laporan.k.dalam m3 y2

Upload: nik-zarina-yunus

Post on 05-Oct-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan .k.dalam m3 y2

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN LELAKI JALAN BATU,

JALAN RAJA LAUT,

50350 KUALA LUMPUR

TELEFON / FAKS : 03-26985272KURSUS DALAMAN PENYEBARAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATEMATIK TAHUN 2

TARIKH

: 29 DISEMBER 2011HARI

: KHAMISTEMPAT : BILIK MESYUARAT SK LELAKI JALAN

BATU.KANDUNGAN KURSUS DALAMAN KSSR MATEMATIK TAHUN 2Kursus telah diadakan seperti tarikh dan masa berikut:

Tarikh : 29 Disember 2011

Hari : Khamis

Masa : 8.00pagi hingga 10.00 pagiKehadiran : Semua guru (rujuk lampiran) Penceramah : Pn. Nik Zarina Binti Yunus

1. Pengenalan:

KSSR telah dilaksanakan mulai tahun 2011 dan diteruskan lagi untuk tahun 2012. Pelaksanaannya masih kurang difahami oleh semua guru yang terlibat, oleh itu Pihak Kementerian telah mengadakan kursus kepada semua guru yang akan mengajar tahun 2 pada tahun 2012. Kursus ini bertujuan memberi perkongsian maklumat kepada semua guru berkaitan dengan pelaksanaan KSSR khususnya berkaitan mata pelajaran Matematik tahun 2.2. ObjektifPada akhir kursus dalam ini adalah diharapkansemua guru terutama guru yang mengajar Matematik akan dapat:-

i. Mengetahui dan memahami konsep KSSR, objektif KSSR, elemen-elemen penting dalam KSSR serta Standard Dokumen dan Penilaian KSSR bagi mata pelajaran Matematik khususnya.

ii. Melahirkan guru yang lebih berkemahiran dalam KSSR.iii. Melahirkan guru yang lebih kreatif dan proaktif terhadap profesion

keguruan. iv. Memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran sedia ada.

v. Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

vi. Menilai dan membuat tindakan susulan terhadap kemahiran yang belum

dikuasai oleh murid

3. LAPORAN PENUH KURSUS DALAMAN (MATEMATIK)ISI KANDUNGAN CERAMAH

1. Penerangan tentang konsep KSSR, Dokumen Standard Kurikulum Matematik KSSR tahun 2(secara umum) dan penerapan EMK dalam pengajaran dan pembelajaran.2. Penerangan tentang isi kandungan(bidang pembelajaran) dalam Matematik Nombor dan Operasi

Sukatan dan Geometri

Perkaitan dan Algebra

Statistik dan kebarangkalian

3. Penerangan untuk membuat pentaksiran(penyediaan item mengikut band) cara menyediakan band mengikut kemahiran(rujuk lampiran)

Contoh evidend berserta dengan band yang berkaitan(rujuk lampiran)

4. Penerangan untuk menulis Rancangan Pelajaran Harian yang terkini

-contoh RPH untuk murid perdana dan Linus (rujuk lampiran)

5. Sesi soal jawabPENUTUP Secara keseluruhannya kursus dalaman ini berjalan dengan lancar. Semua guru memberi komitmen yang amat memberansangkan semasa membincangkan KSSR dalam kepentingan TMK dan EMK dalam pengajaran yang disarankan. Adalah diharapkan juga kursus ini akan dapat menambahkan pengetahuan sedia ada semua guru terutama kepada guru yang mengajar Matematik KSSR .DISEDIAKAN OLEH:

( NIK ZARINA BT YUNUS)

Ketua Panitia MatematikSK Lelaki Jalan Batu

Kuala Lumpur

LAMPIRAN

SENARAI KEHADIRAN KURSUS DALAM MATA PELAJARAN DUNIA SENI VISUAL KSSR TAHUN 21. En. Jamaludin B Mohd Hashim

2. Pn. Deivika a/p K.Suppiah

3. En. Mohamad Rizal B Abdullah

4. En. Rosli B Bidin

5. Pn. Nik Zarina Bt Yunus

6. Pn. Noor Fazahusni Bt Mustafa

7. Pn. Wan Noor Diyana Bt Wn Ibrahim

8. Pn. Razian Bt Ramli

9. Pn. Priya a/p Chandrasegaran

10. Pn. Faizah Bt Abu Nor

11. En. Muhamad Roslan B Omar

12. En. A. Manimaran a/l K. Anjan

13. En. Norziaman B Tuah

14. Pn. Noor Laila Bt Khairuddin

15. Cik Radziah Bt Taris