latihan formatif wang dan institusi kewangan

Upload: raj-roy

Post on 04-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Ekonomi Asas

TRANSCRIPT

latihan formatif - wang dan institusi kewanganLatihan formatif bab 11.(a)Gambar berikut berkaitan dengan fungsi wang

Jelaskan fungsi wang yang terlibat[3markah]

(b)Huraikan tiga perkhidmatan yang disediakan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada orang ramai.[9 markah]

(c)Maklumat yang berikut menggambarkan suatu keadaan ekonomi.

Keluaran negara berkurangan secara berterusanPermintaan dalam pasaran adalah rendahPenawaran wang dalam pasaran adalah sedikit

Bagaimanakah bank pusat menstabilkan penawaran wang dalam keadaan ekonomi tersebut?[6 markah]

(d)Terangkan peranan KWSP dalam perkembangan ekonomi negara.[7 markah]

2.(a)Huraikan dua kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh bank perdagangan.[6 markah]

(b)Maklumat berikut berkaitan dengan tabungan.

Cik Mawar menerima sejumlah RM30 000 daripada wang peninggalan bapanya. Dia membuat keputusan untuk menabung wang tersebut dalam deposit tabungan di Bank Simpanan Nasional.

Adakah anda setuju dengan keputusan Cik Mawar ?Beri empat alasan.[5 markah]

(c)Jelaskan pernyataan berikut :

Sebahagian besar daripada penawaran wang terdiri daripada deposit semasa di Bank Perdagangan.[5 markah]

(d)Pernyataan berikut berkaitan dengan fungsi bank pusat.

Bank Pusat memainkan peranan utama untuk mewujudkan kestabilan ekonomi

(i)Apakah yang dimaksudkan dengan kestabilan ekonomi?[1 markah]

(ii)Bagaimanakah bank pusat mengawal bekalan wang untuk mencapai kestabilan ekonomi?[8 markah]

3.(a)Affin Merchant Bank Berhad adalah sebuah institusi kewangan bank di Malaysia.

Terangkan empat fungsi institusi kewangan bank tersebut.[8 markah]

(b)Bagaimanakah institusi kewangan bukan bank membantu perkembangan ekonomi negara?[7 markah]

(c)Jelaskan perkhidmatan deposit tetap yang disediakan oleh bank perdangangan.[4 markah]

(d)Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Masnawi.

En. Masnawi mendapat sejumlah RM 130 000 daripada harta peninggalan bapanya. Dia menabung wangnya dalam deposit tabungan di Public Bank Berhad.

Adakah anda bersetuju dengan jenis deposit yang dipilih En. Masnawi ?

Berikan lima alasan anda.[6 markah]

4.(a)Gambar berikut berkaitan dengan urus niaga barang.

(i)Apakah sistem urus niaga dalam gambar tersebut?[1 markah]

(ii)Mengapakah penggunaan wang lebih baik daripada urus niaga dalam (a)(i) ?[4 markah]

(b)Bank pusat bercadang untuk menurunkan kadar rizab tunai.

(i)Mengapakah bank pusat berbuat demikian?[2 markah]

(ii)Terangkan kesan ke atas ekonomi daripada tindakan bank pusat tersebut.[4 markah]

(c)Jelaskan tiga perbezaan antara bank perdagangan dengan Bank Simpanan Nasional.[6 markah]

5.(a)Maklumat berikut berkaitan dengan masalah sistem barter.

Kesukaran membahagikan kepada unit yang kecil.Bukannya penyimpan nilai yang baik

(i)Terangkan dua masalah sistem barter selain daripada yang dinyatakan di atas.[4 markah]

(ii)Bagaimanakah wang dapat mengatasi masalah dalam (a)(i)?[4 markah]