latar belakang lagu

Upload: ng-selena

Post on 10-Jul-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Lagu RakyatLagu rakyat adalah lagu-lagu atau nyanyian yang berasal dari sesutu kawasan dan merupakan lagu-lagu yang amat popular di kawasan tersebut. Biasanya lagu rakyat menceritakan perihal masyarakat, alam, haiwan, tumbuh-tumbuhan ataupun scenario semasa di kawasan tersebut. Lagu rakyat biasanya akan dinyanyiakan semasa bermain, mendodikan anak, hiburan setelah penat membanting tulang dan juga semasa majlis-majlis keraian. Antara lagu-lagu rakyat yang popular sehingga kini adalah ulek mayang, menghilir di sungai Pahang, lemak manis, ayam den lopeh dan inang rodat. Lagu-lagu rakyat adalah warisan bangsa yang perlu dipertahankan. Pada hari ini, lagu-lagu rakyat semakin dilupakan. Tidak mengejutkan satu hari nanti, lagu-lagu rakyat hanya akan tinggal sebagai sejarah sahaja jika tiada usaha untuk menghidupkan dan mempopularkan kembali lagu-lagu tersebut. Ini kerana lagu-lagu rakyat bukan sekadar menghibur tetapi ianya banyak mengandungi unsur-unsur didikan secara tidak langsung. Ini jelas dapat dilihat dalam seni kata lagu-lagunya. Usaha yang dijalankan oleh Bahagian Kesusasteraan Tradisional, Dewan Bahasa dan Pustaka adalah dengan tujuan untuk memelihara kesenian berkenaan agar tidak terhapus begitu sahaja. Tujuan penyelidikan dan rakaman ini adalah untuk melahirkan satu buku bergambar koleksi lagu-lagu rakyat yang melambangkan kekayaan pemikiran dan seni budaya bangsa Melayu. Oleh demikian,kalangan rakyat perlu mempertahanlkan lagu-lagu rakyat malah banyak mempergunakannya dalam majlis-majlis dan menyayikan lagu rakyat sebagai

aktiviti riadah bersama masyarakat yang berbilang kaum.Di dalam sistem pendidikan muzik pula,guru-guru perlu mengajar murid-murid dan menggalakkan aktiviti-aktiviti yang dapat memperbanyakkan gunakan lagu rakyat supaya lagu ini tidak dijadikan sejarah kita.

Lagu Kanak-kanakLagu kanak-kanak Melayu klasik mengandungi mesej beserta aksi atau pergerakan kreatif yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh dan pembentukkan sahsiah generasi kita sejak turun temurun. Lagu-lagu ini juga banyak membawa mesej positif dalam diri anak iaitu mesej Islam, taat kepada Allah, nasihat, nilai moral yang tinggi, taat kepada ibu bapa, menyemai rasa kasih sayang dan mencintai keindahan alam. Doa dan harapan ibu bapa terhadap anak banyak diselitkan dalam lagu-lagu ini. Malangnya lagu-lagu ini seakan semakin dipinggirkan. Kanak-kanak dan lagu memang tidak boleh dipisahkan. Ia merupakan asas untuk mereka melihat, mendengar, bertutur, bergembira dan meneroka anggota badan dan alam sekeliling melalui seni, musik, pergerakan dan kreavitiviti. Dari sini keyakinan diri mereka akan terbentuk dan mereka akan menjadi anak yang riang, mudah bergaul dan belajar. Lagu yang sesuai untuk kanak-kanak peringkat awal adalah lagu beraksi, permainan berlagu, lagu yang menggunakan perkataan yang mudah dan lagu yang selalu diulang. Lagu yang tidak bermakna juga boleh digunakan. Zikir-zikir dan lagulagu klasik Melayu menepati ciri-ciri ini. Ia juga membolehkan kanak-kanak mengenali dan menghargai budaya agama dan bangsa kita. Lagu dan pergerakan kreatif juga penting dalam menyampaikan sesuatu maksud kepada perkataan atau arahan yang di beri kepada anak. Setiap arahan haruslah tepat,

jelas dan disertakan dengan aksi yang menyerlahkan maksud perkataan supaya mesejnya sampai . Sebagai contoh permainan berlagu seperti Lompat Si Katak Lompat dapat mengajar anak pergerakan yang dikaitkan dengan perkataan melompat. Aksi melompat dengan tinggi dan rendah menggalakkan perkembangan fizikal. Ia juga bagus untuk perkembangan kognitif anak dengan memahami konsep tinggi dan rendah.. Perkembangan kognitif atau akal kanak-kanak boleh digalakkan melalui permainan berlagu terutama lagu yang menggunakan kompetensi gerak tangan. Saya sangat suka lagu Air Pasang Pagi yang banyak menggunakan pergerakan tangan menyilang yang sangat baik untuk pembangunan otak kanan dan otak kiri secara seimbang. Aksi lagu ini juga dimainkan dua orang secara berkumpulan. Ia bagus untuk berkembangan emosi dan sosial anak. Banyak juga lagu yang berunsur teka-teki, mengenal abjad dan metametik yang baik untuk minda anak. Permainan berlagu Mak-Mak Pergi Pasar contohnya mengasah kemampuan anak untuk mengenal dan mengeja warna. Aktiviti nyanyian beraksi dapat meningkatkan kecerdasan kanak-kanak. Anak kecil yang aktif menunjukkan bahawa ia akan tumbuh menjadi anak yang cergas. Lagulagu lain yang biasa dinyanyikan di kalangan kanak-kanak termasuk Buai Laju-Laju, Rasa Sayang, Tom Tombak, Air Pasang Pagi, Enjit-Enjit Semut, Lompat Si Katak Lompat, Tebang Tebu dan banyak lagi.

LAGU-LAGU KBSRDalam struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran di bawah bidang perkembangan diri individu. Di samping memperkembang unsur kesenian pada diri murid, sebagai satu mata pelajaran, Pendidikan Muzik memberi ilmu pengetahuan dan membina kemahiran yang berkaitan dengan estetik bunyi. Setelah mengikuti program pembelajaran, murid seharusnya mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang konsep-konsep dan terminologi yang berkaitan dengan muzik. Di samping itu, murid harus berpeluang membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik supaya unsur seni dalam jiw a mereka dapat berkembang. Oleh yang demikian, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan hendaklah menekankan pemerolehan pengetahuan dan penguasaan kemahiran di samping penerapan nilai-nilai murni. Untuk memastikan perkara ini berlaku, pengajaran dan pelaksanaan kurikulum Pendidikan Muzik KBSR memerlukan guru-guru yang berkeyakinan melaksanakan tugas mereka. Sebagai usaha untuk membantu guru melaksanakan tugas dengan yakin, Pusat Perkembangan Kurikulum menghasilkan Buku Sumber Pendidikan Muzik KBSR. Adalah diharapkan buku sumber ini dimanfaatkan oleh guru-guru Pendidikan Muzik KBSR, terutama sekali guru-guru bukan opsyen yang diberi tanggung jawab mengajar

mata pelajaran ini. Kandungan buku ini terdiri daripada fakta tentang elemen muzik,teknik vokal dan instrumental, contoh rancangan mengajar dan skor-skor lagu untuk latihan murid. Kesimpulannya, perkara-perkara tersebut dapat membantu guru melaksanakan tugas dengan lebih berkesan serta menjadi titik permulaan untuk guru meneroka dan meningkatkan lagi pengetahuan dan ketrampilan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik.

LAGU-LAGU PATRIOTIKLagu-lagu patriotik sering dimainkan dalam majlis rasmi dan sekolah di Malaysia sebagai tanda hormat dan penghargaan.ini kerana Negara kita tidak lagi dijajah oleh pemerintahan british.Tujuan lagu-lagu dimainkan adalah supaya rakyat Malaysia dapat membina jati diri dan bersemangat waja untuk membentuk keyakinan diri untuk menempu pelbgai rintangan hidup dengan penuh cabaran .Lagu-lagu ini juga dapat membina sikap yang positif dan bersemangat cinta kepada Negara.Dengan adanya lagu-lagu potriotik.Ini dapat menggalakkan rakyat supaya berfikiran positif dan melahirkan sifat sayangkan Negara.

LAGU CIPAAN LIRIKSaya telah menciptakan tiga buah lagu iaitu Belajar Bersama, Bentuk dan Kalau suka membina topeng. Lagu yang digunakan oleh saya untuk pengajaran dan pembelajaran murid semasa praktikum ialah Kalau suka buat topeng. Lagu ini amat berkesan untuk menarik perhatian murid untuk menjalankan set induksi dan juga penutup sosial.Murid-murid dapat mengikut irama muzik untuk menyanyikan lagu ini bersama dengan pengerakan yang ditunjukkan. Tepuk tangan Kalau suka buat topeng Tepuk tangan

Kalau suka buat topeng Jangan rasa malunya Ambil kertas bergambar dan hasilkan.

Kalau sudah siap Jangan buat bising Tunggulah kawan-kawan sama-sama buat lakonan Rasa gembira dan seronok hati.