laporan perjumpaan kelapan.docx

4
Laporan Perjumpaan Kelapan Badan Beruniform Pengakap 2015 Tarikh : 25/3/2015 Hari : Rabu Masa : 2.30 petang 4.30 petang Kehadiran Pensyarah : En. Abdul Satar Bin Hamzah, Puan. Zetty Akhmar Bt Amran, En. Hj. Abd Rahim Bin Abdullah. Kehadiran Ahli : 18/18 orang Tidak Hadir : - 1.0 Laung Agung Semua ahli pengakap seramai 18 orang diarahkan untuk berkumpul di Dewan Sri Banai. Ketua Pek menjadi Akela dan membuat Laung Agung sebelum Jurulatih Pengakap menjalankan aktiviti seterusnya. Gambar 1.0: Ahli-ahli Pengakap sedang menjalankan Laung Agung. 2.0 Nyanyian Lagu Pengakap Malaysia Perjumpaan diteruskan dengan pimpinan En. Abdul Satar Bin Hamzah untuk mengajar semua ahli Pengakap Lagu Pengakap Malaysia. Semua ahli belajar lagu Pengakap dengan bersungguh-sungguh dan berusaha mengingat lirik Lagu Pengakap Malaysia. Ahli-ahli telah menyanyi Lagu Pengakap Malaysia dengan bersemangat.

Upload: pst-tyng

Post on 17-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

for pengakap

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Perjumpaan Kelapan.docx

Laporan Perjumpaan Kelapan

Badan Beruniform Pengakap 2015

Tarikh : 25/3/2015

Hari : Rabu

Masa : 2.30 petang – 4.30 petang

Kehadiran Pensyarah : En. Abdul Satar Bin Hamzah, Puan. Zetty Akhmar Bt Amran, En. Hj.

Abd Rahim Bin Abdullah.

Kehadiran Ahli : 18/18 orang

Tidak Hadir : -

1.0 Laung Agung

Semua ahli pengakap seramai 18 orang diarahkan untuk berkumpul di Dewan Sri

Banai. Ketua Pek menjadi Akela dan membuat Laung Agung sebelum Jurulatih Pengakap

menjalankan aktiviti seterusnya.

Gambar 1.0: Ahli-ahli Pengakap sedang menjalankan Laung Agung.

2.0 Nyanyian Lagu Pengakap Malaysia

Perjumpaan diteruskan dengan pimpinan En. Abdul Satar Bin Hamzah untuk

mengajar semua ahli Pengakap Lagu Pengakap Malaysia. Semua ahli belajar lagu

Pengakap dengan bersungguh-sungguh dan berusaha mengingat lirik Lagu Pengakap

Malaysia. Ahli-ahli telah menyanyi Lagu Pengakap Malaysia dengan bersemangat.

Page 2: Laporan Perjumpaan Kelapan.docx

Gambar 2.0: Ahli-ahli sedang menyanyi Lagu Pengakap Malaysia

3.0 Aktiviti Pertolongan Cemas

En. Abdul Satar Bin Hamzah telah mengajar ahli-ahli pengakap tentang cara

menggunakan kain pembalut untuk membalut mangsa yang cendera. Jurulatih telah

mengajar 2 jenis balutan anduh iaitu anduh lengan, anduh kepala dan anduh pengelangan

tangan. Selepas jurulatih mengajar, ahli-ahli pengakap telah diminta untuk membuat latihan

secara pasangan.

Gambar 3.0: Jurulatih menunjukkan balutan anduh pengelangan tangan

Gambar 4.0: Ahli-ahli pengakap sedang berlatih secara pasangan

4.0 Nyanyian Koleksi Lagu Pengakap

Page 3: Laporan Perjumpaan Kelapan.docx

Selain itu, Tn. Haji Abdul Rahim dan Tn. Abdul Satar Bin Hamzah juga mengajar

semua ahli menyanyi koleksi lagu Pengakap. Antara lagu yang diajar pada hari ini

termasuklah lagu Selamat Datang, Saya Pilih Pengakap, Shelabe, Lagu Ayam, dan

Masa Bili, Laung Agung, Pek, Darling You Can Love dan lain-lain.

Gambar 5.0: Ahli-ahli pengakap sedang menyanyi lagu koleksi pengakap.

5.0 Kawad Kaki

Aktiviti diteruskan dengan kawad kaki. En. Abdul Satar Bin Hamzah mengajar ahli-

ahli pengakap latihan asas kawad kaki demi menitikberatkan disiplin ahli pengakap. Latihan

seperti sedia, senang diri, rehatkan diri, bergerak ke kanan atau kiri pusing, menghadap ke

balakang atau hadapan pusing, ke kanan lurus, berjalan dan tukar langkah telah kita belajar.

Gambar 6.0: Ahli-ahli pengakap sedang kawak kaki.

6.0 Refleksi

Secara keseluruhannya, seramai 18 orang ahli pengakap telah berkumpul dalam

perjumpaan minggu kelapan ini.

Melalui perjumpaan ini, semua ahli pengakap telah berpeluang untuk belajar jenis-jenis

balutan kain anduh. Aktiviti ini telah memberi pengalaman yang amat berharga kepada ahli-

ahli pengakap kerana melalui akitiviti ini ahli-ahli pengakap telah memperoleh pengetahuan

yang baru dan juga meningkatan pengalaman sendiri dalam bidang pertolongan cemas.

Page 4: Laporan Perjumpaan Kelapan.docx

Perjumpaan kali ini sangat seronok. Latihan kawad kaki sememangnya pengalaman

yang baik kepada kita demi melatih disiplin ahli pengakap. Melalui latihan kawad kaki, ahli

pengakap dapat belajar supaya sentiasa peka serta mematuhi arahan serta hukuman

pemimpin dan membentuk tatatertib di dalam pasukan. Melalui aktiviti ini, kita telah

memahami betapa penting berkerjasama dalam sebuah pasukan. Tambahan pula, daya

kecergasan dan kemasan pergerakan di dalam kumpulan turut dapat ditingkatkan di

samping meningkatkan semangat kerjasama berpasukan.

Secara kesimpulannya, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jurulatih

kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kita dengan penuh kesabaran. Sekian terima

kasih.

Disediakan oleh

(ALICE NGU ONG SZE)

Ahli sekawan hijau