latihan penulisan: jenayah pemerdagangan manusia / orang

2
(900) Pengajian Am - Penulisan Soalan: Jenayah pemerdagangan manusia yang semakin menjadi-jadi telah mendatangkan pelbagai masalah kepada kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, permasalahan ini sukar untuk diatasi disebabkan oleh penglibatan pelbagai pihak dan perbezaan-perbezaan tertentu. Bincangkan cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh negara dalam usaha untuk membanteras jenayah ini. Jawapan Cadangan Belakangan ini, jenayah pemerdagangan manusia di Malaysia telah menambahkan lagi kebimbangan kerajaan terhadap masalah-masalah yang tidak putus-putus. Selain semakin serius, jenayah ini juga sukar untuk ditangani, mendatangkan pelbagai cabaran terhadap negara. Cabaran utama yang terpaksa dihadapi ialah wujudnya banyak kekurangan dalam penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan jenayah pemerdagangan manusia ini. Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, (Pindaan 2010) dilihat kurang berkesan. Ini kerana, penguatkuasaan akta-akta tersebut oleh agensi-agensi yang berkaitan seringkali memeperlihatkan wujudnya kebocoran dari segi penguatkuasaan. Sebagai contoh, tangkapan-tangkapan yang dibuat kebanyakannya berakhir dengan buang kes atau penangguhan keputusan perbicaraan. Ini berdasarkan kepada fakta bahawa akta-akta yang sedia ada tidak menyediakan ruang yang secukupnya bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan penguatkuasaan atas sebab kelemahan-kelemahan dan kesamaran yang ada pada kedua-dua akta tersebut. Selain itu, isu integriti perkhidmatan awam juga merupakan cabaran yang besar. Kegagalan dalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia sering dikaitkan dengan intervensi pihak ketiga, iaitu badan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dan sebagainya, yang sering berakhir dengan kegagalan. Kegagalan selalunya disebabkan oleh penguatkuasaan yang bertentangan dengan aspek integriti, seperti wujudnya gejala rasuah dalam kalangan penguatkuasa-penguatkuasa jabatan tersebut. Sebagai contoh, wujud beberapa kes di mana pegawai-pegawai yang berurusan dengan kemasukan pendatang asing ke negara ini membenarkan kemasukan negara dengan mengeluarkan permit dan pasport palsu selepas disuap oleh pihak tertentu. Dalam mengejar kemajuan di era globalisasi, pembangunan negara tidak terlepas daripada menjadi salah satu cabaran bagi membanteras jenayah pemerdagangan manusia. Pembangunan negara yang pesat memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai, dan ini menjadi masalah yang besar. Bagi menampung kekurangan tenaga kerja, negara banyak bergantung kepada kedatangan pekerja asing seperti dari Indonesia, Bangladesh, Burma, Vietnam dan sebagainya yang berkerja di pelbagai sektor, terutama sektor pembinaan dan perladangan. Mereka datang melalui pelbagai saluran yang memungkinkan kewujudan jenayah pemerdagangan manusia. Cabaran utama di sini ialah wujudnya dilema terhadap negara kerana usaha-usaha membanteras pemerdagangan Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran 1

Upload: russlan-ssvs

Post on 19-Jun-2015

9.249 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

Ini hanyalah esei yang merupakan jawapan cadangan sahaja. Terima kasih.

TRANSCRIPT

  • 1. (900) Pengajian Am - PenulisanSoalan: Jenayah pemerdagangan manusia yang semakin menjadi-jadi telah mendatangkanpelbagai masalah kepada kerajaan Malaysia. Walau bagaimanapun, permasalahan ini sukaruntuk diatasi disebabkan oleh penglibatan pelbagai pihak dan perbezaan-perbezaan tertentu.Bincangkan cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh negara dalam usaha untukmembanteras jenayah ini.Jawapan Cadangan Belakangan ini, jenayah pemerdagangan manusia di Malaysia telah menambahkan lagikebimbangan kerajaan terhadap masalah-masalah yang tidak putus-putus. Selain semakin serius,jenayah ini juga sukar untuk ditangani, mendatangkan pelbagai cabaran terhadap negara. Cabaran utama yang terpaksa dihadapi ialah wujudnya banyak kekurangan dalampenguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan jenayah pemerdagangan manusia ini. AktaAntipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, (Pindaan 2010) dilihat kurangberkesan. Ini kerana, penguatkuasaan akta-akta tersebut oleh agensi-agensi yang berkaitanseringkali memeperlihatkan wujudnya kebocoran dari segi penguatkuasaan. Sebagai contoh,tangkapan-tangkapan yang dibuat kebanyakannya berakhir dengan buang kes atau penangguhankeputusan perbicaraan. Ini berdasarkan kepada fakta bahawa akta-akta yang sedia ada tidakmenyediakan ruang yang secukupnya bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankanpenguatkuasaan atas sebab kelemahan-kelemahan dan kesamaran yang ada pada kedua-dua aktatersebut. Selain itu, isu integriti perkhidmatan awam juga merupakan cabaran yang besar. Kegagalandalam membanteras jenayah pemerdagangan manusia sering dikaitkan dengan intervensi pihakketiga, iaitu badan penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen dansebagainya, yang sering berakhir dengan kegagalan. Kegagalan selalunya disebabkan olehpenguatkuasaan yang bertentangan dengan aspek integriti, seperti wujudnya gejala rasuah dalamkalangan penguatkuasa-penguatkuasa jabatan tersebut. Sebagai contoh, wujud beberapa kes dimana pegawai-pegawai yang berurusan dengan kemasukan pendatang asing ke negara inimembenarkan kemasukan negara dengan mengeluarkan permit dan pasport palsu selepas disuapoleh pihak tertentu.Dalam mengejar kemajuan di era globalisasi, pembangunan negara tidak terlepas daripadamenjadi salah satu cabaran bagi membanteras jenayah pemerdagangan manusia. Pembangunannegara yang pesat memerlukan jumlah tenaga kerja yang ramai, dan ini menjadimasalah yang besar.Bagi menampung kekurangan tenaga kerja, negara banyak bergantung kepada kedatangan pekerjaasing seperti dari Indonesia, Bangladesh, Burma, Vietnam dan sebagainya yang berkerja di pelbagaisektor, terutama sektor pembinaan dan perladangan. Mereka datang melalui pelbagai saluranyangmemungkinkan kewujudan jenayah pemerdagangan manusia. Cabaran utama di sini ialah wujudnyadilema terhadap negara kerana usaha-usaha membanteras pemerdagangan manusia secara totalboleh mempengaruhi perkembangan usaha-usaha pembangunan negara melalui sekatan terhadapkemasukan pekerja. Cabaran seterusnya ialah kesukaran mendapatkan maklumat daripada mangsa. Mangsaselalunya akan menyembunyikan fakta yang berkaitan seperti nama sebenar mereka, tempat asal,cara mereka diperdagangkan, pihak yang terlibat dan sebagainya. Mereka seperti ingin mengelakapabila ditemuduga oleh pihak-pihak bertangggungjawab. Sebagai contoh, mangsa-mangsa wanitayang terjebak dengan pelacuran takut untuk mendedahkan maklumat tentang kegiatan merekakerana dijaga, dikawal dan diugut oleh majikan. Ugutan dan ancaman yang dikenakan terlalu kuatsehinggakan mereka tidak berani memberi respon terhadap setiap soalan dalam temuduga yang1Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran

2. (900) Pengajian Am - Penulisandijalankan, dan ini menyukarkan usaha untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia danpelacuran juga. Cabaran terakhir ialah kurangnya kerjasama masyarakat terhadap jenayah ini. Walaupunkegiatan jenayah pemerdagangan manusia berlaku di hadapan mata, masyarakat tidak berminatuntuk memberikan kerjasama terutamanya dari segi maklumat kepada pihak-pihak penguatkuasayang berkaitan. Ini disebabkan oleh perasaan bimbang akan tindakan yang mungkin diambil olehpelaku jenayah yang akan membalas dendam sekiranya ada pihak yang membongkar tentangkegiatan mereka. Tindakan-tindakan kejam pernah berlaku terhadap pihak yang telah memberikanmaklumat, seperti kes yang berlaku terhadap sebuah keluarga di Sabah pada tahun 2009.Kesimpulannya, jenayah pemerdagangan manusia merupakan punca kepada pelbagaimasalah lain seperti lambakan pendatang asing tanpa izin, jenayah dan kekejaman sosial, dansebagainya. Walau bagaimana sukar sekalipun jenayah ini perlu diatasi dan dibanteras secaraberterusan. 2Jenayah Pemerdagangan Manusia - Cabaran