang Labuan yang menelan belanja RM33 juta. Warga Labuan dan

    pengunjung-pengunjung daripada luar dapat menggunakan kemudahan

    yang lebih selesa berbanding dengan bangunan yang sebelumnya. Terdapat

    7 projek lain yang masih dalam pelaksanaan.

    Secara keseluruhannya, prestasi Perbadanan adalah memuaskan jika

    dilihat dan skop kerja yang luas, iaitu termasuk menjaga kebersihan dan

    keindahan pulau, menyediakan perkhidmatan perbandaran, mengusahakan

    aktiviti-aktiviti pelancongan dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan

    keraian dan protokol untuk tetamu-tetamu ternama yang berkunjung ke

    Labuan.

    Perbadanan akan mengambil tindakan yang lebih efektif pada tahun-tahun

    seterusnya supaya perkhidmatan yang disediakan dapat memenuhi

    keperluan pelanggan dan menepati hasrat kerajaan.

    Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi sokongan ke

    atas usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Perbadanan.

    Sekian.

    Abidin bin ArshadKetua Pegawai Eksekuti fPerbadanan Labuan

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

    S

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 7

    WAWASANMenjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai pulau yang maju, indah dan ceriamenjelang tahun 2015

    VISIMemastikan pembangunan terancang melalui:

    • Pembangunan sosio ekonomi yang maju dan mampan.

    • Peningkatan prasarana dan perkhidmatan yang berterusan.

    • Menjadikan Pulau Labuan Taman Percutian dan Perniagaanyang unik dan menarik serta memenuhi citarasa kedamaian,ketenangan, kemewahan dan cabaran.

    OBJEKTIF• Menjadikan Perbadanan sebagai sebuah agensi yang terunggul

    dan berwibawa.

    • Menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi, sosial, budayadan sukan di WP Labuan.

    • Membangunkan industri pelancongan dan aktiviti komersialdi WP Labuan.

    • Menjadikan WP Labuan sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia.

    • Menjadikan Perbadanan sebagai agensi perancang dan pihak kuasatempatan yang cekap, berkesan dan berdikari.

    PIAGAM PELANGGANKami berjanji untuk menyediakan perkhidmatan yang cemerlang, cekap dan mesra dan melaksanakanprogram pembangunan yang berkualiti selaras dengan dasar pembangunan negara.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 8

    Fungsi - FungsiFungsi-fungsi Perbadanan Labuan mengikut Seksyen 4, Akta 609 – Akta Perbadanan Labuan

    2001 adalah seperti berikut :

    a. Memajukan dan merangsang WP Labuan sebagai destinasi pelancongan, kawasan

    bebas duti dan pusat perdagangan;

    b. Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan

    ekonomi dan sosial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

    c. Memajukan, merangsang dan mengusahakan perkembangan kesenian,

    kebudayaan, sukan dan aktiviti-aktiviti rekreasi dalam Wilayah Persekutuan

    Labuan;

    d. Memajukan, merangsang, memudahkan dan mengusahakan pembangunan

    pelancongan dan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian,

    perindustrian dan komersial dalam Wilayah Persekutuan Labuan;

    e. Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan dalam Wilayah Persekutuan

    Labuan;

    f. Melaksanakan segala fungsi pihak berkuasa perancang tempatan dalam Wilayah

    Persekutuan Labuan;

    g. Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam

    perenggan (a), (b), (c) dan (d) dalam Wilayah Persekutuan Labuan; dan

    h. Menyelaraskan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh agensi-agensi

    Kerajaan dalam Wilayah Persekutuan Labuan

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 9

    Senarai Keanggotaan Perbadanan LabuanYB Dato’ Hj Suhaili Bin Abdul RahmanPengerusi

    Datuk Yussof Bin Hj MahalTimbalan Pengerusi( Bermula 10 Oktober 2005)

    Dato’ Hj Bakaruddin bin OthmanKementerian Wilayah Persekutuan( Bermula 28 September 2005 )

    Dato’ Azizan Bin Abdul RahmanLOFSA( Bermula 29 September 2005 )

    Fauziah Binti YaacobKementerian Kewangan(mulai 1 Ogos 2004)

    Y.M Raja Dato’ Zaharaton Binti Raja ZainalAbidinUnit Perancang Ekonomi( Bermula 16 Februari 2004 )

    Rosnah Binti OmarLOFSA( Sehingga Jun 2005 )

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    1

    2

    3 4

    5 6 7

    1

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 10

    Senarai Ahli Majlis Penasihat

    Tuan Hj Yunus Bin Hj Kurus

    Pengerusi

    Harris Bin Haji Annuar Tan

    Tan Che Chong @ Tan Chee Chong

    Roger Chua Tuan Song

    Hajah Rokiah Binti Hj Ibrahim

    Ahmad A. Staun

    Tuan Hj Isli Bin Hj. Siput(Bermula Oktober 2005)

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    1

    1

    2 4

    5 7

    3

    6

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 1 1

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif(Pengurusan)

    Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif(Pembangunan)

    Bahagian Pembangunandan Kejuruteraan

    Unit Ukur Bahan

    Bahagian Pelancongandan Kebudayaan

    Bahagian PerkhidmatanPerbandaran dan

    Kerajaan Tempatan

    Bahagian PerancanganDan Penyelarasan

    Bahagian Pelaburandan Sosio Ekonomi

    Unit Perpustakaan Awam

    BahagianTeknologi Maklumat

    dan Komunikasi

    BahagianPengurusan Kewangan

    BahagianHarta dan Pernilaian

    BahagianKhidmat Pengurusan

    BahagianAudit Dalam

    BahagianPerundangan

    UnitPerhubungan Awam

    Carta Organisasi

    Kementerian Wilayah Persekutuan

    Anggota Perbadanan Labuan

    Ketua Pegawai Eksekutif

    ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ ○ Majlis Penasihat

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 12

    Senarai Kumpulan Pengurusan

    Tuan Hj Abidin Bin ArshadKetua Pegawai Eksekutif

    Hj Ab. Rahim Bin KasimTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif

    (Pengurusan)

    Omar Bin KasehTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif

    (Pembangunan)(hingga Jun 2005)

    Jusoh Bin SalehTimbalan Ketua Pegawai Eksekutif

    (Pembangunan)(mulai Ogos 2005)

    Ir. Ahmad Khir Bin MohammadPengarah

    (Pembangunan Dan Kejuruteraan)

    Norsiah Binti UdinPengarah

    (Pelaburan Dan Sosio Ekonomi)

    Zainuddin Bin ManafPengarah

    (Pengurusan Kewangan)

    Maheran Binti Abdul RahmanPengarah

    (Teknologi Maklumatdan Komunikasi)

    Suhaimi Bin SainanPengarah

    (Perundangan)

    Tan Sing KiongPengarah

    (Audit Dalam)

    Rithuan Bin Hj Mohd IsmailPengarah

    (Perkhidmatan Perbandaran dan Kerajaan Tempatan)

    Siti Maznah Binti Awang DamitPengarah

    (Pelancongan dan Kebudayaan)

    Othman Bin Che JusohPengarah

    (Khidmat Pengurusan)

    Ibrahim Bin TambiPengarah

    (Perancangan dan Penyelarasan)

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 1 3

    PengurusanDan Pembangunan Organisasi

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 14

    Bahagian Khidmat PengurusanBahagian ini menyediakan perkhidmatan sokongan seperti perkhidmatan kebajikan kakitangan, penyelarasan lawatan-lawatan

    rasmi, penyediaan kemudahan awam, urusan daftar harta modal dan inventori. Selain itu, bahagian ini juga terlibat dalam

    menjayakan acara-acara tahunan anjuran Perbadanan Labuan (PL) khususnya yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti pelancongan,

    sosio-ekonomi, sukan, kebudayaan dan sebagainya. Sepanjang tahun 2005, urusan perkhidmatan kebajikan kakitangan PL terus

    diberikan perhatian utama. Tindakan yang diambil ialah menguruskan kemudahan perumahan kakitangan, urusan perubatan,

    pinjaman komputer dan pinjaman kenderaan.

    Penekanan kepada pengurusan sumber manusia terus menjadi agenda utama bahagian ini bagi tahun 2005. Pelbagai pendekatan

    telahpun dibuat bagi memastikan sumber manusia sedia ada terus dibangun daripada pelbagai sudut khususnya yang berkaitan

    dengan pemantapan motivasi, pendedahan kepada ilmu pengurusan lokasi. Kursus-kursus ini disediakan dan diintegrasikan

    sedemikian rupa bagi memastikan semua pegawai dan kakitangan mendapat pendedahan yang secukupnya bagi memenuhi

    hasrat mewujudkan pegawai dan kakitangan yang memiliki elemen multi-skill. Pendedahan dan latihan yang berterusan juga

    akan memastikan pegawai dan kakitangan PL mendapat pengetahuan terkini yang seterusnya akan menjadikan pegawai dan

    kakitangan lebih responsive terhadap perubahan yang berlaku dalam organisasi. Perincian kursus yang telah dilaksanakan

    sepanjang tahun 2005 adalah seperti berikut :-

    Jadual 1 : Senarai Kursus dan Bilangan Penyertaan

    Bil Jenis Kursus Bil Kursus Penyertaan(Orang)

    1. Kursus Peningkatan Kemahiran ICT 5 19

    2. Kursus Peningkatan Motivasi Diri 13 30

    3. Kursus Peningkatan Pengetahuan 25 113

    Pentadbiran / Operasi

    4. Kursus Peningkatan Pengetahuan Dalam 5 6

    Bidang Undang-undang

    5. Kursus Peningkatan Pengetahuan Dalam Bidang 6 13

    Perakaunan / Kewangan

    6. Kursus Lain 20 71

    JUMLAH 74 252

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 1 5

    Bahagian Pengurusan KewanganBahagian Pengurusan Kewangan bertanggungjawab dalam urusan mengakaunkan hasil dan perbelanjaan, penyediaan belanjawan,

    pembayaran, penyediaan laporan kewangan, pembayaran gaji kakitangan, mengawal selia dan menguruskan perolehan secara

    pembelian terus, sebut harga dan tender. Di samping itu, bahagian ini juga bertanggungjawab bagi membantu dan memberi

    khidmat nasihat kewangan dan perakaunan kepada bahagian-bahagian di Perbadanan Labuan, menjawab pertanyaan audit dari

    Bahagian Audit Dalam dan Jabatan Audit Negara yang berkaitan dengan kewangan. Semua perkara berkenaan dengan pengurusan

    kewangan adalah tertakluk kepada Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609), Undang-undang Kecil, Pekeliling-pekeliling Kerajaan

    yang diterimapakai oleh Perbadanan, arahan-arahan perbendaharaan dan keputusan-keputusan mesyuarat Perbadanan Labuan.

    Prestasi Kewangan

    Kutipan HasilPada tahun 2005, PL telah mengutip hasil sebanyak RM14.03 juta berbanding RM 12.46 juta bagi tahun 2004. Hasil tertinggi

    adalah dari cukai taksiran sebanyak RM6.32 juta diikuti dengan pendapatan dari lesen sebanyak RM2.11 juta. Butiran

    terperinci sumber hasil tahun 2005 adalah seperti Jadual 1.

    Jadual 1 : Kutipan Hasil Tahun 2005

    Sumber Hasi l Jumlah (RM) Peratus (%)

    Cukai Kadaran 6,323,545 45.06

    Caruman Bantu Kadar 1,204,097 8.58

    Pelbagai Lesen 2,106,921 15.01

    Sewaan 1,690,243 12.05

    Yuran Perkhidmatan 21,729 0.15

    Faedah Pinjaman Kenderaan dan Komputer 25,461 0.18

    Faedah Akaun Simpanan Tetap 1,032,713 7.36

    Denda dan Kompaun 1,411,439 10.06

    Faedah Akaun Semasa 216,498 1.54

    Jumlah Keseluruhan 14,032,646 100.00

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 16

    Perbelanjaan MengurusDalam tahun 2005, Kementerian Wilayah Persekutuan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM26.44 juta untuk belanja mengurus.

    Peruntukan tersebut tidak dapat menampung perbelanjaan mengurus tahunan PL iaitu berjumlah RM38.24 juta. Peruntukan yang tidak

    mencukupi ini dibiayai menggunakan sumber hasil PL. Butiran perbelanjaan mengurus tahun 2005 adalah seperti di Jadual 2.

    Jadual 2 : Prestasi Perbelanjaan Mengurus Tahun 2005

    Perbelanjaan Jumlah (RM) Peratusan (%)

    Aktiviti Pelancongan 1,390,588 3.64

    Penyelenggaraan dan Pembaikan Aset 675,493 1.77

    Bayaran Audit dan Yuran Perakaunan 21,080 0.06

    Bayaran-Bayaran Lain 1,039,624 2.72

    Bekalan dan Bahan-Bahan Lain 616,548 1.61

    Elaun Lebih Masa 868,792 2.27

    Elaun Tetap 3,109,825 8.13

    Faedah-Faedah Kewangan Yang Lain 8,620 0.02

    Gaji dan Upah 6,143,280 16.07

    Ganjaran 8,123 0.02

    Majlis Tindakan Pelancongan 736,501 1.93

    Imbuhan Tahunan 655,072 1.71

    Pengangkutan Barang-Barang 32,938 0.09

    Penyelenggaraan dan Pembaikan Kecil 12,830,774 33.55

    Pembangunan Kampung 1,021,142 2.67

    Perbelanjaan dan Perjalanan Sara hidup 1,316,910 3.44

    Perhubungan dan Utiliti 2,423,825 6.34

    Perkhidmatan Ikhtisas, Hospitaliti dan Lain-Lain 3,365,968 8.80

    Sewaan 253,780 0.66

    Sumbangan Berkanun Untuk Kakitangan 1,176,336 3.08

    Sumbangan Kepada Majlis Sukan 543,030 1.42

    Jumlah Keseluruhan 38,238,249 100.00

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 1 7

    Perbelanjaan PembangunanPeruntukan pembangunan sebanyak RM42.35 juta telah diterima dalam tahun 2005. Ia meningkat sebanyak RM24.47 juta

    berbanding RM17.88 juta yang diterima dalam tahun 2004. Sebanyak RM19.81 juta telah dibelanjakan bagi projek-projek

    pembangunan RMKe-8. Pada keseluruhannya perbelanjaan pembangunan bagi RMKe-8 (2001-2005) ialah sebanyak RM112.10

    juta iaitu 79.43% daripada geran pembangunan yang diterima iaitu RM141.13 juta.

    Urusan PerolehanBahagian Pengurusan Kewangan juga bertanggungjawab untuk menguruskan semua jenis perolehan Perbadanan Labuan. Ia

    bertindak sebagai urus setia bagi menyelaras setiap perbelanjaan PL yang dibuat melalui sebut harga atau pun tender. Pada

    tahun 2005, bahagian ini telah menguruskan sebanyak 80 sebut harga dengan nilai RM7.96 juta dan 6 tender dengan nilai RM

    27.97 juta.

    Bahagian Teknologi MaklumatDan KomunikasiSejajar dengan hasrat kerajaan, Bahagian ICT pada tahun 2005 telah merancang beberapa pembangunan sistem pengkomputeran

    bagi menyokong sistem penyampaian Perbadanan Labuan. Disamping itu, aktiviti-aktivti lain seperti pemantauan, penyelenggaraan

    peralatan komputer dan latihan-latihan kemahiran ICT terus dipertingkatkan.

    Aktiviti yang Dilaksanakan

    Mengkaji Dan Menyediakan Keperluan Bagi Pelaksanaan Sistem Pengkomputeran Berdasarkan Perancangan Tahun 2005

    a. Time Management And Door Access System.

    Pembangunan sistem ini adalah bagi menggantikan penggunaan Punch Card. Sistem yang berasaskan teknologi

    biometrik ini berupaya menggantikan proses kerja yang sedia ada iaitu berkaitan dengan kehadiran pegawai dan

    kakitangan serta keselamatan pejabat, malah ia dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

    Pelawaan kepada pembekal-pembekal telah dibuat melalui tender pada bulan Disember 2005. Kerja-kerja pelaksanaan

    dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2006.

    b. Kajian Pelan Strategik ICT

    ISP adalah merupakan pelan atau blueprint yang akan dirumus untuk membangun dan melaksanakan projek-projek

    ICT yang sejajar dengan pelan strategik Perbadanan Labuan. Bagi merealisasikan projek pengkomputeran ini,

    Perbadanan Labuan telah mempelawa syarikat-syarikat perunding untuk mengemukakan cadangan pelaksanaan

    masing-masing melalui tender yang yang dikeluarkan pada bulan Julai 2005.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 18

    c. Menaiktaraf Sistem Rangkaian Komputer

    Kajian bagi menaiktaraf sistem rangkaian komputer yang akan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan bermula pada

    bulan Jun 2005. Antara keperluan di dalam spesifikasi teknikal adalah pendawaian kabel fibre optic yang akan

    bertindak sebagai backbone kepada Sistem Rangkaian Komputer Perbadanan Labuan. Begitu juga bagi peralatan

    rangkaian iaitu Switches perlu ditambah dan ditingkatkan keupayaannya. Spesifikasi teknikal juga merangkumi sistem

    rangkaian tanpa wayar (wireless network) di lokasi-lokasi tertentu yang telah dikenal pasti. Pada bulan Disember 2005,

    Perbadanan Labuan telah meluluskan supaya notis tender dikeluarkan bagi mempelawa syarikat-syarikat pembekal

    untuk mengemukakan cadangan pelaksanaannya.

    d. Kemudahan Makmal ICT

    Penyediaan Makmal ICT adalah bertujuan meningkatkan kemahiran ICT khususnya bagi semua pegawai dan kakitangan

    Perbadanan Labuan dan amnya pihak awam di W.P.Labuan melalui siri latihan ICT yang terancang. Pada tahun 2005,

    penyediaan spesifikasi teknikal telah melibatkan dua buah Makmal ICT dikenal pasti menjadi keperluan iaitu sebuah

    Makmal ICT akan disediakan di Tingkat 3, Wisma Perbadanan Labuan dan sebuah lagi adalah di Kampung Batu

    Manikar, W.P.Labuan.Pelawaan kepada syarikat-syarikat pembekal bagi membekalkan kelengkapan peralatan ICT di

    kedua-dua makmal di atas dibuat melalui tender pada bulan September 2005.

    Penyelenggaraan Sistem Komputer Secara TerancangBagi menjamin penggunaan peralatan komputer dapat digunakan secara optima, Bahagian ICT di bawah aktiviti ini telah

    melaksanakan pemantauan dan kerja-kerja penyelenggaraan peralatan komputer secara berterusan dan terancang. Dimana

    penyelenggaraan secara amya dibahagikan kepada dua iaitu preventive maintenance dan immediate maintenance.

    Bagi mempertingkatkan lagi tadbir urus kerja-kerja menyelenggara, Bahagian ICT pada tahun 2005 telah memperkemaskan

    pentadbirannya. Dimana antara lain telah melibatkan kerja-kerja di bawah:

    a. Pembangunan sebuah Bilik Server bagi mempastikan sistem rangkaian komputer Perbadanan Labuan dapat diurus

    dan diselenggara dengan lebih berkesan. Pembangunan bilik ini adalah menggantikan bilik server yang sedia ada,

    yang mana telah melibatkan kos sebanyak RM88,124.00.

    b. Membuat pendawaian semula dan mempertingkatkan peralatan sistem rangkaian komputer pejabat Perbadanan Labuan

    di Wisma Wong Wo Lo.

    Meningkatkan Kesedaran Dan Kemahiran ICT Melalui Latihan ICTBagi meningkatkan kesedaran dan kemahiran ICT khususnya kepada pegawai/kakitangan sistem maklumat dan amnya kepada

    warga Perbadanan Labuan, Bahagian ICT pada tahun 2005 telah merancang dan melaksanakan beberapa program-program

    latihan.

    a. Kursus Sistem Personel (Sispen) Versi 5.0. Siri latihan ini telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan

    Awam (JPA).

    b. Kursus Membina Laman Web. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pegawai dan kakitangan

    Perbadanan Labuan.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 1 9

    Bahagian Audit DalamBahagian Audit Dalam bertanggungjawab untuk melaksanakan auditan kewangan dan auditan pengurusan bagi memastikan

    pengurusan di Perbadanan Labuan dilaksanakan mengikut peruntukan peraturan yang ditetapkan. Selaras dengan fungsi Audit

    Dalam, pihak Audit Dalam juga memberi nasihat dan syor supaya sistem pengurusan diuruskan dengan cekap dan berkesan.

    Kerja-kerja Pengauditan

    Sepanjang tahun 2005, Bahagian Audit Dalam telah melaksanakan satu (1) auditan kewangan dan dua (2) auditan pengurusan.Kajian-kajian audit yang telah dilaksanakan adalah seperti yang berikut:

    a. Kajian Audit Projek Pembinaan Terminal Feri dan Jeti Penumpang Baru Wilayah Persekutuan Labuan.

    b. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Stor Perbadanan Labuan.

    c. Kajian Audit Terhadap Pengurusan Penyewaan Perumahan Perbadanan Labuan.

    Penemuan-penemuan audit berbangkit telah pun dibincangkan dengan pegawai-pegawai terlibat yang bertanggungjawab semasa“Exit Conference” bagi mendapat pengesahan muktamad sebelum surat pemerhatian audit dikeluarkan. Laporan Kajian Auditdimaklumkan kepada pihak pengurusan atasan supaya tindakan segera dan positif diambil untuk menyelesaikan sebarangkemusykilan yang ditemui secepat mungkin.

    Tindakan pembaikan telah pun diambil oleh pihak pengurusan untuk menyelesaikan penemuan-penemuan auditan yang berbangkit.

    Jawatankuasa AuditJawatankuasa Audit Perbadanan Labuan telah bermesyuarat sebanyak dua (2) kali pada tahun 2005. Semua isu penemuan yangberbangkit dalam laporan audit telah pun dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan pihak pengurusan telah punmengambil tindakan pembaikan yang positif terhadap penemuan dan cadangan audit.

    Bahagian PerundanganPada tahun 2005, Bahagian Perundangan memberikan penumpuan terhadap pelaksanaan tindakan penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan pelanggaran undang-undang kecil Perbadanan Labuan dan kesalahan-kesalahan sivil seperti kemungkinanperjanjian/kontrak yang dimeterai antara Perbadanan Labuan dan pihak-pihak lain. Pelaksanaan tindakan penguatkuasaanundang-undang ini termasuk pengeluaran notis-notis amaran, pengendalian kertas-kertas siasatan dan penyelesaian isu-isu yangmelibatkan aspek perundangan.

    Aktiviti yang Dilaksanakan

    Mengurus proses pemanjangan pemakaian Akta-Akta ke WP Labuan

    Pada tahun 2005, Bahagian Perundangan telah mengurus pemanjangan pemakaian Akta Pemberi Pinjam Wang (Akta 400)untuk diguna pakai di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemanjangan Akta 400 ini akan memansuhkan pemakaian Ordinan PemberiPinjam Wang 1901 yang sedang diguna pakai di WP Labuan.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 20

    Di samping itu, Bahagian Perundangan masih mengurus proses pemanjangan LIMA (5) draf pindaan Akta-akta yang diguna pakaidi Semenanjung Malaysia untuk diguna pakai ke WP Labuan. Beberapa siri mesyuarat bersama Kementerian Wilayah Persekutuandan Jabatan Peguam Negara telah dihadiri oleh Bahagian Perundangan bagi mengemas kini dan dan melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan. Draf-draf tersebut telah dikemukakan kepada Bahagian Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang, Jabatan Peguam Negara di Putrajaya untuk tindakan lanjut dan proses seterusnya.

    Kelima-lima draf pindaan Akta-akta tersebut ialah:

    i) Akta Pemaju Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966(Akta 118) (Untuk memansuhkan Enakmen Perumahan (Kawalan Pemaju-Pemaju) 1978.

    ii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

    iii) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)(Untuk memansuhkan Ordinan Kerajaan Tempatan 1961).

    iv) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

    (Untuk memansuhkan Ordinan Perancangan Bandar dan Desa Sabah Bab 141).

    v) Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992(Akta 493) (Untuk memansuhkan Ordinan Hiburan Awam 1958).

    Mengendalikan kes-kes/isu-isu yang melibatkan Perbadanan Labuan menurut prosedur-prosedur perundangan.

    a. Tunggakan sewa bulanan rumah milik Perbadanan Labuan

    i. Mengeluarkan notis-notis tuntutan (183 notis)ii. Jumlah penyewa yang membayar tunggakan (142 orang)iii. Tindakan penutupan/pengambilan balik rumah

    (13 unit/penyewa)

    b. Ordinan Pelesenan Tred, 1948 (7 kes)

    c. Undang-Undang Kecil (Majlis Perbandaran Labuan) Mencegah Kekotoran, 1991 (9 kes)

    d. Undang-Undang Kecil Bangunan, 1951 (5 kes)

    e. Perintah Pengangkutan Jalan (Mengadakan Tempat Letak Kereta Dan Tempat Perhentian Teksi)(Majlis Perbandaran Labuan) 1995 (5 kes)

    Lain-lain aktiviti yang melibatkan aspek perundangan

    a. Penyemakan dokumen perjanjian/kontrakSebanyak 67 jilid dokumen perjanjian/kontrak telah disemak oleh Bahagian Perundangan di sepanjang tahun 2005.Aktiviti penyemakan dokumen ini adalah termasuk memberikan pengesahan terhadap dokumen-dokumen perjanjian/kontrak yang boleh diguna pakai dan seterusnya dimeterai antara Perbadanan dengan pihak yang satu lagi. Antaradokumen-dokumen perjanjian/kontrak yang disemak ialah perjanjian-perjanjian yang dimeterai berhubung kontrak-kontrak penyelenggaraan, pembersihan, pembinaan dan penyewaan.

    b. Rekomendasi dan nasihat perundanganSebanyak 113 ulasan, pandangan, nasihat dan rekomendasi yang telah diberikan oleh Bahagian Perundangan yangmelibatkan pelbagai aspek dan isu perundangan yang dihadapi oleh Bahagian-Bahagian dan Unit-Unit di Perbadanan

    Labuan di sepanjang tahun 2005.

    c. Menghadiri prosiding-prosiding mahkamah di dalam perbicaraan yang melibatkan Perbadanan Labuan

    Sebanyak Dua (2) prosiding perbicaraan mahkamah yang melibatkan Perbadanan Labuan telah dihadiri oleh Bahagian

    Perundangan di sepanjang tahun 2005. Kes-kes tersebut merupakan kes-kes tuntutan sivil dan masih berlangsung

    pada tahun ini.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 2 1

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 22

    Perkhidmatan Perbandarandan Kerajaan TempatanBahagian Perkhidmatan Perbandaran dan Kerajaan Tempatan menjalankan fungsi-fungsinya melalui unit-unit berikut:

    a.Perkhidmatan Bandar

    b.Pelesenan

    c.Penguatkuasa

    d.Kesihatan

    e.Letak Kereta

    Aktiviti yang Dilaksanakan

    Unit Perkhidmatan Bandar

    Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah menyediakan perkhidmatan pembersihan di seluruh Pulau Labuan, menyelenggara

    kemudahan awam, mengurus tapak pelupusan serta menyediakan kelengkapan logistik untuk acara-acara rasmi.

    Pembersihan Taman Perumahan, Kawasan Pantai, Tanah Lapang dan Bangunan

    i. Sepanjang tahun 2005, 19 kontraktor telah dilantik untuk membersihkan 19 pakej taman perumahan di Labuan. Manakala

    10 kontraktor lagi telah dilantik untuk kerja-kerja pembersihan kawasan pantai, bangunan dan padang ragbi.

    ii. Sebanyak RM 2,847,892.20 telah diperuntukkan untuk pelaksanaan kerja-kerja tersebut mengikut spesifikasi kerja yang

    ditetapkan oleh Perbadanan Labuan.

    Perkhidmatan Kutipan Sampah

    i) Sebanyak 11 buah lori kompaktor dan 2 buah lori roro disediakan untuk mengurus semua kutipan sampah di seluruh WP

    Labuan. Kawasan kutipan sampah ini meliputi kawasan luar bandar (kampung), institusi kerajaan, kawasan taman

    perumahan dan kawasan industri.

    ii) Sebanyak 17 ribu tan sampah telah dikutip sepanjang tahun ini.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 2 3

    Perkhidmatan Peralatan Dan Logist ik

    Bahagian ini juga menyediakan kemudahan-kemudahan logistik untuk acara-acara yang dianjurkan oleh Perbadanan

    Labuan, jabatan dan agensi Kerajaan serta orang awam.

    Program Kitar Semula

    Program Kitar Semula diteruskan dengan pengagihan brosur kepada pelajar-pelajar sekolah, kempen kesedaran di kelas tadika dan

    tabika seluruh Labuan.

    Unit Pelesenan

    Fungsi yang dilaksanakan adalah menyelaras dan mengawal pengeluaran lesen premis perniagaan, lesen operasi, lesen

    penjaja, lesen iklan, pusat hiburan dan lain-lain lesen di WP Labuan.

    Sejumlah 662 permohonan lesen telah diproses sepanjang tahun ini. Dari jumlah berkenaan sejumlah 468 telahpun

    diluluskan.

    Pada tahun ini, Unit Pelesenan telah berjaya mengutip hasil bayaran lesen sejumlah RM1,394,338.00 iaitu peningkatan

    sebanyak 20% berbanding hasil diperolehi pada tahun 2004 iaitu sejumlah RM1,154,786.00

    Aktiviti Unit Pelesenan

    Pada tahun 2005, Unit Pelesenan telahpun menjalankan 7 aktiviti seperti di Jadual 2.

    Jadual 2 : Aktiviti-aktiviti Unit Pelesenan yang dilaksanakan tahun 2005

    Bil Tarikh Aktiviti Yang Dijalankan Catatan Bilangan Penyertaan

    1 April / Mei Tempahan khemah untuk 66 Tempahan berjaya dijualPenjaja Ramadan kepada peniaga dengan harga 138 orang peniaga

    RM150 seunit

    2 Februari – Jun Penyediaan data / maklumat Mengemas kini data LIS 9 orang kakitanganpelesenan tahun 2004 Unit Pelesenan

    3 Mei – Julai Penambahbaikan proses kerja Pembaharuan persijilan ISO Semua kakitanganISO Pelesenan

    5 26 – 29 Sept. Kursus Keusahawanan 24 orang peniaga terlibat 24 oranguntuk peniaga

    6 Julai Pengemaskinian kod jenis Mula digunapakai 5 orang kakitanganperniagaan pelesenan dan pada 6 Oktober 2005 Unit Pelesenanpenyediaan deraf proses kerjauntuk Sistem Pengurusan LesenBerkomputer

    7 5 April Temuduga pengambilan peniaga 58 pemohon dan 9 orang 58 pemohonPasar Bumiputera Labuan peniaga yang berjaya

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 24

    Unit Penguatkuasa dan Unit Letak Kereta

    Aktiviti Unit Penguatkuasa Tahun 2005Unit Penguatkuasa telah menjalankan 5 jenis operasi pada tahun 2005 untuk kawasan pusat bandar dan luar bandar.

    i. Ops Kebersihan dan Halangan Pusat Bandar

    Pemantauan di seluruh kawasan pusat bandar dan tumpuan utama dijalankan pada waktu pejabat dan luar

    pejabat dan ia dijalankan pada setiap hari. Ini bagi memantau kesalahan menjalankan perniagaan tanpa

    lesen dan melanggar syarat lesen perniagaan. Sebanyak 55 tawaran kompaun dan 52 notis amaran telah

    dikeluarkan.

    ii. Operasi Luar Bandar

    Dalam operasi ini sebanyak 115 tawaran kompaun telah dikeluarkan bagi kerja-kerja pemantauan kawasan

    gudang, kerja-kerja tanah, premis-premis perniagaan penjualan besi buruk, operasi pemantauan ke atas

    ternakan yang berkeliaran dan penggantungan banner di pusat bandar dan luar bandar.

    iii. Operasi Premis Perniagaan

    Hasil pemantauan di kawasan gerai dan pasar besar Labuan, sebanyak 63 notis amaran dan 24 tawaran

    kompaun dikeluarkan. Manakala 310 tawaran kompaun dikeluarkan ke atas 16 buah premis perniagaan

    (restoran dan kedai kopi) yang meletakkan kerusi / meja di kawasan siar kaki tempat awam.

    iv. Operasi Renovasi Dan Setinggan

    14 notis amaran dan 8 tawaran kompaun telah dikeluarkan hasil daripada pemantauan aktiviti renovasi dan

    setinggan di kawasan bandar dan luar bandar. Unit penguatkuasa juga telah menjalankan operasi setinggan

    di tiga buah kawasan terlibat pada 18 Ogos 2005 dan 7 Disember 2005.

    v. Operasi Penguatkuasaan Kesalahan Meletak Kenderaan

    Sebanyak 1,185 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan meletakkan kenderaan dengan kutipan hasil

    sebanyak RM13,365.00. Di samping itu, Operasi Mengunci Kenderaan (clamping) turut dilaksanakan dan

    mengutip hasil sebanyak RM12,540.00.

    Unit Letak Kereta

    Sistem letak kereta berbayar menggunakan kupon di W.P. Labuan telah mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 1995 menggunakan

    Akta Pengangkutan Jalan 1987. Walau bagaimanapun Pengurusan Sistem Letak Kereta tersebut telah disewakan sepenuhnya

    kepada syarikat swasta untuk mengendalikannya. Pihak PL hanya menjalankan aktiviti penguatkuasaan iaitu mengkompaun

    dan mengunci kenderaan (clamping). Hasil kompaun , caj lebih masa dan caj yuran operasi letak kereta persendirian

    sepanjang tahun 2005 adalah sebanyak RM34.512.00.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 2 5

    Unit Kesihatan

    Pada tahun 2005, Unit ini telah melaksanakan aktiviti sistem penggredan premis makanan, kursus kebersihan premis dan

    pengendalian makanan, kawalan terhadap binatang peliharaan tidak bertuan, kawalan makhluk perosak dan nyamuk aedes

    Kursus Kebersihan Premis dan Pengendalian Makanan

    Unit Kesihatan telah mengadakan sebanyak 3 Kursus Kebersihan Premis dan Pengendalian Makanan yang melibatkan 373

    pengusaha restoran dan pengendalian makanan, Kedai Kopi dan Kedai Gandingan.

    Aktiviti Kawalan Unit Kesihatan

    Unit Kesihatan telah menjalankan beberapa aktiviti bagi memastikan Pulau Labuan dalam keadaan bersih dan indah serta

    mengurangkan kacau ganggu di kawasan awam. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:-

    i. Kawalan Anjing Tidak Bertuan

    ii. Kawalan Kucing Tidak Bertuan

    iii. Kawalan Burung

    iv. Kawalan Makhluk Perosak

    Kawalan Kebersihan Tandas

    Unit Kesihatan bertanggungjawab mengawal selia sebanyak 23 unit tandas yang dibangunkan oleh PL. Sebanyak 4 unit tandas

    awam iaitu tandas pasar, tandas ‘Barter Trade’, tandas Terminal Bas dan Tandas Medan Selera adalah di bawah pemajakan

    kontraktor selama setahun.

    Unit Kesihatan Perbadanan Labuan bersama-sama dengan Jabatan Kesihatan WP Labuan juga telah menjalankan aktiviti semburan

    kabus (fogging) terhadap 5164 buah rumah di Pulau ini sebagai langkah pencegahan penyakit berbahaya bawaan nyamuk aedes.

    Gambaran kemudahan yang terdapat di dalamtandas awam

    Tandas awam

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 26

    Perpustakaan Awam LabuanPerpustakaan Awam Labuan (PAL), telah melaksanakan 4 aktiviti utama dan 4 aktiviti sampingan sepanjang tahun 2005.

    Pengisian aktiviti selaras dengan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2005.

    Aktiviti yang Dilaksanakan

    Sistem Digital Perpustakaan.

    Sistem Digital Perpustakaan yang digunakan untuk Perpustakaan Awam Labuan ini ialah CLM (Clarie Library Management) yang

    melibatkan sistem digital perpustakaan yang lengkap merangkumi pendaftaran keahlian, pinjaman, pemulangan, pengkatalogan,

    OPAC (Online Public Access Cataloging) dan lain-lain yang berkaitan. Kerja-kerja pemasangan bermula pada 18 Februari 2005

    hingga 3 Mei 2005.

    Kempen Bulan Membaca Kebangsaan

    Kempen ini adalah selaras dengan Kempen Bulan Membaca Peringkat Kebangsaan yang bertemakan “Rajin Membaca Pasti

    Berjaya”. Perpustakaan Awam Labuan (PAL) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia, telah mengadakan aktiviti

    seperti berikut :

    • Teka silang Kata (terbuka)

    • Mencari Maklumat (terbuka)

    • Teka Muka Surat Buku (terbuka)

    • Ejaan tepat Bahasa Inggeris (Sekolah Rendah)

    • Pertandingan Bercerita (Sekolah Rendah)

    • Pertandingan Membaca (Tadika)

    Bengkel Perpustakaan Keluarga

    Perpustakaan Awam, Labuan (PAL) dengan kerjasama Bahagian Gerakan Literasi Maklumat, Perpustakaan Negara Malaysia

    telah menganjurkan Bengkel Perpustakaan Keluarga Peringkat Negeri 2005, yang diadakan pada 28– 29 November 2005.

    Minggu Perpustakaan

    Pada tahun ini Minggu Perpustakaan diadakan pada 1 hingga 6 Disember 2005 bertempat di Perpustakaan Desa (PD) Sg. Labu dan

    PD Durian Tunjong. Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

    • Pertandingan mewarna dan melukis bersama keluarga.

    • Pertandingan membaca (B. Melayu) – tadika

    • Senamrobik dan sukaneka – terbuka

    • Pakaian Beragam daripada bahan terbuang / semulajadi – sekolah rendah

    • Bercerita (B. Melayu) – sekolah rendah

    Perpustakaan Desa (PD)

    Perpustakaan Awam Labuan, telah memperuntukkan dua buah Perpustakaan Desa (PD) iaitu PD Kg. Durian Tunjung dan PD Kg.

    Sg. Labu. Kedua-dua PD ini telah mendapat peruntukan khas daripada Perpustakaan Negara Malaysia. Perpustakaan Awam

    Labuan adalah sebagai penyelaras dan mengurus PD ini serta dilengkapi dengan kemudahan Sistem Universal Services Provider

    (USP) di bawah seliaan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi serta beroperasi pada Disember 2005.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 2 7

    Statistik

    Pada tahun ini jumlah keseluruhan pengunjung perpustakaan tahun ini ialah 60,517 orang, matlamat yang disasarkan iaitu

    70,000 bersamaan dengan 86.45%. Pengunjung dewasa, melebihi catatan pengunjung kanak- kanak sebanyak 32,982

    orang, manakala kanak- kanak mencatat jumlah pengunjung sebanyak 27,535 orang.

    Bahagian Harta dan PenilaianBahagian Harta dan Penilaian mempunyai tiga (3) unit yang terbahagi kepada Unit Harta, Unit Sewaan dan Unit Penilaian.

    Program / Aktiviti yang Dilaksanakan

    Program Unit Pengurusan Harta

    Unit ini telah meneruskan program-program seperti mengemaskini rekod-rekod hartanah milik Perbadanan Labuan, menguruskan

    pembayaran cukai dan lain-lain yang berkaitan seperti jadual berikut :-

    Jadual 1 : Jenis Hak Milik Dan Cukai Tanah

    Pekara Bilangan / Hakmilik RM

    1. Komersial (Perniaga) 19 91,630.93

    2. Komersial (Perindustrian) 7 93,862.13

    3. Komersial (Lain-lain jenis) 11 116,223.18

    4. Rekreasi 5 6,860.00

    5. Kemudahan Asas 17 53,728.67

    6. Perumahan (Tanah Kosong) 51 104,330.52

    7. Perumahan (Kediaman) 54 124,052.35

    Jumlah 590,687.78

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 28

    Program Unit Sewaan Harta

    Unit Sewaan Harta menguruskan penyewaan ke atas hartanah Perbadanan Labuan seperti gerai, kedai, pasar, restoran, tapak

    tanah, ruang pejabat dan rumah berjumlah 473 unit. Unit ini juga menerima aduan kerosakan bangunan.

    Pada 26 November 2005, operasi bersama Unit Penguatkuasa dan Bahagian Perundangan telah diadakan untuk mengambil

    tindakan menutup rumah-rumah di Perumahan Sungai Bedaun yang ingkar dan gagal menjelaskan tunggakan sewa ke atas 13

    penyewa.

    Program Unit Penilaian

    Mengemaskini senarai nilaian pegangan hartanah mengikut nilaian yang telah diwartakan pada tahun 1994. Pada tahun ini

    sebanyak 10,885 bilangan pegangan terdapat di kawasan tadbiran Perbadanan Labuan dengan anggaran kutipan hasil cukai

    kadaran sebanyak RM7.18 juta. Cukai kadaran telah dikenakan berdasarkan peratus yang telah ditetapkan seperti berikut:-

    Jadual 2 : Peratus Cukai Kadaran Mengikut Kategori dan Kawasan

    Perdagangan Perindustrian Tanah Kosong Perumahan PerumahanKawasan % % % Dalam Taman Di Luar Taman

    Perumahan (%) Perumahan%

    Bandar 4.5 5.0 2.5 3.8 3.8

    Luar Bandar 5.0 5.0 - 3.0 3.0

    Kampung 3.5 5.5 - 2.5 0.5

    Kampung Air 3.0 5.5 - 1.0 0.5

    Kawasan

    Perindustrian - 7.5 - - -

    Berat

    Mengeluarkan sebanyak 2200 notis tuntutan tunggakan cukai kadaran ke atas bangunan serta tanah kosong di kawasan

    bandar yang telah dikenakan cukai tetapi belum dijelaskan cukai kadarannya. Sejumlah RM3,819,300 telah dapat dikutip

    daripada tindakan tersebut.

    Membuat tuntutan Caruman Bantu Kadar bagi sejumlah 1,396 pegangan hartanah yang diduduki oleh Jabatan Kerajaan.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 2 9

    Unit Perhubungan AwamAktiviti - Aktiviti

    Aduan Awam

    Pada tahun 2005, PL telah menerima sebanyak 1827 aduan yang melibatkan pelbagai kategori aduan seperti perkhidmatan,

    kerosakan dan sebagainya sama ada melalui Unit Perhubungan Awam atau secara terus ke bahagian yang terlibat. Jadual aduan

    yang diterima adalah seperti Jadual 1 berikut:

    Jadual 1 : Jumlah Aduan Tahun 2005

    Bilangan Bilangan Bilangan BilanganB i l Kategori Aduan Aduan Yang Aduan Yang Aduan Dalam Aduan Tidak

    Diterima Selesai Tindakan Berasas

    1 Perumahan Sungai Bedaun 122 117 - 5

    2 Gerai Sewaan PL 9 7 - 2

    3 Perumahan Taman Mutiara 10 9 - 1

    4 Penebangan pokok 24 24 - -

    5 Pembersihan / Penyelenggaraan 87 83 4 -

    6 Penguatkuasaan 14 14 - -

    7 Kawalan Binatang Liar 19 19 - -

    8 Kebersihan Premis Makanan 4 4 - -

    9 Kacau Ganggu Awam 6 6 - -

    10 Perpustakaan 12 8 1 3

    11 Kerosakan bangunan Kuarters 123 123 - -

    dan Pejabat PL (Pakej B)

    12 Kerosakan sistem perpaipan untuk 219 219 - -

    seluruh bangunan milik PL (Pakej C)

    13 Kerosakan bangunan kemudahan 143 143 - -

    awam milik PL (Pakej A)

    14 Lampu kawasan kampung 325 325 - -

    15 Lampu kawasan perumahan / gudang 279 279 - -

    16 Lampu kawasan bandar 265 265 - -

    17 Kerosakan Pendawaian Elektrik Kuarters 170 170 - -

    1827 1811 5 11

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 30

    * Dalam Tindakan - Melibatkan penyiasatan lanjut- Melibatkan nasihat/tindakan undang-undang- Melibatkan pengubahsuaian yang besar- Melibatkan peruntukan yang besar

    * Tidak Berasas - Di luar bidang kuasa Perbadanan Labuan

    - Pemeriksaan telah dijalankan dan didapati tidak terdapatkerosakan/maklumat seperti yang diadu

    - Aduan yang telah diambil tindakan diulang aduan

    - Aduan berganda

    Kunjungan Rasmi Ke PL

    Sepanjang tahun 2005, PL telah menerima sebanyak 17 lawatan

    yang terdiri daripada pelbagai pihak iaitu agensi kerajaan, pihak

    berkuasa tempatan,institut pengajian tinggi, persatuan dan lain-lain

    lagi. Kebanyakan lawatan yang diterima adalah lawatan kerja dan

    lawatan sambil belajar yang bertujuan mendapatkan maklumat dan

    pengetahuan berkaitan peranan dan fungsi PL dalam pembangunan

    Labuan. Selain taklimat, program yang turut disediakan ialah lawatan

    ke projek pembangunan dan juga produk-produk pelancongan.

    Pada tahun 2005 juga, PL telah menyelaras program kunjungan

    yang melibatkan golongan kenamaan dan menteri seperti kunjungan

    Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak

    dan Ketua Setiausaha Negara. Senarai aktiviti lawatan adalah

    seperti di Jadual 2 di bawah.

    Lawatan Duta Jepun Ke Brunei keWP Labuan

    YB Dato’ Pengerusi Menyampaikan CenderamataKepada Duta Jerman YBhg Tan Sri KSN dan

    rombongan tiba di Pulau Papan

    Lawatan Tuan Yang TerutamaNegeri Sarawak Ke WP Labuan

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 3 1

    Jadual 2 : Kunjungan Rasmi Sepanjang Tahun 2005

    Bil Perkara Tarikh

    1 Universiti Malaya 31 Januari

    2 Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) 2 Mac

    3 Media Dari Semenanjung Malaysia 9 Mac

    4 Majlis Daerah Kuala Selangor 25 Mac

    5 Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) 9 – 13 April

    6 TYT Sarawak 20 April

    7 Majlis Perbandaran Kajang 22 April

    8 Kominiti Bestari Pekan Tenom 27 – 29 Mei

    9 Anak Yatim Tambunan 7 Jun

    10 Ketua Setiausaha Negara (KSN) 11 – 12 Jun

    11 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran 2 Ogos

    12 Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) 15 – 16 September

    13 Majlis Perbandaran Kuala Terengganu 21 – 22 September

    14 Kementerian Kewangan 14 Disember

    15 Bank Negara 14 Disember

    16 Majlis Perbandaran Kuala Selangor 15 Disember

    17 Duta Jepun Di Brunei 21 Disember

    Keratan Akhbar

    Unit ini juga menjalankan kerja-kerja menyelaras keratan akhbar khususnya mengenai Perbadanan Labuan termasuklah

    isu-isu semasa berkaitan pembangunan Labuan. Sumber berita yang diperolehi akan direkod dan dijadikan sumber rujukan

    pada masa hadapan. Sepanjang tahun 2005 sebanyak 465 keratan akhbar telah dibuat yang memuatkan berita mengenai PL

    dan Labuan.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 32

    Keratan akhbar ini diperolehi daripada Berita Harian, NSTP, Daily Express, Sabah Times dan BERNAMA. Kategori berita

    yang disiarkan adalah seperti Jadual 3 berikut;-

    Jadual 3 : Keratan Akhbar 2005

    Bil Jenis Berita Jumlah

    1 Aktiviti PL 50

    2 Pembangunan Labuan 40

    3 Acara Pelancongan 30

    4 Lain-lain 345

    JUMLAH 465

    Program Hari Bertemu Pelanggan

    Program ini juga telah diteruskan pada tahun ini sebagai kesinambungan kepada Program Hari Bertemu Pelanggan yang

    telah dijalankan pada tahun lalu. Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Labuan telah dipinda kepada setiap hari Jumaat

    minggu kedua setiap bulan. Pindaan telah dibuat memandangkan keputusan pihak kerajaan yang menetapkan bahawa hari

    Sabtu merupakan cuti umum bagi semua agensi perkhidmatan awam.

    Format program ini masih sama seperti tahun lalu yang menetapkan jadual bertugas kepada setiap pegawai dan kakitangan

    mengikut bahagian untuk mengendalikan kaunter perkhidmatan serta mempamerkan buku-buku panduan yang digunapakai

    oleh PL dan tayangan video.

    Kempen Budi Bahasa

    Kempen ini telah dilancarkan di peringkat Wilayah Persekutuan Labuan oleh YB Menteri Wilayah Persekutuan pada 10 Mac

    2005. Kempen ini bertujuan untuk mendidik dan mendedahkan amalan nilai-nilai murni dan mewujudkan rasa saling hormat-

    menghormati di kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Majlis ini telah dihadiri oleh lebih 2000 orang penduduk Labuan

    termasuk ketua-ketua jabatan, pemimpin-pemimpin masyarakat, pelajar-pelajar sekolah dan orang awam. Semasa majlis

    pelancaran, kempen menanam pokok bunga raya juga telah dijalankan sejajar dengan saranan YAB Perdana Menteri yang

    ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara taman termasuklah WP Labuan. Sempena kempen ini juga, PL telah

    menganjurkan Seminar Budi Bahasa kepada kakitangan awam yang berkhidmat di Labuan pada 9 Mac 2005.

    Buletin Berita Perbadanan Labuan

    Unit ini meneruskan penerbitan Berita Perbadanan Labuan yang diterbitkan setiap 3 bulan. Buletin ini merupakan wadah

    penghubung antara orang awam khususnya warga Labuan dengan PL yang bertujuan menyalurkan maklumat mengenai

    aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PL.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 3 3

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 34

    Bahagian Perancangandan PenyelarasanBahagian ini bertanggungjawab dalam kawalan perancangan dan pembangunan serta mengawal selia aktiviti dan pelaksanaanaktiviti penyelenggaraan landskap di seluruh Pulau Labuan. Tanggungjawab pengawalan ini telah digariskan dalam Akta PerbadananLabuan dan beberapa Garis Panduan yang digunapakai iaitu Pelan Pembangunan Labuan (1997-2015), Pelan Induk Landskap

    dan garis panduan yang diterbitkan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBD).

    Aktiviti yang Dilaksanakan

    Pelan Tatatur dan Pelan Landskap

    Sebanyak 24 permohonan Pelan Tatatur dan Pelan Landskap telah diterima. Dari jumlah tersebut, dua (2) permohonan merupakanprojek kerajaan dan 22 permohonan merupakan projek swasta. Lima (5) permohonan telah diluluskan dan 19 permohonan lagimasih dalam pertimbangan.

    Pelan Pecah Sempadan /Bahagian, Cantuman Tanah dan Tukar Syarat Tanah

    Sebanyak 13 permohonan yang telah diterima. 3 permohonan yang telah diperakukan dan 10 permohonan lagi masih dalampertimbangan. Dijangka keputusan permohonan akan dibawa ke tahun 2006. Bagi tujuan kelulusan untuk setiap permohonan,Perbadanan Labuan hanya mengesyorkan dan memperakukan mengikut kesesuaian perancangan manakala kelulusan penuhhanya diperoleh melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah WP Labuan. Secara keseluruhannya, Perbadanan Labuanmenetapkan sasaran untuk menyelesaikan 10 permohonan yang masih dalam pertimbangan pada tahun 2005 sebelum pertengahan

    tahun 2006.

    Permohonan Kebenaran Merancang

    Bahagian ini bertanggungjawab memberi ulasan ke atas Permohonan Kebenaran Merancang. Sebanyak 183 Permohonan

    Kebenaran Merancang telah diterima oleh bahagian ini seperti di Jadual 1.

    Jadual 1 : Permohonan Ulasan Kebenaran Merancang Bagi Tahun 2005

    Tahun 2005

    Perkara Tiada Halangan Tolak Dalam Proses Jumlah

    Permohonan Lesen Perniagaan 68 56 - 124

    Permohonan Pertanyaan Perancangan 30 12 - 42

    Permohonan Pengambilan balik Tanah 1 - - 1

    Permohonan Angkut Tanah 4 - - 4

    Permohonan Izin Lalu 2 - - 2

    Permohonan Lanjutan Tempoh Pajakan - 1 - 1

    Permohonan Tukar Jenis Hakmilik - - - -

    Permohonan Tanah Kerajaan 3 4 - 7

    Permohonan Tanah Kerajaan Lesen Menduduki Sementara - - - 0

    Permohonan Sijil Layak Menduduki 2 - - 2

    JUMLAH KESELURUHAN 110 73 - 183

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 3 5

    Rancangan Malaysia Ke Sembilan

    Satu sesi percambahan fikiran bagi penyediaan senarai projek-projek

    pembangunan di bawah RMK9 telah diadakan pada 8 dan 9 Januari 2005 yang

    dihadiri oleh pegawai-pegawai Perbadanan Labuan. Sesi ini telah mengenalpasti

    program/projek mengikut sektor untuk dilaksanakan di bawah RMK9.

    Penyelenggaraan Landskap di WP Labuan

    Unit Landskap PL bersama 11 kontraktor bertanggungjawab melaksanakan

    kerja-kerja penyelenggaraan landskap yang melibatkan kawasan-kawasan

    taman awam/permainan dan jalan utama/protokol.

    Pertandingan Landskap Peringkat Kebangsaan

    Pada 3 Mac 2005, Perbadanan Labuan telah menjadi johan peringkat

    kebangsaan bagi Pertandingan Landskap Jalan Utama / Jalan Protokol bagi

    tahun 2004. Majlis penganugerahan ini telah diadakan sempena Majlis Sambutan

    Hari Landskap Negara anjuran Jabatan Landskap Negara. Hadiah kemenangan

    telah disampaikan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana

    Menteri Malaysia.

    Program Menanam Pokok Raya

    Program Penanaman Pokok Bunga Raya di WP Labuan diadakan serentak di

    seluruh Negara pada 15 September 2005. Program ini bertemakan “Bunga

    Raya Semarak Negara”. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan

    kesedaran dan menanamkan sifat kebangsaan serta kecintaan rakyat Malay-

    sia khususnya terhadap Bunga Kebangsaan. Sebanyak 3,000 batang pokok

    bunga raya telah ditanam di WP Labuan melalui program tersebut.

    Ketua Pegawai Eksekutif, PLbersama dengan Pegawai-PegawaiPL.

    Pelancaran Program MenanamBunga Raya Disempurnakan OlehYB Ahli Parlimen Labuan

    Pelancaran Program MenanamBunga Raya Disempurnakan OlehYB Ahli Parlimen Labuan

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 36

    Bahagian Pembangunandan KejuruteraanBagi tahun 2005, Bahagian Pembangunan Dan Kejuruteraan meneruskan tugas dan tanggungjawab dalam melaksanakan projek

    pembangunan di bawah peruntukan pembangunan RMK8, peruntukan di bawah perbelanjaan mengurus untuk kerja-kerja

    penyelenggaraan dan memproses pelan-pelan bangunan.

    Laporan Prestasi Projek

    Terminal Feri Penumpang Baru Labuan telah disiapkan pada penghujung tahun

    2005. Bagi tahun 2005 sejumlah RM5,550,508.72 telah dibelanjakan dan

    menyumbang kepada perbelanjaan keseluruhannya setakat ini ialah

    RM31,039,432.17.

    Terdapat 7 (tujuh) buah projek dalam perlaksanaan pada tahun ini iaitu seperti

    berikut :

    Projek Membaikpulih Hakisan Pantai Fasa 2

    Projek ini baru sahaja dimulakan pada 19 Disember 2005 dan dijangka akan siap

    dalam tempoh 20 minggu. Kos bagi projek ini ialah RM1,080,000.00. Tembok

    penahan akan didirikan sepanjang lebih kurang 800 meter di tepi pantai dengan

    menggunakan kaedah blok penahan konkrit. Lokasi projek terletak berhampiran

    Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Adanya tembok penahan ini kelak,

    pantai tersebut tidak lagi terancam dengan hakisan.

    Menaiktaraf Tapak Pelupusan Sampah

    PL akan melantik perunding alam sekitar bagi menyediakan Laporan KajianAlam Sekitar ke atas tapak baru sebagai mematuhi syarat yang ditetapkan

    Jabatan Alam Sekitar. Kajian ini perlu bagi mendapatkan kesesuaian kawasan

    tersebut dalam proses pengambilan balik tanah bagi meluaskan lagi kawasan

    pelupusan sedia ada. Perbelanjaan sebanyak RM310,565.24 yang telah

    dibelanjakan adalah untuk kerja-kerja kecil sebagai sokongan di tapak pelupusan.

    Perumahan Kakitangan Awam Labuan

    Projek ini dibahagikan kepada dua fasa. Fasa pertama telah mencapai kemajuan

    kerja sebanyak 80% sehingga penghujung tahun 2005 telah didirikan di TanjungPurun. Pada tahun ini juga, sebanyak RM1,873,240.64 telah dibelanjakan bagitujuan pembayaran kepada kontraktor dan perunding.

    Fasa kedua yang hanya dimulakan pada 19 Disember 2005 yang memakan kossebanyak RM16,048,104.67, dijangka dapat disiapkan dalam masa 100 minggu

    akan datang. Sebanyak 66 unit kediaman kelas C, D, E dan F akan didirikan di

    Kg. Bukit Kuda. Perbelanjaan sehingga 31 Disember 2005 ialah RM3,682,026.17

    yang merupakan bayaran pendahuluan kepada kontraktor.

    Projek Dalam Pembinaan

    Terminal Feri Penumpang Yang Baru

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 3 7

    Program Pengindahan Labuan

    Pembangunan Fasa 1 yang terletak di Tg. Purun telah dimulakan pada 19 Disember 2005 dengan kos sebanyak RM9,180,959.00

    dengan tempoh pembinaan selama 60 minggu. Projek terdiri dari pembinaan rumah kelab dan gelanggang boling padang tertutup

    yang boleh memuatkan 6 rink dan penonton seramai 200 orang. Di samping itu, landskap lembut dan kejur juga disediakan.

    Sebanyak RM2,295,239.00 (25% dari harga kontrak) telah dibelanjakan bagi bayaran pendahuluan kepada kontraktor.

    Gerai / Pusat Penjaja

    Bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai dan peniaga makanan di gerai Jln. Batu Arang, PL telah memulakan projek

    mendirikan sebuah gerai yang tetap bagi peniaga di situ yang dimulakan pada 19 Disember 2005. Projek ini dijangka dapat

    disiapkan dalam tempoh 48 minggu iaitu pada November 2006 dengan kos RM940,286.00. Sebanyak 8 unit gerai makan, bilik

    utiliti, surau dan tandas disediakan bagi kemudahan peniaga dan pengunjung selain dari tempat letak kereta dan landskap.

    Pasar Baru Dan Stesen Teksi Dan Bas

    Kerja-kerja awalan di tapak seperti pembersihan tapak dan membina seawall sedang dilaksanakan. Kajian alam sekitar pula telah

    dijalankan untuk mendapatkan permit mengangkut dan mengeluar pasir laut bagi tujuan penambakan ke atas tapak sedia ada yang

    sebahagian besarnya masih dalam laut. Tapak yang terlibat ialah seluas kira-kira 11 ekar. Perbelanjaan bagi projek ini sepanjang

    tahun 2005 ialah RM1,840,101.81.

    Pusat Aktiviti Kebudayaan

    Jumlah perbelanjaan bagi tahun ini ialah RM604,825.50 iaitu 35% dari harga kontrak. Kemajuan fizikal sehingga 31 Disember

    2005 ialah 52%.

    Projek Pembinaan Pusat Kebudayaan

    Terdapat 2 (dua) projek yang dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun iaitu Memasang Lampu Jalan dan Pembinaan

    Jalan Dan Longkang. Jumlah perbelanjaan kedua-dua projek sehingga 31 Disember 2005 ialah RM1,266,467.25.

    Projek Penyelenggaraan

    Meneruskan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan bagi membaiki kemudahan awam dan infrastruktur sedia ada.

    Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan ialah penyelenggaraan jalan / longkang, lampu jalan, bangunan

    awam, kawasan rekreasi dan logistik. Dalam tahun 2005 sejumlah RM2,919,289.18

    telah digunakan bagi tujuan ini.

    Projek Pembinaan Pusat Kebudayaan

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 38

    Projek-Projek Kecil

    Bahagian ini juga diberi tanggungjawab untuk melaksanakan projek-projek kecil di bawah peruntukan Kementerian Wilayah

    Persekutuan, Kementerian Kewangan, Pejabat Pembangunan Negeri dan PL sendiri.

    Tujuan utama melaksanakan projek-projek kecil ini adalah untuk meningkatkan kemudahan dan prasarana penduduk-penduduk

    kampung khasnya serta dapat meningkatkan ekonomi warga Labuan amnya dan kelengkapan PL.

    Sejumlah RM387,989.00 peruntukan Ahli Parlimen Labuan digunakan untuk perlaksanaan projek pembangunan kampung. Manakala,

    perbelanjaan bagi projek kecil di bawah pembiayaan geran khas Kementerian Wilayah Persekutuan ialah sebanyak RM224,705.00

    dan Kementerian Kewangan sebanyak RM158,221.00.

    Kelulusan Pelan Bangunan

    Bahagian ini telah menerima dan memproses permohonan bagi kelulusan Pelan Bangunan, Rumah Sesebuah, Rumah Kampung,

    Pengubahsuaian Premis, Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan dan permohonan untuk mendapatkan bekalan air dan elektrik.

    Perincian permohonan adalah seperti di Jadual 1 :

    Jadual 1 : Perincian Kelulusan Pelan Bangunan Dan Permohonan Bekalan Air Dan Elektrik

    Bil. Jenis Permohonan Lulus Tolak

    1. Pelan Bangunan

    i. Projek Kerajaan 1 0 0 1

    ii. Perumahan 2 1 0 1

    iii. Komersial 1 0 0 1

    iv. Industri 4 2 0 2

    v. Institusi 1 1 0 0

    2. Rumah Sesebuah 11 8 1 2

    3. Rumah Kampung 133 131 2 0

    4. Pengubahsuaian dan 32 31 0 1Penambahan Premis

    5. Sijil Kelayakan Menduduki 15 15 0 0

    6. Bekalan Air Dan Elektrik 236 235 1 0

    Operasi Bengkel

    Unit Bengkel telah melaksanakan aktiviti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan pemulihan untuk kesemua kenderaan

    Perbadanan Labuan. Aktiviti penyelenggaraan pencegahan dilaksanakan berpandukan kepada Jadual Penyelenggaraan yang

    ditetapkan. Program penyelenggaraan pemulihan dilaksanakan apabila ada keperluan dan aduan kerosakan. Perbelanjaan

    mengurus yang dikendalikan oleh Unit Bengkel dalam tahun 2005 untuk dua program di atas adalah berjumlah RM238,216.92 dan

    RM108,303.30.

    PermohonanMasih Dalam Proses

    BilanganPermohonan

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 3 9

    Operasi Loji Mini Insinerator

    Loji Mini Insinerator yang telah beroperasi sejak tahun 1998 masih lagi berfungsi dan digunakan pada skala moderate sahaja. Ini

    kerana kos operasi dan kadar kerosakan yang tinggi berbanding kemampuan sepatutnya.

    Loji Krematorium

    Loji Krematorium diuruskan secara kerjasama antara Perbadanan Labuan dengan komuniti India. Komuniti tersebut bertanggungjawab

    untuk mengendali, mengurus dan menyempurnakan pembakaran mayat, manakala pihak PL pula bertanggungjawab untuk

    melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembersihan.

    Bahagian Pelaburan dan Sosio EkonomiUnit Sosio Ekonomi

    Unit Sosio Ekonomi bertanggungjawab ke atas pembangunan 27 buah kampung di WP Labuan. Pembangunan kampung ini

    meliputi pembangunan infrastruktur, ekonomi, sosial dan rohaniah. Pada tahun 2005, unit ini menumpukan pembangunan sosial

    dan ekonomi masyarakatnya.

    Pembangunan Infrastruktur

    Unit ini memberi tumpuan kepada pemantauan dari segi aspek kerosakan dan juga keperluan-keperluan infrastruktur awam yang

    baru. Contohnya jalan-jalan simen akan diperbaiki atau dibina semula sekiranya terdapat yang rosak atau terdapat jalan baru

    dipohon oleh penduduk kampung.

    Pembangunan Ekonomi

    Pembangunan ekonomi masyarakat kampung di Labuan sebenarnya dipengaruhi sebahagian besarnya oleh aktiviti atau

    pembangunan ekonomi di kawasan bandarnya. Ini adalah kerana hampir 90% penduduk yang bekerja atau berniaga di bandar

    adalah tinggal di kampung ataupun taman perumahan. Sehubungan itu, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peningkatan

    ekonomi di kawasan kampung adalah tertumpu kepada golongan suri rumah dan golongan tua yang cenderung kepada industri

    kecil-kecilan seperti bengkel jahitan, membuat makanan ringan seperti kuih-muih, keropok udang dan lain-lain. Kelompok

    masyarakat kampung yang menjadi sasaran utama ialah golongan yang berpendapatan rendah, ibu-ibu tunggal yang mempunyai

    tanggungjawab anak yang masih bersekolah. Bantuan peralatan seperti mesin jahit, mesin memproses makanan telah disediakan

    oleh pelbagai agensi kerajaan di Labuan.

    Cadangan untuk merealisasikan satu kampung satu produk atau dua kampung satu produk terus diusahakan. Melalui usaha ini

    bukan saja dapat membantu meningkatkan taraf pendapatan penduduk di kampung-kampung malahan ia kelak dapat dijadikan

    sebagai produk pelancongan baru kepada para pelancong di Labuan. Pada tahun 2005, unit ini telah menjemput Pegawai

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 40

    Penyelidik dari MARDI Sabah untuk mengenalpasti kelemahan dan seterusnya memberikan nasihat bagi memajukan industri

    tersebut agar ia lebih berdaya saing.

    Pada tahun 2005, unit ini telah menganjurkan beberapa kursus motivasi dan amali melalui program di bawah Skim Pembangunan

    Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang antara tujuannya ialah memberikan kesedaran dan pengetahuan dalam mempertingkatkan

    usaha ke arah membangunkan ekonomi masyarakat setempat amnya dan golongan PPRT khasnya.

    Pembangunan Sosial

    Bagi mengurangkan gejala sosial yang telah mula menular di kalangan masyarakat kampung maka kemudahan-kemudahan

    untuk beriadah dan tempat-tempat menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan perlu disediakan. Kemudahan yang dimaksudkan

    ialah seperti gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw, balai raya, dewan selain gerai-gerai minum yang mampu

    menarik masyarakat kampung untuk berkumpul. Melalui penyediaan kemudahan sukan ini juga akan dapat melahirkan

    masyarakat yang sihat dan kuat mentalnya. Selain daripada itu para remaja dan belia di kampung-kampung dapat mengisi masa

    terluang mereka dengan aktiviti sukan sekaligus dapat menghindarkan mereka daripada gejala sosial yang tidak sihat.

    Pada 10 September 2005, unit ini telah menganjurkan satu program

    Kecemerlangan Adikku yang bertempat di Universiti Malaysia Sabah – Kampus

    Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), melibatkan seramai 100 orang pelajar yang

    akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM pada tahun 2005. Program ini

    bertujuan untuk mendedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan. Program

    ini juga telah dihadiri oleh para ibu bapa peserta kursus. Selain program

    tersebut, bahagian ini juga telah membelanjakan sebanyak RM19,940.00 bagi

    kerja-kerja penyelenggaraan Balai raya Kg. Gersik / Saguking WP Labuan.

    Pembangunan Rakyat Termiskin

    Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) merupakan aktiviti yang menitikberatkan usaha meningkatkan taraf pendapatan

    dan taraf hidup golongan ini. Antara program telah dilaksanakan ialah bantuan rumah baru dan membaikpulih rumah PPRT. Selain

    itu bantuan penyambungan bekalan air dan elektrik juga turut disediakan. Melalui penyediaan kemudahan ini diharapkan golongan

    ini dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.

    Selain daripada itu, golongan ini juga turut dibantu melalui pembinaan bengkel jahitan, bengkel membuat makanan ringan yang

    terdapat di kampung-kampung. Melalui program seperti ini diharapkan mereka ini dapat membantu mendapatkan sumber

    kewangan tambahan.

    Bagi memastikan golongan ini mampu bersaing mengharungi kehidupan yang mencabar, PL turut menyediakan program / kursus

    kesejahteraan rakyat. Program ini merupakan usaha berterusan pihak kerajaan membantu golongan PPRT. Program ini lebih

    menumpukan kepada program perubahan minda golongan miskin dan ibu-ibu tunggal supaya mereka berkeupayaan untuk

    meningkatkan taraf hidup mereka.

    Rumah Mesra Rakyat

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 4 1

    Program yang telah dianjurkan pada tahun 2005 ialah:

    Bil Program Tarikh Pelaksanaan Jumlah Peserta

    1. Program Bantuan Rumah (PBR) 1 Okt 2005 (siap ) 5 orang(3 Bina Baru, 2 Baik Pulih)

    2. Program Tambahan Makanan Ogos, Sept, Okt, Nov 2005 46 orangSeimbang (PTMS)- Agihanrumah ke rumah.

    3. Program Latihan dan Pendidikan 2 – 4 Sept 2005 200 orang• Perkampungan Motivasi Pelajar

    Gemilang bertempat di ManikarBeach Resort WP Labuan

    4. Program Pembangunan Minda Insan 25.05.05 130 orang(PPMI) :• Kursus Motivasi Ke Arah

    Menjadi Seorang Usahawan olehDato ’Dr. Hj. Mohd. Fadzilah B. Kamsah.

    • Kursus Motivasi Ke Arah Menjadi 03.08.05 100 orangSeorang Usahawan olehDr. Hj. Rusli Abdullah (Bil. ii)

    • Kursus Motivasi Ke Arah Menjadi 25 - 27.9.05 100 orangSeorang Usahawan olehDr. Hj. Rusli Abdullah (Bil. ii)

    Pembangunan Rohani

    Pembangunan Rohani lebih menumpukan kepada usaha penyediaan kemudahan rumah beribadat. Penyediaan kemudahan ini

    ialah seperti pembesaran dan pengubahsuaian surau, masjid, menyediakan peralatan ‘PA System’, kemudahan tempat berwuduk

    dan lain-lain. Program ini menjurus melahirkan masyarakat berhemah, berbudi pekerti dan bertanggungjawab. Pada tahun 2005,

    kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf masjid dan surau di seluruh kampung-kampung di WP Labuan diteruskan. Sejumlah

    RM468,939.40 telah dibelanjakan bagi kerja-kerja membaikpulih, menaiktaraf bangunan dan persekitaran surau dan masjid.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 42

    Program Pendidikan Lalu Lintas Shell

    Unit Sosio-Ekonomi merupakan urus setia kepada Pertandingan Lalu lintas Shell di peringkat WP Labuan. Pada tahun 2005, 17

    sekolah rendah dan 8 sekolah menengah telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang diadakan pada 26 Julai

    2005 bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan. Pertandingan ini diwakili 17 orang pelajar untuk setiap sekolah. Untuk

    kategori sekolah rendah peserta terdiri daripada pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Manakala kategori sekolah menengah pula, pesertanya

    terdiri daripada pelajar Tingkatan 1, 2 dan 3. Pertandingan untuk kategori sekolah rendah telah dimenangi oleh SK Pekan 2,

    tempat kedua SK Bukit Kalam. Manakala SK Patau-Patau mendapat tempat ketiga. Bagi kategori sekolah menengah pula,

    tempat pertama ialah SM Sains, tempat kedua SM Labuan dan tempat ketiga SM Mutiara.

    Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) Peringkat Negeri WP Labuan Tahun 2005

    Perbadanan Labuan telah diminta untuk menguruskan Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Negeri WP Labuan

    bagi tahun 2005 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Urus setia pertandingan di peringkat Kementerian ialah

    KEMAS.17 kampung telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Penilaian telah dibuat dengan lawatan ke kampung-

    kampung berkenaan oleh Panel Hakim yang dilantik bagi menilai 9 aspek yang dipertandingkan pada 12 hingga 24 September

    2005.

    Berikut adalah keputusan pertandingan ADC peringkat Negeri WP Labuan:

    Bil. Tempat / Kedudukan Nama Kampung Hadiah

    Wang Tunai Nilai Projek

    1. Johan Kg. Bukit Kuda 10,000.00 40,000.00

    2. Naib Johan Kg. Layang-Layangan 8,000.00 35,000.00

    3. Ketiga Kg. Lubok Temiang 6,000.00 30,000.00

    4. Saguhati Kg. Sungai Lada 1,000.00 -

    5. Saguhati Kg. Bukit Kallam 1,000.00 -

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 4 3

    Watikah Pelantikan Ketua Kampung

    Majlis watikah pelantikan ketua-ketua kampung telah diadakan pada 11 Mac 2005 yang disempurnakan oleh

    YB Tan Sri Isa B. Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan.

    Berikut adalah senarai 27 ketua kampung yang menerima watikah :

    Bil. Nama Kampung

    1. Tuan Hj. Yunos B. Hj. Kurus Sungai Bangat

    2. Tuan Hj. Abdul Rahman B. Hj. Lamudin Sungai Bedaun

    3 Tuan Hj. Kula B. Abdul Ghani Bukit Kalam

    4 Tuan Hj. Badok B. Taha Lajau

    5 Tuan Hj. Abdul Majid B. Hj. Magal Layang-Layangan

    6. Tuan Hj. Alias B. Hj. Mohamad Sungai Lada

    7 Tuan Hj. Mustaffa B. Tangkim Bukit Kuda

    8 Tuan Haji Hassin @ Hasshim B. Abdullah Sungai Labu

    9 Tuan Haji Muhammad Tahir B. Haji Mohammad Batu Manikar

    10 Tuan Haji Sulaiman B. Mat Said Bebuloh

    11 Tuan Haji Sulaiman B. Wan Chi Patau-Patau 2

    12 Tuan Haji Gutak B. Ag. Besar Patau-Patau 1

    13 En. Hamzani B. Haji Yaacob Sungai Buton/Sungai Sembilang

    14 En. Ismar B. Haji Talib Pantai

    15 En. Matali B. Ibrahim Durian Tunjong

    16. En. Bair B. Sidup Tanjung Aru

    17. En. Ronnie Tan Beng Hian Sungai Keling

    18. En. Abd. Razak B. Abdul Hamid Batu Arang

    19. En. Awang B. Wohop @ Wahap Nagalang / Kerupang

    20 En. Rusli B. Hj. Sapar Rancha-Rancha

    21 En. Abdul Hassan B. Hj. Abd. Ghani Ganggarak / Merinding

    22 En. Jumahat B. Kadir Pohon Batu

    23 Tn. Hj. Alias B. Husin Lubok Temiang

    24 En. Suhili B. Hj. Razali Gersik / Saguking

    25 Tn. Hj. Brahim B. Malan Kilan / Pulau Akar

    26 En. Julkifli B. Osman Sungai Miri / Sungai Pagar

    27 En. Saminan B. Ismail Belukut

    Kampung yang baru diwujudkan

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 44

    Sesi Percambahan Fikiran

    Satu sesi Percambahan Fikiran telah diadakan pada bulan Oktober di kalangan Ketua Kampung dan Ahli JKKK mengenai

    Penetapan Hala tuju Pembangunan Labuan telah diadakan di Ujana Kewangan.

    Antara objektif program ialah :

    i. Mendapatkan pandangan / maklum balas / cadangan / idea yang seluas-luasnya dari pemimpin masyarakat

    peringkat kampung mengenai hala tuju pembangunan masa depan Labuan.

    ii. Mengupas prestasi Labuan, sebelum. Masa kini dan masalah yang tidak menyokong dasa pambangunan sedia

    ada.

    iii. Menurunkan cadangan daripada pemimpin masyarakat akar umbi mengenai sumbangan yang boleh dibuat untuk

    menyokong dasar dan bentuk bantuan yang perlu disediakan oleh Kerajaan.

    iv. Menyediakan rumusan perbincangan untuk dibentangkan dalam perbincangan mengkaji semula dasar pembangunan

    Labuan sedia ada. Kajian meliputi sama ada perlunya dasar sedia ada dipinda, diubah suai ataupun mengisikan

    dasar pemabangunan dengan pelaksanaan program yang lebih berkesan.

    Majlis Berbuka Puasa Warga WP Labuan bersama YB Menteri

    Perbadanan Labuan telah menganjurkan majlis berbuka puasa bertempat di Masjid Kg. Layang-Layangan dan telah disempurnakan

    olah YB Menteri Wilayah. Di majlis penyampaian tersebut, sumbangan kepada masjid dan sumbangan hari raya kepada Warga

    Emas (PPRT) berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian.

    Unit Pelaburan

    5 Aktiviti telah dilaksanakan oleh unit ini iaitu :

    • Lawatan Ke Terminal Feri Penumpang Di Johor, Singapura Dan Batam, Indonesia

    • Lawatan kerja ini diadakan adalah bagi memantapkan lagi sistem pengurusan Terminal Feri Penumpang Baru di WP

    Labuan yang pada awalnya akan beroperasi pada bulan April 2005. Sistem aliran penumpang juga diambilkiratermasuk keselamatan bangunan dan penumpang, hiasan dalaman dan ia meliputi kawasan Kaunter Imigresen,Jabatan Kastam, premis ruang niaga, tandas, surau dan lain-lain. Lawatan telah diadakan pada 4 Februari 2005 dan

    antara terminal yang dilawati adalah seperti berikut:

    i. Terminal Feri Antarabangsa di Stulang Laut, Johor Baharu;

    ii. Terminal Feri “Fingger Pier” di Singapura; dan

    iii. Terminal Feri Batam, Indonesia.

    • Lawatan Ke Syarikat YTL Cement Di Pasir Gudang

    Lawatan ke Syarikat YTL Cement di Pasir Gudang telah diadakan pada 2 April 2005. Tujuan lawatan adalah untuk

    meninjau tahap pemprosesan dalam membuat simen selain mendapatkan maklumat berhubung dengan kawalan alam

    sekitar.

    • Penyerahan Pengurusan Terminal Feri Penumpang Baru Di WP Labuan

    Lembaga Pengarah, Perbadanan Labuan telah bersetuju untuk menyerahkan pengurusan Terminal Feri PenumpangBaru WP Labuan melalui pajakan kecil kepada Syarikat LDA Labuan (Holdings) Sdn. Bhd. Operasi penuh Bangunan

    Terminal Feri Penumpang Baru dijangka pada hujung Disember 2005.

    • Penjualan Rumah Kos Sederhana Rendah Di Taman Mutiara, Kg. Sungai Bedaun, WP Labuan

    Pada akhir tahun 2005, Lembaga Pengarah Perbadanan Labuan telah bersetuju supaya sebanyak 250 unit Rumah Kos

    Sederhana Rendah di Taman Mutiara, Kg. Sungai Bedaun dijual kepada orang awam.

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 4 5

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 46

    Bahagian Pelancongandan KebudayaanKetibaan Pelawat dan Pelancong Ke WP Labuan

    Hasil daripada analisa dan data ketibaan pelawat dan pelancong yang diterima dari Jabatan Imigresen, Jabatan Laut, MAS dan Air

    Asia, jumlah ketibaan pelancong termasuk pelawat harian ke Labuan dalam tahun 2005 adalah sebanyak 702,351 orang iaitu

    meningkat sebanyak 9.4% berbanding tahun 2004 adalah sebanyak 641,899.

    Kemasukan Pelancong Melalui Negara Brunei Darussalam

    Ketibaan pelancong antarabangsa dari Brunei Darussalam (melalui jalan laut) bagi tahun 2005 adalah sebanyak 115,514 iaitu

    meningkat sebanyak 9.8% berbanding tahun 2004 seramai 96,402 orang. Peningkatan ini adalah disebabkan banyak acara

    pelancongan yang menarik diadakan di Labuan seperti Sambutan tahun baru 2006 serta Labuan International Sea Challenge yang

    juga menarik atlet dari negara Brunei Darussalam dan melibatkan penyertaan dari negara berkenaan.

    10 Pasaran Utama Pelancongan

    Kadar penginapan di hotel-hotel WP Labuan tahun 2005 meningkat sebanyak 7.3% iaitu seramai 215,825 orang berbanding

    205,101 orang pada tahun 2004. Pelancong domestik tetap merupakan penyumbang terbesar kepada kadar penginapan iaitu

    sebanyak 75%. Manakala pelancong warga asing, 10 pasaran utama didahului oleh Brunei Darussalam yang mencatatkan

    15.8%, Filipina 2.2%, United Kingdom, Nepal 1.4%, Singapura dan Indonesia masing-masing 1% dan diikuti pelancong dari Benua

    Eropah, Thailand, India dan Australia yang masing-masing mencatatkan hampir 1% syer pasaran pelancong asing ke Labuan.

    Kadar Purata Penginapan Hotel

    Kadar Purata penginapan hotel telah mencatatkan 72.7 % berbanding tahun 2004 iaitu sebanyak 59.2 % bagi Hotel di Labuan.

    Promosi dan Penyertaan Dalam Pameran Perdagangan Dan Pelancongan

    Selain promosi Labuan melalui laman web, e-mel dan pengedaran bahan-bahan promosi pelancongan Labuan di dalam dan luar

    negara, Perbadanan Labuan juga turut serta dalam pelbagai pameran perdagangan dan pelancongan domestik dan antarabangsa

    yang turut disertai oleh wakil-wakil dari MATTA Labuan Chapter, pengusaha-pengusaha hotel, agensi-agensi pelancongan dan

    pengangkutan di Labuan. Pameran-pameran yang disertai sepanjang tahun 2005 ialah:

    Jadual 1 : Senarai Penyertaan Pameran 2005

    No Nama Pameran Tempat Tarikh

    1 ATF Langkawi Langkawi 21-29 Januari

    2 MAS Travel Fair Kota Kinabalu, Sabah 19-20 Februari

    3 MITM Ke-5 Mines, KL 18-19 Jun

    4 MATTA Fair 2005 Kuala Lumpur 16-18 September

    5 PATA Travel Mart Kuala Lumpur 27-30 September

    6 NATAS Holidays 2005 Suntec, Singapura 9-11 September

    7 BIMP-EAGA Trade & Tourism Expo Brunei Darussalam 19-23 September& East Asian Business Summit

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 4 7

    Taklimat Kepada Rombongan Lawatan Dan Pelabur

    Perbadanan Labuan juga menerima kunjungan rombongan lawatan dan pelabur dari dalam dan luar negara yang ingin meninjau

    secara lebih dekat produk-produk pelancongan dan peluang-peluang perniagaan di Labuan seperti berikut:

    i. Lawatan oleh Malaysia Tourism Centre

    ii. Lawatan oleh SMK Riam, Sarawak

    iii. Lawatan Sambil Belajar oleh Pegawai-Pegawai Luar dan Pembantu-Pembantu

    Pegawai Luar Jabatan Penerangan, Brunei Darussalam

    iv. Pelabur dari Negara Rusia

    v. Pelabur dari Syarikat Wahoo Big Game Fishing

    Program Dan Aktiviti Dalam Kalender Pelancongan Labuan

    Kalendar Acara-Acara Pelancongan

    Sebahagian besar daripada acara-acara yang dianjurkan sepanjang tahun 2004

    telah diteruskan pada tahun 2005. Terdapat tujuh (7) acara yang dikategorikan

    sebagai acara bertaraf antarabangsa iaitu:

    i. Labuan International Fishing Tournament

    ii. Round Island Kayak Race;

    iii. Cross Channel Swimming Competition;

    iv. Lumba Sampan Tradisi;

    v. Jets Sport Challenge;

    v i . Borneo Cup Yachting Challenge;

    vii. Remembrance Day;

    dan tujuh (7) acara bertaraf domestik iaitu:

    i. Sambutan Hari Wilayah Persekutuan;

    ii. Karnival Jualan Mega Ogos;

    iii. Fiesta Makanan & Buah-Buahan;

    iv. Sambutan Bulan Kemerdekaan;

    v. Labuan Weekend Carnival;

    vi. Bazar Ramadan;

    vii. Sambutan Ambang Tahun Baru 2006.

    Acara Pertandingan Buah-buahan

    Acara Pertandingan Gubahan

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 48

    Acara-acara yang dianjurkan diselaraskan dengan Bulan-bulan Perayaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan Malay-

    sia seperti Bulan Pesta Air, Pesta Makanan dan Buah-Buahan, Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan, Mega Sales, dan Bazar

    Ramadan. Acara ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

    Seminar / Kursus

    Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan layanan mesra petugas-petugas perkhidmatan kaunter, pemandu teksi, dan pembantu

    kedai, Perbadanan Labuan dan Majlis Tindakan Pelancongan Labuan telah menganjurkan beberapa kursus sepanjang 2005

    seperti berikut:

    Jadual 2 : Senarai Kursus Pelancongan dan Bilangan Penyertaan 2005

    No Nama Seminar / Kursus Bilangan Peserta Tarikh

    1. Think Tourism 100 18 Jun 2005

    Think Tourism 100 24 Julai 2005

    2. Seminar Kemudahan & Perniagaan Dalam Pelancongan 50 23 Julai 2005

    3. Mesra Malaysia 100 13 Ogos 2005

    4. Kursus Asas Protokol dan Etiket Sosial 50 24-25 Oktober 2005

    Acara Labuan International Sea Challenge Acara Perbarisan Hari Kebangsan

  • P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 4 9

    Penyata Kewangan

    50

    51

    53

    5455

    56

    57

    60

    58

    Sijil Ketua Audit Negara Mengenai Penyata KewanganPerbadanan Labuan Bagi Tahun Berakhir 2005

    Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata KewanganPerbadanan Labuan bagi Tahun Berakhir 2005

    Pengakuan Oleh Pegawai Utama yang Bertanggungjawabke atas Pengurusan Kewangan Perbadanan Labuan

    Penyata Pengerusi dan Seorang Ahli Lembaga Pengarah

    Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan bagi Tempoh Berakhir 31 Disember 2005

    Kunci Kira-Kira pada 31 Disember 2005

    Penyata Perubahan Dalam Dana TerkumpulBagi Tempoh Berakhir 31 Disember 2005

    Penyata Aliran Tunai Bagi Tahun berakhir 31 Disember 2005

    Nota-Nota Kepada Penyata KewanganBagi Tempoh 31 Disember 2005

  • SIJIL KETUA AUDIT NEGARA MENGENAIPENYATA KEWANGAN PERBADANAN LABUAN

    BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

    P E R B A D A N A N L A B U A N

    L A P O R A N T A H U N A N 2 0 0 5 50

    Penyata kewangan Perbadanan Labuan bagi tahun berakhir 31 Disember 2005 telah diaudit oleh wakil saya. Tanggungjawab

    saya adalah mengaudit dan memberi pendapat terhadap penyata kewangan tersebut.

    2.Pengauditan telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan piawaian pengauditan yang diluluskan.

    Piawaian tersebut menghendaki pengauditan dirancang dan dilaksanakan untuk mendapat kepastian yang munasabah sama

    ada penyata kewangan adalah bebas daripada kesilapan atau ketinggalan yang ketara. Pengauditan itu termasuk memeriksa

    rekod secara semak uji, menyemak bukti yang menyokong angka dan memastikan pendedahan yang mencukupi dalam

    penyata kewangan. Penilaian juga dibuat terhadap prinsip perakaunan yang digunakan dan penyampaian penyata kewangan

    secara keseluruhan.

    3.Kecuali apa yang dinyatakan oleh saya di perenggan 2.1 hingga 2.3 dalam Laporan Ketua Audit Negara, pada pendapat

    saya, penyata kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama terhadap kedudukan kewangan Perbadanan

    Labuan dan Kumpulan pada 31 Disember 2005, hasil operasi serta aliran tunainya untuk tahun tersebut berdasarkan piawaian

    perakaunan yang diluluskan.

    4.Saya telah mempertimbangkan akaun dan laporan juruaudit bagi semua syarikat subsidiari yang tidak diaudit oleh saya

    seperti yang dinyatakan dalam Nota Kepada Penyata Kewangan. Saya berpuashati bahawa penyata kewangan berkenaan

    yang telah disatukan dengan penyata kewangan Perbadanan Labuan adalah dalam bentuk dan kandungan yang sesuai dan

    wajar bagi tujuan penyediaan akaun yang disatukan. Saya juga telah menerima maklumat dan penjelasan yang memuaskan

    sebagaimana yang dikehendaki bagi tujuan tersebut.

    5.Laporan juruaudit mengenai penyata kewangan subsidiari berkenaan tidak mengandungi sebarang pemerhatian yang

    boleh menjejaskan penyata kewangan disatukan.

    (NORAINI BINTI ABDUL WAHAB)

    b.p KETUA AUDIT NEGARA

    MALAYSIA.

    LABUAN

    22 September 2006

  • LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAIPENYATA KEWANGAN PERBADANAN LABUAN

    BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2005

    Laporan Ketua Audit Negara ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Sijil Ketua Audit Negara bagi menyokong pendapat

    Audit terhadap penyata kewangan tersebut.

    2.Pemerhatian Audit terhadap penyata kewangan adalah seperti berikut: