laporan setiausaha

3
LAPORAN SETIAUSAHA FESTIVAL SENI LIKU DAN PERASMIAN GALERI SENI Pada 11 dan 12 Ogos 2015, PISMP Pendidikan Seni Visual Januari 2015 telah mengadakan dua buah program yang besar iaitu Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni di ruang legar dan galeri seni. Bagi program ini, saya telah diberi tanggungjawab sebagai setiausaha dan dibantu oleh naib setiausaha iaitu Nur Hanisah binti Radi untuk memastikan program yang dirancang berjalan dengan lancar. Memandangkan kami memegang jawatan yang sama iaitu setiausaha bagi kedua-dua program ini, kami telah membahagikan skop tugas setiausaha agar dapat memudahkan sebarang urusan. Saya telah ditugaskan untuk menghasilkan teks ucapan pengarah, minit mesyuarat dan kertas kerja bagi kedua-dua program ini. Bagi penghasilan kertas kerja, saya telah berbincang dengan beberapa ahli jawatankuasa untuk mendapatkan maklumat seperti perbelanjaan, tema program, tentatif dan peralatan yang diperlukan dalam kertas kerja ini. Setelah mendapatkan maklumat, saya telah menyediakan kertas kerja Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni mengikut format baru yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu (IPGK PM). Kemudian, diserahkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn. S. Rudzitha bagi menyemak kertas kerja agar tidak ada sebarang kesilapan seperti ejaan. Apabila kertas kerja telah dibetulkan, barulah dihantar ke Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi meluluskan program ini. Selain itu, saya juga menghasilkan teks ucapan wakil pengarah iaitu En. Yeow Kek Ong sebelum perasmian galeri seni dijalankan. Teks ucapan ini dihasilkan bagi membantu dan memudahkan En Yeow Kek Ong untuk berucap pada hari perasmian galeri seni. Hal ini kerana

Upload: ieka-adila

Post on 03-Dec-2015

267 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

CONTOH LAPORAN SETIAUSAHA

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN SETIAUSAHA

LAPORAN SETIAUSAHAFESTIVAL SENI LIKU DAN PERASMIAN GALERI SENI

Pada 11 dan 12 Ogos 2015, PISMP Pendidikan Seni Visual Januari 2015 telah mengadakan

dua buah program yang besar iaitu Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni di ruang

legar dan galeri seni. Bagi program ini, saya telah diberi tanggungjawab sebagai setiausaha

dan dibantu oleh naib setiausaha iaitu Nur Hanisah binti Radi untuk memastikan program

yang dirancang berjalan dengan lancar. Memandangkan kami memegang jawatan yang

sama iaitu setiausaha bagi kedua-dua program ini, kami telah membahagikan skop tugas

setiausaha agar dapat memudahkan sebarang urusan. Saya telah ditugaskan untuk

menghasilkan teks ucapan pengarah, minit mesyuarat dan kertas kerja bagi kedua-dua

program ini.

Bagi penghasilan kertas kerja, saya telah berbincang dengan beberapa ahli

jawatankuasa untuk mendapatkan maklumat seperti perbelanjaan, tema program, tentatif

dan peralatan yang diperlukan dalam kertas kerja ini. Setelah mendapatkan maklumat, saya

telah menyediakan kertas kerja Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni mengikut

format baru yang telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

(IPGK PM). Kemudian, diserahkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn. S. Rudzitha

bagi menyemak kertas kerja agar tidak ada sebarang kesilapan seperti ejaan. Apabila kertas

kerja telah dibetulkan, barulah dihantar ke Hal Ehwal Pelajar (HEP) bagi meluluskan

program ini.

Selain itu, saya juga menghasilkan teks ucapan wakil pengarah iaitu En. Yeow Kek

Ong sebelum perasmian galeri seni dijalankan. Teks ucapan ini dihasilkan bagi membantu

dan memudahkan En Yeow Kek Ong untuk berucap pada hari perasmian galeri seni. Hal ini

kerana segala info atau maklumat mengenai Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni

telah dimasukkan dalam teks ucapan tersebut.

Saya dan naib setiausaha telah berkerjasama untuk menguruskan penulisan minit

mesyuarat setiap kali perjumpaan antara ahli jawatankuasa diadakan. Jadi, kami mengambil

keputusan untuk bergilir-gilir mencatat minit mesyuarat dan berbincang agar sebarang

maklumat tidak tertinggal. Disamping itu, saya juga membantu naib setiausaha dalam

membuat spesifikasi tugas ahli jawatankuasa bagi kedua-dua program ini. Spesifikasi tugas

telah dicetak dan dimaklumkan kepada setiap ahli jawatankuasa agar mereka tahu skop

tugas masing-masing.

Page 2: LAPORAN SETIAUSAHA

Sepanjang saya menjalankan tugas sebagai setiausaha, terdapat beberapa masalah

yang timbul iaitu kertas kerja bagi Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri tidak diluluskan

oleh Pengarah pada mulanya. Mungkin tiada peruntukan bagi perbelanjaan kedua-dua

program ini. Apatah lagi, kertas kerja ini tidak mendapat kelulusan pada saat akhir iaitu

seminggu sebelum program ini dijalankan. Akan tetapi, masalah ini dapat diselesaikan

melalui pensyarah pembimbing. Cuma tiada peruntukan diberikan untuk perbelanjaan bagi

kedua program ini.

Seterusnya, banyak berlakunya perubahan tarikh Festival Seni Liku dan Perasmian

Galeri akibat percanggahan aktiviti di IPGK PM. Hal ini disebabkan tarikh yang dicadang

bertindih dengan aktiviti lain seperti Sambutan Hari Raya, seminar kajian tindakan dan

perubahan tarikh intership. Perubahan tarikh ini menyebabkan proses penghasilan kertas

kerja terganggu. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya dan pengerusi telah memeriksa

takwim IPGK PM dan menetapkan tarikh yang sesuai bagi program ini iaitu 11 dan 12 Ogos.

Akhir sekali, saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan di IPGK PM

pada masa hadapan. Program ini dapat memberikan pengalaman dan pengetahuan yang

baru bukan sahaja kepada ahli jawatankuasa yang terlibat malah pelawat yang terdiri

daripada pensyarah dan siswi pendidik yang hadir.

Disediakan oleh : 14 OGOS 2015

(NUR ‘ATIQAH ‘ADILAH BINTI MEDON)

Setiausaha,

Festival Seni Liku dan Perasmian Galeri Seni.