laporan perjalanan program kursus dalam perkhidmatan bil 1

2
Laporan Perjalanan Kursus Dalam Perkhidmatan Bil 1/2013 Tarikh : 6 April 2013 Masa : 8.00 Pagi- 2.00 petang Tempat : Bilik 3P, SMK Abdul Rahim, Kudat Tajuk : Kursus dan Bengkel SKPM Kursus dimulakan pada pukul 8.20 pagi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Bidang Sains Dan Matematik, En. Lezabit bin Dusin selaku penceramah kursus . Taklimat yang disampaikan oleh En. Lezabit adalah mengenai pengenalan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang merangkumi objektif SKPM, standard SKPM dan Panduan penggunaan SKPM . Sesi taklimat mengambil masa lebih kurang 2 jam 10 minit memberi pengetahuan dan gambaran yang lengkap kepada semua peserta yang hadir . Kursus diteruskan pada 11.00 pagi setelah berehat selama setengah dengan sesi bengkel yang dikendalikan oleh En. Lezabit . Semua peserta dibahagikan kepada lapan kumpulan dan ditugaskan untuk memahami dan menyenaraikan pernyataan standard dan kriteria kritikal bagi setiap aspek dalam standard SKPM .Setiap kumpulan turut dibekalkan dengan bahan –bahan dalam bentuk sofcopy oleh penceramah dan diberi masa satu jam untuk menyiapkan tugasan yang diberi.. Pada pukul 12.00 tengahari, kursus diteruskan dengan sesi pembentangan dan soal jawab oleh setiap kumpulan.Setiap kumpulan telah membentangkan tugasan dengan yakin dan tepat mengikut tajuk tugasan masing-masing. Walaupun pembentangan mangambil masa yang agak lama tetapi semua peserta menunjukkan kesungguhan dan kerjasama yang baik untuk menjayakan kursus ini. Sesi pembentangan berakhir pada pukul 1.45 tengahari. Kursus ini diteruskan dengan ucapan penutupan yang disampaikan oleh Tuan pengetua , En. Nordin bin Awang besar. Di dalam ucapan tuan pengetua, beliau memuji kesungguhan

Upload: yusra-abllah

Post on 09-Feb-2016

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ldp bil /2013

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Perjalanan Program Kursus Dalam Perkhidmatan Bil 1

Laporan Perjalanan Kursus Dalam Perkhidmatan Bil 1/2013

Tarikh : 6 April 2013

Masa : 8.00 Pagi- 2.00 petang

Tempat : Bilik 3P, SMK Abdul Rahim, Kudat

Tajuk : Kursus dan Bengkel SKPM

Kursus dimulakan pada pukul 8.20 pagi dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua Bidang Sains Dan Matematik, En. Lezabit bin Dusin selaku penceramah kursus . Taklimat yang disampaikan oleh En. Lezabit adalah mengenai pengenalan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia yang merangkumi objektif SKPM, standard SKPM dan Panduan penggunaan SKPM . Sesi taklimat mengambil masa lebih kurang 2 jam 10 minit memberi pengetahuan dan gambaran yang lengkap kepada semua peserta yang hadir .

Kursus diteruskan pada 11.00 pagi setelah berehat selama setengah dengan sesi bengkel yang dikendalikan oleh En. Lezabit . Semua peserta dibahagikan kepada lapan kumpulan dan ditugaskan untuk memahami dan menyenaraikan pernyataan standard dan kriteria kritikal bagi setiap aspek dalam standard SKPM .Setiap kumpulan turut dibekalkan dengan bahan –bahan dalam bentuk sofcopy oleh penceramah dan diberi masa satu jam untuk menyiapkan tugasan yang diberi..

Pada pukul 12.00 tengahari, kursus diteruskan dengan sesi pembentangan dan soal jawab oleh setiap kumpulan.Setiap kumpulan telah membentangkan tugasan dengan yakin dan tepat mengikut tajuk tugasan masing-masing. Walaupun pembentangan mangambil masa yang agak lama tetapi semua peserta menunjukkan kesungguhan dan kerjasama yang baik untuk menjayakan kursus ini. Sesi pembentangan berakhir pada pukul 1.45 tengahari.

Kursus ini diteruskan dengan ucapan penutupan yang disampaikan oleh Tuan pengetua , En. Nordin bin Awang besar. Di dalam ucapan tuan pengetua, beliau memuji kesungguhan setiap kumpulan dalam menghasilkan tugasan dan pembentangan yang lengkap serta menunjukkan kerjasama yang baik dalam menyelesaikan tugasan .Beliau meminta supaya semua guru dapat mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi daripada kursus di sekolah bagi meningkatkan kualiti pengurusan sekolah dan kecemerlangan sekolah. Beliau juga menyatakan harapan semoga kursus latihan seperti ini diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Kursus berakhir pada pukul 2.00 petang iaitu lebih awal daripada waktu yang dijangkakan. Sebelum pulang, semua guru disediakan dengan jamuan makanan tengahari oleh pihak LDP. Kursus LDP kali ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang guru dan berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua pihak.

Page 2: Laporan Perjalanan Program Kursus Dalam Perkhidmatan Bil 1