latar belakang hoshas

Upload: apple-blossom

Post on 10-Jul-2015

76 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

LATAR BELAKANGHospital Sultan Haji Ahmad Shah terletak di bandar Temerloh, Pahang. Ia terletak di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuantan. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah lama. Pembinaannya dimulakan pada Jun 2002 dan tamat pada 15 Jan 2005. Ia mula beroperasi secara berperingkat pada Mac 2006, dan kemudian dirasmikan Sultan Pahang pada 27 Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H. Pada peringkat awal, setelah Hospital Temerloh dibuka, Hospital Mentakab telah ditutup. Tetapi setelah mendapat rayuan dan bantahan penduduk Mentakab, Hospital Mentakab dibuka semula dengan nama Klinik Kesihatan Mentakab pada 13 Oktober 2005. Hospital ini dibina bagi memenuhi tanggungjawab kerajaan memastikan setiap anggota masyarakat mendapatperkhidmatan kesihatan percuma dan dapat membendung penyakit berjangkit seperti taun, malaria, demam denggi, penyakit kusta dan lain-lain. Pada 25 Januari 2005, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah mengizinkan pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) dan Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung (KKSM) menjalankan latihan amali perubatan di Hospital ini dan hospital-hospital lain.

Singkatan nama Hospital -Hospital - Sultan - Haji - Ahmad - Shah Maksud Simbol pada logo Gading - Lambang keteguhan Warna kuning, merah dan biru - Lambang korporat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Gabungan lambang - , membentuk DNA (unsur kejadian manusia) dan adalah jarum (perubatan)Visi, Misi & Objektif

Dengar PERNYATAAN VISI Untuk mewujudkan perkhidmatan hospital yang memberikan perkhidmatan di mana kesihatan pesakit dimaksimakan PERNYATAAN MISI Misi hospital adalah i. Memudah dan membolehkan rakyat Memaksimakan taraf kesihatan mereka Menghargai kesihatan sebagai aset berharga Membolehkan pelanggan bertanggungjawab meningkatkan kesihatan mereka Meningkatkan kualiti sistem hospital melalui Fokus kepada pelanggan Adil Cekap Menjaga maklumat pelanggan

dan

bertindak

untuk

ii.

Menggunakan teknologi yang berpatutan Berinovatif Mengikut kesesuaian persekitaran iii. Melalui nilai-nilai Budaya korporat (sifat penyayang, profesionalisme, dan kerja berpasukan) Saling menghormati Penglibatan masyarakat PERNYATAAN OBJEKTIF Menyediakan dan memberikan perkhidmatan perubatan yang berkesan, terkini dan penuh tanggungjawab kepada semua lapisan masyarakat sesuai dengan kehendak pelanggan dan etika perkhidmatan yang bercirikan kecekapan, kualiti, inovasi dan berteraskan Budaya Penyayang, kerja berpasukan dan profesionalisma agar dapat mencapai wawasan untuk mewujudkan sebuah negara yang mempunyai individu, keluarga dan masyarakat yang sihat.