laporan projek - bilik rekreasi ppki
DESCRIPTION
PraktikumTRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
LAPORAN PROJEK
Nama Pelajar (Guru Pelatih)CHUE XIANG LING
Program dan AmbilanPISMP AMBILAN JANUARI 2013
Tarikh13 April 2015 8 May 2015
TempatBilik Rekreasi PPKI SJK(c) Sam Yoke
ProjekPenubuhan Bilik Rekreasi
Bahagian A : Peranan yang dijalankan
(Sila lampirkan dokumen sokongan seperti kertas kerja, minit mesyuarat, pelan tindakan, gambar foto, surat perlantikan, laporan khas projek, surat penghargaan dan lain-lain)
Sebelum pelaksanaa projek, saya dan 5 orang rakan seperjuangan saya, saudara Lee Yong Han, Taye Zhi Hui, Chan Yuen Ning, Hii Siew Ling dan Chong Su Yee telah berbincang dengan pihak sekolah untuk menyediakan bahan dan alatan yang diperlukan untuk menghias Bilik Rekreasi PPKI di bangunan baharu PPKI Sekolah Jenis Kebangsaan (cina) Sam Yoke. Oleh hal yang demikian, kami bekerjasama untuk menubuhkan bilik rekreasi PPKI bermula dengan melukis mural pada 21 April 2015. Pada 5 Mei 2015, kami telah berjaya menghasilkan mural yang bertema semula jadi di bilik rekreasi PPKI. Pada hari yang seterusnya, kami berusaha mencari perabot dan permainan kecil yang sesuai diletakkan dalam bilik tersebut bagi menyempurnakan hasil projek ini. Hasil daripada semangat dari usaha, kami telah berjaya menyiapkan projek ini dalam tempoh lebih kurang 3 minggu.Bahagian B : Catatan Refleksi
(Diisi oleh Guru Pelatih selepas tamat/siap suatu projek/aktiviti)
Setelah pelaksanaan projek ini, saya mendapat input bahawa kita seharulah melaksanakan sesuatu tugasan dengan penyediaan dan perancangan yang mencukupi demi menjamin kelancaran tugasan. Melalui projek ini, saya mendapat pengalaman baharu untuk menguruskan sesuatu tugasan lebih sistematik atas sifat kerjasama antara satu sama lain. Saya amat bersyukur kerana dapat menyiapkan projek ini dengan baik dalam tempoh masa yang diharapkan.Bahagian C : Bimbingan
(Oleh Guru Besar/Penolong Kanan/Guru)
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________Disemak oleh Pihak Sekolah
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :Disemak oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :