laporanlawatan

19
Laporan Lawatan ke Makmal Sains (Biologi, Fizik & Kimia) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (High School Bukit Mertajam) Pada hari Jumaat bersamaan tarikh 25 haribulan September 2014, saya telah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam yang juga dikenali sebagai High School Bukit Mertajam dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Lawatan ini dilaksanakan untuk mengumpul maklumat mengenai sistem pengurusan makmal dari segi carta organisasi, peraturan keselamatan makmal, bidang tugas Guru Kanan Sains dan pembantu makmal, prosedur pembelian alatan sains dan penyeleggaraan stok. Saya telah mendapatkan maklumat mengenai pengurusan makmal biologi, fizik dan kimia melalui keadah temu bual, tinjauan dan pemerhatian. Terdapat 9 buah makmal sains yang terdiri daripada makmal fizik, kimia dan biologi di sekolah tersebut dan makmal ini diuruskan oleh 7 orang pembantu makmal sekolah. Laporan ini akan menfokuskan kepada lima elemen yang saya perhatikan di sekolah tersebut iaitu :- 1.0 carta organisasi, 2.0 peraturan keselamatan makmal, 3.0 bidang tugas Guru Kanan Sains dan pembantu makmal, 4.0 prosedur pembelian alatan sains dan 5.0 penyeleggaraan stok

Upload: salittaa-somboonphong

Post on 20-Nov-2015

232 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

laporan lawatan ke makmal sains

TRANSCRIPT

Laporan Lawatan ke Makmal Sains (Biologi, Fizik & Kimia) di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (High School Bukit Mertajam)Pada hari Jumaat bersamaan tarikh 25 haribulan September 2014, saya telah melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam yang juga dikenali sebagai High School Bukit Mertajam dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari. Lawatan ini dilaksanakan untuk mengumpul maklumat mengenai sistem pengurusan makmal dari segi carta organisasi, peraturan keselamatan makmal, bidang tugas Guru Kanan Sains dan pembantu makmal, prosedur pembelian alatan sains dan penyeleggaraan stok. Saya telah mendapatkan maklumat mengenai pengurusan makmal biologi, fizik dan kimia melalui keadah temu bual, tinjauan dan pemerhatian. Terdapat 9 buah makmal sains yang terdiri daripada makmal fizik, kimia dan biologi di sekolah tersebut dan makmal ini diuruskan oleh 7 orang pembantu makmal sekolah. Laporan ini akan menfokuskan kepada lima elemen yang saya perhatikan di sekolah tersebut iaitu :-1.0 carta organisasi, 2.0 peraturan keselamatan makmal,3.0 bidang tugas Guru Kanan Sains dan pembantu makmal, 4.0 prosedur pembelian alatan sains dan 5.0 penyeleggaraan stok

1.0 Carta Organisasi

Pengurusan makmal biologi, fizik dan kimia di SMK Tinggi Bukit Mertajam diterajui oleh Pengetua sekolah tersebut iaitu, En. Khaliqul Zaman Mohamed Sheriff dan diikuti oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu, En. Dzolkapli Haji Haron. Di bawah mereka ialah Guru Kanan Sains sekolah yang dipanggil sebagai Ketua Bidang Sains dan Matematik iaitu En. Sobri Haji Mohamad dan diikuti dengan Guru-guru sains. Akhirnya menjadi tanggungjawab ketua pembantu makmal sains iaitu pembantu makmal sins iaitu En. Shukri Abdul Rashid dan penolong pambantu yang lain bagi mengurus makmal-makmal sains di sekolah tersebut. Di bawah merupakan rangka asas bagi carta organisasi SMK Tinggi Bukit Mertajam.

Pembantu Makmal SainsPengetua SekolahKetua Pembantu Makmal (Pembantu Makmal Kanan)Guru-guru sainsKetua Bidang Sains & Matematik (Guru Kanan Sains)Peolong Kanan Pentadbiran Pengurusan atasan (penglibatan secara tidak langsung)

Pengurusan yang terlibat secara langsung dalam mengurus makmal sains sekolah

* Carta Organisasi Makmal Sains di SMK Ti9nggi Bukit Mertajam

2.0 Peraturan Keselamatan Makmal* Senarai peraturan makmal di SMK Tinggi Bukit MertajamPihak pengurus makmal telah mencetak dan melekat peraturan makmal di setiap muka pintu makmal. Mereka telah memilih beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pelajar bagi tujuan keselamatan. Peraturan-peraturan tersebut disediakan oleh Guru Kanan Sains mengikut Modul Panduan Pengurusan & Keselamatan Makmal Sains Sekolah. Peraturan-peraturan yang dipilih telah dibahagikan kepada tiga cabang iaitu, peraturan am, penggunaan bahan kimia dan penggunaan bahan biologi. Peraturan am merangkumi penggunaan bahan atau peralatan sains dengan penyeliaan guru sains. Antara peraturan am makmal sains sekolah tersebut ialah :

1) Kebenaran guru hendaklah diperolehi sebelum memasuki makmal dan bilik sains dan bilik persediaan. 2) Peralatan dan bahan dalam makmal dan bilik sains tidak boleh dibawa keluar tanpa kebenaran guru sains. 3) Peralatan dan bahan hanya boleh digunakan atas arahan guru. 4) Semua peralatan dan bahan yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asal atau seperti yang diarahkan oleh guru. 5) Semua radas hendaklah dibersihkan sebelum dan selepas digunakan. 6) Kerja amali hanya boleh dilakukan dengan pengetahuan dan kebenaran guru. 7) Peralatan yang rosak atau pecah perlu dilaporkan dengan segera kepada guru atau kakitangan sokongan makmal berkenaan. 8) Sebarang kemalangan yang berlaku perlu dilaporkan dengan segera kepada guru. 9) Murid dikehendaki menjaga kebersihan dan susunan perabut supaya kemas dan teratur. 10) Penunu Bunsen hendaklah dinyalakan hanya dengan pemetik api atau pistol pemetik api sahaja. Penggunaan kertas, lidi dan mancis tidak dibenarkan. 11) Sebarang benda yang masih bernyala atau berbara tidak boleh dibuang ke dalam tong sampah. 12) Jangan membuang sampah ke dalam singki. Sisasisa bahan eksperimen hendaklah dibuang ke dalam bekas yang berlabel sisa bahan. 13) Hanya buku dan peralatan belajar yang dibenarkan sahaja boleh dibawa masuk ke dalam makmal dan bilik sains semasa pengajaran dan pembelajaran sains. 14) Bahan dan alat dalam Kit Pertolongan Kecemasan boleh digunakan dengan kebenaran dan pengawasan guru. 15) Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal dan bilik persediaan. 16) Murid dilarang bermainmain di dalam makmal dan bilik sains.

Manakala peraturan penggunaan bahan kimia dan biologi merangkumi peraturan yang terlibat dalam penggunaan dan pengendalian bahan kimia dan biologi semasa menjalankan eskperimen. Antara peraturan yang terkandung dalam penggunaan bahan kimia dan biologi tersebut ialah :

1) Baca label pada botol reagen dengan teliti untuk memastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu adalah betul. 2) Gunakan bahan kimia mengikut keperluan sahaja semasa menjalankan amali. 3) Gunakan spatula sahaja untuk mengambil bahan kimia pepejal. 4) Botol yang mengandungi bahan kimia ditutup dengan segera selepas digunakan. 5) Dilarang menghidu dan merasa sebarang bahan kimia kerana bahan kimia adalah beracun dan mengkakis. 6) Murid hendaklah membasuh tangan selepas menjalankan eksperimen. 7) Spesimen biologi jenis bukan perosak yang masih hidup hendaklah dikembalikan semula ke habitatnya. 8) Spesimen yang sudah dibedah hendaklah dikumpul dan ditanam. 9) Jangan buka piring petri yang mengandungi kultur mikroorganisma. 10) Jika piring petri yang mengandungi mikroorganisma retak atau pecah, ianya hendaklah dilaporkan kepada guru dengan segera.

3.0 Bidang Tugas Guru Kanan Sains & Pembantu MakmalSaya telam mendapat maklumat tentang bidang tugas guru kanan sains dan pembantu makmal semasa menemu bual mereka. 3.1 Bidang Tugas Guru Kanan SainsEn. Sobri Haji Mohamad merupakan Ketua Bidang Sains dan Matematik atau dikenali sebagai Guru Kanan Sains SMK Tinggi Bukit Mertajam yang bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum semua mata pelajaran sains dan matematik di sekolah tersebut dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Beliau juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional kepada guru-guru sains dan kakitangan makmal sains. Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal melalui program perkembangan staf.Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan makmal sains SMK Tinggi Bukit Mertajam adalah seperti berikut : 1) Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan serta merancang dan menyediakan: i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan. ii. Peraturan keselamatan. iii. Latihan kecemasan dan kebakaran. iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan. v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya. 2) Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal. 3) Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi. 4) Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali dan memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan. 5) Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains. 6) Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa serta menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya. 7) Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains serta merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal. 8) Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan dan menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

3.1 Bidang Tugas Pembantu Makmal SainsPembantu makmal mempunyai pelbagai tugasan yang perlu dilaksanakan. Bidang tugas mereka terbahagi kepada tiga iaitu, tugasan harian dan semasa cuti sekolah. Berikut ialah tanggungjawab pembantu makmal sains dalam bidang :A) Tugasan Harian

1) Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.

2) Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih dan memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.

3) Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat/ radas atau borang pesanan dan memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan.

4) Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali serta melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains.

5) Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.

6) Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.

7) Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali serta memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.

8) Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.

9) Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari: i. Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan. ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik. iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains. iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua.

10) Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua.

11) Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains seperti mengemaskini stok dan sebagainya dan mencuci peralatan sains yang kotor.

12) Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal dan menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa.

B) Tugasan Semasa Cuti sekolah

1) Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok dan menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali.

2) Mengganti label pada botol reagen jika perlu serta mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains.

3) Menghasilkan air suling dan membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.

4) Mengecas dan discas akumulator dan Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya.

5) Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem serta menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.

6) Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh.

7) Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu dan menyemak dan melaporkan bahan sains yang telah luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.

8) Mengemaskinikan butiran dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima.

4.0 Prosedur Pembelian Alatan SainsMenurut perbincangan semasa sesi temu bual pembantu makmal sains, saya mendapat informasi bahawa urusan pembelian alatan sains dijalankan melalui bantuan kewangan PCG yang diperolehi daripada Kementerian. Pembelian alatan sains hanya akan dilaksanakan setelah perlupusan dijalankan oleh pembantu makmal dengan pengawasan guru kanan sains. Selain itu,kebanyakan pembelian barangan sains di sekolah ini dijalankan dalam dua cara iaitu pembelian sebut harga dan pembelian terus melalui petty cash. Pembelian peralatan sains dimulakan dengan menyediakan senarai keperluan tahunan dengan mengumpul senarai pendek keperluan tahunan dari setiap makmal oleh ketua pembantu makmal sains. Kemudian, guru kanan sains akan memutuskan untuk membuat pembelian terus atau secara sebut harga. Jika guru kanan sains mengambil keputusan untuk membeli secara terus maka, beliau akan mengisi borang nota minta dan kemudian meminta kelulusan daripada pengetua sekolah. Guru kanan sains akan mengeluarkan pesanan tempatan (LO) kepada pembekal selepas mendapat kelulusan daripada pengetua. Selepas itu, guru kanan sains dan pembantu makmal akan menerima dan menyemak peralatan daripada syarikat pembekal serta merekod dalam buku rekod penerimaan peralatan dan kad stok yang berkaitan iaitu borang Kew PA. Manakala, jika guru kanan sains mengambil keputusan untuk membeli melalui sebut harga maka, beliau akan menyediakan senarai keperluan tahunan dengan mengumpul senarai pendek keperluan tahunan dari setiap makmal oleh ketua pembantu. Selepas itu, beliau akan mendapat sebut harga daripada pembekal dan memilih pembekal. Kemudian, guru kanan sains boleh membuat pembelian terus dengan mengisi borang nota minta dan kemudian meminta kelulusan daripada pengetua sekolah. Guru kanan sains akan mengeluarkan pesanan tempatan (LO) kepada pembekal selepas mendapat kelulusan daripada pengetua. Selepas itu, guru kanan sains dan pembantu makmal akan menerima dan menyemak peralatan daripada syarikat pembekal serta merekod dalam buku rekod penerimaan peralatan dan kad stok yang berkaitan iaitu borang Kew PA.

Mula

menyediakan senarai keperluan tahunan

mengumpul senarai pendek keperluan tahunan dari setiap makmal

mendapat sebut harga daripada pembekal

Belian Terus

memilih pembekal untuk pembelian

menerima dan menyemak peralatan daripada syarikat pembekal mengisi borang nota minta dan kemudian meminta kelulusan daripada pengetua sekolahmerekod dalam kad stok yang berkaitan iaitu borang Kew PAmerekod dalam buku rekod penerimaan peralatanmengeluarkan pesanan tempatan (LO) kepada pembekal

PETUNJUKpembelian teruspembelian sebut harga

* Prosedur Pembelian Alatan Sains di SMK Tinggi Bukit Mertajam 5.0 Penyeleggaraan StokPenyelenggaraan stok di SMK Tinggi Bukit Mertajam dijalankan dengan merekod segala butiran mengenai stok di borang-borang yang berkenaan. Terdapat pelbagai jenis borang yang perlu diisi semasa meyeleggara stok dan setiap borang ini mempunyai fungsi yang berbeza. Tujuan utama operasi merokod dilaksanakan di sekolah ini adalah untuk memudahkan penyemakan stok di makmal sains supaya dapat mengesan stok yang sudah habis diguna, pecah atau rosak. Keadaan ini akan menyenangkan kerja memesan stok-stok yang berkaitan dengan secepat mungkin. Antara borang-borang yang digunakan untuk merekod stok yang diterima dan dikeluarkan di makmal sekolah ini ialah borang Daftar Harta Modal (KEW.PA-2), borang Daftar Inventori (KEW.PA-3), borang Senarai Daftar Harta Modal (KEW.PA-4), borang Senarai Daftar Inventori (KEW.PA-5), borang Daftar Pergerakan Harta Modal dan Inventori (KEW.PA-6) dan borang Senarai Aset (KEW.PA-7). Di samping itu, borang Kad Petak (KEW.PS-4) akan digunakan untuk merekod barang stok bekalan pejabat. Daftar harta modal, inventori dan kad petak (KEW. PA 2, 3, KEW PS 4) digunakan untuk merekod penerimaan stok di makmal. Kemudian, KEW. PA 4 dan 5 digunakan untuk mengemaskini stok harta modal dan inventori dari semasa ke semasa. Bagi merekod sebarang pergerakan harta modal, inventori dan stok bekalan pejabat sama ada melalui pinjaman mahupun penempatan secara sementara KEW. PA -6 dan KEW PS-11 akan digunakan di makmal sekolah tersebut.

ASETBEKALAN PEJABATCARA PENYELEGGARAAN STOK DI MAKMAL SAINS SMK TINGGI BUKIT MERTAJAMv

11Terima aset Terima peralatan dari pembekal

2

2Tentukan jenis aset rekod dalam buku penerimaan peralatan

3

3Merekod dalam KEW PA 2 / 3 catat dalam Kad Petak (KEW PS-4) dakwat merah

44Mengemaskini KEW PA 4 / 5 isi KEW PS-11 dalam 2 salinan

55Cop pengesahan & labelkan nombor meminta kelulusan & rekod dalam kad siri pendaftaran pada aset petak

6

6Tempatkan aset di lokasi isi dalam kad petak dakwat biru/hitam

7Kemaskini KEW PA 7 & isi KEW PA 6 * Cara Penyelengaraan Stok di SMKuntuk permohonan barangan. Tinggi Bukit Mertajam

* Senarai Aset Alih Kerajaan di salah sebuah makmal di SMK Tinggi Bukit Mertajam