larangan ketika berpantang dan sebabnya

17
LARANGAN KETIKA BERPANTANG DAN SEBABNYA Kurang minum air-risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Ikan masin atau ikan kering- menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang-menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut-menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan. Sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin seperti kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, , kacang panjang, petola, labu, rebung, , jeruk maman, petai, serta terung. Mengelakkan minuman bergas, sejuk, mengandungi kafein serta tajam seperti kopi,air tebu,

Upload: ladydyezoro

Post on 05-Jul-2015

637 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

LARANGAN KETIKA BERPANTANG DAN SEBABNYA

Kurang minum air-risiko penyakit buah pinggang dan tekanan

darah rendah.

Ikan masin atau ikan kering- menyebabkan darah nifas berbau

busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan

mental.

Ikan bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang-

menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan

laut-menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi

alahan.

Sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin seperti kangkung,

timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, , kacang

panjang, petola, labu, rebung, , jeruk maman, petai, serta terung.

Mengelakkan minuman bergas, sejuk, mengandungi kafein serta

tajam seperti kopi,air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-

buahan seperti nenas,jambu,belimbing,durian belanda,mangga,

betik,ciku,langsat,tembikai,nangka,cempedak,pisang,ubi kayu,

ubi keladi,sengkuang,manggis,macang,kuinin, danbinjai-

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit

tulang dan sejuk otot serta lemah sendi (artritis dan rheumatisme.)

Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak

tidak elok dimakan.

Page 2: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

KAEDAH UNTUK BANYAKKAN SUSU

Berurut (dengan bidan).

Banyakkan minum air/jus buah-buahan.

Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3

hingga 4 hidangan sehari.

Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk

penghasilan susu ibu.

Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus)

dan dicampurkan dengan air asam.

Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama

dengan 3 keping asam keping.

Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus

sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.

Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga

halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.

Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai

pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam,

tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap

hari.

Page 3: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

SAYUR-SAYURAN YANG DAPAT MEMBANYAKKAN

AIR SUSU IBU

Brokoli

Lobak Merah

Lobak Putih

Seleri

Kobis

Sawi Putih

Peria

Ulam Pegaga

Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

TIPS AGAR AIR SUSU IBU LANCAR

Makan kulup daun betik setiap hari.

Ibu juga perlu ELAKKAN dari minuman berkafein dan

bercokelat untuk elak bayi kembung. Perlu ELAK makan bawang

besar, bawang putih dan makanan pedas kerana ini menjejaskan

kualiti susu. Tingkatkan pengambilan omega-3 fatty acid (DHA)

yang banyak terdapat dalam minyak ikan.

Page 4: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

RAWATAN INTENSIF PANTANG BERSALIN NR

SELEPAS KELUAR DARI BILIK BERSALIN (DALAM WAD)

MINYAK HERBANIKA

Sambil baring berehat, pembantu perlu sapukan Minyak

Herbanika ke bahagian peha, lutut, belakang lulut, betis dan

tapak kaki; pakaikan stokin.

Kemudian, sapu rata Minyak Herbanika ke bahagian perut, ari-

ari (kecuali bahagian pembedahan), tundun bahagian sulit,

celahan peha, pinggul dan pinggang.

Kemudian, tuangkan Minyak Herbanika ke bahagian sulit (biar

minyak mengalir ke celahan sulit ke bahagian episiotomi / luka

jahitan), tuangkan ke bahagian tuala wanita anda (untuk

caesarean juga). Pakai dengan selesa.

MINYAK BERUBAT MUSTAJAB

Sambil baring, pembantu menggosokkan Minyak Berubat

Mustajab ke bahagian kulit kepala serta tengkuk anda.

Kemudian, ikat rambut dengan rapi.

UNCANG CUCI HERBANIKA

Page 5: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

Sediakan sebekas air suam panas, masukkan 2 genggam garam

dan 2 paket Uncang Cuci Herbanika, tekankan paket agar keluar

pati herba tehnya yang pekat atau gunakan Barra Gel, dititis ke

dalam air dan dikocak sebati. Kacau sebati dan cebukkan ke

bahagian sulit serta di luka jahitan.

Selepas bercebuk, kesat kering perlahan-lahan. Ambil beberapa

kapas lebar, tuangkan dengan Minyak Herbanika, lekapkan ke

bahagian luka jahitan dan tuangkan Minyak Herbanika ke atas

tuala wanita anda. Pakai dengan selesa.

AKAR HERBANIKA

Minum Air Akar Herbanika yang sedia direbus dan dituangkan

ke dalam flask atau thermos. Disyorkan campuran Madu Lebah

Asli (Pure Honey) ke dalam minuman Air Akar Herbanika anda.

Minum suam panas.

Rebus 2 - 5 pkt Akar Herbanika dan 2 liter air sehingga

mendidih. Boleh tambahkan sebatang serai (diketuk), 2 inci halia

tua (diketuk), 1 sudu besar penuh halba dan daun pandan ke

dalam air Akar Herbanika (jika mahu).

RAWATAN INTENSIF DI RUMAH

Page 6: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

MUSTAJAB PHYTONATAL

Amalan pemakanan herba (tablet), bermula hari ke 4 selepas

bersalin. Amalan setiap waktu pagi sebelum / selepas sarapan dan

anda boleh amal 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan sebelum tidur.

Terlalu Lawas Buang Air Besar (Sensitif) ~ ambil 1 - 2 biji

Lawas Buang Air Besar (Normal) ~ ambil 2 - 3 biji

Tidak Lawas Buang Air Besar (Sembelit) ~ ambil 3 - 5 biji

AKAR HERBANIKA

Minum Air Akar Herbanika yang sedia direbus dan dituangkan

ke dalam flask atau termos. Disyorkan campuran Madu Lebah

Asli (pure honey) ke dalam minuman Air Akar Herbanika anda.

Minum suam panas.

Rebus 2 - 5 paket Akar Herbanika dan 2 liter air sehingga

mendidih. Boleh tambahkan sebatang serai (diketuk), 2 inci halia

tua (diketuk), 1 sudu besar penuh halba dan daun pandan ke

dalam air Akar Herbanika (jika mahu).

Minum 5 - 6 gelas/mug sehari untuk setiap hari.

HERBANIKA LULUR

Page 7: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

Sebelum mandi, ambil 1- 2 sudu besar penuh Herbanika Lulur

(serbuk) campurkan dengan air suam dan sedikit Minyak

Berubat Mustajab, jadikan pes.

Lumur seluruh badan dan lakukan lulur ke atas kulit badan

anda.

Lakukan gosokkan dan urutan lembut ke bahagian-bahagian

tertentu seperti berlebihan lemak, sengal atau lenguh,

berpikmentasi (noda kehitaman) atau berkulit kasar.

Bilas dengan air suam atau air herba iaitu: Daun Inai, Daun

Sireh Melayu, Daun Pandan, Daun Serai Wangi, Halia Tua

(diketuk) dan Garam Kasar. (Semua bahan-bahan tersebut

direbus sehingga air rebusan menjadi warna herba keperangan.

Kemudian, ambil 3 - 5 titis Barra Gel, gosokkan di kulit kepala

dan urut lembut agar berbuih herba seperti syampu. Bilas

dengan air paip. Kesat kering.

Jika tidak sempat berlulur, anda boleh gantikan dengan

penggunaan Sabun Dhia (Sabun Cekur Susu Kambing) untuk

digunakan pada seluruh kulit badan anda dan bilas dengan air

suam atau air herba. Kesat kering.

KRIM BARUT

Page 8: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

Picit tiub ke tapak tangan , saiz duit syiling 50 sen dan sapukan.

CARA BERBENGKUNG

Selepas urut, bertuam atau bertuku ataupun tanpa rawatan-

rawatan tersebut, anda perlu berbengkung (kerana ianya adalah

perkara kedua penting selepas amalan pemakanan herba).

Sapu pada seluruh ulu hati, tulang rusuk, belakang pinggang,

pinggul, punggung, perut, ari-ari, tundun kemaluan, celahan

peha dan peha dengan Minyak Herbanika terlebih dahulu.

Sapu rata Krim Barut / Resipi Herbanika Barut dengan ke

bahagian perut, ari-ari, pinggang, pinggul dan peha. Kemudian,

gunakan sehelai kain tipis untuk membaluti pinggang dan perut

anda agar resipi meresapi liangan kulit.

Ikat kain barut atau Bengkung Tradisional dari bawah iaitu di

peha sehingga ke atas dengan kejab dan rapi.

Jika gunakan Strap-On Binder (Bengkung Moden), lapikkan

dengan kain terlebih dahulu dan gunakan Strap-On Binder.

Balutkan dengan kejab dan rapi dan pastikan anda tidak

menekan Binder tersebut di bahagian tundun kemaluan. Sila

balut Binder melepasi tundun kemaluan anda.

Page 9: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

Biarkan dari pagi sehingga waktu lewat petang sekitar jam 7

malam. Bersihkan kulit perut dengan air suam atau sapukan

semula Minyak Herbanika. Rehat seketika.

Waktu malam, gunakan bengkung atau barut semula.

Di waktu malam, ulangi pemakanan Krim Barut atau Herbanika

Barut. Anda boleh buat pilihan untuk memakai Strap-On Binder,

Girdle atau Bengkung Tradisional untuk keselesaan anda tidur

pada waktu malam.

Nota:

Berbengkung atau berbarut perlu dilakukan dengan tekun sehingga

keadaan perut anda kempis, pejal dan pinggang meramping serta

langsing. Keadaan pinggul dan punggung anda juga tidak lagi kembang

atau lebar. Teruskan rawatan ini selagi tiada perubahan pada

kelangsingan tubuh badan anda.

Barut atau Bengkung bagi ‘Ceasarean’ pada awal 2 minggu pertama.

Selepas keluar dari wad, amat disyorkan amalan sapuan Minyak

Herbanika sahaja di bahagian ulu hati, bahagian perut atas (upper

abdomen), celahan peha dan pinggang anda.

Teruskan amalan sapuan Minyak Herbanika ini di bahagian perut

kecuali di bahagian pembedahan yang masih ditutup dengan plaster atau

clear bandage.

Page 10: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

Adalah amat disyorkan jika anda gunakan 'Strap On Binder' secara

moden yang dapat memberi sokongan pada bahagian perut agar tidak

terasa berat atau jatuh. Ini membantu memberi sokongan pada rahim dan

otot-otot perut anda. Gunakan 'Strap On Binder' yang lembut dan ringan,

melepasi bahagian 'surgery' atau pembedahan tersebut.

Nota:

Para doktor bersalin menasihati agar menggunakan bengkung yang

lembut, mudah didapati di farmasi (strap on binder) untuk kegunaan

selepas 2 – 3 hari setelah melalui pembedahan.

Nota:

Apabila doktor menanggalkan plaster atau bandage, anda boleh mula

sapu Minyak Herbanika ke bahagian luka pembedahan untuk

mempercepatkan proses pemulihannya.

Barut atau Bengkung bagi ‘Ceasarean’ selepas 2 minggu (dan ke atas).

Selepas 15 hari atau 30 hari, amalan berbengkung atau berbarut boleh

dilakukan seperti cara-cara yang dilakukan bagi bersalin secara normal

(Sila rujuk catatan sebelum ini).

UNCANG CUCI HERBANIKA

Page 11: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

~ Rawatan bercebuk , amalan bermula dari hari pertama sehingga hari ke

30.

Disyorkan cucian dan cebukan dengan Uncang Cuci Herbanika atau

Barra Gel. Sediakan sebekas air suam panas, masukkan 2 genggam

Garam dan 2 paket Uncang Cuci Herbanika, tekan paket agar keluar pati

herba tehnya yang pekat atau masukkan Barra Gel. Kacau sebati dan

cebukkan ke bahagian sulit serta diluka jahitan.

Selepas bercebuk, kesat kering perlahan-lahan. Ambil beberapa kapas

lebar, tuangkan dengan Minyak Herbanika, lekapkan ke bahagian luka

jahitan dan tuangkan Minyak Herbanika ke atas tuala wanita anda, pakai

dengan selesa.

~ Amalan Bercebuk dan Berendam Pada Hari ke 31 sehingga 6 Bulan

Sebagai Penjagaan Kebersihan dan Kesegaran Bahagian Sulit.

Sediakan Resipi Uncang Cuci Berdaun:

- 2 pkt Uncang Cuci Herbanika

- 10 - 15 helai Daun Sireh Melayu

- Segenggam Daun Inai

- Segenggam Garam Kasar

- 1 sudu besar penuh Jintan Hitam

- 1 sudu besar penuh Halba

Page 12: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

Rebus dalam air sukatan lebih kurang 3 liter sehingga mendidih.

Tuangkan air herba ke dalam besen yang muat punggung anda.

Tambahkan 1 sudu besar penuh Minyak Berubat Mustajab dan Barra

Gel ke dalam air herba, kocakan sehingga berbuih.

Cuci bahagian sulit bersih terlebih dahulu.

Duduk ke dalam air herba dari paras pinggang (pusat) ke pinggul, kaki

dikeluarkan dari besen anda. Cebukan ke bahagian sulit luaran dan

gunakan jari telunjuk untuk meruang ke dalaman saluran sulit anda.

Lakukan berendam, bercebuk dan meruang sehingga bersih dan terasa

segar.

Rawatan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 10 - 15 minit

atau 20 minit sahaja. Bangun dan kesat kering.

Sapu ruangkan Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika

(gabungkan kedua-dua minyak) ke dalaman ruangan Saluran Sulit.

Untuk merapikan dan merapatkan saluran sulit anda (pastikan tiada

darah nifas), ambil ½ - 1 sudu teh PhytoVagin Gel gaulkan cair dengan

Minyak Berubat Mustajab atau tanpa minyak, sapuruangkan ke dalaman

saluran sulit sehingga tersentuh pintu rahim anda. Biarkan sehingga

sebelum tidur, cuci dengan air dan Barra Gel, ruangkan dalaman agar

tiada kesan gel tadi.

Sapu ruangkan Minyak Berubat Mustajab dan Minyak Herbanika

(gabungkan kedua-dua minyak) ke dalam ruangan saluran sulit, sebelum

Page 13: Larangan Ketika Berpantang Dan Sebabnya

tidur ataupun sapuruang semula PhytoVagin Gel dan Minyak Berubat

Mustajab.

Nota:

Untuk amalan wanita ke arah kerapian dan kesegaran sulit.

Anda boleh menggunakan cucian dan meruang dengan Barra Gel dan

air. Bilas dengan air dan kesat kering.

Sapukan PhytoVagin Gel (sebesar 50sen) ke ruang saluran sulit. Biarkan

selama 2-5 jam, kemudian bilas dan kesat hingga kering.