pengurusan insiden keselamatan ict sektor awam...

14
1 Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam Negeri Sabah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri PENGENALAN Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) adalah agensi sektor awam Negeri Sabah yang telah ditubuhkan pada tahun 1976 dengan nama Unit Perkhidmatan Komputer yang beroperasi di bawah seliaan Kementerian Kewangan. Perkembangan teknologi ICT dari masa ke semasa menyebabkan perkhidmatan ditambah. Pada 07 Mei 1992 nama Unit Perkhidmatan Komputer ditukar kepada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri yang terletak di bangunan Wisma Kewangan, Kota Kinabalu. Bagi memantapkan lagi perkhidmatan JPKN Kumpulan Sokongan IT (KSIT) ditubuhkan di 13 agensi sektor awam negeri terpilih.Hari ini jabatan mempunyai 6 cawangan di Sandakan, Tawau, Keningau, Kota Marudu, Beaufort dan Lahad Datu. Perkembangan ICT yang pesat telah menyebabkan pelbagai bentuk ancaman siber ke atas aset ICT agensi sektor awam negeri. Terdapat isu yang sukar ditangani apabila rekod aduan tidak sistematik dan metod pelaporan mengambil masa untuk diselesaikan. LAPORAN INOVASI Tujuan Proses Inovasi Berikut adalah tujuan projek inovasi ini dilaksanakan : 1. Memastikan insiden dikendalikan dengan cepat dan berkesan; 2. Meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT. 3. Untuk melakukan penyelidikkan dan pembangunan terhadap teknologi Keselamatan ICT. Proses Pelaksanaan Inovasi Kumpulan Cyber Buster, JPKN melaksanakan projek inovasi ini secara in-house. Berikut adalah langkah-langkah dan kaedah yang digunakan dalam pelaksanaan projek inovasi :-

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

38 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

1

Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam Negeri Sabah

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri

PENGENALAN

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah (JPKN) adalah agensi sektor awam

Negeri Sabah yang telah ditubuhkan pada tahun 1976 dengan nama Unit

Perkhidmatan Komputer yang beroperasi di bawah seliaan Kementerian Kewangan.

Perkembangan teknologi ICT dari masa ke semasa menyebabkan perkhidmatan

ditambah. Pada 07 Mei 1992 nama Unit Perkhidmatan Komputer ditukar kepada

Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri yang terletak di bangunan Wisma

Kewangan, Kota Kinabalu. Bagi memantapkan lagi perkhidmatan JPKN Kumpulan

Sokongan IT (KSIT) ditubuhkan di 13 agensi sektor awam negeri terpilih.Hari ini

jabatan mempunyai 6 cawangan di Sandakan, Tawau, Keningau, Kota Marudu,

Beaufort dan Lahad Datu.

Perkembangan ICT yang pesat telah menyebabkan pelbagai bentuk ancaman siber

ke atas aset ICT agensi sektor awam negeri. Terdapat isu yang sukar ditangani

apabila rekod aduan tidak sistematik dan metod pelaporan mengambil masa untuk

diselesaikan.

LAPORAN INOVASI

Tujuan Proses Inovasi

Berikut adalah tujuan projek inovasi ini dilaksanakan :

1. Memastikan insiden dikendalikan dengan cepat dan berkesan;

2. Meminimumkan kesan insiden keselamatan ICT.

3. Untuk melakukan penyelidikkan dan pembangunan terhadap teknologi

Keselamatan ICT.

Proses Pelaksanaan Inovasi

Kumpulan Cyber Buster, JPKN melaksanakan projek inovasi ini secara in-house.

Berikut adalah langkah-langkah dan kaedah yang digunakan dalam pelaksanaan

projek inovasi :-

Page 2: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

2

Menggunakan kaedah KIK

-PenubuhanKumpulan

-Perancangan Projek

-Senarai Masalah

-Pemilihan Masalah

-Penjelasan Masalah

-Analisa Punca Masalah

-Kumpul Data Sebelum

-Analisa Data

-Cadangan Penyelesaian

-Ujicuba

-Kumpul Data Selepas

-Penilaian Projek

-Analisa Pencapaian

-Persembahan Kumpulan

-Tindakan Penyeragaman dan Susulan

Berikut merupakan penjelasan ringkas mengenai kaedah yang digunakan :-

i) Identifikasi Masalah / Isu

Beberapa masalah utama dalam pelaksanaan projek ini telah dikenalpasti

iaitu faktor masa yang terhad, kos dalam menguruskan insiden dan ruang yang

diperlukan dalam penyimpanan rekod-rekod insiden. Masalah ini diterangkan

melalui rajah SWOT dimuka surat seterusnya.

i) Pengumpulan Data Projek

Pengumpulan data adalah berdasarkan aduan atau pelaporan insiden

keselamatan yang dibuat kepada sgCERT.

Page 3: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

3

ii) Alternatif Penyelesaian Kreatif

Strategi yang digunakan dalam mencari jalan penyelesaian ialah melalui

kaedah SWOT seperti ditunjukan melalui rajah SWOT berikut:-

OPPORTUNITY

Tahap kesedaran

keselamatan ICT

meningkat di agensi

kerajaan negeri

Sistem keselamatan ICT

semakin kukuh.

THREAT

Masa yang

diperlukan

untuk

menguruskan

insiden terlalu

panjang

Kos yang tinggi

(logistik, kertas

etc)

STRENGTH

Komitmen

stakeholder

terhadap

penggunaan IT

Mempunyai

kepakaran

dalaman

Memanfaatkan

sistem sedia

ada yang boleh

diubah suai

Penggunaan aplikasi

ICT

Memberikan kemudahan

kepada agensi untuk

pelaporan insiden

Agensi boleh

membuat

aduan secara

terus kepada

bahagian

keselamatan

Aduan online

menggunakan

aplikasi ICT

Kepentingan

pengurusan

insiden

terhadap

pematuhan

Dasar

Keselamatan

ICT

WEAKNESS

Bilangan

kakitangan yang

Memberikan taklimat

kepada kepada agensi

Memberikan

taklimat kepada

Page 4: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

4

terhad dalam

pengurusan

insiden ICT

Kos

pengurusan

yang tinggi

Bebanan tugas

utama yang lain

Tiada pangkalan

data yang

efisien yang

menyimpan

semua rekod

insiden

cara pengurusan insiden

Penggunaan aplikasi ICT

untuk penyimpanan data

yang lebih efisien

agensi

mengenai

pengurusan

insiden kepada

agensi

Penggunaan

aplikasi ICT

Kebolehcapaian

dokumen

secara maya

Memendekkan

waktu siasatan

insiden

Pendekatan Sistematik

Berdasarkan penemuan daripada kaedah SWOT tadi, kumpulan KIK JPKN

telah memilih pendekatan sistematik sebagai cadangan penyelesaian seperti

berikut:-.

Penggunaan aplikasi ICT

Memberikan kemudahan

kepada agensi untuk

pelaporan insiden

Agensi boleh membuat aduan

secara terus kepada bahagian

keselamatan

Aduan online menggunakan

aplikasi ICT

Kepentingan pengurusan insiden

terhadap pematuhan Dasar

Keselamatan ICT

Memberikan taklimat

kepada kepada agensi

yang cara pengurusan

insiden

Penggunaan aplikasi ICT

untuk penyimpanan data

yang lebih efisien

Mengadakan road show untuk

memberi penjelasan kepada

agensi

Penggunaan aplikasi ICT

Kebolehcapaian dokumen secara

maya

Memendekkan waktu siasatan

insiden

Page 5: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

5

Mewujudkan satu kaedah pengurusan aduan yang efektif

Menggunakan aplikasi ICT yang mempunyai ciri-ciri sperti berikut :

Aduan boleh dibuat terus kepada bahagian keselamatan

Penyimpanan rekod yang efisien

Capaian rekod insiden boleh akses secara maya

Tindakan pengukuhan/pemulihan dan fail laporan boleh disimpan secara

maya

Proses Sebelum dan Selepas

Bahagian Keselamatan, JPKN adalah urusetia kepada sgCERT. Segala insiden

akan dilaporkan kepada Bahagian Keselamatan, JPKN. Aduan insiden akan

dihantar samada melalui emel, telefon atau surat kepada bahagian ini. Setelah

aduan diterima dan disemak, tindakan akan dibuat oleh pasukan yang terdapat di

dalam sgCERT.

Proses Sebelum

Carta berikut merupakan adalah proses sebenar yang berlaku sebelum ini

menjelaskan bagaimana sesuatu insiden tersebut diurus :-

PENYELESAIAN

Page 6: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

6

Page 7: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

7

Page 8: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

8

Berikut merupakan adalah proses selepas bagaimana sesuatu insiden tersebut

diurus :

Page 9: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

9

Impak Inovasi Terhadap Kumpulan Sasar/Perkhidmatan/Jabatan/

Agensi/Negeri :

Elemen Inovatif/Kreativiti

a) Penciptaan nilai/elemen baru/tambahbaik

Penciptaan produk baru hasil

b) Elemen mempermudahkan/penyelesaian masalah

Proses kerja asal dijalankan secara manual dimana tidak ada borang khas

disediakan untuk merekod insiden yang dilaporkan dan rekod pelaporan

insiden pula didapati tidak sistemetik. Proses pengurusan insiden pula

mengambil masa yang lama dimana makluman lambat sampai kepada

pegawai yang bertanggungjawab dalam menguruskan insiden.

Sehubungan itu, Kumpulan Cyber Buster, JPKN telah mencipta produk STIK

bagi menyelesaikan masalah tersebut dengan menggunakan STIK pelaporan

insiden keselamatan ICT dapat dimaklumkan dengan lebih cepat dan

pengurusan insiden dapat dilakukan dengan cepat, cekap dan berksesan.

c) Lain-lain berkaitan

Produk STIK adalah lebih murah (dibangunkan secara in-house),cepat,

sistemetik dan berkesan.

Elemen Keberkesanan

a) Gambaran faedah yang nyata diperolehi

Pendekatan faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan projek ini adalah

seperti yang dinyatakan diatas yang mana faedah utamanya adalah seperti

berikut:

1. Pengendalian insiden dapat dilakukan dengan pantas dengan

menjimatkan kos, sumber dan masa.

2. Penyelarasan pengurusan insiden dapat dipusatkan dan mudah

dipantau.

3. Memberikan anjakan paradigma baru kepada KNS.

Page 10: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

10

b) Peningkatan produktiviti/kepuasan

Pendekatan Sistematik Projek Inovasi

Pendekatan secara sistematik yang berteraskan PDCA.Kaedah yang dapat

digunakan adalah dari segi kepakaran ahli kumpulan yang mana terlibat

secara langsung dalam pengurusan insiden.

c) Peningkatan prestasi ahli

Prestasi ahli kumpulan dapat dikenalpasti peningkatannya berdasarkan

kepakaran sedia ada dan yang digunapakai / diamalkan semasa bertugas.

Elemen Signifikan

a) Bagaimana perkhidmatan boleh mesra pelanggan

Pelaporan insiden dapat disalurkan dengan cepat dan berksesan.Kaedah

rekod pelaporan yang sistemetik memudahkan urusan pemantauan

dibuat.Kaedah penghantaran laporan tindakan/siasatan dibuat secara online

mempercepat sesuatu laporan dibuat.

b) Penjimatan masa/kos/sumber manusia

Antara faedah yang diperolehi selepas projek KIK dilaksanakan adalah

seperti berikut:

1. Jimat masa – Proses kerja dipendekkan daripada 20 proses yang

dilakukan secara manual kepada 4 proses sahaja selepas sistem

aplikasi dibangunkan.

2. Jimat ruang penyimpanan dokumen – Dokumen pelaporan tidak lagi

difailkan secara manual, bagaimanapun data / maklumat disimpan

dalam pangkalan data. Oleh itu ruang penyimpanan dokumen telah

dapat dijimatkan.

3. Pengurangan pengunaan kertas – Pelaporan dilaksanakan secara

online dan pengunaan kertas dapat dikurangkan.

4. Ketersediaan (availability) untuk mencapai dan melapor maklumat –

ICTSO dan ahli sgCERT dapat mengakses STIK pada bila-bila masa

dan dimana juga asalkan dalam sistem rangkaian intranet KNS.

5. Pelaporan insiden cepat dan efektif- Laporan dilakukan dengan

pantas dan dapat meminimakan kebarangkalian ancaman siber

merebak ke seluruh agensi KNS.

Page 11: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

11

6. Analisis insiden dapat dijana dengan mudah – Berpadukan kepada

data yang telah dikumpul, analisis dapat dilakukan dengan efektif

untuk mengenalpasti punca dan trend serangan. Analisis juga dapat

membantu mengenalpasti langkah-langkah keselamatan supaya

tindakan pencegahan awal dan penambahbaikkan dapat dilakukan

demi mengurangkan insiden serangan di masa hadapan.

7. Jimat kos pengoperasian – Pengurangan kos pengoperasian untuk

menghantar dokumen laporan dan penggunaan kenderaan jabatan.

8. Kesedaran dan kefahaman mengenai serangan siber dipertingkatkan

– Memberikan panduan tentang corak ancaman siber kepada

pengguna untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman pengguna.

Ia juga dapat dijadikan sebagai panduan langkah-langkah

keselamatan bagi membantu pengguna untuk mencegah dan

mempertahankan organisasi dari ancaman siber.

c) Sejauh mana ianya memenuhi objektif inisiatif ini diambil

Projek Pengurusan Insiden Keselamatan ICT telah melahirkan Sistem Trek

Insiden Keselamatan ICT (STIK).Sistem ini sebenarnya secara tidak

langsung dapat mencapai objektif organisasi jabatan.Berdasarkan analisa

Objektif JPKN, analisa objektif dilakukan untuk menilai impak hasil

implementasi sistem aplikasi.Jadual dibawah menunjukkan hasil analisa

berkaitan.

Jadual analisis objektif JPKN.

Kriteria Huraian Impak

(Ya/tidak)

Objektif

JPKN

1.Bertindak sebagai pusat perkhidmatan ICT

bagi Kerajaan Negeri Sabah.

2.Memperkenal dan menyelaras perancangan

serta kemajuan ICT.

3.Memperbaiki sistem dan tatacara

pelaksanaan dan penggunaan ICT.

4.Memastikan penggunaan kos perbelanjaan

yang berpatutan dalam pelaksanaan dan

penggunaan ICT.

5.Mempertingkatkan kecekapan, keberkesanan

dan produktiviti sumber tenaga manusia dan

penggunaan ICT.

Ya

Ya

Ya

Ya

Ya

Page 12: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

12

6.Mempiawaikan dokumentasi, data, rekod,

prosedur dan perkara-perkara lain yang

berkaitan dengan ICT.

7.Mengintegrasi aplikasi komputer yang

berkaitan dengan sistem maklumat

pengurusan.

8.Menyediakan latihan kepada para pengguna

ICT bagi mempertingkatkan pengetahuan serta

memperolehi pengalaman dalam penggunaan

ICT.

9.Memastikan perubahan wajar dan licin

daripada sistem manual kepada sistem

berkomputer.

10.Mengurus dan mengendalikan operasi

penggunaan sistem aplikasi ICT dan data-data

rasmi Kerajaan Negeri serta penyimpanan

sentiasa “realiable” dan terjamin.

11.Memastikan dan mengawal keselamatan ICT

Kerajaan Negeri sentiasa terjamin.

Ya

Ya

Ya

Ya

Ya

Ya

Elemen Relevan

Elemen relevan boleh dijelaskan seiring keperluan mengurus insiden keselamatan

ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:-

a) Sumbangan kepada agenda organisasi/nasional

Sistem Trek Insiden Keselamatan ICT (STIK) telah digunakan pada peringkat

Kerajaan Negeri Sabah dalam pelaporan insiden dan seterusnya pengurusan

insiden yang berlaku.STIK juga merupakan satu makenisme untuk

memantau sesuatu insiden keselamatan ICT pada peringkat

Kementerian/Jabatan/Agensi negei Sabah.

Page 13: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

13

Pengiktirafan diterima

Kumpulan CyberB Buster telah terpilih untuk mewakili Kerajaan Negeri Sabah ke

Pertandingan Kumpulan Inovasi dan Kreatif peringkat kebangsaan kali ke-29 pada

5-7 Nov. 2012 dalam kategori pengurusan yang diadakan di Pulau Langkawai,

Kedah.

Gambar-gambar berkaitan

Page 14: Pengurusan Insiden Keselamatan ICT Sektor Awam …s3p.mampu.gov.my/laporan_inovasi/940-mengurus-insiden...ICT kepada sektor awam negeri Sabah seperti berikut:- a) Sumbangan kepada

14

Penutup

Kumpulan Cyber Buster berharap aplikasi STIK akan dapat diaplikasi serta

diperluaskan penggunaannya ke seluruh Kementerian/Jabatan/Agensi kerajaan

negeri Sabah khususnya dalam pengurusan insiden keselamatan ICT bagi

menjamin penggunaan sistem ICT dalam memperkasa sistem penyampaian

perkhidmatan kerajaan.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai :Edi Abdul Majid (Ahli Kumpulan Cyber Buster)

Unit Terlibat : Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, sgCERT

Tel :088-272249

Emel :[email protected]