latihan kerja paip

5
LATIHAN: BAB 4 KERJA PAIP ASAS 1. SENARAIKAN 2 JENIS TANGKI SIMBAH a) ________________________________________________ b) ________________________________________________ 2. KENAL PASTI DAN NAMAKAN BAHAGIAN PAIP SIMBAH YANG BERLABEL DI BAWAH BERSERTA FUNGSINYA.. BAHAGIAN FUNGSI A B C D E F G H TANGKI SIMBAH 1. Kegunaan Membekalkan air ke dalam mangkuk tandas pada masa yang betul 2. Bahagian dan fungsi

Upload: wan

Post on 01-Oct-2015

67 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

soalan subjektif

TRANSCRIPT

LATIHAN: BAB 4 KERJA PAIP ASAS1. SENARAIKAN 2 JENIS TANGKI SIMBAHa) ________________________________________________b) ________________________________________________2. KENAL PASTI DAN NAMAKAN BAHAGIAN PAIP SIMBAH YANG BERLABEL DI BAWAH BERSERTA FUNGSINYA..

BAHAGIANFUNGSI

A

B

C

D

E

F

G

H

TANGKI SIMBAH 1. Kegunaan Membekalkan air ke dalam mangkuk tandas pada masa yang betul 2. Bahagian dan fungsi

BAHAGIANFUNGSI

A PAIP LIMPAHMengeluarkan air yang berlebihan

B PELAMPUNGMengawal paras air dalam tangki

C LENGAN PELAMPUNGmemegang pelampung dan menghubungkannya dengan injap bebeola

D TIUB SIFONMenolak air dengan kuat ke dalam mangkuk tandas

E PAIP ALUR KELUARMembawa air ke dalam mangkuk tandas

F INJAP GEGENDANGMemulakan gerakan menolak air ke dalam mangkuk tandas

G INJAP BEBOLAMengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah

H PAIP ALUR MASUKmemasukkan air ke dalam tangki simbah

Penyenggaraan Tangki Simbah1. Masalah yang biasa timbul ialah air melimpah keluar.2. Keadan ini disebabkan oleh pelampung tidak diseleraskan dengan betuldan injap bebolah tidak dapat menekan sesendal pada muncung alur masuk untuk menghalang air masuk ke dalam tangki.3. Penyenggaraan yang perlu ialah menganti dan menyelaraskan pelampung.

Aktiviti 2: Mengganti dan menyelaraskan pelampungObjektif1. Pelajar akan dapat mengenal bahagia-bahagian utama tangki simbah dan memahami proses simbahan.2. Pelajar juga dapat menganti pelampung dan melaraskan kedudukan pelampung.Alat ,Bahan, dan Kelengkapan1. Tangki simbah (yang siap terpasang).2. Pemutar Skru3. Spana boleh laras4. Perengkuh paip5. Lukisan kerja tangki simbah.Langkah-langkah Menggantikan Pelampung1. Tutup puncah bekalan air.2. Buangkan air dalam tangki simbah.3. Tanggalkan pelampung dari lengannya dengan memutarkan ke arah lawan pusingan jam.4. Gantikan dengan pelampung yang baru.Pelampung dipusingkan ke arah pusingan jam untuk mengetatkannya.5. Uji pelampung baru dengan memsukkan air ke tangki simbah.Lankah-langkah Menyelarskan Pelampung1. Apabilah air masuk ke tangki, perhatikan parasnya.Sekiranya paras air melebihi paras lubang paip limpah, laraskan skru pelaras ke arah injap bebola dengan menggunakan pemutar skru biasa.2. Sekiranya aras air dalam tangki terlalu rendah, pusingkan skru pelaras ke belakang (melawan pusingan jam supaya jarak antara hujung skru pelaras dengan hujung pin omboh adalah jauh).3. Sesudah melaras, kunci pelaras injap bebola dengan mengetatkan nat pengunci.Aktiviti 3 : Mengganti Injap GegendangObjektif1. Adakalanya air dalam tangki simbah tidak mengalir keluar setelah beberapa kali menarik tuas simbahan. Kerosakan biasanya berlaku apabila injap gegendang yang di perbuat daripada plastik terkoyak.2. Kerosakan ini dapat di perbaiki apabila kita menggantikan injap gegendang plastik dalam tiub sifon.Alatan danBahan1. Tiub plastik.2. Playar muncung tirus.3. Sepana boleh laras.Langkah-langkah Mengganti Injap Gegendang1. Tutup paip alur masuk.2. Keluarkan air dari tangki dengan menggunakan tiub plastik (injap gegendang tidak berfungsi).3. Tanggalkan dawai penghubung yang berbentuk cangkuk dari tiang plat tertebuk.4. Longgarkan nat pada paip simbahan dan tanggalkan tiub sifon dari tangki.5. Tanggalkan plat bersama injap gegendang dari tiub sifon dengan menanggalkan nat telinga di bawahnya.6. Keluarkan pengapit injap dan spring di tiang plat tertebuk.7. Keluarkan injap gegendang yang rosak dan gantikan dengan yang baru.8. Pasang kembali semua pepasangan injap gegendang ke dalam tiub sifon dan tiub sifon ke dalam tangki simbah.9. Dengan dawai penghubung, sambungkan hujung tiang plat tertebuk kepada tuas simbahan.10. Ikatkan bahagian bawah tiub sifon kepada tangki simbah.11. Buka paip alur masuk supaya air mengalir masuk ke dalam tangki.12. Uji injap gegendang dengan menekan atau menarik tuas simbahan.