laporan persembahan gamelan

4
MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI 921121-03-5629 T3 S1 MU1 Laporan Persembahan Gamelan Kelas kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 11 orang. Saya merupakan ahli untuk kumpulan B. latihan untuk persembahan kami bermula dari awal bulan 1 lagi. Kami telah diwajibkan untuk memainkan 4 buah lagu yang merupakan 1 lagu wajib dan 3 lagi mengikut pilhan dan kreativiti sendiri. Lagu wajib adalah lagu Sakan. Lagu ini merupakan lagu yang wajib dimainkan untuk setiap kumpulan. Lagu ini juga mewajibkan saya dan ahli kumpulan untuk bermain menggunakan gubahan atau skor asal. Untuk lagu ini, saya telah memegang alat sarong demung sebagai alat utama saya. Alat tersebut agak susah bagi saya untuk lagu ini. Namun, lagu ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana pihak jabatan muzik telah memanggil seorang jurulatih dari luar iaitu Che Mat dating untuk mengajar kami. Beliau merupaka seorang pakar gamelan yang berasal dari Kelantan namun telah menetap di Pulau Pinang dan menjadi salah seorang staff di USM. Kami mempunyai 2 sesi latihan bersama beliau. Banyak ilmu yang telah diberikan kepada kami. Untuk sarong demung juga beliau mengajar saya untuk bermain dengan cara yang betul iaitu teknik “mute”. Lagu kedua yang saya dan ahli kumpulan main adalah lagu lenggang kangkung. Lagu ini saya hanya memainkan gong. Lagu ini kami telah mengubah sedikit sebanyak dari segi dinamik

Upload: mat-ey

Post on 22-Nov-2015

117 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

MOHAMAD BUDRIZ IDAIE BIN NAZRI921121-03-5629T3 S1 MU1

Laporan Persembahan GamelanKelas kami telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. setiap kumpulan mempunyai ahli seramai 11 orang. Saya merupakan ahli untuk kumpulan B. latihan untuk persembahan kami bermula dari awal bulan 1 lagi. Kami telah diwajibkan untuk memainkan 4 buah lagu yang merupakan 1 lagu wajib dan 3 lagi mengikut pilhan dan kreativiti sendiri. Lagu wajib adalah lagu Sakan. Lagu ini merupakan lagu yang wajib dimainkan untuk setiap kumpulan. Lagu ini juga mewajibkan saya dan ahli kumpulan untuk bermain menggunakan gubahan atau skor asal. Untuk lagu ini, saya telah memegang alat sarong demung sebagai alat utama saya. Alat tersebut agak susah bagi saya untuk lagu ini. Namun, lagu ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana pihak jabatan muzik telah memanggil seorang jurulatih dari luar iaitu Che Mat dating untuk mengajar kami. Beliau merupaka seorang pakar gamelan yang berasal dari Kelantan namun telah menetap di Pulau Pinang dan menjadi salah seorang staff di USM. Kami mempunyai 2 sesi latihan bersama beliau. Banyak ilmu yang telah diberikan kepada kami. Untuk sarong demung juga beliau mengajar saya untuk bermain dengan cara yang betul iaitu teknik mute.Lagu kedua yang saya dan ahli kumpulan main adalah lagu lenggang kangkung. Lagu ini saya hanya memainkan gong. Lagu ini kami telah mengubah sedikit sebanyak dari segi dinamik iaitu kami memainkan kuat (f) untuk setiap 4 bar dan bertukar kepada dinamik lembut (p) untuk setiap 4 bar. Lagu ini kami telah ubah untuk menjadikan medley bersama lagu wau bulan. Namun lagu wau bulan kami hanya memainkan beberapa bar sahaja dan kembali memainkan lagu lenggang kangkung sebanyak 4 bar. Lagu ini juga kami telah memasukan gitar yang memainkan kord.Lagu ketiga yang telah dimainkan saya bersama kumpulan adalah lagu madu dan racun. Lagu ini agak menarik kerana saya telah memainkan rebana ubi sebagai nadi utama lagu ini. Pada permulaanya, saya disuruh oleh ketua kumpulan untuk memainkan drum elektronik namun pada saat akhir saya disuruh memainkan rebana ubi kerana bunyi yang dihasilkan lebih padu dan nyata. Lagu ini kami telah memasukkan kibod yang memainkan intro lagu bersama irangan kord daripada gitar. Lagu ini agak menarik bagi saya kerana kebanyakkan orang tahu lagu ini dan ini membuatkan saya seronok memainkannya. Lagu keempat adalah lagu dikir puteri. Untuk lagu ini pula saya memainkan gambang. Gambang juga memainkan melodi sama seperti yang dimainkan oleh boning. Pada permulaanya agak sukar untuk saya memainkan alat ini kerana ianya merupakan pengalaman baru bagi saya kerana saya tidak pernah memainkan alat ini pada sebelum ini. Namun hasil tunjuk ajar pensyarah dan Che Mat, saya dapat memainkan lagu ini dengan sempurna. Lagu ini juga telah diubah oleh kami. Kami telah memasukkan intro baru kepada lagu ini dan telah medley bersama lagu ikan kekek pada pertengahan lagu ini. Lagu ini juga kami telah memasukkan kompang yang memainkan rentak pada korus lagu ini. Bagi pandangan saya, bila paluan kompang dimainkan pada korus telah membuatkan lagu ini lebih bertenaga dan menarik.Kumpulan saya telah mendapatkan khidmat kelab siswa budaya dengan meminjam kostum mereka untuk dipakai sewaktu persembahan. Tema pakaian kami untuk malam tersebut adalah etnik di Malaysia kerana kami memakai baju melayu lengkap bersampin dan baju etnik Serawak. Bagi perempuan pula mereka memakai baju kurung bersama kain batik. Sebelum persembahan dimulakan, pada sebelah petang, kumpulan saya dan bersama tiga kumpulan lagi telah bersama-sama mengangkat barang dari bilik gamelan ke tempat persembahan iaitu bertempat di Gelanggara. Kami telah bersama-sama mengangkut barang gamelan yang begitu berat dan bersama-sama menghias tempat tersebut. Saya telah mengangkat gong agong secara berseorangan dan saya merasakan gong agong tidaklah seberat ciri fizikal dia. Selepas siap mengangkut barang, kami telah mengadakan acara rehearsal untuk menguji bunyi di tempat terbuka. Selepas semua kumpulan habis melakukan rehearsel, kami telah membahagikan tugas kepada setiap kumpulan untuk bergilir-gilir menjaga alat tersebut kerana ada orang yang perlu balik untuk menukar pakaian dan baju.Semasa persembahan, kumpulan kami mendapat giliran ke-4 iaitu kumpulan terakhir yang melakukan persembahan pada hari tersebut. Semasa saya melihat persembahan dari kumpulan lain, saya merasakan agak tercabar dengan saingan yang diberikan oleh mereka. Semasa melakukan persembahan, untuk lagu pertama, ada beberapa kesalah yang telah dilakukan oleh saya namun saya telah cuba untuk meneruskan lagu seperti yang telah dirancang. Untuk lagu kedua, saya merasakan saya tidak membuat kesilapan kerana saya hanya memainkan gong. Untuk lagu ketiga, saya merasa bangga dengan kumpulan saya kerana saya melihat semua orang tertarik untuk melihat kumpulan saya membuat persembahan. Lagu tersebut saya rasakan merupakan lagu terbaik bagi kumpulan kami. Untuk lagu keempat, saya juga telah melakukan beberapa kesilapan tetapi saya telah cuba untuk membaiki kesalahan saya agar saya tidak mengecewakan ahli kumpulan saya.Selepas semua persembahan tamat, kami telah bersama-sama mengambil gambar bersama pensyarah dan kami telah sama-sama sekali lagi mengangkat alat-alat gamelan kembali ke bilik gamelan. Semua orang telah memberi kerjasama yang sangat baik dan saya bangga dengan pencapaian semua orang pada malam tersebut,Kesimpulanya, tugasan ini telah membuatkan semua orang yang mengambil bahagian pandai untuk bermain sekurang-kurangnya tiga alat gamelan. Kami juga telah belajar cara untuk mengurus persembahan dengan baik. Seterusnya, kami juga telah belajar cara untuk menghormati satu sama lain dan cara untuk bekerjasama.