laporan perkembangan tahun 1 2014 br

7
Laporan Perkembangan Tahun 1 2014 SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKIT KM 31, JALAN NAKA 06350 POKOK SENA, KEDAH. TEL/FAX : 0478510 LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR DIBAWAH BANTUAN YAYASAN SCOMI LINUS NKRA 2014

Upload: deehamid

Post on 29-Sep-2015

244 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

linus

TRANSCRIPT

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BUKITKM 31, JALAN NAKA06350 POKOK SENA,KEDAH. TEL/FAX : 0478510

LAPORAN PERKEMBANGAN PELAJAR DIBAWAH BANTUAN YAYASAN SCOMILINUS NKRA 2014

Laporan Perkembangan Tahun 1 2014

Tahun 2 2014 (saringan 1)

Tahun 2 2014 (Saringan 2)

Tahun 3 Saringan 1Ttahun 3 saringan 2LAPORAN PERKEMBANGANMerujuk kepada Jadual yang disertakan di atas, 69 orang pelajar tahun 3 telah pun berjaya melepasi saringan ke dua linus bagi kedua-dua subjek teras iaitu Bahasa Melayu dan Matematik. @ orang pelajar lagi telah mendapat pengesahan daripada doktor pakar berkaitan masalah mereka dalam pembelajaran iaitu seorang disahkan mengalami masalah mental retarded dan seorang lagi lemah pembelajaran. Kedua-dua pelajar ini disarankan untuk mendapatkan pembelajaran di sekolah Khas.Bagi pelajar tahun 2, hanya seorang sahaja yang gagal dalam matapelajaran bahasa Melayu dan Matematik. Namun begitu, mereka masih lemah dalam subjek Bahasa Inggeris. Pelajar ini juga sedang dalam pemerhatian pihak sekolah untuk mendapatkan pengesahan pakar mengenai status masalah yang dihadapi. Seramai 32 pelajar akan terus diberi pemerhatian khas dalam matapelajaran bahasa Inggeris. Pihak sekolah telah menetapkan objektif kesemua pelajar tersebut akan dapat melepasi saringan 1 LINUS pada tahun 2015.Untuk kelas tahun 1, 2 orang pelajar gagal dalam saringan Bahasa Melayu semtara seorang lagi gagal dalam kedua-dua saringan bahasa melayu dan matematik. Mereka juga termasuk dalam kumpulan 26 orang pelajar yang gagal dalam bahasa Inggeris.Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan yang membanggakan pihak sekolah terhadap pelajar yang terlibat dengan Program LINUS ini. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Yayasan SCOMI yang banyak membantu. Sepanjang tahun 2014 pijak sekolah telahpun menjalankan program berikut bagi membantu memulihkan para pelajar dibawah program ini. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:1. Program Bijak LINUS2. Program MERDEKA LINUS3. Program Anakku Pandai MembacaSelain daripada menjalankan program tersebut, pihak sekolah juga turut membeli kelengkapan da peralatan untuk memudahkan program dijalankan secara berterusan. Pada tahun 2015, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan lawatan guru-guru dan pelajar LINUS ke Pusat Disleksia Ampang, bagi melihat dan mendapatkan pengalaman berkaitan teknik, peralatan dan percambahan minda bagi menangani masalah pelajar di sekolah. Pihak sekolah juga berhasrat untuk membuat transformasi dalam LINUS Bahasa Inggeris secara besar- besaran bagi memastikan pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dan melepasi saringan yang dijalankan. Pihak sekolah amatlah berharap agar pihak Yayasan SCOMI terus sudi membantu sekolah bagi memastikan anak bangsa terus berjaya.Terima kasih.

Disediakan oleh:Pn Roziah bt HamidPenyelaras bantuan Yayasan ScomiSk Kg Bukit