latihan pengukuhan adat (2)

3
Latihan Pengukuhan. Arahan. Jawab semua soalan yang diberikan pada ruangan yang disediakan. 1.Nyatakan definisi undang-undang ……………………………………………………………………………………….. 2. Nyatakan jenis undang-undang adat …………………………………………………………………………………… 3. Berikan perbezaan antara kedua-dua undang-undang adat dari segi pembahagian harta. …………………………………………………………………………………………

Upload: tykah-md-ali-toyu

Post on 20-Feb-2016

225 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

latihan pengukuhan adat

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Pengukuhan Adat (2)

Latihan Pengukuhan.

Arahan. Jawab semua soalan yang diberikan pada ruangan yang disediakan.

1.Nyatakan definisi undang-undang

………………………………………………………………………………………..

2. Nyatakan jenis undang-undang adat

……………………………………………………………………………………

3. Berikan perbezaan antara kedua-dua undang-undang adat dari segi pembahagian harta.

…………………………………………………………………………………………

JANGKAAN JAWAPAN PELAJAR

Page 2: Latihan Pengukuhan Adat (2)

1. merupakan satu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut supaya rakyatnya boleh hidup, bekerja dan bersosial antara satu sama lain. Kadangkala, undang-undang juga dibuat oleh sekumpulan orang yang berfikiran sama.

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah negara.

2. i) adat Perpatih

ii) adat Temenggung

3. Dalam Adat Perpatih Harta Milik Keluarga :

o Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan yang menjadi asas wujudnya suku.

o Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.

o Harta carian: harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup. Jika berlaku perceraian harta dibahagi dua.

o Harta dapatan: harta seia ada pada isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku perceraian, harta kekal di tangan isteri.

o Harta pembawaan : harta yang dimiliki oleh suami sebelum berkahwin, bekas isteri tidak boleh menuntut hartanya.

Manakala Adat Temenggung Harta Milik Individu:

o Berdasarkan undang-undang Islam dan memberi keadilan kepada semua pihak .

o Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka denga kadar 2/3 berbanding anak perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam keluarga.

o Anak perempuan berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka 1/3 bahagian.