laporan setiausaha

2
Laporan Setiausaha Pada 16 April 2015, guru pelatih 3PISMP telah menganjurkan ceramah yang bertajuk Kesantunan Bahasa di Dewan Kuliah C, IPG Kampus Tuanku Bainun. Sebelum ceramah diadakan kami telah diberitahu oleh pensyarah penasihat iaitu Encik Azman bin Abd. Razak bahawa kami perlu menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengadakan sebuah ceramah. Hal ini kerana ia merupakan tugasan program Bina Insan Guru (BIG) yang diwajibkan ke atas semua pelajar progam ijazah Sarjana Muda Perguruan selaras dengan Pro Forma kursus. Dengan itu, satu perjumpaan telah diadakan di kantin, IPG Kampus Tuanku Bainun pada tarikh 25 Mac 2015 bagi melantik ahli jawatankuasa dan membuat perbincangan tentang perancangan ceramah. Pengerusi untuk program ceramah ini disandang oleh guru pelatih dari kelas RBT iaitu Lim Chai Chin. Beliau telah mengagihkan tugasan kepada semua ahli jawatankuasa secara terperinci supaya semua AJK jelas dengan tugasan masing-masing. Beliau mengingatkan setiausaha perlu menyiapkan kertas kerja dengan secepat mungkin supaya ahli jawatankuasa yang lain dapat memulakan kerja mereka. Selain itu, beliau juga menyarankan guru pelatih yang lain agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program ceramah ini. Selepas itu, pada tarikh 2 April 2015, pengerusi telah mengadakan mesyuarat dengan AJK ceramah untuk mengetahui perkembangan pelaksanaan tugasan mereka. Perkara yang dibincangkan pada hari tersebut ialah penyiapan kertas kerja, persediaan tempat, pembayaran yuran, pemilihan pensyarah yang akan menjadi penceramah dan lain-lain. Kami telah memilih Encik Rosnan Bin Mahmod Zahidin sebagai pensyarah yang akan memberi ceramah pada hari tersebut. Pengerusi telah mengingatkan AJK Jemputan untuk mendapat persetujuan daripada Encik Rosnan. Pada 16 April 2015, ceramah telah diadakan di Dewan Kuliah C, semua guru pelatih PISMP telah berkumpul pada pukul 2 petang. Sebelum bermula, AJK ceramah telah membuat persediaan awal dan menjalankan tugas masing- masing. Misalnya, AJK persediaan tempat telah menyusun tempat duduk bagi penceramah dan memastikan Public-Address System (PA) berfungsi dengan baik. Selain itu, AJK Kebersihan juga telah membersihkan dewan agar program ceramah dapat dijalankan dalam persekitaran yang selesa. Selepas itu, Encik Rosnan telah tiba di dewan dengan iringan AJK Jemputan dan program ceramah bermula tepat pada pukul 2:30 petang. Beliau telah menyampaikan ceramah dengan begitu menarik sekali. Pada permulaan ceramah, beliau telah meminta guru pelatih Cina dan India untuk menggunakan bahasa ibunda mereka untuk menjelaskan maksud Kesantunan Bahasa . Selain itu, dalam sesi penyampaian ceramah, En. Rosnan juga telah memberi kami menyanyi lagu yang berkaitan dengan Kesantunan Bahasa iaitu Budi Bahasa Budaya Kita dan Satu Malaysia . Semua guru pelatih telah bernyanyi dengan begitu gembira sekali.

Upload: zhi-wen-khor

Post on 05-Sep-2015

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

Laporan Setiausaha Pada 16 April 2015, guru pelatih 3PISMP telah menganjurkan ceramah yang bertajuk Kesantunan Bahasa di Dewan Kuliah C, IPG Kampus Tuanku Bainun. Sebelum ceramah diadakan kami telah diberitahu oleh pensyarah penasihat iaitu Encik Azman bin Abd. Razak bahawa kami perlu menubuhkan satu jawatankuasa bagi mengadakan sebuah ceramah. Hal ini kerana ia merupakan tugasan program Bina Insan Guru (BIG) yang diwajibkan ke atas semua pelajar progam ijazah Sarjana Muda Perguruan selaras dengan Pro Forma kursus. Dengan itu, satu perjumpaan telah diadakan di kantin, IPG Kampus Tuanku Bainun pada tarikh 25 Mac 2015 bagi melantik ahli jawatankuasa dan membuat perbincangan tentang perancangan ceramah. Pengerusi untuk program ceramah ini disandang oleh guru pelatih dari kelas RBT iaitu Lim Chai Chin. Beliau telah mengagihkan tugasan kepada semua ahli jawatankuasa secara terperinci supaya semua AJK jelas dengan tugasan masing-masing. Beliau mengingatkan setiausaha perlu menyiapkan kertas kerja dengan secepat mungkin supaya ahli jawatankuasa yang lain dapat memulakan kerja mereka. Selain itu, beliau juga menyarankan guru pelatih yang lain agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program ceramah ini. Selepas itu, pada tarikh 2 April 2015, pengerusi telah mengadakan mesyuarat dengan AJK ceramah untuk mengetahui perkembangan pelaksanaan tugasan mereka. Perkara yang dibincangkan pada hari tersebut ialah penyiapan kertas kerja, persediaan tempat, pembayaran yuran, pemilihan pensyarah yang akan menjadi penceramah dan lain-lain. Kami telah memilih Encik Rosnan Bin Mahmod Zahidin sebagai pensyarah yang akan memberi ceramah pada hari tersebut. Pengerusi telah mengingatkan AJK Jemputan untuk mendapat persetujuan daripada Encik Rosnan.Pada 16 April 2015, ceramah telah diadakan di Dewan Kuliah C, semua guru pelatih PISMP telah berkumpul pada pukul 2 petang. Sebelum bermula, AJK ceramah telah membuat persediaan awal dan menjalankan tugas masing-masing. Misalnya, AJK persediaan tempat telah menyusun tempat duduk bagi penceramah dan memastikan Public-Address System (PA) berfungsi dengan baik. Selain itu, AJK Kebersihan juga telah membersihkan dewan agar program ceramah dapat dijalankan dalam persekitaran yang selesa. Selepas itu, Encik Rosnan telah tiba di dewan dengan iringan AJK Jemputan dan program ceramah bermula tepat pada pukul 2:30 petang. Beliau telah menyampaikan ceramah dengan begitu menarik sekali. Pada permulaan ceramah, beliau telah meminta guru pelatih Cina dan India untuk menggunakan bahasa ibunda mereka untuk menjelaskan maksud Kesantunan Bahasa. Selain itu, dalam sesi penyampaian ceramah, En. Rosnan juga telah memberi kami menyanyi lagu yang berkaitan dengan Kesantunan Bahasa iaitu Budi Bahasa Budaya Kita dan Satu Malaysia. Semua guru pelatih telah bernyanyi dengan begitu gembira sekali. Dalam ceramah ini, Encik Rosnan amat menegaskan bahawa kita perlu menggunakan bahasa yang santun semasa berungkap dengan orang lain. Hal ini disebabkan pertuturan seseorang akan melambang imejnya lebih-lebih lagi kami merupakan bakal guru yang akan banyak berinteraksi dengan murid dan ibu bapa di sekolah.Selepas Encik Rosnan memberi ceramah, Encik Azman telah dijemput untuk menyampaikan ucapan. Beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Rosnan kerana sudi memberi ceramah yang bertajuk Kesantunan Bahasa kepada guru pelatih. Seterusnya, sesi penyampaian cenderamata telah diadakan. Encik Azman telah memberi hadiah kepada Encik Rosnan sebagai tanda penghargaan. Kemudian, pengerusi ceramah pula dijemput untuk memberi hadiah kepada Encik Azman. Selepas Encik Rosnan dan Encik Azman telah beredar dari dewan, program diteruskan dengan sesi pengambaran. Semua guru pelatih telah diminta untuk ke hadapan dewan untuk mengambil gambar sebagai tanda kenangan. Guru pelatih juga diingatkan untuk mengambil makanan di belakang dewan sebelum beredar dari dewan. Program ceramah telah tamat tepat pada pukul 5 petang dengan kerjasama yang diberi oleh semua guru pelatih. Secara tuntasnya, ceramah ini amat berfaedah kepada guru pelatih kerana ceramah ini telah membolehkan guru pelatih menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

Disediakan oleh :

................................................. (PUNITHA A/P M PERUMAL) Setiausaha Program Ceramah/ Bengkel Bina Insan Guru IPGM Kampus Tuanku Bainun