laporan - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_nerc...laporan...

11
1 LAPORAN LAWATAN PENYELIDIKAN STAF AKADEMIK JABATAN KEJURUTERAAN AWAM (PPD) KE PUSAT PENYELIDIKAN LUAR MIKRO-HIDRO UTHM TNJER (PETA) TARIKH: 24 26 SEPTEMBER 2016 ANJURAN: UTHM ECO-HYDRO TEAM & DISOKONG OLEH ORICC

Upload: duonghanh

Post on 16-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

1

LAPORAN

LAWATAN PENYELIDIKAN STAF AKADEMIK JABATAN KEJURUTERAAN

AWAM (PPD) KE PUSAT PENYELIDIKAN LUAR MIKRO-HIDRO UTHM

TNJER (PETA)

TARIKH: 24 – 26 SEPTEMBER 2016

ANJURAN: UTHM ECO-HYDRO TEAM & DISOKONG OLEH ORICC

Page 2: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

2

1.0 Pengenalan

Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ‘Lawatan Penyelidikan Staf

Akademik Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Pusat Pengajian Diploma (PPD) ke Pusat

Penyelidikan Luar Mikro-Hidro UTHM TNJER (PETA)’.

Dalam mencapai kecemerlangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), lawatan

penyelidikan memainkan peranan penting untuk membolehkan kakitangan akademik

didedahkan kepada suasana sebenar kerja lapangan.

Atas kesedaran itu, satu inisiatif program lawatan penyelidikan telah diadakan pada 24 – 26

September 2016 ke Pusat Penyelidikan Luar Mikro-Hidro UTHM seperti yang dinyatakan di atas.

2.0 Objektif

Objektif program adalah seperti berikut:

i. Merapatkan kerjasama diantara staf.

ii. Menjalinkan hubungan yang strategik dengan pihak Taman Negara.

iii. Memberi pendedahan kepada dunia sebenar kerja lapangan dan penyelidikan luar.

iv. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan motivasi kerja kakitangan akademik.

v. Pengalaman menikmati sistem sumber tenaga hijau.

vi. Perkongsian ilmu berkenaan pembinaan sistem kuasa mikro-hidro.

vii. Menikmati keindahan flora dan fauna yang terpelihara dengan baik.

3.0 Lokasi – Nature Educational & Research Centre (NERC), Taman Negara Johor Endau

Rompin

Endau Rompin terletak di hulu Sungai Endau bersempadan Johor-Pahang. Ia meliputi kawasan

seluas 870 km persegi, kira-kira satu setengah kali ganda saiz Singapura. Ia meliputi sebahagian

dari hutan simpan Labis dan Endau-Mas di Johor dan rizab Hutan Lesong di Pahang.

Kawasan ini mengandungi himpunan unik tanah rendah dan hutan bukit dengan sungai-sungai yang

bersih dan hidupan liar yang pelbagai. Ia merupakan kawasan terpelihara yang menempatkan

haiwan yang terancam (terutamanya Badak Sumatera). Ini menjadikan kawasan ini satu bahagian

penting dalam warisan semula jadi Malaysia yang amat memerlukan pemuliharaan.

NERC Endau Rompin menjadi kenyataan dengan kerjasama dan sokongan daripada kerajaan

Johor, Danish Corporation Environment & Development (DANCED) serta Persatuan Pencinta

Alam Malaysia (MNS). Pembiayaan bagi projek ini disediakan oleh DANCED manakala MNS

adalah perunding bagi pelaksanaan NERC bagi pihak Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ).

Page 3: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

3

Pusat ini dibangunkan sebagai tumpuan untuk pendidikan alam semula jadi dan pusat penyelidikan

bagi pelawat dari seluruh dunia. UTHM turut menjalinkan hubungan dengan memeterai MOA

bersama TNJER bagi membolehkan pelbagai penyelidikan dan kerja lapangan dapat dilaksanakan

disini.

4.0 Penyelidikan Mikro-Hidro UTHM

Sistem kuasa elektrik mikro-hidro amat berguna untuk kawasan terpencil yang tidak mempunyai

bekalan elektrik dari grid nasional. Kebanyakan kawasan ini mempunyai aliran sungai yang boleh

digunakan untuk tujuan tersebut. Kuasa mikro-hidro juga dikenali sebagai sumber tenaga hijau

yang boleh diperbaharui yang mana pengendalian dan kaedah operasinya lebih mudah.

Mengambil kesempatan dari kelebihan ini, UTHM Eco-Hydro Team telah membangunkan projek

janakuasa mikro hidro dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor di NERC Endau

Rompin. Penjanaan kuasa yang sedia ada di kawasan ini menggunakan janakuasa diesel yang

mewujudkan kesan negatif kepada kos kewangan dalam operasi jangka masa panjang. Penggunaan

janakuasa diesel juga mengganggu kehidupan liar kerana ianya mengeluarkan bunyi bising dan

asap.

Kawasan ini memuatkan beberapa blok bangunan mengandungi perpustakaan, pejabat, makmal

terbuka, chalet dan asrama. Sistem mikro hidro yang dibangunkan telah digabung dengan sistem

penjanaan diesel sedia ada dengan menggunakan kaedah ‘changeover’. Bermakna pada satu masa

hanya satu sumber kuasa yang boleh membekalkan elektrik kepada beban, juga dikenali sebagai

sistem kuasa hibrid.

Bagi fasa pertama hanya beberapa pilihan bangunan yang dibekalkan tenaga elektrik oleh sistem

mikro hidro seperti chalet, makmal terbuka, koridor, tandas dan asrama. Pembekalan tenaga ke

bangunan lain akan diteruskan pada fasa kedua.

Gambar: Lokasi NERC Taman Negara Johor Endau Rompin.

Page 4: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

4

5.0 Tentatif Program

Hari Pertama (24 September 2016) – Sabtu

08.00 am - : Berkumpul, pendaftaran peserta & taklimat perjalanan

08.30 am (Berkumpul di tempat letak kenderaan Bangunan PPD)

08.30 am - : Perjalanan

10.30 am Pendaftaran di Kahang’s Office, No 11, Jln Bawal 1,

Taman Kahang Baru, 86700 Kluang Johor

Bertolak ke Taman Negara Endau-Rompin (Peta) Johor

10.30 am - : Perjalanan

12.30 pm Tiba di Taman Negara Endau-Rompin Johor – NERC

Pendaftaran masuk penginapan

01.00 pm - : Makan tengah hari / Solat / Rehat

03.00 pm

03.00 pm - : Lawatan akademik ke Pusat Penyelidikan Luar Mikro Hidro UTHM

06.30 pm

07.00 pm - : Makan malam / Solat / Rehat

09.00 pm

09.00 pm - : Penerangan & perbincangan berkumpulan

11.00 pm

11.00 pm : Rehat/Tidur

Hari Kedua (25 September 2016) – Ahad

07.30 am - : Sarapan

08.30 am

08.45 am - : Lawatan akademik berkaitan penyelidikan di sekitar TNJER

04.30 pm (Pack lunch disediakan)

05.00 pm - : Solat / Rehat

07.00 pm

07.00 pm - : Makan malam / Solat / Acara Penutup

09.00 pm

09.00 pm - : Acara penutup

11.00 pm

Page 5: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

5

Hari Ketiga (26 September 2016) – Isnin

07.30 am - : Persiapan pulang dan sarapan

09.30 am

09.30 am - : Lawatan ke kampung orang asli (PETA)

11.30 am

11.30 pm : Pulang ke UTHM

03.00 pm

6.0 Peserta & Urusetia

Peserta merupakan ahli akademik dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Pusat Pengajian

Diploma (PPD) dan juga wakil dari Fakulti Kejuruteraan Awam & Alam Sekitar (FKAAS) seperti

berikut:

Pusat Pengajian Diploma:

1) Tn. Hj. Amir Khan bin Suwandi

2) Prof. Madya Hj.Ismail bin Yusof

3) Tn. Hj. Roslan bin Kolop

4) En. Ahmad Hakimi bin Mat Nor

5) Dr. Norhayati binti Ngadiman

6) Pn. Mardiha binti Mokhtar

7) Pn. Nor Farah Atiqah bt Ahmad

8) Pn. Siti Nooraiin bt Mohd Razali

9) Pn. Nor Baizura bt Hamid

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar

1) En. Mohd Khairy Bin Burhanudin

2) En. Mohammad Nasir Bin Mohamad Taher

3) Pn. Hazirah bt Bujang

Urusetia terdiri dari ahli UTHM Eco-Hydro Team yang juga merupakan penyelidik Mikro-Hidro.

Mempunyai ahli yang pelbagai disiplin dari PPD & FTK seperti berikut:

Pusat Pengajian Diploma (PPD):

1) En. Izat bin Yahaya (Jabatan Kejuruteraan Awam)

2) En. Azli bin Yusop (Jabatan Kejuruteraan Elektrik)

3) En. Ghazali bin Kadis (Jabatan Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK):

1) En. Maizul bin Hj. Ishak (Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik)

2) En. Mohd Sufyan bin Abdullah (Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam)

3) En. Mohd Fadly bin Abd Razak (Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik)

Page 6: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

6

7.0 Ringkasan Perjalanan Program

Hari Pertama

Peserta berkumpul di PPD bermula jam 0800 am, seterusnya dimulakan dengan sesi taklimat dan

bacaan doa semoga pengisian program diberkati dan segala perancangan dipermudahkan.

Perjalanan bermula pada jam 0830 am dan bersarapan di Kluang. Tiba di Pejabat Taman Negara

Kahang pada 1030 am untuk pendaftaran dan membeli keperluan lain di kedai berhampiran.

Pada jam 1230 pm tiba di Kompleks Taman Negara Endau Rompin untuk pendaftaran masuk

penginapan, kemudian makan tengahari, bersolat dan rehat. Lawatan akademik ke Pusat

Penyelidikan Luar Mikro Hidro UTHM dimulakan pada jam 0300 pm. Untuk sesi lawatan ini,

peserta didedahkan dengan konsep penjaan mikro-hidro, pembinaan rumah turbin, pemasangan

paip, injap dan pembekalan sistem elektrik ke bangunan-bangunan di NERC. Peserta turut dibawa

melawat forebay yang dibina di Sungai Semawak seterusnya menyelusuri sepanjang paip hidro

yang telah dipasang.

Pada malamnya merupakan sesi perkongsian ilmu oleh ahli penyelidik mikro-hidro dalam

melaksanakan projek ini bermula dari kajian awal, pengambilan data, pembinaan dan segala macam

pengalaman sepanjang penyelidikan bermula dari tahun 2010.

Hari Kedua

Selepas bersarapan sekitar jam 0830 am, peserta bersiap sedia untuk aktiviti tracking ke beberapa

tempat menarik di Taman Negara iaitu Kuala Marong, Upih Guling dan Tasik Biru. Tujuan aktiviti

ini untuk memberi peluang kepada peserta mendapatkan sebarang idea penyelidikan yang boleh

dijalankan disekitar TNJER.

Disamping itu peserta turut dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung,

pengalaman menaiki bot dan berjalan kaki merentasi beberapa batang sungai sebelum sampai ke

destinasi yang dituju. Pada malamnya diadakan sesi perkongsian pengalaman dan idea oleh peserta

sepanjang aktiviti pada hari tersebut. Diakhiri dengan penyampaian sijil program kepada peserta.

Hari Ketiga

Seawal jam 0730 am mula bersarapan dan membuat persiapan untuk pulang. Pada jam 0930 am

peserta dibawa melawat ke arkib Taman Negara di Kompleks TNJER dan juga sekitar

perkampungan orang asli di Kampung PETA. Peserta didedahkan dengan aktiviti harian orang asli

disamping mengenali budaya mereka yang berkait rapat dengan anyaman, ukiran, permainan

kercang dan tanaman herba. Alhamdulillah, kesemua perserta dan urusetia sampai di UTHM pada

jam 0500 pm.

Page 7: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

7

8.0 Kesimpulan

Program lawatan penyelidikan ini memberikan 1001 manfaat yang tidak ternilai, menerbitkan rasa

syukur pada Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati anugerah alam dibumi ini.

Keupayaan fizikal dan mental juga diuji sewaktu menjalani program. Aktiviti ini bukan sahaja

memberi pengetahuan tentang flora dan fauna yang terdapat di sini, tetapi yang lebih penting turut

meningkatkan ilmu dan pengetahuan berkenaan sistem penjanaan mikro-hidro yang mana ianya

kemudian hari boleh dikongsi dengan para pelajar.

Semoga program ini dapat terus dilaksanakan dimasa-masa akan datang dan mendapat sokongan

dari pelbagai pihak. Terima kasih kepada peserta dan urusetia yang bekerja keras dalam

memastikan program ini dijalankan dengan jayanya.

Disediakan Oleh:

Azli Yusop

Penyelidik UTHM Eco-Hydro Team

Tarikh Disediakan: 01 Oktober 2016

Disahkan Oleh:

Izat Yahaya

Ketua Penyelidik UTHM Eco-Hydro Team

Page 8: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

8

LAMPIRAN

Gambar 1: Sebelum memulakan perjalanan. Gambar 2: Bergambar di hadapan pejabat PPD.

Gambar 3: Perjalanan merentasi tanah merah. Gambar 4: Sampai di NERC TNJER.

Gambar 5: Di forebay Sungai Semawak. Gambar 6: Menyelusuri pemasangan paip hidro.

Page 9: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

9

Gambar 7: Lawatan rumah turbin. Gambar 8: Demo sistem mikro-hidro.

jjjjjjjjj jjjjjj

k

Gambar 9: TDA menandatangi buku pelawat rumah turbin. Gambar 10: Lawatan sekitar bangunan NERC.

Gambar 11: Di hadapan UTHM Eco-Hydro Pond. Gambar 12: Menaiki bot.

Page 10: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

10

Gambar 13: Merentasi sungai. Gambar 14: Aktiviti tracking.

Gambar 15: Kenangan di Upih Guling. Gambar 16: Di Tasik Biru.

Gambar 17: Penyampaian sijil program. Gambar 18: Lawatan di arkib Taman Negara.

Page 11: LAPORAN - ppd.uthm.edu.myppd.uthm.edu.my/v5/images/temp/penyelidikan/laporan_lawatan_NERC...Laporan ini bertujuan memaklumkan hasil dapatan daripada program ... Pengalaman menikmati

11

Gambar 19: Lawatan sekitar Kampung PETA. Gambar 20: Demo permainan orang asli.

Gambar 21: Kenangan di Taman Negara Johor Endau Rompin, Malaysia.