laporan tahunan 2015 sektor pengurusan maklumat (ict)

15
SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

Upload: dodien

Post on 31-Dec-2016

254 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT (ICT)

Page 2: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

S E K T O R P E N G U R U S A N M A K L U M A T ( I C T )

PROGRAM DAN

AKTIVITI RASMI

Page 3: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Tarikh :

20 Januari 2015 (Selasa)

Masa :

8.30 pagi hingga 10.30 pagi

Tempat :

Bilik Waja Bestari,

Bahagian Teknologi Pendidikan

Peserta :

49 orang

Program ini merupakan taklimat mengenai Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Taklimat ini mempunyai tiga komponen iaitu :

Taklimat Pelaksanaan Modul Pengurusan Sekolah yang telah di sampaikan oleh Encik Abdul Rashid bin Hj Shafie dari Sektor Pengurusan Maklumat.

Taklimat Pelaksanaan Modul Pengurusan Guru telah disampaikan oleh Encik Zainuddin bin Mohd Abd Kadir dari Sektor Pengurusan Sekolah(SPS).

Taklimat Pelaksanaan Modul Pengurusan Murid telah disampaikan oleh Encik Mohamad Rashid bin Din dari Sektor Pembangunan Kemanusiaan(SPK).

Peserta yang hadir untuk taklimat tersebut terdiri daripada pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah negeri Perak.

TAKLIMAT PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

PERINGKAT JPN DAN PPD

Info Program

Penerangan : Tiga penceramah sedang membentangkan taklimat mengenai Sistem Pengurusan Sekolah yang di adakan di Bilik Seri Waja di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak.

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

3

Page 4: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Tarikh :

27 Mei 2015 (Rabu)

Masa :

8.00 pagi hingga 9.30 pagi

Tempat :

Atrium Gemilang

PERHIMPUNAN BULAN MEI 2015

Info Program

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

4

Perhimpunan bulan Mei 2015 telah di kelolakan oleh Sektor Pengurusan Maklumat (ICT). Acara-acara yang telah diadakan semasa perhimpunan tersebut ialah penyampian:

Hadiah Pertandingan Sudut EKSA Terbaik. Sijil Penghargaan VLE Cemerlang Anugerah Juruteknik Komputer Inovatif Anugerah Guru Data Cemerlang Anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan Cenderamata sempena Hari Lahir Bulan Mei 2015 Sesi fotografi penerima anugerah bersama Pengarah Persembahan deklamasi sajak

Ketibaan Tuan Pengarah, Tuan Haji Rozi bin Puteh Penyampaian sijil penghargaan VLE cemerlang

kepada SK Seri Bayu Manjung.

Penyampaian sijil penghargaan kepada

Jurulatih Utama Nilam Negei Perak

Penerima anugerah Nilam Peringkat Kebangsaan

Page 5: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

5

Penerima Anugerah Juruteknik Komputer Inovtif Penerima Anugerah Guru Data Cemerlang Kategori SJKC

Persembahan deklamasi sajak yang disampaikan oleh

Encik Rashidi

Penerima Anugerah bergambar bersama sama dengan

Pengarah.

Pertandingan sudut eksa terbaik telah di menangi oleh Sektor Pengurusan Maklumat (ICT).

Tuan Haji Mohamad Fadzli bin Tarmiji ,

Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) menerima hadiah daripada Tuan Haji Rozi bin Puteh,

Pengarah Pendidikan Negeri Perak.

PERHIMPUNAN BULAN MEI 2015

Page 6: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Tarikh :

15 Jun hingga 17 Jun 2015

Masa :

8.00 pagi hingga 5.00 petang

Tempat :

Institut Latihan Statistik

Malaysia Sungkai

Peserta :

29 orang

Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Fadzli bin Hj Tarmiji Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT). Beliau telah menyampaikan ucaptama dalam majlis tersebut. Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan dalam kursus ini ialah:

Dasar Keselamatan ICT (DKICT) yang disampaikan oleh Puan Suhana bt Mohd Alias

Motivasi Minda oleh Encik Azua bin Daud (Kaunselor Daerah Kinta Selatan)

Perkhidmatan 1GovUC oleh Puan Suhana bt Mohd Alias

Tuan Haji Hamdan bin Abu Bakar telah memberi kursus mengenai Pengenalan MS Access Lanjutan, Latihan Pembinaan Kuiri Menggunakan MS Access Lanjutan dan Bengkel Membina Utiliti carian SPS Menggunakan MS Access

KURSUS PEMBINAAN QUIRY MS ACCESS LANJUTAN PEGAWAI- PEGAWAI

MAKLUMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Info Program

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

6

Sesi fotografi bersama peserta dan penceramah

Page 7: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

KURSUS PEMBINAAN QUIRY MS ACCESS LANJUTAN PEGAWAI- PEGAWAI

MAKLUMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

7

Ketua Sektor bersama peserta kursus sedang mengikuti kursus yang dijalankan.

Peserta kursus sedang khusyuk mendengar input-input yang di beri oleh penceramah –penceramah.

Tuan Haji Hamdan bin Abu Bakar menyampaikan slot ceramah mengenai MS Access, Latihan Pembinaan Kuiri dan Bengkel Membina Utiliti Carian SPS mengguna kan MS Access.

Page 8: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Tarikh :

28 Julai hingga 30 Julai 2015

Masa :

8.30 pagi hingga 10.30 malam

Tempat :

Kejora Garden Resort,

Pulau Pangkor

Peserta :

39 orang (termasuk penceramah)

Kursus Pemantapan Profesionalisme Juruteknik Komputer F17 diadakan sebagai kursus lanjutan bagi meningkatkan lagi tahap kemahiran dan kemampuan juruteknik dalam melaksanakan tugas di organisasi masing-masing. Pelbagai slot telah dijalankan bagi membentuk sahsiah diri dan membina jati diri peserta. Slot Ice Breaking , Team Building, Bimbingan Pengurusan Stress dan Ujian Personaliti telah dikendalikan oleh Kaunselor Organisasi daripada JPN Perak Encik Mohamad Amli b. Ghazali dan Kaunselor Organisasi daripada PPD Encik Mohamad Yazid bin Abdul Wahab, Encik Hamidun bin Jamali dan Encik Zolkepli bin Zainol Din. Kaunseling kelompok juga diberikan kepada semua peserta pada slot terakhir. Slot Pengukuhan dan Integriti dijalankan bagi memupuk semangat kerja berintegriti di kalangan semua peserta. Slot ini telah diberikan oleh Penolong Pengarah Unit Tatatertib dan Keutuhan Encik Vigneswaran a/l Chinniah Chettiar. Bagi memantapkan kemahiran teknikal komputer, slot trouble shooting untuk komputer dan rangkaian turut diberikan. Slot ini dikendalikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan Negeri Perak, Encik Nazarkhan bin Abdullah.

KURSUS PEMANTAPAN PROFESIONALISME JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

NEGERI PERAK, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Info Program

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

8

Page 9: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Tarikh :

28 Julai 2015

Masa :

2.30 petang

Tempat :

Dewan Kerian Sejahtera,

Kompleks Sekolah Wawasan,

Parit Buntar

Peserta :

16 orang

Taklimat laporan status migrasi dari KPMNet ke 1GovNet bagi Zon Perak disampaikan oleh Haji Murtadha Mohd Zaham dari GITN. Taklimat yang diberikan adalah berkenaan :

Objektif dan latar belakang projek Rangkaian sedia ada – KPMNet Rangkaian – 1Gov*Net Status Pemasangan 1Gov*Net Proses Migrasi Talian selepas pemasangan 1Gov*Net

Sebanyak 18 agensi/pejabat di Perak yang terlibat dengan proses migrasi 1Gov*Net merangkumi JPN, Cawangan JPN, PPD, Pejabat Audit Sekolah, JNJK dan IPG. Sejumlah sepuluh (10) agensi telah selesai proses migrasi manakala selebihnya akan diselesaikan sehingga akhir Ogos 2015.

TAKLIMAT MIGRASI 1GOVNET BAGI AGENSI KPM DI

PERAK DAN PULAU PINANG

Info Program

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

9

Aduan berkenaan masalah 1Gov*Net boleh dibuat melalui helpdesk yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu melalui talian telefon 1-300-88-2888, emel [email protected] atau faks ke 03-8319 4775 Skop tanggungjawab GITN adalah dari Pusat Rangkaian GITN sehingga peralatan bandwidth Management (BMT) yang terdapat di agensi.

Taklimat disampaikan oleh wakil GITN Sdn. Bhd., Haji Murtadha Mohd Zaham

Page 10: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Tarikh :

07 Oktober 2015

Masa :

9.00 pagi (Sesi 1)

2.30 petang (Sesi 2)

Tempat :

Makmal Komputer,

Bahagian Teknologi Pendidikan

Negeri Perak

Peserta :

15 orang

Unit Pembagunan dan Khidmat Rundingcara telah mengadakan Latihan Moderator Baharu Portal Jabatan Pendidikan Negeri Perak bersama Latihan Aplikasi eDirektori dan Takwim Online pada hari yang sama bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak. Sesi 1 dimulakan dengan memberi latihan kepada moderator baharu sejumlah 14 orang dari setiap sektor. Latihan disampaikan oleh Webmaster JPN Perak iaitu Puan Suhana binti Mohd Alias dan Encik Yusnizam bin Mohammad Salleh yang merangkumi skop latihan berikut :

Utiliti Muat Naik Hebahan, Berita/Aktiviti dan Dokumen Utiliti Muat Naik Galeri Foto

Pada sesi kedua latihan diberikan kepada penyelaras sektor bagi aplikasi eDirektori dan Takwim Online meliputi skop berikut : Aplikasi eDirektori

Kemaskini Maklumat Pegawai Susun Pegawai Kemaskini Maklumat Sektor / Unit

Aplikasi Takwim Online

Pendaftaran Takwim Sektor Kemaskini Status Takwim Jabatan & Sektor Pindaan Tarikh Takwim

Seramai 13 penyelaras sektor bagi aplikasi tersebut telah hadir mengikuti latihan yang dilaksanakan. Latihan telah disampaikan oleh Encik Yusnizam bin Mohamad Salleh.

LATIHAN MODERATOR BAHARU PORTAL DAN LATIHAN APLIKASI eDIREKTORI

DAN TAKWIM ONLINE PORTAL JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK 2015

Info Program

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

10

Page 11: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Tarikh :

18 Oktober hingga

31 Oktober 2015

Masa :

8.00 pagi hingga 10.30 malam

Tempat :

Hotel Cool Point

(Inai Resources),

Cameron Highlands

Peserta :

22 orang

Mesyuarat Penyelarasan ICT JPN/PPD telah diadakan selama tiga (3) hari bagi membincangkan Laporan Pencapaian dan Post Mortem SKT 2015 JPN/PPD dan Pembentangan Deraf SKT 2016 yang dihadiri oleh para pegawai Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) dan Penolong PPD / Penyelia ICT setiap Pejabat Pendidikan Daerah di negeri Perak. Selain itu, peserta turut dihidangkan dengan slot Motivasi (Pengurusan Stress) yang disampaikan oleh Kaunselor PPD Batang Padang Encik Zolkepli bin Zainol Din sebagai panduan dan kaedah terbaik mengatasi tekanan. Peserta juga mendapat input berkenaan pelaksanaan tugas melalui slot Pemantapan Profesionalisme disampaikan oleh Encik Abd Rashid Bin Shafie dengan tajuk Single Sign-On (SSO) dan slot Rasionalisasi Portal/Laman Web Perkhidmatan Awam disampaikan oleh Puan Suhana Binti Mohd Alias bagi membincangkan status perpindahan portal PPD ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA).

MESYUARAT/TAKLIMAT PENYELARASAN ICT JPN/PPD

NEGERI PERAK 2015

Info Program

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Slot terakhir adalah berkenaan 1PP (Pekeliling Perbendaharaan) yang di sampaikan oleh Encik Mohd Noor bin Salleh, Pembantu Akauntan, Jabatan Akauntan Negara Negeri Perak sebagai nilai tambah kepada penjawat awam memahami maklumat pebendaharaan yang berkaitan.

Mesyuarat Penyelarasan ICT JPN/PPD yang di pengerusikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Tuan Haji Fadzli bin Mohamad Tarmiji. Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan pencapaian SKT 2015 dilaporkan oleh Ketua Unit dan wakil PPD dan diakhiri pembentangan SKT 2016 dan Mesyuarat Penyelarasan ICT JPN/PPD Bil. 2/2015 11

Page 12: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

KURSUS PEMBINAAN QUIRY MS ACCESS LANJUTAN PEGAWAI- PEGAWAI

MAKLUMAT JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

12

Slot Pemantapan Profesionalisme

Slot Motivasi (Pengurusan Stress)

Slot 1PP(Pekeliling Perbendaharaan)

Penyampaian cenderamata kepada Penceramah

MESYUARAT/TAKLIMAT PENYELARASAN ICT JPN/PPD

NEGERI PERAK 2015

Page 13: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

LAPORAN TAHUNAN 2015 S E K T O R P E N G U R U S A N M A K L U M A T ( I C T )

PROGRAM DAN

AKTIVITI SEKTOR

Page 14: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Tarikh :

20 Januari 2015 (Selasa)

Masa :

12.30 tengah hari – 2.00 petang

Tempat :

Restoran Nasi Arab Al Bayat Al

Yamani

Peserta :

36 orang

MAJLIS PERSARAAN DAN PERPISAHAN PUAN SITI SURYANA BINTI HJ AWANG DAN PUAN MASLINA BINTI MOHAMED KHALIB

Info Program

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

14

Program ini diadakan bertujuan untuk meraikan dua orang pegawai yang akan bersara dan bertukar. Pegawai yang akan bersara ialah Puan Siti Suryana binti Hj Awang. Manakala Puan Maslina binti Mohamed Khalib pula bertukar ke Sektor Pengurusan Sekolah. Majlis telah diraikan bersama-sama pegawai ICT dari Pejabat Pendidikan Daerah dalam suasana yang serdahana dan meriah. Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT) telah memulakan majlis dengan ucapan penghargaan atas jasa bakti selama perkhidmatan. Pegawai yang diraikan juga masing-masing turut menyampaikan ucapan perpisahan. Majlis dimeriahkan lagi dengan acara penyampaian hadiah kepada pegawai yang diraikan dan cenderahati kepada semua pegawai dan staf ICT.

Ketua Sektor menyampaikan ucapan

Encik Yusnizam bin Salleh sebagai pengacara dalam majlis tersebut.

Majlis penyampian hadiah dan ucapan perpisahan. Hadiah telah di sampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Fadzli b Hj Tarmiji.

Tetamu sedang asyik mendengar ucapan perpisahan sebelum menjamu selera.

Puan Maslina binti Mohd Khalib Penyelia ICT telah menyampaikan ucapan perpisahan serta menerima hadiah daripada Tuan Haji Mohamad Fadzli b Hj Tarmiji Ketua Sektor ICT JPN Perak.

Ketua Sektor menyampaikan ucapan

Ucapan perpisahan

Page 15: Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

MAJLIS PERSARAAN DAN PERPISAHAN PUAN SITI SURYANA BINTI HJ AWANG DAN PUAN MASLINA BINTI MOHAMED KHALIB

Laporan Tahunan 2015 Sektor Pengurusan Maklumat (ICT)

Ketua Sektor menyampaikan ucapan

Encik Yusnizam bin Salleh sebagai pengacara dalam majlis tersebut.

Majlis penyampian hadiah dan ucapan perpisahan. Hadiah telah di sampaikan oleh Tuan Haji Mohamad Fadzli b Hj Tarmiji.

Tetamu sedang asyik mendengar ucapan perpisahan sebelum menjamu selera.

Puan Maslina binti Mohd Khalib Penyelia ICT telah menyampaikan ucapan perpisahan serta menerima hadiah daripada Tuan Haji Mohamad Fadzli b Hj Tarmiji Ketua Sektor ICT JPN Perak.

Puan Siti Suryana mengimbas jari buat kali

terakhir sebelum pulang meninggalkan

Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

( Februari 2010 – Januari 2015 )

Para tetamu sedang menjamu selera menu yang disediakan ialah nasi arab, kambing, ayam, salad, roti arab dan teh pudina.

Majlis penyampian hadiah telah di sampaikan oleh Ketua Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Tuan Haji Mohamad Fadzli b Hj Tarmiji.

15