lawan perahu

15

Upload: adang30

Post on 10-Sep-2015

239 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pend luar 1

TRANSCRIPT

  • Pada suatu masa Malaysia mempunyai pasukan pendayung perahu bagi tujuan pertandingan.

  • Untuk membuktikan Malaysia Boleh, akan diadakan satu acara tahunan pertandingan lawan perahu dengan pasukan Jepun. Persetujuan dicapai supaya setiap pasukan perlu diwakili oleh 8 orang peserta lelaki.

  • Selepas beberapa bulan dijalankan latihan secara intensif, perlawanan pun bermula..Keputusannya pasukan Jepun telah menang dengan berjaya meninggalkan pasukan Malaysia 1 km di belakang..

  • Malaysia sangat kecewa terhadap pasukan negara yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang dalam perlawanan itu..Pihak pengurusan atasan bertekad dan mengambil keputusan untuk menebus kekalahan tersebut pada perlawanan tahun hadapan walau di mana ia diadakan.Maka satu pasukan penganalisis ditubuhkan untuk memerhati keadaan yang berlaku dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian terbaik bagi mencapai kemenangan seperti yang dihasratkan.

  • Selepas beberapa analisis secara terpinci dilakukan, pasukan ini telah mendapati Pasukan Jepun mempunyai 7 orang pendayung dan 1 orang kapten.

  • Manakala pasukan Malaysia mempunyai 7 orang kapten dan hanya 1 orang pendayung!!!

  • Menyedari keadaan ini, pasukan pengurusan atasan mendapat ilham untuk menggunakan khidmat syarikat perunding dengan bayaran tertentu bagi menyusun semula pasukan Malaysia supaya lebih mantap.

  • Selepas beberapa bulan membuat kajian, syarikat perunding telah membuat kesimpulan bahawa didapati terlalu ramai kapten dan terlalu sedikit pendayung dalam pasukan Malaysia. Lalu mereka mencadangkan supaya..SUSUNAN PESERTA PASUKAN PERLU DIUBAH!!!.

  • Di mana pasukan hanya memerlukan 4 orang Kapten yang dipimpin oleh 2 orang Pengurus dan diketuai oleh 1 orang Ketua Pengurus dengan serta 1 pendayung.Di samping itu, mereka juga mencadangkan untuk meningkatkan suasana persekitaran kerja yang lebih baik dan diberikan tahap kecekapan yang lebih tinggi kepada pendayung.

  • Hasilnya pada tahun berikutnya pasukan Jepun telah menang dengan berjaya meninggalkan pasukan Malaysia 2 km di belakang..

  • Pendayung Malaysia akhirnya digantikan dengan serta merta daripada menyertai pasukan kerana prestasi yang ditunjukkan dalam perlawanan tersebut tidak memuaskan.

  • Bagaimanapun pihak pengurusan telah diberi bonus kerana berjaya memotivasikan pasukan Malaysia dengan cemerlang seperti yang ditunjukkan semasa fasa persediaan.

  • Syarikat perunding seterusnya bersedia dengan analisis baru di mana menunjukkan bahawa strategi yang telah digunakan untuk perlawanan pada tahun kedua adalah baik, motivasi yang diberikan kepada pasukan pendayung adalah memuaskan TETAPI peralatan yang digunakan perlu ditingkatkan.Di atas nasihat tersebut, pasukan Malaysia kini dalam proses MEREKA BENTUK PERAHU YANG BARU!!!