f. bab 5 kerja paip

43
BAHAN DAN BINAAN UNIT 5 : KERJA PAIP 1 OBJEKTIF : Di akhir modul ini pelajar akan dapat : i. Mengenalpasti sumber bekalan air ; ii. Mengenalpasti sistem bekalan air domestik dan kaedah agihannya; iii. Mengenalpasti jenis dan gred paip serta kegunaannya; iv. Menggunakan alat tangan dan mesin dalam kerja penyambungan paip; v. Memasang pelbagai alat pepasang dan injap dalam kerja paip; vi. Melukis dan mentafsir lukisan perkhidmatan; vii. Melukis simbol piawai dalam kerja paip; viii. Mengamalkan peraturan keselamatan di tempat kerja.

Upload: mayra-azra

Post on 30-Jun-2015

13.204 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

Page 1: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

1

OBJEKTIF :

Di akhir modul ini pelajar akan dapat :

i. Mengenalpasti sumber bekalan air ;

ii. Mengenalpasti sistem bekalan air domestik dan kaedah agihannya;

iii. Mengenalpasti jenis dan gred paip serta kegunaannya;

iv. Menggunakan alat tangan dan mesin dalam kerja penyambungan

paip;

v. Memasang pelbagai alat pepasang dan injap dalam kerja paip;

vi. Melukis dan mentafsir lukisan perkhidmatan;

vii. Melukis simbol piawai dalam kerja paip;

viii. Mengamalkan peraturan keselamatan di tempat kerja.

Page 2: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

2

5.1 Pengenalan Sumber Bekalan Air

Air merupakan satu sumber yang sangat penting dalam kehidupan

seharian. Ia membolehkan kita menyediakan keperluan diri seperti minuman,

menyediakan makanan, mencuci pakaian dan sebagainya. Sumber-sumber

semulajadi mendapatkan air adalah daripada sungai, bukit-bukau, dan bawah

tanah. Kebanyakan air yang dibekalkan sebagai air minuman ialah hasil dari

sungai.nair mentah yang didapati daripada mana-mana sumber dikehendaki

diproses bersih dan dibubuh ubat klorin sebelum ia sesuai digunakan oleh

manusia.

Proses pembersihan dijalankan di loji tapis, kemudian air yang sudah

diproses dialirkan melalui saluran paip air untuk disimpan di dalam kolam.

Untuk kawasan yang sedia ada bekalan air yang tersusun, sir dialirkan terus

melalui system saluran paip induk yang ditanam di bawah jalan raya.

Perkhidmatan kepada setiap bangunan atau rumah ialah melaui sambungan

yang dibuat antara paip induk dengan paip servis rumah tersebut.

Untuk kawasan perumahan yang menghadapi tekanan yang rendah,

adalah menjadi amalan mengadakan satu tangki pusat tempat air bersih

disimpan sebelum dibekalkan kepada kawasan tersebut. Ini biasa berlaku

kepada perumahan yang dibina diatas kawasan tinggi.

Di luar bandar, bekalan air masih belum mencukupi, kebanyakan

penduduk bergantung kepada perigi sebagai sumber air untuk kegunaan

harian. Air yang tidak diproses adalah merbahaya dari segi kesihatan,

terutamanya boleh dihinggapi penyakit jangkitan air seperti penyakit taun.

Page 3: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

3

5.2 Bekalan Air Domestik

Sistem bekalan air domestik adalah dibawah jagaan Jabatan atau

Lembaga Bekalan Air negeri. Ia bertanggungjawab berhubung dengan

pembekalan air termasuk penyelenggaraan paip-paip induk, tangki simpan air

utama bagi taman perumahan dan kolam air, merancang dan mengenal pasti

sumber-sumber air yang baru.

5.2.1 Kaedah Agihan Air

Selepas melepasi proses olahan di loji penanpisan, air yang disimpan

di dalam tangki simpanan diagihkan melalui sistem agihan. Agihan air boleh

dilakukan dengan kaedah :

i. Graviti

ii. Pam

iii. Pam dan takungan

Ciri umum yang ada pada sistem agihan air adalah :

i. Dapat membekalkan air bersih yang mencukupi

ii. Sistem agihan hendaklah berkesan.

iii. Sistem perpaipan mampu membekalkan air secara berterusan

dengan penyenggaraan yang minimum.

iv. Bahan yang digunakan untuk paip agihan hendaklah tahan lasak

dan tidak mendatangkan kesan buruk jangka panjang kepada

pengguna.

v. Sistem agihan hendaklah ekonomi dari segi reka bentuk, susun

atur dan pembinaan.

Page 4: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

4

i. Kaedah Graviti

Sistem ini digunakan apabila loji rawatan air terletak pada aras

yang lebih tinggi.

Kelebihan :

Tidak menggunakan pam, maka ia menjimatkan kos operasi dari

segi penggunaan elektrik dan penyenggaraan pam.

Kelemahan :

Jika kawasan bekalan terletak terlalu rendah berbanding loji

rawatan air, tekanan di dalam paip menjadi telalu tinggi dan

mudah merosakkan paip dan sistem agihan.

Rajah 5.1 : Kaedah Agihan Graviti

Loji Pembersih

Air

Tangki Simpanan

Pengguna

Page 5: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

5

ii. Kaedah Pam

Sistem ini digunakan apabila kawasan bekalan berada sama

aras tangki atau lebih tinggi dari aras tangki simpanan. Air dipamkan

terus ke kawasan agihan.

Kelebihan :

Boleh membekalkan air ke kawasan yang lebih tinggi.

Kelemahan :

Bekalan air akan terputus apabila bekalan elektrik terputus.

Tekanan di dalam paipakan menjadi tinggipada masa

permintaan(waktu malam) danakan menyebabkan kerosakan

paip.

Sistem ini memerlukan kawalan dan khidmat senggaraan yang

kerap bagi memastikan bekalan air sentiasa berada pada tahap

optimum.

Kos operasi tinggi untuk penyenggaraan pam dan system

agihan.

Rajah 5.2 : Kaedah Agihan Pam

Pengguna

Loji Pembersih Air

Stesen Pam Galak

Page 6: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

6

iii. Kaedah Pam Dan Takungan ( Gabungan )

Sebahagian air dipam ke kawasan agihan dan sebahagiannya

ke tangki perkhidmatan yang diletakkan di kawasan yang lebih tinggi

dari kawasan bekalan. Air yang disimpan di tangki perkhidmatan akan

diagihkan semasa permintaan tinggi pada waktu puncak. Pada masa

permintaan rendah (waktu malam), air disimpan di dalam tangki

perkhidmatan untuk diagihkan pada waktu puncak keesokan harinya.

Kelebihan :

Sangat ekonomik kerana proses pengepaman beroperasi pada

kadar yang tetap.

Pam yang beroperasi pada kadar yang tetap akan menghasilkan

kecekapan yang tinggi serta kurang kos penyenggaraan.

Kerosakan pada paip dan sistem agihan juga dapat

dikurangkan.

Kelemahan :

Tiada kekurangan yang ketara.

Rajah 5.3 : Kaedah Agihan Gabungan

Tangki Simpanan

Pengguna

Loji Pembersih Air

Stesen Pam Galak

Page 7: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

7

5.3 Jenis-jenis Injap Dan Kegunaannya

Pemasangan injap adalah untuk kedua-dua sistem paip dan sistem

paip dalaman. Injap merupakan satu peralatan yang menerima arahan

dalaman samada dalam bentuk insani, mekanikal, elektrikal atau pneumatik

untuk melepaskan, atau menghentikan atau menyalurkan kembali pengaliran

udara melaluinya.

Injap biasanya adalah untuk mengawal pengaliran air sepanjang paip.

Ianya bertujuan untuk mengawal pengeluaran air di penghujung paip. Kedua-

dua injap dan pili adalah alat yang dikawal dengan menggunakan tangan dan

biasanya diperbuat daripada gangsa, Loyang, besi, tembaga, gunmetal,

keluli, plastik atau campuran bahan-bahan tersebut.

Rajah 5.4 : Simbol injap dalam kerja paip

5.3.1 Fungsi- fungsi Injap

Membuka atau menutup aliran sesuatu bendalir.

Boleh dilaraskan untuk kesesuaian halaju aliran.

Hanya membenarkan aliran pada satu arah sahaja.

Mengeluarkan bendalir daripada sistem.

Melepaskan udara dari dalam paip dan membolehkan udara masuk ke

dalam paip apabila paip kosong.

Melegakan tekanan dari dalam paip.

Mengurangkan tekanan air.

Membuang kotoran dari dalam paip air.

Page 8: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

8

5.3.2 Jenis-Jenis Injap

Injap tebahagi kepada dua kumpulan utama iaitu :

i. Stop Valves

ii. Check Valves

1) Stop valves

Berfungsi untuk menutup sebahagian atau kesemuanya aliran bendalir.

Globe Valves

Gate Valves

Butterfly Valves

Ball Valves

Globe Valves

Jenis yang paling biasa dalam injap henti.

Digunakan di sistem perpaipan yang mengandungi stim, udara dan

minyak.

Cakera bersambung dengan batang injap untuk menutup aliran

bendalir.

Digunakan di sistem perpaipan di rumah.

Kelebihan : digunakan untuk pendikitan.

Kekurangan : rintangan kepada aliran bendalir.

Page 9: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

9

Rajah 5.5 : Globe valves

 

Rajah 5.6 : Laluan air bagi ‘globe valves’

Gate Valves

Digunakan untuk mengawal aliran, tekanan dan memberhentikan aliran

air.

Injap yang bersaiz kecil (<100 mm) dikenali sebagai ‘stop cock’ dan

manakala yang (>100 mm) dikenali sebagai injap sluis/sluice Valve

Digunakan apabila memerlukan aliran bendalir yang lurus tanpa

meminimumkan rintangan.

Pintu selalunya berbentuk sesendal/cakera tegak

Kelebihan : tiada rintangan

Kekurangan : lemah dalam pendikitan

Page 10: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

10

Rajah 5.7 : Gate Valves

Rajah 5.8 : Keadaan injap semasa tutup dan buka

Injap Tahan ( Sluis )

Injap sluis yang lazimnya digunakan ialah jenis injap sluis berbibir

Injap sluis berbibir hendaklah bertukup dan pusingan penutupan injap

mengikut arah jam

Injap ini dipasang pada jarak 1.5 km dan juga dipersimpangan.

Page 11: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

11

Butterfly Valves 

Injap ini terdiri dari badan, disk, shaft dan pepasangan bush.

Ia boleh didapati dari saiz 25 hingga 3800mm dengan suhu dan

tekanan hingga 13800 kpa dan 1100°C.

Ia selalu digunakan dalam stesen janakuasa, stesen hidroelektrik,

industri

minyak dan gas dan sambungan pembentungan.

Digunakan di sistem perpaipan yang mengandungi air, bahan api dan

sistem pengudaraan.

Digunakan di paip-paip yang besar.

Kelebihan : mudah dikendalikan, kadar kehilangan tekanan aliran

yang rendah, ringan dan tindak balas yang pantas.

Kekurangan : mudah bocor dan sesuai untuk pendikitan aliran yang

rendah sahaja.

Rajah 5.9 : Butterfly valves

Page 12: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

12

Rajah 5.10 : Keadaan injap apabila dibuka

Ball Valves 

Dalam sistem pemasangan paip dalaman, injap bebola digunakan

pada tangki simpanan, tangki simbahan, tangki pengurang tekanan

dan tangki sedutan.

Fungsinya adalah untuk mengawal pengaliran air masuk ke dalam

tangki-tangki berkenaan.

Hampir serupa dengan injap kupu-kupu.

Dijumpai di sistem perparitan, longkang dan sistem hidraulik.

Rajah 5.11 : Injap bebola

Page 13: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

13

Rajah 5.12 : kedudukan bebola apabila injap dibuka

2) Check valves

Berfungsi untuk membenarkan aliran bendalir hanya pada arah sahaja.

Mengawal arah aliran bendalir dalam sistem perpaipan

Mengelakkan aliran berpatah balik ( reverse flow )

Beroperasi dengan aliran bendalir.

Antara jenis-jenisnya :

Swing-Check Valves

Lift-Check Valves

Ball-Check Valves

Page 14: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

14

Swing Check Valves

Cakera bergerak melalui lengkok

Rajah 5.13 : Check valves jenis DIN3202 F6 Swing

Rajah 5.14 : Keadaan injap sebelum dibuka

Rajah 5.15 : Piring dalam keadaa terbuka ke atas untuk laluan air

Page 15: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

15

Lift Check Valves

Cakera bergerak ke atas dan ke bawah

Rajah 5.16 : Gambarajah injap sebelum dibuka

Ball Check Valves

Bebola terletak di hujung batang dan terangkat untuk membenarkan

aliran melaluinya.

Rajah 5.17 : gambarajah luar ball check valves

Page 16: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

16

Rajah 5.18 : Bebola akan naik ke atas apabila injap dibuka

5.4 Jenis-jenis Paip Dan Kegunaannya

1. Paip Besi Galvani

Rajah 5.19 : Gambarajah Paip GI

Tahan lama.

Saiz yang biasa 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm dan

50mm.

Panjang piawai (tetap) paip ini ialah 6 meter.

Ada 3 gred iaitu A,B dan C.

Gred A > Kod warna coklat > Dinding nipis > digunakan sbg

paip limpah, paip sisa.

Gred B > Kod warna biru > Dinding sederhana tebal >

digunakan sbg paip agihan air panas.

Gred C > Kod warna merah > Dinding tebal > digunakan sbg

paip perhubungan & perkhidmatan.

Page 17: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

17

2. Paip PVC ( Poly Vinyl Chloride )

Rajah 5.20 : Contoh bagi paip PVC

PVC adalah singkatan Poli Vinyl Chlorida.

Berwarna kelabu & putih, permukaan licin dan ringan.

Digunakan sebagai paip perkhidmatan, paip agihan, sistem paip

pengaliran air buangan.

Saiznya mengikut ukuran diameter bahagian dalam batang paip.

Saiz biasanya seperti 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm dan

50mm.

PVC tidak berplastik digunakan dalam paip pembentungan sisa

kumuhan, pemprosesan air dan pelupusan bahan kimia.

3.  Paip UPVC (Unplasticized Polyvinyl Chloride)

Rajah 5.21 : Paip UPVC yang pelbagai saiz

UPVC adalah singkatan Unplasticized Poli Vinyl Chlorida.

Page 18: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

18

Digunakan sebagai paip air sisa, bawah tanah untuk pelupusan

sampah, paip telekom dan sebagainya.

Ringan 

Kekuatan Tinggi dan kereaktifan yang rendah

Tidak beracun 

Menahan suhu kerja dari 5˚C hingga 75˚C 

Penyelenggaraan rendah 

4. Polypipe

Rajah 5.22 : Contoh Polypipe

Kebiasaannya warna hitam.

Digunakan sebagai paip perkhidmatan, khasnya paip utama

bawah tanah.

Saiz biasa 20mm, 25mm dan 35mm.

5. Paip Kuprum (Copper Pipe)

Page 19: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

19

Rajah 5.23 : Paip kuprum seakan-akan berwarna emas

Paip yang digunakan untuk pemasangan penghawa dingin.

Tiga siri (plus ADG): 

o K - mempunyai dinding paling berat, biasanya digunakan untuk

pengebumian bawah tanah. 

o L, digunakan untuk pelbagai tujuan. 

o M, dengan dinding ringan, digunakan untuk drainase dan lain-

lain aplikasi tekanan rendah. (Beberapa kod paip tidak

membenarkan M.) 

Tembok tebal bervariasi dengan saiz ukuran dasar. Diameter dalam

yang dihasilkan mengikut saiz nominal.

5.5 Sistem Bekalan Ke Bangunan Kediaman

Page 20: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

20

5.5.1 Sistem bekalan air di rumah

Sistem bekalan air di rumah terdiri daripada :

a) Sistem Terus

b) Sistem Tidak Terus

Sistem Terus

Membekalkan air terus dari meter air melalui paip perkhidmatan

ke kelengkapan perpaipan seperti sink, bilik air dan dapur.

Rajah 5.24 : Sistem Bekalan Air Terus

Sistem Tidak Terus

Paip Limpah

Paip Cuci

Paip AgihanPaip Agihan

Paip Bekalan

Meter Air

Paip Taman

Injap Bebola

Page 21: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

21

Sistem tidak terus membekalkan air ke tangki simpanan air yang

berfungsi menyalurkan air semula ke kelengkapan perpaipan

rumah seperti tandas dan bilik air melalui paip agihan

Rajah 5.25 : Sistem Bekalan Air Tidak Terus

A = paip bekalan ,

B = meter air

C = paip perkhidmatan

D = paip perkhidmatan

E = kunci paip

F = tangki simpanan air

G = tab mandian dan tandas

H = tab sinki cuci tanga

I = sinki dapur

J = paip agihan

5.5.2 Fungsi Paip Sistem Bekalan Air Di Rumah

Page 22: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

22

Paip Fungsi

Paip

perhubungan

Menyalurkan bekalan air dari paip utama ke meter

air

Paip

perkhidmatan

Menyalurkan bekalan air dari meter air terus ke

tangki simpanan air dan ke pili dapur

Paip agihan Mengagihkan bekalan air dari tangki simpanan air

ke kelengkapan perpaipan lain spt sink cuci, bilik

air & tandas

Paip limpah Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air

sekiranya berlaku kerosakan pada injap bebola

Paip cuci Menyalurkan air keluar dari tangki simpanan air

semasa kerja-kerja pembersihan dilakukan

Tangki Simpanan Air

Digunakan untuk menyimpan air dan membekalkan bagi

penggunaan tandas dan bilik mandi serta di waktu kecemasan.

Bahagian dan fungsi :

Page 23: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

23

Bahagian Fungsi

A Kunci paipmengawal kemasukan air ke dalam tangki

melalui paip perkhidmatan

BPaip

perkhidmatan

Membekalkan air ke dalam tangki

simpanan

C Injap masuk Mengawal kemasukan air ke dalam tangki

D Pelampong Mengawal paras air dalam tangki

E Paip cuci Mengeluarkan air semasa kerja mencuci

F Kunci paip Membuka dan menutup paip cuci

G Paip AgihanMembawa air ke bahagian-bahagian

dalam rumah

H Paip limpah Mengeluarkan air sekiranya injap rosak

I Penutup tangkiMelindungi air dalam tangki daripada

pencemaran

Rajah 5.26 : Tangki Simpanan ( < 4,500 liter)

Page 24: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

24

Rajah 5.27 : Tangki Simpanan ( > 4,500 liter)

5.6 Bekalan Air Panas

Sistem Dandang Berpusat

Dandang boleh dipanaskan oleh gas, bahan api atau minyak dan

mestilah diletakkan sehampir mungkin kepada silinder simpanan air

panas supaya kehilangan haba daripada aliran utama dan paip

balikan dikurangkan menjadi minimum.

Dandang silinder mestilah berada pada kedudukan di tengah-tengah

supaya panjang litar sekunder ke titik-titik alir ambilan air panas yang

berlainan dikurangkan. Litar ini boleh memusing air panas dengan

tindakan graviti atau pam, dan paip mestilah tertebat dimana perlu

untuk menjimatkan haba.

Sistem Terus

Page 25: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

25

Jika pemanasan pusat tidak dikehendaki bergabung dengan bekalan

air panas, atau sekiranya air adalah lembut, system terus boleh

digunakan dengan syarat dandang adalah tahan karat.

Sistem ini adalah murah dipasang daripada sistem tak terus dan air di

dalam silinder akan dipanaskan lebih cepat disebabkan pusingan

balik ‘terus’ di antara dandang dan silinder.

Sistem Tak Terus

Sistem ini digunakan di kawasan air liat sementara atau apabila

pemanasan sigabungkan dengan sistem bekalan air panas. Silinder

tak terus yang mempunyai penukar haba dalaman digunakan. Air

dandang mengelilingi penukar haba ini dan memanaskan air dalam

silinder secara tak terus.

Oleh sebab air dalam penukar haba dan dandang ini tidak dialirkan

keluar melalui pili air panas, air kapur termendak hanya selepas

pemanasan awal air dan selepas itu (kecuali sistem disalirkan) tiada

kejadian selanjutnya dan tiada pergerakan.

Air yang sama juga mengelilingi penyinar keluli atau besi tuang dan

selepas pemanasan air dibebaskan daripada karbon dioksida yang

kemudiannya mengurangkan karatan penyinar.

Silinder Primatik

Bagi pemanasan yang kecil dan jenis silinder tak terus bolongan diri

boleh digunakan. Apabila air dipanaskan, penukar haba mempunyai

dua sendat udara yang menghalang air sekunder di dalam silinder

daripada bercampur dengan air utama dalam penukar haba dan

dandang.

Page 26: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

26

Silinder disambung dengan kerja paip yang serupa dengan sistem

terus, oleh itu menjimatkan kos, disebabkan tiada pengembangan dan

tangki suapan. Suapan sejuk utama dan paip bolong utama.

Sistem Bergabung

Sistem ini mempunyai litar utama ‘tertutup’ iaitu sama seperti silinder

primatik, menjimatkan tangki pengembangan dan tangki suapan, paip

suapan sejuk utama dan paip bolong utama.

Bekas pengembangan tertutup mengandungi udara atau nitrogen

yang menempatkan pengembangan air apabila air dipanaskan.

Menjimatkan kos kira-kira 15% kos dibandingkan dengan sistem

pemanasan yang lazim yang menggunakan paip yang lebih besar.

Apabila pam bekerja, tee penyuntik menurunkan air dari paip balikan

dan menghasilkan edaran yang lebih baik melalui penukar haba

dalam silinder.

Sistem Bagi Bangunan Besar

Sebagai contoh, loji pendua yang membolehkan kerja membaiki atau

pembaharuan dandang atau pengkalori dijalankan tanpa penutupan

atau penyaliran dandang atau pengkalori yang lain.

Keadaan ini akan memberi bekalan air panas pada setiap masa dan

supaya ini tercapai, tiap-tiap sambungan paip kepada dandang dan

pengkalori mestiloah disediakan dengan injap bagi tujuan pemisahan.

Injap bolong tiga hala akan memastikan supaya dandang terbuka ke

atmosfera pada setiap masa dan keadaan ini mengelakkan risiko

letupan. Loji ini mustahak di hospital, kilang yang besar, maktab, hotel

dan pejabat.

Page 27: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

27

5.7 Kerja Paip

5.7.1 Alat tangan dan mesin mudah alih kerja paip

Perengkuh paip 

o Kegunaan - untuk memegang batang paip BG ketika memasang

atau membuka penyambung paip.

Sepana boleh laras

o Kegunaan - untuk membuka kepala pili.

Sepana hujung terbuka

o Kegunaan - untuk membuka kepala pili.

Playar gabung

o Kegunaan - untuk memegang objek silinder, memotong wayar dan

memutar nat kecil.

Page 28: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

28

Playar muncung tirus (halus)

o Kegunaan - untuk memegang benda-benda kecil ditempat yang

sempit.

Kikir bulat (kikir ekor tikus)

o Kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian dalam paip BG.

Kikir rata

o Kegunaan - untuk membuang gerigis bahagian hujung paip BG

Pelocok

o Kegunaan - untuk membuang kekotoran daripada perangkap

sinki.

Pita pengukur

Page 29: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

29

o Untuk mengukur jarak dan panjang batang paip.

Gergaji besi

o Kegunaan - untuk mememotong batang paip BG dan PVC.

Pemotong paip beroda

o Kegunaan - untuk memotong batang paip BG.

Pengulir luar

o Kegunaan - untuk membuat bebenang luar (ulir luar) pada

hujung batang paip BG.

Ragum paip yoke

Page 30: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

30

o Kegunaan - untuk memegang batang paip BG ketika kerja

membuat bebenang dan memotong batang paip.

Pemotong paip PVC

o Kegunaan - untuk memotong batang paip pvc dan paip poli.

Pelayar cengkam ragum

o Kegunaan - untuk mencengkam batang paip dengan kukuh

5.7.2 Penyambungan Paip Dan Jenis-jenis Pepasangan Paip

Page 31: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

31

Jenis Penyambung Paip

  Jenis penyambung Paip BG  Paip PVC  Paip Poli 

1 Soket sana ada ada ada

2 Soket pengecil ada ada ada

3 Siku 90º ada ada ada

4 T sama ada ada ada

5 T pengecil ada ada Ada

6 Penyuai soket injap ada ada Ada

7 Penyuai soket PT ada ada Ada

8 Puting heksagon ada tiada Ada

9 Palam ada ada Tiada

10 Soket Penjodoh ada tiada Ada

Jadual 1 : Jenis penyambung yang terdapat dalam kerja paip

1. Soket

Soket sama

Digunakan untuk menyambung paip yang sama saiz diameter.

Soket pengecil

Digunakan untuk menyambung paip yang berbeza saiz

diameternya.

2. Siku 90º

Page 32: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

32

Siku 90º sama

Digunakan untuk mengubah arah sambungan paip yang bersudut

90º.

Siku 90º pengecil

Digunakan untuk mengubah arah sambungan dua paip berlainan

saiz yang bersudut 90˚.

3. T

T sama

Digunakan untuk menambah sambungan paip.

T pengecil

Digunakan untuk menambah sambungan paip yang berbeza

diameternya.

Page 33: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

33

4. Puting Heksagon

Digunakan untuk menyambung dua soket sama atau dengan soket

penyuai PT.

Digunakan untuk menyambung dua jenis paip yang berlainan

seperti paip BG dengan paip PVC.

5. Soket

Penyuai Soket PT

Digunakan untuk menyambung batang paip dengan pili.

Penyuai soket injap

Digunakan untuk menghubungkan dua jenis paip yang berlainan

seperti paipPVC dengan paip BG.

6. Palam

Page 34: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

34

Digunakan untuk menutup hunjung paip yang tidak digunakan.

7. Soket penjodoh

Digunakan untuk menyambung dua batang paip BG tanpa

mengubah kedudukan penyambung yang lain.

Contoh Penyambungan Paip

A = Pili B = soket sama C = puting heksagon

D = siku 90 E = paip BG 20 F = T pengecil

G = paip BG 13 H = paip BG 20 I = soket penjodoh

J = palam

Page 35: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

35

Bahan Penyambung

1. Pita PTFE

Poly textra fluoro ethylene adalah sejenis pita putih lembut dan nipis. 

Digunakan untuk mengelakkan kebocoran pada sambungan paip dan

mengukukuhkan sambungan paip BG.

 

2. Glu PVC 

Adalah sejenis gam/pelekat cair jenis yang cepat kering.

Glu PVC disapu pada kedua-dua bahagian paip PVC dan terus buat

sambungan.

Digunakan untuk melekatkan sambungan paip PVC

5.7.3 Simbol piawai dalam kerja paip

Page 36: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

36

Rajah 5.28 : Antara simbol piawai dala kerja paip secara umum

Page 37: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

37

Rajah 5.29 : Simbol piawai bagi injap

Page 38: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

38

Rajah 5.30 : Simbol bagi valves, strainers, traps dan symbol peralatan

lain

Page 39: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

39

Rajah 5.31 : Simbol Piawai Bagi Peralatan Penyambungan Paip

Page 40: F. BAB 5 KERJA PAIP

BAHAN DAN BINAANUNIT 5 : KERJA PAIP

40

Rajah 5.32 : Antara simbol peralatan penyambungan yang lain