latihan pengubah

Upload: qais12

Post on 09-Mar-2016

253 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

latihan pengiraan

TRANSCRIPT

Latihan.Jawab semua soalan. Tunjukkan langkah kerja yang anda lakukan.1. Sebuah pengubah mempunyai 500 belitan primer dan 3000 belitan sekunder. Tentukan voltan sekunder.2. Sebuah pengubah unggul dengan nisbah belitan 2:7 dibekalkan dengan 240V. Tentukan voltan keluarannya.3. Sebuah pengubah unggul mempunyai nisbah belitan 8:1 dan arus primer adalah 3A apabila dibekalkan 240 V. Kirakan arus dan voltan sekunder.4. Sebuah pengubah unggul disambungkan pada 240V bekalan membekalkan 12V, 150W lampu. Tentukan nisbah belitan pengubah dan arus yang dibekalkan .5. Sebuah perintang 12 disambungkan pada belitan sekunder sebuah pengubah unggul dengan 120V voltan sekunder. Tentukan voltan primer jika arus bekalan adalah 4A.6. Sebuah pengubah fasa tunggal 5kVA mempunyai nisbah belitan 10:1 dibekalkan dengan 2.5kV bekalan. Dengan mengabaikan kehilangan kuasa, tentukan: (i) arus sekunder beban penuh(ii) arus primer7. Sebuah pengubah mempunyai 600 belitan primer disambungkan pada 1.5kV bekalan. Tentukan bilangan belitan sekunder supaya voltan keluarannya 240V.8. Sebuah pengubah unggul dengan 87% kecekapan dibekalkan dengan 240V dan 12A bekalan. Kirakan :(i) Kuasa keluaran(ii) Jika voltan keluaran ialah 48V, kitakan arus keluaran.9. Senaraikan 4 jenis kehilangan kuasa pengubah.

10. Sebuah pengubah dengan kadar input 2.5kVA mengalami kehilangan kuasa sebanyak 350VA. Tentukan:(i) Kuasa keluaran(ii) Kecekapan pengubah.11. Sebuah pengubah dengan kadaran 200kVA mempunyai kehilangan kumprum sebanyak 1.5kW dan kehilangan besi sebanyak 1kW semasa beban penuh. Tentukan (i) kecekapan pengubah pada beban pebuh dengan factor kuasa 0.85.(ii) Kecekapan pengubah pada beban separuh.12. Sebuah pengubah 400kVA mempunyai rintangan belitan primer 0.5 dan rintang belitan sekunder 0.001. Kehilangan besi 2.5kW dan voltan primer 5kV dan voltan sekunder 320V. Jika factor kuasa adalah 0.85, tentukan kecekapan pengubah pada(i) Beban penuh(ii) Beban separuh.13. Sebuah pengubah auto fasa tunggal mempunyai nisbah voltan 320V:250V membekalkan satu 20kVA pada 250V. Jika pengubah itu unggul, tentukan nilai arus pada setiap bahagian pengubah itu.14. Berapakah nisbah belitan sebuah pengasing?15. Sebuah pengubah dengan 92% kecekapan mempunyai voltan keluaran 60V dan arus keluaran 12A. Kirakan:(i) Kuasa masukan(ii) Arus masukan jika voltan masukan 240V16. Lakarkan sebuah pengubah auto dengan belitan primer sebanyak 1000 belitan dengan voltan masukan 240V. Voltan keluaran adalah 12V, 8V dan 4V. Tentukan bilangan belitan pada setiap voltan keluaran tersebut.