latihan kata kerja

1
LATIHAN KATA KERJA Baca petikan cerita di bawah dengan teliti dan senaraikan kata kerja yang terdapat di dalam petikan tersebut. Cikgu Norliza meniup wisel menandakan permainan sudah tamat. Kami keluar padang untuk membasuh kaki . Kami bermain di padang yang becak dan berlumpur. Setelah selesai, Cikgu Norliza menyuruh kami berkumpul di tepi padang. Cikgu Norliza menerangkan beberapa kesilapan yang telah kami lakukan semasa bermain tadi. Saya berasa sungguh dahaga. Saya mencuit Aina dan memberi isyarat kepadanya meminta air. Aina menghulurkan botol air itu dan saya segera meneguk isinya. Nasib baik Cikgu Norliza tidak nampak, kalau tidak sudah tentu saya dimarahinya. Kami dibenarkan pulang ke rumah. Saya dan Aina berjalan menuju ke tempat simpan basikal. Perlahan-lahan kami mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan, kami melihat ramai orang berkerumun di tepi jalan. Kami berhenti untuk melihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya sebuah kereta telah terbabas ke dalam parit. Pemandu kereta itu mengalami kecederaan. Kepalanya berdarah. Seorang pemuda telah menahan sebuah kereta lain. Pemandu yang malang itu telah dikejarkan ke hospital. "Itulah akibatnya kalau memandu tidak berhati-hati," kata saya kepada Aina. "Kereta itu dipandu dengan laju," tambah Aina. Sewaktu kami sedang mengayuh basikal secara berganding-gandingan tiba-tiba saya terdengar bunyi hon kereta. Pemandu kereta itu menjenguk melalui tingkap. "Hoi, nak mati ke!" dia menjerit. Muka saya pucat. Nyaris-nyaris Aina kena langgar oleh kereta itu. Kami memberhentikan basikal di tepi jalan. Jantung saya berdegup kencang. Setelah semangat kami pulih, Aina berkata, "Kita kata orang tidak cermat, rupa-rupanya kita pun sama seperti mereka."

Upload: tamilselvy

Post on 02-Oct-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

LATIHAN KATA KERJA TAHUN 4

TRANSCRIPT

LATIHAN KATA KERJA Baca petikan cerita di bawah dengan teliti dan senaraikan kata kerja yang terdapat di dalam petikan tersebut.

Cikgu Norliza meniup wisel menandakan permainan sudah tamat. Kami keluar padang untuk membasuh kaki . Kami bermain di padang yang becak dan berlumpur. Setelah selesai, Cikgu Norliza menyuruh kami berkumpul di tepi padang. Cikgu Norliza menerangkan beberapa kesilapan yang telah kami lakukan semasa bermain tadi. Saya berasa sungguh dahaga. Saya mencuit Aina dan memberi isyarat kepadanya meminta air. Aina menghulurkan botol air itu dan saya segera meneguk isinya. Nasib baik Cikgu Norliza tidak nampak, kalau tidak sudah tentu saya dimarahinya.

Kami dibenarkan pulang ke rumah. Saya dan Aina berjalan menuju ke tempat simpan basikal. Perlahan-lahan kami mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan, kami melihat ramai orang berkerumun di tepi jalan. Kami berhenti untuk melihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya sebuah kereta telah terbabas ke dalam parit. Pemandu kereta itu mengalami kecederaan. Kepalanya berdarah. Seorang pemuda telah menahan sebuah kereta lain. Pemandu yang malang itu telah dikejarkan ke hospital.

"Itulah akibatnya kalau memandu tidak berhati-hati," kata saya kepada Aina. "Kereta itu dipandu dengan laju," tambah Aina.

Sewaktu kami sedang mengayuh basikal secara berganding-gandingan tiba-tiba saya terdengar bunyi hon kereta. Pemandu kereta itu menjenguk melalui tingkap. "Hoi, nak mati ke!" dia menjerit. Muka saya pucat. Nyaris-nyaris Aina kena langgar oleh kereta itu. Kami memberhentikan basikal di tepi jalan. Jantung saya berdegup kencang. Setelah semangat kami pulih, Aina berkata, "Kita kata orang tidak cermat, rupa-rupanya kita pun sama seperti mereka."