latar belakang atau sejarah institut pendidikan guru

3
SEJARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU Sejarah awal latihan perguruan di Tanah Melayu bermula sekitar 1878, dengan penubuhan Pusat Latihan Guru Melayu, Singapura di Istana Lama kepunyaan Sultan Johor, di Teluk Belanga. Pada tahun 1884, pusat tersebut berpindah ke Raeburn, iaitu di sebuah rumah kepunyaan Tanjung Pagar Dock Company. Pada tahun 1895, Pusat Latihan Guru Melayu di Singapura ditutup setelah tujuh belas tahun melatih guru. Setelah tiga tahun Pusat Latihan Guru Melayu ditutup di Singapura, Sekolah Latihan Perguruan Taiping, Perak telah ditubuhkan pada bulan Mei 1898. Penubuhan Sekolah Latihan Perguruan di Taiping bertujuan untuk memenuhi keperluan guru di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1898-1900, Maktab Melayu Melaka ditubuhkan. Maktab Perguruan Melayu Johor ditubuhkan pada tahun 1919. Pada 11 Oktober 1913, Maktab Latihan Melayu Matang, Perak ditubuhkan. Mereka yang diambil berkursus di pusat latihan ini adalah khas dari negeri Perak sahaja. Boleh dikatakan semua tenaga pengajar di pusat latihan ini dipindahkan ke Sultan Idris Training College (SITC) apabila pusat latihan ini dibuka pada bulan November 1922. Dengan tertubuhnya SITC, keperluan terhadap latihan perguruan semakin berkembang pesat. Dengan itu, maka tertubuhlah Sekolah Perguruan Kota Bharu pada 1 April 1929 dan Malay Women Training College (MWTC) pada 31 Januari 1935. Sehingga kini terdapat 27 Institut Pendidikan Guru di seluruh Negara yang menawarkan program latihan perguruan peringkat ijazah, diploma dan sijil. Sumber : Sejarah Perguruan Malaysia (2008). Bahagian Pendidikan Guru Naik Taraf IPG

Upload: dzulkarnain-mat

Post on 25-Jul-2015

532 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latar belakang atau sejarah institut pendidikan guru

SEJARAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Sejarah awal latihan perguruan di Tanah Melayu bermula sekitar 1878, dengan penubuhan Pusat Latihan Guru Melayu, Singapura di Istana Lama kepunyaan Sultan Johor, di Teluk Belanga. Pada tahun 1884, pusat tersebut berpindah ke Raeburn, iaitu di sebuah rumah kepunyaan Tanjung Pagar Dock Company. Pada tahun 1895, Pusat Latihan Guru Melayu di Singapura ditutup setelah tujuh belas tahun melatih guru.

Setelah tiga tahun Pusat Latihan Guru Melayu ditutup di Singapura, Sekolah Latihan Perguruan Taiping, Perak telah ditubuhkan pada bulan Mei 1898. Penubuhan Sekolah Latihan Perguruan di Taiping bertujuan untuk memenuhi keperluan guru di Negeri-Negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu. Pada tahun 1898-1900, Maktab Melayu Melaka ditubuhkan. Maktab Perguruan Melayu Johor ditubuhkan pada tahun 1919. Pada 11 Oktober 1913, Maktab Latihan Melayu Matang, Perak ditubuhkan. Mereka yang diambil berkursus di pusat latihan ini adalah khas dari negeri Perak sahaja. Boleh dikatakan semua tenaga pengajar di pusat latihan ini dipindahkan ke Sultan Idris Training College (SITC) apabila pusat latihan ini dibuka pada bulan November 1922.

Dengan tertubuhnya SITC, keperluan terhadap latihan perguruan semakin berkembang pesat. Dengan itu, maka tertubuhlah Sekolah Perguruan Kota Bharu pada 1 April 1929 dan Malay Women Training College (MWTC) pada 31 Januari 1935. Sehingga kini terdapat 27 Institut Pendidikan Guru di seluruh Negara yang menawarkan program latihan perguruan peringkat ijazah, diploma dan sijil.

Sumber : Sejarah Perguruan Malaysia (2008). Bahagian Pendidikan Guru

Naik Taraf IPG

Pada 13 Julai 2005, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan naik taraf 27 buah Maktab Perguruan menjadi Institut Pendidikan Guru. Kelulusan Parlimen Malaysia untuk naik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru berkuatkuasa pada 1 April 2006 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2006 yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM). Keputusan ini memberi satu perubahan besar kepada institusi latihan perguruan KPM. Dengan kelulusan itu, IPG KPM boleh melaksanakan Program Ijazah Sarjana Muda di samping meneruskan program sedia ada di peringkat sijil, diploma serta ijazah.

Pengoperasian IPG

Penstrukturan semula BPG/IPG KPM membawa lembaran baru dalam dunia pendidikan guru. Berdiri sebagai satu entiti tersendiri, IPG KPM mempunyai pentadbiran sendiri bagi meneruskan Program latihan perguruan praperkhidmatan

Page 2: Latar belakang atau sejarah institut pendidikan guru

dan merancang program-program yang baru di samping mengurus semua IPG kampus. Pasukan Petugas Teknikal (TWG) telah ditubuhkan untuk menyelaras pengoperasian IPG KPM. Pada bulan Februari 2009, TWG mula beroperasi di pejabat sementara di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur. TWG terdiri daripada 13 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 3 orang staf sokongan.

Pada 10 Jun 2009, Pasukan Penggerak (core team) telah ditubuhkan setelah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meluluskan 49 jawatan bagi bagi menggantikan peranan TWG. Semua pegawai dalam TWG diserap ke dalam core team. Di samping melaksanakan tugas-tugas TWG, tanggungjawab core team termasuklah merancang halatuju dan semua aspek keperluan pengoperasian institusi latihan pendidikan guru iaitu pembangunan infrastruktur dan infostruktur, kewangan dan pengurusan aset, hal ehwal pelajar, personel, pembangunan akademik, penyelidikan dan inovasi, pembangunan profesionalisme, serta jaminan kualiti. Pada 5 Januari 2010, Core team memulakan operasi secara rasmi di Cyberjaya di bawah Rektor IPG KPM.

Dengan kekuatan seramai 49 orang, IPGM KPM (core team) berperanan mengawal selia dan mentadbir urus 27 IPG kampus. Mulai Januari hingga Jun 2010, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah mula menyerahkan sebahagian besar fungsi latihan guru praperkhidmatan kepada core team. Di antara bulan Ogos dan September 2011, seramai 135 orang pegawai dari BPG berpindah ke IPG KPM Cyberjaya bagi memperkukuh dan memantapkan pengurusan dan pentadbiran fungsi serta peranan Institut Pendidikan Guru Malaysia sebagai Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru ke arah mencapai misi IPG iaitu melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pendidikan guru yang dinamikn ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia.

Mulai 1 Julai 2013, fungsi pengambilan calon guru pra-perkhidmatan telah diserahkan sepenuhnya ke IPGM dari Bahagian Pendidikan Guru. Bersama-sama fungsi ini, seramai 7 orang kakitangan merangkumi pegawai dan staf sokongan berpindah dari BPG ke IPGM.