latar belakang

4
Latar Belakang Pendidikan insklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih bekesan. Rasional Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program insklusif akan dapat memastikan: * perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. * peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain. * pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. * pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. * peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Upload: taliafaridah

Post on 03-Jul-2015

148 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latar belakang

Latar Belakang

Pendidikan insklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang

mempunyai kecacatan seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down

Sindrom, Autisme, Epilepsi dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas

normal bersama rakan sebaya. Mereka diberikan alat sokongan khas seperti

mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama denagan guru kelas

khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani,

Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih bekesan.

Rasional

Pendidikan insklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha

meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang

pendidikan kepada semua warganegara. Program insklusif akan dapat

memastikan:

* perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.

* peluang berinteraksi antara kanak-kanak istimewa dengan

kanak-kanak lain.

* pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.

* pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.

* peluang kanak-kanak istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.

Page 2: Latar belakang

* menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa

dengan kanak-kanak lain.

Matlamat

Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran

(mainstreaming) kanak-kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal.

Hakikatnya ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa untuk belajar di

sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti yang ada. Dengan ini,

peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua aspek

kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan

yang berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan.

Objektif

Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa

daripada mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan

peluang-peluang untuk belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru

dalam konteks yang lebih natural dengan wujudnya model-model rakan sebaya

(role model)

Page 3: Latar belakang

* Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa bersama

, mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling

menguntungkan bersama.

* Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha mereka

menyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan ‘Khas’ sekelas mereka.

Mereka juga dapat belajar memahami rakan- rakan ‘Khas’ ini tanpa mengira

perbeza, kekurangan dan kecacatan.

* Pendidkan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak

istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM

PENDIDIKAN INSKLUSIF

Pada peringkat permulaan pendidikan insklusif dijalankan secara ‘Partikal

Integration’ sahaja. Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini

bertujuan bagi memudahkan pihak pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas

normal yang sesuai dan inovatif sabagai guru integrasi. Pilihan yang tepat ini

sangat penting dalam menjayakan program pendidikan insklusif. Pada tahun

2006 sabagai tahun permulaan, program pendidikan insklusif ini dijalankan

Page 4: Latar belakang

secara ‘Partikal Inclusion’. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah

dijalankan dalam pelaksanaan pendidikan insklusif di sekolah ini.

1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas

normal yang akan terlibat dengan pelaksanaan program pendidikan insklusif.

2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang

akan mengikuti program pendidikan insklusif.

3. Mengadakan sesi suai kenal di antara kanak-kanak khas dan kanak-kanak

normal.

4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas

dalm bilik darjah biasa.

5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.

6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang

bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.

7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.

8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa

mengikuti sesi P&P di dalam kelas normal.

9. Menjalani P& P mengikut jadual yang telah ditetapkan.

10. Penilaian keberkesanan program pendidikan insklusif dijalankan secara

berperingkat-peringkat.