laporan ub

2
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) KESELAMATAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU (IPGKKB) Segala puji bagi Allah SWT kerana telah memberikan kesempatan kepada saya untuk meneruskan tugas saya selaku seorang bakal guru. Saya Muhammad Aideed bin Mohammad telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan AJK Keselamatan bagi Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform (IPGKKB). Perkhemahan ini berlangsung pada 1 September 2014 dan berakhir pada 4 September 2014 dan saya telah diberi tangunggjawab untuk memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Keselamatan (AJK Keselamatan) untuk perkhemahan pada kali ini. Tugas saya lebih bertumpu kepada kawalan keselamatan dan juga kebajikan para peserta. Saya merupakan ahli Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dan saya telah meminta kerjasama rakan-rakan BSMM yang lain untuk membantu dalam kerja-kerja kebajikan dan juga kecemasan jika berlaku. Pada mulanya, saya telah membuat jadual tugasan bagi tugas sentri (kawalan keselamatan) bagi perkhemahan ini. Jadual tugasan ini dibina dengan melibatkan keseluruhan peserta bagi perkhemahan ini. Saya telah membuat perancangan bahawa setiap unit beruniform iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Remaja Sekolah, Puteri Islam Malaysia dan juga pandu Puteri untuk membuat tugas kawalan di kawasan tapak perkhemahan masing-masing. Sistem giliran telah diwujudkan supaya setiap ahli dalam unit beruniform dapat memberikan komitmen dalam keselamatan kawaasan masing-masing. Namun, setelah membuat peninjauan berdasarkan beberapa halangan seperti kawasan tapak perkhemahan dan juga cuaca telah membantutkan proses perjalanan tugas sentri. Jarak antara tapak perkhemahan yang agak jauh telah menyukarkan saya selaku AJK Keselamatan induk untuk membuat peninjauan semasa bagi tugas keselamatan. Cuaca yang buruk juga telah menyukarkan kerja bagi sentri. Hujan lebat serta suhu

Upload: ubaidillah-yusof

Post on 26-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan UB

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA (AJK) KESELAMATAN PERKHEMAHAN UNIT

BERUNIFORM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU (IPGKKB)

Segala puji bagi Allah SWT kerana telah memberikan kesempatan kepada saya untuk

meneruskan tugas saya selaku seorang bakal guru. Saya Muhammad Aideed bin

Mohammad telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan AJK Keselamatan bagi

Jawatankuasa Induk Perkhemahan Unit Beruniform (IPGKKB). Perkhemahan ini

berlangsung pada 1 September 2014 dan berakhir pada 4 September 2014 dan saya telah

diberi tangunggjawab untuk memegang jawatan Ahli Jawatankuasa Keselamatan (AJK

Keselamatan) untuk perkhemahan pada kali ini. Tugas saya lebih bertumpu kepada kawalan

keselamatan dan juga kebajikan para peserta. Saya merupakan ahli Bulan Sabit Merah

Malaysia (BSMM) dan saya telah meminta kerjasama rakan-rakan BSMM yang lain untuk

membantu dalam kerja-kerja kebajikan dan juga kecemasan jika berlaku.

Pada mulanya, saya telah membuat jadual tugasan bagi tugas sentri (kawalan

keselamatan) bagi perkhemahan ini. Jadual tugasan ini dibina dengan melibatkan

keseluruhan peserta bagi perkhemahan ini. Saya telah membuat perancangan bahawa

setiap unit beruniform iaitu Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Kadet Remaja Sekolah,

Puteri Islam Malaysia dan juga pandu Puteri untuk membuat tugas kawalan di kawasan

tapak perkhemahan masing-masing. Sistem giliran telah diwujudkan supaya setiap ahli

dalam unit beruniform dapat memberikan komitmen dalam keselamatan kawaasan masing-

masing.

Namun, setelah membuat peninjauan berdasarkan beberapa halangan seperti

kawasan tapak perkhemahan dan juga cuaca telah membantutkan proses perjalanan tugas

sentri. Jarak antara tapak perkhemahan yang agak jauh telah menyukarkan saya selaku AJK

Keselamatan induk untuk membuat peninjauan semasa bagi tugas keselamatan. Cuaca

yang buruk juga telah menyukarkan kerja bagi sentri. Hujan lebat serta suhu yang sangat

sejuk telah memberikan halangan kepada semua petugas untuk menjalankan tugas mereka

dengan baik dan juga sempurna.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli unit

beruniform kerana telah mencuba yang terbaik bagi menjalankan tugas kawalan

keselamatan. Terima kasih juga diucapkan kepada para pensyarah yang banyak menunjuk

ajar tentang tugas yang perlu dilaksanakan.