laporan penyelidikan tindakan_pim 2

Upload: razak-abdullah

Post on 05-Nov-2015

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pim

TRANSCRIPT

KEBERKESANAN KAEDAH NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN INGATAN MURID TAHUN 6 BAGI TAJUK " RUKUN SOLAT "

ROSIDAH BINTI JUNIT

Laporan projek ini dikemukakan sebagaimemenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahanIjazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian ( Pendidikan Islam Pendidikan Rendah )

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONNJOHOR

JUN 2015

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Pendidikan Islam Pendidikan Rendah "

Tandatangan : ..............Nama Penyelia : ASMA NABIHAH BINTI ABD RAHMANTarikh :

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ".

Tandatangan : ...........Nama Penulis : ROSIDAH BINTI JUNITTarikh :

DEDIKASIDengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Untuk Keluarga Tercinta;SuamikuOthman OmarIbundakuSahia Bt SairiAnak-anakkuAkrimi Maswa Akrimi Najwa Akrimi Azwa Muhammad Ikram SyahmiBuat Pensyarah Penyelia,Ustazah Asma Nabihah Binti Abd RahmanJutaan terima kasih atas sokongan dan bimbingan yang berterusan.

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, setinggi- tinggi syukur ke hadrat llahi. Tidak ada pujian melainkan milik Nya jua. Sesungguhnya tanpa izin Nya, tiadalah dapat kajian ini disiapkan dan dihasilkan dengan sempurna. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.Setinggi- tinggi jutaan terima kasih dirakamkan kepada pensyarah penyelia iaitu Ustazah Asma Nabihah Binti Abd Rahman yang telah banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar semasa proses mencari bahan rujukan, menyediakan dan seterusnya menyiapkan kajian tindakan ini. Tidak lupa juga diucapkan jutaan terima kasih kepada semua pensyarah khususnya pensyarah Jabatan Pengajian Islam dan Moral yang telah banyak berkongsi idea dan pendapat sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini. Penghargaan juga ditujukan kepada guru-guru dan staf sokongan SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor atas kerjasama padu ketika memberi bimbingan dan perkongsian pengalaman pengajaran dan pembelajaran dalam menghasilkan kajian ini. Sesungguhnya ilmu itu datang dari Allah s.w.t dan yang terbaik dari Nya, kita hanyalah khalifah yang hanya menyampaikan. Segala kekurangan dan kelemahan adalah dari saya dan akhir kalam, selamat membaca dan semoga dilimpahi ilmu dan rahmat Allah s.w.tJazakallah.

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan dengan bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan ingatan murid Tahun 6 bagi tajuk " Rukun Solat " Responden Kajian terdiri daripada 5 orang murid Tahun 6 Dedikasi dari SK Taman Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor. Instrumen yang digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca. Manakala instrumen pemerhatian dan soal selidik digunakan bagi meninjau minat dan kemahiran responden terhadap penguasaan rukun solat tersebut. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam kalangan responden terhadap rukun solat dengan menggunakan kaedah nyanyian.

ABSTRACT

This study was conducted to determine the effectiveness of the singing method in improving the memory of Year 6 pupils for the title of "Rukun Solat". Respondents consisted of five pupils in Year 6 Dedication of SK Taman Pasir Puteh, Pasir Gudang, Johor. The instrument used was a pre test and post test. Meanwhile observation and questionnaires were used to survey respondents' interests and skills mastery peaceful prayers. The analysis showed that there was an increase among respondents to the peaceful prayer by using the method of singing.

KANDUNGAN

Muka suratHALAMAN JUDUL iPENGESAHAN PENYELIA iiPENGAKUAN iiiDEDIKASI ivPENGHARGAAN vABSTRAK viABSTRACTviiKANDUNGAN viiiSENARAI JADUAL xiSENARAI RAJAHxiiSENARAI LAMPIRAN xiii

1.0PENDAHULUAN 11.1 Pengenalan 2 1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran 5

2.0FOKUS KAJIAN 92.1 Isu Kajian 9 2.1.1 Analisis Dokumen 10 2.1.2 Pemerhatian 10 2.1.3 Soal Selidik 11 2.2 Analisa Tinjauan Masalah 12 2.2.1 Analisa Dokumen 12 2.2.2 Pemerhatian 13 2.2.3 Soal Selidik 172.3 Tinjauan Literatur 18 2.3.1 Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran 18

3.0OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 223.1 Objektif Umum 22 3.1.1 Mengkaji keberkesanan kaedah nyanyian ( nasyid ) dalam meningkatkan kebolehan murid mengingati rukun solat. 223.2 Objektif Khusus 22 3.2.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingati fakta bagi tajuk Rukun Solat menggunakan kaedah nyanyian. 22 3.2.2 Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Rukun Solat menggunakan kaedah nyanyian. 22 3.2.3 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan penggunaan kaedah nyanyian dalam pembelajaran dan pengajaran 22 3.3 Soalan Kajian 3.3.1 Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan kebolehan murid mengingati Rukun Solat ?233.3.2 Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Rukun Solat ?233.3.3 Adakah penggunaan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan233.4 Kepentingan Kajian 234.0KUMPULAN SASARAN 254.1 Latar Belakang Sekolah 254.2 Latar Belakang Murid 25

5.0PELAKSANAAN KAJIAN 265.1 Prosedur Tindakan 26 5.1.1 Mereflek 27 5.1.2 Merancang 27 5.1.3 Bertindak 28 5.1.4 Memerhati 316.0PENGUMPULAN DATA 326.1 Pengumpulan Data 32 6.1.1 Ujian- ujian Penilaian ( Ujian Pra Dan Ujian Pasca ) 32 6.1.2 Pemerhatian 33 6.1.3 Soal Selidik 33 6.1.4 Kebolehpercayaan Dan Kesahan 34

7.0KEPUTUSAN/ ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATA 367.1Meningkatkan Kebolehan Murid Mengingati Fakta Bagi Tajuk Rukun Solat Menggunakan Kaedah Nyanyian 367.2 Meningkatkan Minat Murid Mempelajari Tajuk Rukun Solat Menggunakan Kaedah Nyanyian 417.3Mewujudkan Suasana Pembelajaran Yang Menyeronokkan Dan Menghiburkan Dengan Penggunaan Elemen Nyanyian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran 46 8.0RUMUSAN 49 9.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA 54

RUJUKANLAMPIRAN

SENARAI JADUALJadualMuka Surat1Analisis Keputusan Lembaran Kerja Murid122Catatan Bebas Berdasarkan Pemerhatian143Analisis Borang Soal Selidik174Gred dan Markah Ujian375Perbandingan Gred Markah Bagi Ujian Pra 37 Dan Ujian Pasca

6Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca397Tema Dan Aspek Yang DiPerhatikan Di DalamPemerhatian428Kekerapan Tingkah Laku Murid439Analisis Borang Kaji Selidik47

SENARAI RAJAHRajahMuka Surat1Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart262Graf Perbandingan Gred Markah Ujian Pra Dan Pasca383Graf Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Pasca404Graf Peratusan Tingkah Laku Murid44

SENARAI LAMPIRANLampiranMuka SuratAUjian Diagnostik60BBorang Pemerhatian Tidak Berstruktur 61CBorang Soal Selidik62DLirik Lagu Rukun Solat63EKertas Soalan Ujian Pra64FKertas Soalan Ujian Pasca70GBorang Pemerhatian76HBorang Soal Selidik77IVideo Nyanyian Lagu Rukun Solat78JKoleksi Gambar Murid Semasa Kajian 79

xiii

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia memberi penekanan tinggi terhadap pembangunan modal insan kelas pertama di mana bina upaya adalah pendekatan utama ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020. Modal insan adalah harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjakkan nilai inteleknya serta diperbanyakkan modal budayanya. Pembangunan modal insan bergantung kepada pendidikan berkualiti; yang dapat menghasilkan individu yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. Pendidikan Islam pula merupakan satu mata pelajaran yang secara langsung membawa murid terarah kepada dasar Pendidikan Kebangsaan yang mana segala standard kandungannya adalah menjurus kepada pengamalan nilai-nilai yang terdapat pada pendidikan berkualiti sama ada dalam bidang aqidah, ibadat, sirah dan akhlak. Solat merupakan tiang seri bagi agama. Penghulu segala amal yang lain kerana ia merupakan tonggak bagi segala urusan agama. Tiada satu alasan untuk meninggalkannya. baik buruknya perlakuan seseorang itu adalah sangat dipengaruhi oleh solatnya.

1.1 Pengenalan

Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap individu Muslim berdasarkan firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 43 maksudnya : " dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk".Sabda Rasulullah s.a.w : maksudnya " ditegakkan Islam atas lima, pengakuan syahadah iaitu tidak ada Tuhan (yang disembah yang sebenarnya) melainkan Allah, pengakuan bahawa Nabi Muhammad Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan ". ( Hadis Riwayat al-Bukhari dari Ibn Hibban). Berdasarkan hadis di atas bahawa perintah solat seperti juga Rukun Solat. Solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam Islam. Ibadat lain tidak dapat menyamai ibadat ini kerana solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah, mengandungi pelbagai hikmah serta mampu menjadikan individu muslim itu benar-benar bertaqwa.Sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang sentiasa berusaha ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha Pendidikan di Malaysia juga adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Melalui ibadat solat akan melahirkan insan yang berjaya (beruntung) di dunia dan di akhirat seperti firman Allah di dalam surah al-Mukminun ayat satu dan dua yang bermaksud : Sungguh beruntung orang-orang yang beriman (iaitu) orang yang khusyu' dalam solatnya". Bagi mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlulah menjaga rukun-rukun solat yang apabila ditinggalkan salah satunya, maka terbatal solat seseorang itu. Menurut Kamus Dewan, rukun adalah tiang, asas ataupun sendi. Solat pula bermaksud sembahyang dalam agama Islam. Menurut Ibnu Qaiyim Al-Jauziyah (2006) ms.25 betapa pentingnya menjaga rukun solat seperti yang diperkatakan oleh Ibnu Uqail. Beliau berkata: Hukumnya sama dengan hukum meninggalkan solat dan boleh juga kita mengatakan wajib dibunuh. Sementara Al-Syeikh Abu Al-Barakat ( Ibnu Taimiyyah) mengatakan: ia harus mengulanginya, tidak dibunuh kerana hal tersebut. Demikian merupakan pendapat dua orang ulama Fiqh yang menekankan tentang kepentingan solat beserta rukun yang ada pada solat tersebut.Pengetahuan mengenai rukun solat di kalangan murid sekolah rendah terlalu sedikit memandangkan mereka menganggap itu sesuatu yang remeh kerana mereka merasakan mereka telah menguasai solat dengan baik apabila mereka mampu mengikut pergerakan solat melalui imam. Mereka juga tidak mampu untuk membezakan antara rukun solat dan perkara-perkara sunat dalam solat. Justeru itu, penyelidik merasakan adalah menjadi satu kewajipan untuk dilakukan kajian di atas permasalahan ini bagi membolehkan murid menjalankan ibadat solat dengan lebih bermakna. Sesuatu yang tidak dilakukan secara sia-sia dan tidak dikira atau diterima oleh Allah. Peranan dan tanggungjawab seorang guru adalah besar kerana ini adalah sesuatu yang diamanah oleh Allah s.w.t dan dipersoalkan di akhirat kelak. Seseorang guru haruslah memastikan semua ilmu yang dicurahkan ini dapat diamalkan dengan sebaiknya oleh seorang murid.Abdul Rahim (1984) dalam kajiannya menyatakan bahawa kesediaan seseorang guru sebelum memulakan pengajaran mempunyai pengaruh yang kuat dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru yang sentiasa bersedia untuk mengajar sesuatu pelajaran mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menguasai sesuatu pelajaran tersebut berbanding guru yang tidak bersedia. Pengamalan 'research thinking and orientation dan research-based decision-making' dalam tugas harian dalam kalangan guru merupakan satu daripada pendekatan terbaik untuk meningkatkan mutu kecemerlangan pendidikan, terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran.Guru yang rajin tidak perlu disuruh membuat sesuatu. Mereka tidak bergantung kepada penyelidik-penyelidik, Jemaah Nazir, pihak yang membuat inovasi atau penyelia. Guru yang baik adalah sentiasa rela menerima nasihat, bimbingan dan bantuan. Pendidik- pendidik luar bilik darjah boleh memberi khidmat nasihat tetapi hanya guru sahaja yang akhirnya diamanahkan untuk mengajar dengan baik. Oleh yang demikian, guru sepatutnya menganggap strategi-strategi dan teknik-teknik pengajaran sebagai percubaan dan eksperimen supaya mereka dapat mengkaji kelemahan mereka bagi mencapai peningkatan kemahiran profesionalisme. Guru sepatutnya melibatkankan diri dengan penyelidikan bilik darjah Stenhouse (1984). Keberkesanan guru yang mengajar di bilik darjah pula tidak akan tercapai dengan baik tanpa sokongan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik.Oleh yang demikian, kajian tindakan merupakan wadah yang sangat berkesan dalam membantu guru-guru memahami dan menganalisis masalah dan seterusnya menjalankan kajian bagi mendapatkan jawapan untuk mengatasi masalah tersebut. Kajian tindakan membantu guru untuk bertindak secara sistematik berdasarkan tatacara yang digariskan untuk menjalankan kajian. Perkara utama dalam prinsip pelaksanaan kajian tindakan ialah matlamat untuk memperbaiki seseorang atau mengatasi masalah yang dihadapi dengan membuat tindakan terhadap penemuan yang didapati. Kajian tindakan dalam pendidikan menjadi satu titik tolak dan perkembangan penting yang memberi alternatif penyelidikan kepada pendidik.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan PembelajaranMelalui pengalaman sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pengkaji telah diamanahkan untuk mengajar murid Tahun 4 dan Tahun 6 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Salah satu kelas tersebut adalah kelas 6 Dedikasi iaitu kelas kelima daripada 8 buah kelas. Terdapat 31 orang murid, 14 orang murid terdiri daripada murid lelaki manakala 17 orang murid perempuan. Semasa pengkaji melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan Rukun Solat, terdapat beberapa orang murid sukar untuk menentukan 13 perkara dalam Rukun Solat sama ada soalan secara lisan mahupun secara bertulis. Apabila ditanya, mereka boleh menjawab sebahagian besar daripada 13 perkara rukun solat tetapi meliputi juga perkara-perkara sunat. Murid sebenarnya tidak dapat mengingati rukun solat dengan betul tetapi hanya menyebut perbuatan dan perkataan yang mereka ingat ketika solat. Persoalannya bahawa murid tidak boleh menambah rukun solat dengan menyakini bahawa perkara-perkara sunat itu wajib ditunaikan. Keyakinan ini menyebabkan solat mereka terbatal.Maka dengan ini pengkaji telah melaksanakan Ujian Diagnostik bagi mendapatkan instrumen yang tepat untuk melihat sejauh mana kebolehan murid untuk mengingat rukun solat yang telah dipelajari. Murid dapat menyenaraikan sebahagian rukun solat dan menambah sebahagian lagi dengan perkara-perkara sunat. Sesekali mereka menoleh ke kiri dan ke kanan untuk mendapatkan kepastian. Pengkaji membenarkan mereka melihat rakan sebelah kerana pengkaji yakin dan percaya bahawa pembelajaran juga berlaku secara peniruan. Ada kalanya murid benar-benar mendapat sesuatu pengetahuan kerana mereka benar-benar ingin mengetahui jawapan yang dihajati tetapi terdapat juga murid yang meniru sekadar untuk memenuhi jawapan yang diperlukan dan bimbang dimarahi guru. Mengikut Gagne (1985), kemahiran-kemahiran di mana murid dapat mengawal dengan sendiri proses-proses dalaman, iaitu memberikan perhatian, mengingat dan memikirkan sesuatu. Lebih merisaukan pengkaji apabila kebanyakan murid Tahun 6 telah mencapai tahap umur baligh. Persoalan demi persoalan dalam benak pengkaji siapakah yang perlu dipersalahkan. Sememangnya tiada dalam sukatan Tahun 6 pembelajaran solat ini. Tetapi tetap ada dalam sukatan PAFA walaupun tidak mempunyai masa khusus dalam pembelajaran dan pengajaran, pengkaji akan menggunakan waktu pembelajaran solat Sunat Aidil Fitri, solat Sunat Aidil Adha dan Solat Jenazah. Apa maknanya solat sunat yang dilakukan tanpa mengetahui rukun- rukun solat dengan tepat. Maka atas kesedaran inilah, pengkaji berusaha untuk meningkatkan kemahiran pengajaran pengkaji dalam mengingati rukun solat yang menjadi asas bagi umat Islam mengerjakannya, lebih berat lagi ibadat solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Atas desakan ini juga pengkaji terpanggil untuk melakukan satu inovasi bagi membaiki keadaan yang berlaku dengan melaksanakan Kajian Tindakan menggunakan program yang pengkaji namakan Keberkesanan Kaedah Nyanyian dalam Meningkatkan Ingatan Murid Tahun 6 Bagi Tajuk Rukun Solat . Kaedah Nyanyian lebih menekankan kepada muzik dan irama yang berkaitan dengan rukun solat. Pengkaji percaya bahawa kanak-kanak di awal sekolah rendah lebih mudah mengingat sesuatu melalui nyanyian. Justeru itu, pengkaji cuba untuk menarik minat mereka dan merangsang minda mereka agar mereka tidak menganggap pendidikan agama islam sebagai sesuatu yang membosankan dan perlu diambil secara lewa, sedangkan pendidikan agama adalah benih bagi menjamin peribadi muslim yang soleh dan solehah. Dengan adanya pengukuhan dalam diri murid ini, mereka mampu melaksanakan ibadah solat dengan sempurna bukan sekadar untuk mencukupi waktu solat lima kali sehari sahaja. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, jadi murid sepatutnya didedahkan dengan penghayatan solat daripada awal.

Pendekatan yang pengkaji gunakan akan memberikan kecenderungan kepada murid kerana cara pengajaran yang kreatif dan kaedah pengajaran yang betul membantu murid mengingat sesuatu dengan lebih baik. Tambahan pula, sekiranya kita mampu menghasilkan sesuatu yang mampu menumpukan perhatian anak-anak murid kita untuk belajar, contohnya kaedah nyanyian ini, mereka lebih mudah mendalami dan menghayati apa yang mereka pelajari. Menurut Gardner (1983), konsep kecerdasan mempunyai pelbagai cara untuk tahu, belajar, dan melahirkan apa-apa yang diketahui.

2.0 FOKUS KAJIANKajian tindakan yang dijalankan ini adalah berfokus kepada meningkatkan penguasaan murid terhadap 13 perkara rukun solat secara tertib dan tepat melalui kaedah nyanyian. Bahagian ini juga menghuraikan mengenai tinjauan masalah yang melibatkan pengalaman pengkaji dan hubungannya kepada kepentingan murid. Instrumen yang digunakan untuk meninjau masalah berserta analisis kepada tinjauan masalah tersebut turut dihuraikan dalam bahagian ini.2.1 Isu KajianMata pelajaran Pendidikan Islam adalah berkonsepkan fakta dan amalan disiplin yang terikat kepada peraturan dan hukum. Keadaan ini telah menyebabkan murid-murid menghadapi masalah untuk mengingat fakta tersebut dan seterusnya tidak mampu menjawab soalan latihan, lembaran kerja mahupun soalan peperiksaan dengan betul dan tepat. Sesuatu yang lebih penting dari itu adalah pengetahuan mengenai pendidikan Islam sangat berkait rapat dengan amalan harian yang membawa murid kepada dosa dan pahala, syurga dan neraka. Kebanyakan mereka juga hanya menghafal dan tidak memahaminya bahkan tidak mengamalkannya dalam kehidupan seharian sedangkan mereka sudah mempelajarinya semasa waktu pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, dalam ibadah solat yang perlu dilakukan dengan rukun dan tertib yang betul.Maka dengan ini pengkaji telah membuat tinjauan dengan lebih mendalam sebelum proses pelaksanaan kajian dijalankan bagi tujuan untuk memahami masalah yang dihadapi oleh murid. Tinjauan dijalankan melalui tiga jenis instrumen berdasarkan tiga objektif yang ingin disasarkan iaitu : 2.1.1 Analisis DokumenDokumen yang dipilih untuk dianalisis adalah seperti di Lampiran A. Pengkaji telah meminta murid-murid untuk melaksanakan Ujian Diagnostik. Seterusnya pengkaji menyemak dan menganalisis ujian tersebut untuk menilai tahap penguasaan murid tersebut. Akhirnya, pengkaji dapat membuat kesimpulan dan mengenalpasti masalah apabila ujian yang diberikan dijawab dengan mencampur adukkan perkara rukun dan sunat solat. Ini bermakna murid tidak boleh mengingat rukun solat dengan betul dan tepat.

2.1.2 PemerhatianPengkaji sendiri telah memerhati murid semasa waktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi tajuk ini iaitu rukun solat. Sebagai contoh pengkaji bertanyakan soalan kepada mereka sebelum sesi pembelajaran bermula. Daripada situ, pengkaji dapati mereka sangat lemah dan kebanyakkan mereka memang menjawab segala perbuatan dan perkataan yang mereka ucapkan ketika solat iaitu perkara rukun dan perkara sunat. Seseorang murid seharusnya dapat membezakan perkara rukun dan perkara sunat untuk mengelakkan solat mereka tidak diterima dan merupakan amalan yang sia-sia. Pemerhatian yang dijalankan adalah secara spontan yang berupa catatan bebas - Lampiran B.

2.1.3 Soal SelidikUntuk mendapat kebolehpercayaan yang lebih bagi masalah utama ini, pengkaji telah menggunakan borang soal selidik yang terdapat pada Lampiran C. Pengkaji memastikan waktu menjawab soalan tersebut sesuai pada masa, tempat dan keadaan murid. Tambahan pula, soalannya yang ringkas memudahkan murid menjawab dengan jujur dan ikhlas. Dari segi soalannya, hanya terdapat 12 item yang perlu dijawab oleh murid dengan menandakan jawapan di ruangan yang disediakan. Sebelum menjawab soalan tersebut, pengkaji memberikan sedikit penerangan bagi setiap perkara tersebut agar murid benar- benar memahami kehendak soalan. Pengkaji kemudiannya, membuat analisis dan penyelidikan daripada hasil soal selidik tersebut.

2.2 Analisa Tinjauan MasalahBerikut merupakan analisis bagi tinjauan masalah yang telah dilakukan terhadap murid tahun 6 Dedikasi :

2.2.1 Analisa DokumenBerikut adalah analisis keputusan mengikut pencapaian murid dalam Ujian Diagnostik seperti dalam Jadual 1:

Jadual 1 : Analisis Keputusan Lembaran Kerja Murid

Daripada analisis keputusan Ujian Diagnostik yang dijalankan, pengkaji dapat mengenal pasti bahawa ramai murid menghadapi masalah untuk menjawab soalan tersebut. Tiada murid yang memperolehi markah antara 0-20, manakala markah tertinggi yang diperolehi antara 80-100 adalah seramai 8 orang sahaja. Majoriti daripada jumlah keseluruhan murid mendapat markah antara 60-79 iaitu 18 orang dengan peratusan 58.1 % Seterusnya bilangan pelajar yang lemah yang mendapat gred C dan D iaitu antara 21 59 adalah seramai 5 orang. Maka pengkaji akan memberi pemulihan dan menjadikan mereka sebagai sasaran bagi kajian ini.Berdasarkan analisis yang dilakukan secara teliti ini, hanya 16.1% daripada jumlah peratusan murid yang lemah. Walaupun secara keseluruhannya murid-murid telah melepasi tahap lulus tetapi ini tidak bermakna mereka lulus dalam solat kerana ibadah solat tidak mempunyai gred seperti markah peperiksaan tetapi hanya diakui sah atau batal. Justeru itu murid seharusnya mendapat markah penuh dan tepat kerana adalah tidak wajar kira bagi seseorang pelajar muslim untuk tidak mengetahui tentang rukun solat yang menjadi tunjang sesuatu ibadah. Hal ini disebabkan mereka tidak memahami dan susah untuk mengingati rukun solat dengan tepat. Bagi membaik pulih keadaan ini, pengkaji akan menggunakan kaedah Nyanyian dalam membantu murid mengingat secara tidak langsung memudahkan mereka memahami tajuk tersebut.

2.2.2 PemerhatianBerdasarkan pemerhatian yang pengkaji jalankan menggunakan soalan-soalan sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran, Pengkaji mendapati mereka berminat untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam dan berusaha untuk memberi perhatian terhadap matapelajaran ini, tetapi mereka sukar untuk mengingat sesuatu isi penting yang telah dipelajarinya sebelum ini. Walau bagaimanapun, mereka masih memberikan perhatian yang sepenuhnya semasa sesi pembelajaran. Ada juga di antara mereka yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk meneruskan pembelajaran apabila tiba saat-saat genting iaitu semasa pertengahan sesi pembelajaran dan seterusnya tetapi keupayaan murid adalah terbatas terutama mengingati sesuatu yang telah lama diajar. Lajur catatan digunakan untuk merekodkan tahap ingatan murid terhadap tajuk Rukun Solat yang telah dipelajari- Jadual 2.Jadual 2 : Catatan Bebas Berdasarkan Pemerhatian

Tarikh : 15 Januari 2015Kelas: 6 Dedikasi

PERISTIWACATATAN

1. Guru masuk ke dalam kelas. Murid-murid dan memberi salam dan duduk dengan senyap.

2. Guru meminta murid menyebut rukun solat satu persatu. Murid-murid diam sambil berfikir. Kemudian ada beberapa orang murid yang mengangkat tangan dan menjawab soalan tetapi jawapan yang diberi adalah salah. Kemudian guru memberi peluang kepada murid lain pula untuk menjawab tetapi jawapan mereka juga tidak tepat.

Murid-murid berfikir dan cuba mengingat, namun mereka gagal jawab dengan tepat.

PERISTIWACATATAN

3. Guru kemudian bertanya soalan yang lebih khusus, lebih ramai murid yang mengangkat tangan. Seorang murid menjawab dengan jawapan yang hampir tepat.

4. Guru mengingatkan murid tentang satu perkara yang telah diajar. Kemudian guru mengajukan soalan kembali. Murid terus menjawab tanpa banyak berfikir dan tanpa mengangkat tangan. Guru menunjukkan ke arah seorang murid dan jawapan yang diberikan adalah tepat begitu juga dengan tiga orang lagi murid yang lain.

5. Guru meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa. Murid kelihatan berminat. Guru memberikan penerangan satu persatu. Setelah itu, guru bertanyakan soalan terhadap apa yang mereka pelajari. Ramai murid yang boleh menjawab dengan betul. Guru meneruskan sesi pembelajaran dan bertanyakan soalan yang berkaitan. Murid boleh menjawab soalan dengan baik dan memberikan respon yang positif. Tetapi apabila tiba di pertengahan sesi pembelajaran, sebahagian murid menunjukkan reaksi bosan dan tiada minat untuk belajar. Murid hampir mengingati sebahagian tajuk yang dipelajari tetapi kurang tepat.Murid mampu mengingati fakta setelah diberikan sedikit pencerahan daripada guru.

Tidak boleh mengingati fakta yang telah lama diajar.

PERISTIWACATATAN

6. Seusai mengajar, guru mengedarkan Ujian Diagnostik kepada murid-murid. Semua murid cuba menjawab ujian yang diberikan. Pada masa yang sama, guru memantau cara kerja murid dengan berjalan sekeliling mereka. Guru berhenti di sebuah meja murid kerana mendapati murid tersebut masih baru menulis 5 soalan daripada 13 rukun solat. Guru terus bertanyakan masalah yang dihadapi. Murid itu menjawab yang dia tidak mengingat apa yang dipelajari sebelum ini.

7. Guru bergerak ke meja dua orang murid lain. Kedua-dua murid ini telah menyiapkan ujian yang diberi tetapi bercampur dengan perkara-perkara sunat.

8. Setelah masa tamat, guru mengutip ujian tersebut untuk dianalisis. Guru keluar ke kelas.

Tidak boleh mengingati fakta yang telah lama diajar.

2.2.3 Soal SelidikPengkaji menggunakan 12 item bagi tujuan menjalankan soal selidik ini seperti dalam Lampiran C. Berikut merupakan analisis data bagi setiap perkara dalam borang selidik yang dijalankan Jadual 3.BILITEM%

YATIDAK

1Saya berminat mempelajari tajuk Rukun Solat100-

2Pengajaran Rukun Solatcikgu membosankan6733

3Bimbingan Rukun Solat cikgu mencukupi100-

4Aktiviti yang dijalankan sangat menarik1981

5Cikgu memberi tumpuan terhadap saya7129

6Penerangan cikgu mudah difahami8614

7Saya berasa sukar untuk menghafal Rukun Solat100-

8Saya tidak faham soalan mengenai Rukun Solat7129

9Saya lupa tajuk Rukun Solat100-

10Belajar Rukun Solat itu menyeronokkan4852

11Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah1486

12Latihan yang diberikan sangat mudah4852

Jadual 3 : Analisis Borang Soal Selidik

Berdasarkan analisis soal selidik di atas, jelas menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid ialah sukar menghafal Rukun Solat (merujuk kepada item 7) dan selalu lupa apa yang diajar (merujuk kepada item 9). Kedua-dua masalah ini menjadi punca utama murid tidak dapat menguasai tajuk yang diajar dengan baik. Punca-punca lain yang turut diambil kira ialah pengajaran guru yang membosankan, aktiviti tidak menarik, tidak mendapat tumpuan daripada guru serta tidak faham soalan. Untuk kajian ini, pengkaji akan menumpukan kepada dua masalah utama yang dihadapi murid iaitu kesukaran menghafal fakta Pendidikan Islam dan selalu lupa apa yang diajar oleh guru.2.3 Tinjauan Literatur 2.3.1 Penggunaan Kaedah Nyanyian Dalam Proses Pengajaran Dan PembelajaranKajian terhadap penggunaan muzik (nyanyian) dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak dijalankan oleh pengkaji. Antaranya ialah kajian Edith & Kamariati (2005) tentang keberkesanan lagu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, reaksi positif diberikan oleh kumpulan sasaran. Apabila menggunakan elemen muzik dan nyanyian, murid mempamerkan rasa seronok untuk belajar. Mereka juga menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran yang memerlukan kepakaran untuk mengingat fakta. Dalam kajian lain yang bertajuk Penggunaan Elemen Muzik dan Nyanyian Dalam Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran Biologi contohnya yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula membuktikan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bersesuaian dengan kehendak dan minat murid adalah seperti muzik dan nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid mengenal, menyebut dan menghafal bahkan dapat menjadikan proses pembelajaran sebagai sesuatu yang menyeronokkan bagi murid dan guru itu sendiri.Kajian seterusnya yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-kanak, menunjukkan bahawa pelajaran mudah dingat dan difahami apabila dijadikan senikata lagu. Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk murid sekolah rendah terutamanya bagi kelas-kelas yang mundur. Muzik dijadikan sebagai saluran yang dapat memudahkan guru untuk mengajar. Kanak-kanak pula akan lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran tersebut dengan mudah Kanak-kanak akan lebih terhibur dan berminat mengikuti pembelajaran. Justeru, muzik dan nyanyian dapat dijadikan media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanak-kanak.Sufian & Osman (2008), pernah menjalankan kajian yang bertajuk Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Bilik Darjah. Hasil kajian mereka mendapati penggunaan muzik dalam waktu Pengajaran dan Pembelajaran dapat menimbulkan rasa seronok dan semangat inkuiri serta dapat mengembangkan kemahiran berfikir. Mereka juga menggangap muzik sebagai strategi bagi menjadikan waktu pengajaran dan pembelajaran sukar dilupakan secara tidak langsung meningkatkan kualiti guru yang mengajar. Kamaliah Aminah (2005) dalam kajiannya mengenai Penggunaan Ransangan Muzik terhadap Penguasaan Sifir telah membuktikan bahawa melalui aktiviti menggunakan muzik, murid dapat menunjukkan peningkatan yang positif terhadap penguasaan sifir. Menurut Kamaliah Aminah, penggunaan ransangan muzik adalah amat disarankan supaya suasana pembelajaran lebih menarik dan terhibur. Muzik mampu memberikan impak yang mendalam dan meransang keseronokkan dan kegembiraan. Maka, penggunaan ransangan muzik adalah sangat digalakkan sebagai alternatif yang menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan.Kajian luar negara berkaitan dengan kaedah penggunaan kaedah nyanyian ini juga ada dijalankan. Campbell (1990) dalam kajiannya yang bertajuk Multiple Intelligences in the Classroom membuktikan bahawa kaedah muzik dan nyanyian yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan pencapaian akademik murid. Campbell menggunakan muzik bagi membantu respondennya mengingat fakta. Hasilnya, seorang murid yang kurang berjaya sebelumnya, menjadi seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Maklum balas yang diterima daripada responden tersebut mengatakan bahawa mereka terhibur dengan kaedah yang digunakan. Tambahan pula, keyakinan dan motivasi mereka juga meningkat secara tidak langsung. Dalam kajian bertajuk The Effectiveness of Integrating Music in The Classroom yang dijalankan oleh Brewer (2007) menegaskan bahawa pendekatan muzik sangat efektif dan sesuai dugunakan untuk semua peringkat umur. Menurut kajian yang beliau jalankan, penggunaan kaedah muzik dan nyanyian membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, sajak, dan rap dapat menguatkan memori tehadap fakta-fakta yang terkandung dalam isi pelajaran.Kesimpulannya, terdapat banyak kajian yang berkaitan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun kajian telah membuktikan keberkesanannya, namun tidak ditekankan oleh guru. Jadi, pengkaji mengambil satu inisiatif untuk menjalankan kajian mengenai keberkesanan kaedah nyanyian dalam meningkatkan memori, sejajar dengan usaha untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif dan berdaya saing. Bagi murid lemah, menghafal fakta dengan cara nyanyian ini didapati amat berkesan. Mereka mampu mengingat dalam jangka masa yang lama dan menimbulkan satu suasana baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Bahagian ini menyatakan dengan terperinci tentang objektif kajian, soalan kajian dan kepentingan kajian.3.1 Objektif Umum Mengkaji keberkesanan kaedah nyanyian ( nasyid ) dalam meningkatkan kebolehan murid mengingati rukun solat.3.2 Objektif Khusus3.2.1 Meningkatkan kebolehan murid mengingati perkara-perkara Rukun Solat menggunakan kaedah nyanyian.3.2.2 Meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Rukun Solat menggunakan kaedah nyanyian.3.2.3 Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dengan penggunaan kaedah nyanyian dalam mengingati Rukun Solat .

3.3 Soalan Kajian3.3.1 Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan kebolehan murid mengingati Rukun Solat ?3.3.2 Adakah penggunaan kaedah nyanyian dapat meningkatkan minat murid mempelajari tajuk Rukun Solat ?3.3.3 Adakah penggunaan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan?

3.4 Kepentingan KajianKajian ini amat penting bagi membantu murid khususnya murid-murid Tahun 6 yang akan meninggalkan sekolah rendah ke alam yang lebih mencabar di sekolah menengah dalam mendapat kesempurnaan solat dengan mengingat, menguasai, memahami dan seterusnya menjaga rukun-rukun solat secara mudah, berkesan, menyeronokkan dan secara tidak langsung dapat membangkitkan motivasi dan meningkatkan minat murid untuk belajar. Di samping itu, dapatan kajian ini diharap dapat dikongsi bersama dan menjadi panduan berguna kepada pihak yang memerlukan seperti guru-guru sekolah dan juga guru-guru pelatih dalam menghasilkan satu kaedah pengajaran Pendidikan Islam yang menyeronokkan serta dapat meningkatkan kualiti guru ke tahap yang lebih profesional. Secara tidak langsung, kajian ini juga diharapkan dapat mengatasi masalah mengingat data di kalangan murid khususnya bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, seterusnya dapat meningkatkan prestasi murid dalam peperiksaan dan akhirnya dapat diamalkan dalam kehidupan seorang muslim yang sejati yang akan membawa inovasi terhadap dunia pendidikan di zaman yang serba moden ini.

4.0 KUMPULAN SASARANBahagian ini menjelaskan mengenai latar belakang sekolah dan latar belakang responden yang digunakan dalam pelaksanaan kajian ini. Ciri-ciri responden dijelaskan dengan terperinci merangkumi bilangan, umur, jantina, nama kelas dan lain-lain.4.1 Latar Belakang Sekolah Kajian ini mensasarkan kepada Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih yang terletak di bandar Pasir Gudang, Johor. Sekolah ini mempunyai 105 orang guru, 25 kakitangan serta 1718 orang murid yang melibatkan dua sesi pengajaran iaitu sesi pagi dan sesi petang. Terdapat 52 kelas kesemuanya termasuk tiga kelas Pendidikan Khas dan satu kelas Pra Sekolah. Pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR ) bagi sekolah ini berada pada tahap baik.4.2 Latar Belakang MuridKajian ini melibatkan 5 orang murid Tahun 6 Dedikasi iaitu kelas ke lima daripada lapan kelas. Sampel ini terdiri daripada seorang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan. Kumpulan ini merupakan kelas pertengahan dalam kelompok murid Tahun 6. Kesemua responden berketurunan Melayu dan beragama Islam. Mereka mempunyai tahap sosio ekonomi yang sederhana tetapi tetap mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. 5.0 PELAKSANAAN KAJIANBahagian ini menjelaskan tentang prosedur tindakan dan prosedur pengumpulan data yang dijalankan bagi melengkapkan kajian ini. Kajian ini dilaksanakan dengan berpandukan kepada satu model Kajian Tindakan.5.1 Prosedur TindakanBerdasarkan kepada Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart (1998) menyarankan empat langkah kajian seperti yang dinyatakan pada Rajah 1 di bawah ini:

Rajah 1: Gelung Kajian Tindakan Kemmis & Mc Taggart ( 1998 )

5.1.1 MereflekMelalui proses refleksi yang dilakukan, pengkaji memulakan tindakan dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan serta masalah yang dihadapi dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Pengkaji telah menjalankan proses pengumpulan awal data bagi mengenalpasti masalah utama yang dihadapi murid melalui pemerhatian, analisis dokumen dan soal selidik. Berdasarkan data yang diperolehi, pengkaji telah mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan murid Tahun 6 Dedikasi, iaitu kesukaran mengingati fakta Pendidikan Islam.

5.1.2 Merancang Pengkaji merancang satu tindakan sebagai rawatan kepada masalah yang telah dikenalpasti sebagai fokus utama. Pengkaji mula menyusun strategi bagi menyelesaikan masalah dengan teratur dan sistematik bagi mencapai maksud yang dikehendaki dengan menentukan objektif kajian, membentuk soalan kajian, kepentingan kajian, membuat rujukan literatur, mensasarkan kumpulan kajian, alat-alat kajian serta merancang tindakan. Fokus utama kajian ini ialah untuk meningkatkan kebolehan murid mengingat fakta bagi tajuk Rukun Solat .Sebagai perancangan awal, pengkaji akan membuat pemilihan melodi lagu yang sesuai untuk kanak-kanak. Kemudian, pengkaji akan menulis lirik lagu yang mengandungi 13 rukun solat secara tertib. Seterusnya, pengkaji akan menjalankan proses rakaman lagu " Rukun Solat " yang akan diguna pakai dalam kajian ini. Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji telah memilih 5 orang murid daripada kelas 6 Dedikasi yang terdiri daripada 4 orang murid perempuan dan 1 orang murid lelaki. Pengkaji akan menjalankan dua sesi pengajaran dan pembelajaran sebagai kumpulan rawatan iaitu akan menggunakan kaedah nyanyian. Alat kajian yang akan digunakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca yang bertujuan untuk menilai tahap ingatan murid terhadap tajuk yang diajar. Pemerhatian berstuktur juga digunakan sebagai alat kajian untuk menilai minat murid sepanjang sisi pengajaran dan pembelajaran. Alat kajian terakhir ialah borang soal selidik yang perlu dijawab oleh responden untuk mengetahui sama ada kaedah yang diguna pakai dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

5.1.3 Bertindak Pengkaji memilih kaedah nyanyian sebagai kaedah rawatan bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Pengkaji telah memilih melodi lagu " Bapaku Pulang Dari Kota " kerana lagu tersebut telah diketahui umum dan biasa didengari oleh kanak-kanak. Seterusnya, pengkaji menulis lirik lagu yang mengandungi fakta-fakta bagi tajuk yang difokuskan di dalam kajian ini iaitu " Rukun solat " seperti yang terdapat di Lampiran D. Dalam proses menyiapkan lirik lagu, pengkaji membuat rujukan di dalam Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 4 dan buku-buku rujukan Pendidikan Islam supaya lirik lagu yang dihasilkan bertepatan dengan kehendak sukatan pelajaran dan mengandungi fakta mengenai rukun solat. Setelah lirik lagu berjaya disiapkan, pengkaji telah menjalankan proses rakaman lagu " Rukun Solat ". Rakaman lagu tersebut telah diguna pakai terhadap kumpulan rawatan di dalam kajian ini. Dalam proses perlaksanaan kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen iaitu:

(a) Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran F) (b). Borang Pemerhatian (Lampiran G) (c) Soal Selidik (Lampiran H)

Sebelum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pertama bagi kumpulan rawatan, pengkaji mengedarkan satu set soalan Ujian Pra (Lampiran E) untuk dijawab oleh kesemua responden. Ini bertujuan untuk menilai pengetahuan sedia ada murid terhadap tajuk " Rukun Solat ". Pengkaji menjalankan dua kali sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah nyanyian. Aktiviti yang telah dijalankan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah nyanyian adalah seperti berikut: (a) Pengkaji menunjukkan 13 rukun solat beserta gambar melalui Power Point.(b) Pengkaji menerangkan rukun solat satu persatu berdasarkan paparan.(c) Pengkaji meminta murid mengingat rukun solat mengikut urutan.(d) Pengkaji memaparkan lirik lagu " Rukun Solat " melalui Power Point (Lampiran D). (e) Pengkaji memperdengarkan lagu " Rukun Solat " kepada responden. (f) Responden menyanyikan lagu " Rukun Solat " bersama-sama berpandukan kepada lirik yang dipaparkan. (g) Nyanyian diulangi beberapa kali. (h) Responden menyalin lirik lagu di dalam buku tulis.(i) Sesi soal jawab diadakan di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran.

Semasa kedua-dua sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung, pengkaji menjalankan pemerhatian berstruktur berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian (Lampiran G). Ini bertujuan untuk melihat minat belajar murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Seterusnya, setelah sesi pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-dua kumpulan selesai dijalankan, pengkaji mengedarkan Ujian Pasca (Lampiran F) untuk dijawab oleh responden. Soalan bagi Ujian Pasca adalah setara dengan Ujian Pra. Ini bertujuan untuk melihat kemampuan responden mengingat " Rukun Solat " yang dapat ditentukan melalui peningkatan markah ujian para responden. Langkah terakhir ialah mengedarkan borang soal selidik (Lampiran H). Setelah selesai kedua-dua sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji mengedarkan borang soal selidik kepada setiap responden. Tujuannya untuk melihat sama ada murid berasa seronok dan terhibur terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Borang soal selidik yang dibina mempunyai lima skala bagi setiap item yang setiap satunya telah dijelaskan secara terperinci di dalam borang soal selidik tersebut.

5.1.4 MemerhatiPada peringkat ini, pengkaji merekod dan menganalisis segala data yang diperolehi. Bagi Ujian Pra dan Ujian Pasca, analisis dilakukan secara manual memandangkan jumlah responden yang sedikit. Perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca direkod dalam bentuk jadual dan graf. Bagi pemerhatian pula, pengkaji mencatat pemerhatian tentang apa yang berlaku di dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung berdasarkan kepada aspek-aspek yang terdapat di dalam borang pemerhatian. Analisis pemerhatian seterusnya diterjemahkan di dalam bentuk jadual dan graf. Dapatan soal selidik bagi setiap item diinterpretasi mengikut nilai min dan dianalisis di dalam bentuk jadual dan graf. Kesimpulannya, segala data yang diperolehi daripada setiap alat kajian dianalisis dan diterjemahkan ke dalam bentuk yang lebih ringkas seperti jadual dan graf supaya ianya dapat dilihat dengan jelas. Proses terakhir ialah pemantauan. Ia bertujuan untuk melihat keberkesanan kaedah dan tindakan yang telah dijalankan serta memantau sejauh mana ia dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi.

6.0 PENGUMPULAN DATA 6.1 Pengumpulan DataSebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, pengkaji telah meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan tahap ketidakupayaan murid dalam mengingati fakta bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Pengkaji membuat kesimpulan bahawa ketidakupayaan mengingati fakta menjadi faktor utama yang perlu diatasi dalam usaha untuk membantu murid menjawab soalan peperiksaan. Tiga jenis instrumen digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data kajian iaitu Ujian (Ujian Pra dan Ujian Pasca), Pemerhatian dan Soal Selidik di mana setiap instrumen mengukur objektif yang berbeza.

6.1.1 Ujian- ujian Penilaian ( Ujian Pra Dan Ujian Pasca ) Pengkaji menggunakan dua set soalan ujian (setara) yang diberikan kepada kumpulan rawatan iaitu Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran F). Soalan ujian adalah berdasarkan tajuk " Rukun solat ". Ujian Pra diberikan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Untuk melihat peningkatan tahap ingatan murid mengingat proses " Rukun solat ", Ujian Pasca diberikan kepada kumpulan rawatan setelah kedua-dua sesi pengajaran dan pembelajaran. 6.1.2 Pemerhatian Pemerhatian secara langsung dilakukan sebanyak dua kali supaya pengkaji dapat mengamati dan mengenal pasti tingkah laku responden sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Fokus utama pemerhatian ini dijalankan adalah untuk melihat tingkah laku responden yang menunjukkan mereka berminat untuk meneruskan pembelajaran. Bentuk pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian berstruktur di mana pengkaji merekod pemerhatian berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan di dalam borang pemerhatian (Lampiran G). Terdapat empat tema utama yang diperhatikan merangkumi minat, tingkah laku pasif, penglibatan dan masalah disiplin di mana setiap satunya mempunyai dua pecahan aspek. Semua aspek tersebut adalah berkait rapat dengan minat. Dapatan pemerhatian ini membuktikan sama ada kajian ini berjaya atau tidak dalam meningkatkan minat murid Tahun 6 Dedikasi bagi tajuk " Rukun solat".

6.1.3 Soal SelidikPengkaji juga mengedarkan borang soal selidik (Lampiran H) untuk mendapatkan reaksi responden berkaitan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan berfokus kepada keseronokan. Borang soal selidik diberikan kepada responden berbentuk soalan tertutup yang menggunakan Skala Likert di mana murid harus memberi skala (1 hingga 5) bagi setiap item soal selidik tersebut. Soalan bagi soal selidik yang dibina adalah menjurus kepada objektif kajian iaitu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan, menggunakan laras bahasa yang sesuai, jelas, mudah difahami, soalan tidak terlalu panjang serta tiada diskriminasi jantina mahupun agama. Semasa sesi soalselidik dijalankan, pengkaji terlebih dahulu membaca dan menjelaskan setiap item soal selidik beserta skala kepada responden. Pengkaji memberi penerangan yang teliti bagi setiap item bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan responden. Pengkaji juga mengingatkan responden supaya menjawab soalan selidik tersebut dengan jujur dan telus. Berdasarkan dapatan daripada soal selidik tersebut, pengkaji dapat membuat kesimpulan sama ada penggunaan kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

6.1.4 Kebolehpercayaan Dan KesahanBell (1999) menyatakan bahawa kebolehpercayaan ialah satu perhubungan kepada sesuatu ujian atau prosedur untuk menghasilkan keputusan yang sama di bawah tahap yang sama. Ini bermaksud, kaedah pengumpulan data yang dilakukan akan menghasilkan keputusan yang sama walaupun dilakukan berulang kali. Walaubagaimanapun, kenyataan di atas adalah merujuk kepada fakta yang tetap dan tidak berubah.

Memandangkan kesahan adalah penting dalam setiap kajian yang dijalankan, segala instrumen yang digunakan telah disahkan terlebih dahulu. Soalan dan bentuk borang soal selidik serta borang pemerhatian yang digunakan di dalam kajian ini telah pun disahkan terlebih dahulu oleh penyelia sebelum digunakan di lapangan. Begitu juga dengan soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca, kedua-duanya telah diberi pengesahan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam sekolah tempat kajian dijalankan. Sepanjang proses pengumpulan data bagi kajian ini, pengkaji memastikan bahawa murid berada dalam keadaan baik, stabil dan selesa supaya mereka tidak dipengaruhi oleh faktor sekeliling yang boleh mengganggu hasil dapatan kajian. Sebagai langkah berjaga-jaga, pengkaji turut mengelakkan kelakuan yang boleh menimbulkan kerisauan, kebimbangan atau ketakuatan di kalangan responden. Oleh itu, pengkaji membantu responden untuk berada dalam keadaan tenang dan bersedia sebelum ujian dijalankan. Selain itu, pengkaji juga memastikan bahawa responden benar-benar faham akan soalan ujian dan soalan soal selidik dengan memberi penerangan yang jelas dan terperinci bagi setiap item yang digunakan. Pengkaji sentiasa mengingatkan responden agar menjawab soalan soal selidik dengan jujur dan telus. Rasional bagi semua tindakan ini adalah bagi memastikan data kajian yang diperolehi mempunyai tahap kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi

7.0 KEPUTUSAN/ ANALISIS DAN INTERPRESTASI DATABahagian ini membincangkan tentang cara data-data dianalisis dan diinterpretasi. Dengan menganalisis data-data yang diperolehi, pengkaji dapat melaporkan hasil kajian, seterusnya membuat ulasan mengenai data-data yang dianalisis tersebut. Analisis data adalah berdasarkan kepada objektif kajian. 7.1 Meningkatkan Kebolehan Murid Mengingati Fakta Bagi Tajuk Rukun Solat Menggunakan Kaedah Nyanyian

Objektif pertama kajian ini diukur berdasarkan instrumen Ujian Pra (Lampiran E) dan Ujian Pasca (Lampiran F) mengenai tajuk yang diajar iaitu " Rukun Solat " yang telah dilaksanakan ke atas sampel kajian. Ujian Pra telah dijalankan ke atas kumpulan rawatan sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran bermula yang bertujuan untuk mendapatkan gambaran tentang pengetahuan sedia ada murid mengenai tajuk yang dikaji. Manakala Ujian Pasca pula setelah selesai kesemua sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menilai keberkesanan kaedah yang telah dilaksanakan dalam membantu murid mengingatkan fakta. Hasil analisis membuktikan sama ada kaedah nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk " Rukun Solat " dengan melihat kepada peningkatan markah dan gred ujian sebelum dan selepas rawatan dilakukan. ( Jadual 4 )

Gred Markah

A 80-100

B 60-79

C 40-59

D 20-39

E 0-19

Jadual 4 : Gred dan Markah Ujian

UjianABCDE

Pra00410

pasca41000

Jadual 5 : Perbandingan Gred Markah Bagi Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Rajah 2 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca

Berdasarkan Jadual 5 di atas yang telah diterjemahkan di dalam bentuk graf seperti dalam Rajah 2, dapat dilihat dengan jelas perubahan yang berlaku pada gred ujian bagi kumpulan rawatan. Bagi kumpulan rawatan (merujuk kepada Rajah 2), tiada seorang pun murid yang mendapat gred A dan B di dalam Ujian Pra, 4 orang murid mendapat gred C manakala seorang murid mendapat gred D. Namun, selepas rawatan menggunakan kaedah nyanyian yang dijalankan sebanyak dua kali, pencapaian murid di dalam Ujian Pasca menunjukan peningkatan gred yang ketara. Daripada tiada (0) murid yang mendapat gred A dan B di dalam Ujian Pra, kini seramai 4 orang murid berjaya memperoleh gred A manakala seorang murid memperoleh gred B di dalam Ujian Pasca. Tiada murid yang memperoleh gred C dan D sama sekali, berbeza dengan sebelum rawatan dijalankan dimana hampir ke semua murid memperoleh gred C dan D. Hasil analisis gred markah ujian terhadap kumpulan rawatan menunjukkan tindak balas yang positif. Ini bermakna, penggunaan kaedah nyanyian dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk " Rukun Solat ".

Jadual 6 : Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Bagi melihat dengan lebih teliti lagi mengenai kebolehan murid mengingati " Rukun Solat " perbandingan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca dipaparkan di dalam Jadual 6 seperti di atas. Peningkatan dicatatkan antara 35 hingga 50% bagi setiap responden. Untuk memudahkan proses menganalisis data, perbandingan keputusan bagi kedua-dua ujian adalah seperti di dalam Rajah 3.

Rajah 3 : Graf Perbandingan Markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca

Graf di atas menunjukkan terdapat perbezaan peningkatan markah yang ketara di dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ini merupakan satu petanda yang baik dimana peningkatan markah tersebut menunjukkan bahawa kaedah nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk " Rukun Solat ". Berdasarkan Rajah 3, dapat dilihat dengan jelas ke semua murid kumpulan rawatan berjaya mencatatkan peningkatan markah di dalam Ujian Pasca berbanding Ujian Pra. Semua responden menunjukkan peningkatan yang sangat baik. Contohnya di dalam Ujian Pra iaitu sebelum rawatan dilakukan, responden 1 (R1) ini hanya memperoleh markah sebanyak 24%. Akan tetapi, selepas menjalani rawatan dengan menggunakan kaedah nyanyian, markah Ujian Pasca responden ini meningkat iaitu sebanyak 74%. Ini adalah markah terendah bagi keputusan Ujian Pasca. Manakala 4 orang murid lagi mendapat markah antara 89% hingga 100%. Ini adalah satu kejayaan yang amat membanggakan. Oleh itu, objektif kajian ini untuk meningkatkan ingatan murid bagi tajuk " Rukun Solat " menggunakan kaedah nyanyian telah tercapai.

7.2 Meningkatkan Minat Murid Mempelajari Tajuk Rukun Solat Menggunakan Kaedah NyanyianObjektif kajian yang kedua iaitu untuk meningkatkan minat murid mempelajari tajuk " Rukun Solat " diukur berlandaskan kepada pemerhatian berstruktur (Lampiran G) terhadap tingkah laku responden bagi kumpulan rawatan. Terdapat beberapa aspek yang diperhatikan oleh pengkaji sepanjang kedua-dua proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Ia bertujuan untuk melihat perubahan tingkah laku yang mencerminkan minat murid apabila menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah nyanyian. Aspek-aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama seperti yang tertera di dalam Jadual 7 di bawah.

TEMAASPEK

Minat(a) Memberikan sepenuh tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.(b) Seronok belajar menggunakan kaedah yang diajar.

Penglibatan (a) Menjawab soalan secara sukarela.(b) Menggalakkan rakan lain untuk belajar.

Tingkah Laku Pasif(a) Berangan-angan atau termenung.(b) Membuat kerja lain yang tiada kaitan untuk belajar.

Masalah Disiplin(a) Mengganggu murid lain semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.(b) Bercakap atau bermain.

Jadual 7 : Tema Dan Aspek Yang Diperhatikan Di Dalam Pemerhatian

Berdasarkan Jadual 7 di atas, kesemua 8 aspek yang diperhatikan telah dibahagikan kepada 4 tema utama iaitu minat, penglibatan, tingkah laku pasif dan masalah disiplin. Semua aspek tersebut adalah menjurus kepada minat murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalani. Sebanyak dua sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan bagi kumpulan rawatan yang menggunakan kaedah nyanyian. Setiap sesi pengajaran dan pembelajaran memakan masa selama 60 minit. Bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan, pengkaji telah merekod tingkah laku yang mencerminkan minat murid berdasarkan kepada aspek-aspek yang ingin diperhatikan di dalam borang pemerhatian bagi setiap selang masa 5 minit. Analisis borang pemerhatian bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran direkodkan di dalam Jadual 8 di bawah :

TEMAKEKERAPAN TINGKAH LAKUJUMLAH

SESI 1SESI 2

MINAT101222

PENGLIBATAN121325

TINGKAHLAKU PASIF2-2

MASALAH DISIPLIN1-1

Jadual 8: Kekerapan Tingkah Laku Murid

Berdasarkan pemerhatian berstruktur, pengkaji dapat mencatat tingkah laku murid dalam kedua-dua sesi pengajaran. Sesi kedua adalah lebih baik dari segi minat dan penglibatan murid kerana murid telah mula memahami segala bentuk pengajaran guru. Kekerapan tingkah laku murid bagi setiap sesi dapat dirumuskan dalam bentuk peratusan dan diterjemahkan di dalam bentuk graf seperti Rajah 4 di bawah.

Rajah 4 : Peratusan Tingkah Laku Murid Mengikut Tema

Berdasarkan rajah 4 yang dipaparkan di atas, peratus bagi tingkah laku pasif dan masalah disiplin tidak ada langsung pada sesi pengajaran kedua. Ini menunjukkan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk " Rukun Solat " berupaya meningkatkan minat murid untuk belajar. Berbanding bagi pengajaran guru secara konvensional sebelum ini yang terlalu kerap tingkah laku pasif dan masalah disiplin di dalam kelas kerana kaedah tersebut tidak menarik minat murid serta sangat membosankan. Secara keseluruhannya, objektif pemerhatian ini iaitu untuk meningkatkan minat murid dalam mempelajari tajuk " Rukun Solat " menggunakan kaedah nyanyian telah tercapai. Penggunaan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran ternyata berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar, sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid.

7.3 Mewujudkan Suasana Pembelajaran Yang Menyeronokkan Dan Menghiburkan Dengan Penggunaan Elemen Nyanyian Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran.Objektif kajian yang ingin dicapai seterusnya adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan melalui penggunaan kaedah nyanyian dalam proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Objektif ini diukur berdasarkan kepada borang soal selidik (Lampiran H) yang dijawab oleh ke semua responden selepas kedua-dua sesi Pengajaran Dan Pembelajaran berakhir. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik tersebut telah dianalisis dengan menggunakan kiraan min. Seterusnya, data tersebut diterjemahkan di dalam bentuk jadual seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 9 di bawah.

BILELEMENNILAI MIN

1Saya berasa seronok selepas mengikuti pelajaran hari ini.5

2Saya berasa terhibur sepanjang aktiviti hari ini.4

3Saya berasa mudah untuk menghafal fakta.5

4Saya berasa teruja untuk menunggu aktiviti yang akan diperkenalkan seterusnya.3

5Pengajaran guru membosankan.1

6Sayai berasa bersemangat untuk belajar Pendidikan Islam.4

7Saya sangat suka dengan kaedah pembelajaran yang digunakan.5

8Saya boleh menggunakan kaedah yang guru perkenalkan pada hari ini untuk tajuk lain.3

Jadual 9 : Analisis Borang Soal Selidik

Berdasarkan analisis terhadap nilai min soal selidik ini juga, didapati responden pada sesi kedua menyatakan mereka berasa mudah untuk menghafal fakta dengan penggunaan kaedah nyanyian. Kenyataan ini diinterpretasikan daripada nilai min yang dicatatkan bagi elemen 3 iaitu 5. Untuk elemen 4 iaitu pengajaran guru membosankan, nilai min yang diperolehi bagi sesi kedua hanya 1. Ini menunjukkan yang elemen- elemen disoal serta analisis nilai min, kaedah nyanyian yang digunakan bagi tajuk " Rukun Solat " dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan.

8.0 RUMUSANBerdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan dibincangkan secara terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah nyanyian berkesan dalam meningkatkan ingatan murid bagi tajuk " Rukun Solat ". Peningkatan markah ujian menunjukkan responden mudah mengingat proses-proses yang terlibat bagi tajuk yang difokuskan iaitu " Rukun Solat " yang secara tidak langsung membantu mereka untuk menjawab soalan ujian dengan mudah dan memperolehi markah yang baik. Hal ini selaras dengan kenyataan Noraini (2003) yang menyatakan bahawa iringan irama lagu dengan rentak tertentu menguatkan lagi daya ingatan kerana disamping mengurangkan kebosanan, ia dapat mempertingkatkan minat dan mendorong penumpuan. Pendapat ini turut disokong oleh Hj. Ab. Fatah (1990) yang menyatakan bahawa maklumat yang boleh menimbulkan emosi seronok dan menarik lebih mudah menarik perhatian daripada maklumat yang tidak menyeronokkan. Semakin menarik maklumat itu kepada diri seseorang itu, semakin mudah maklumat itu diingatkan. Semakin mudah maklumat itu diingatkan, semakin mudah pula maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Kanak-kanak merupakan golongan yang mudah tertarik dengan muzik. Mereka akan berasa seronok apabila sesuatu pelajaran itu disampaikan di dalam bentuk nyanyian. Perasaan seronok untuk belajar yang timbul di dalam diri mereka itu secara tidak langsung akan memudahkan mereka mengingati apa yang dipelajari. Maka dengan itu, penggunaan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam adalah amat tepat bagi meningkatkan ingatan murid terhadap proses-proses yang terlibat dalam " Rukun Solat ". Integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan otak kanan (Hermann, 1991). Otak kiri dan kanan manusia menjalankan fungsi yang berbeza. Bahagian otak kiri menguasai perkara seperti bahasa, logik, matematik, sains dan lain-lain aktiviti akademik. Otak kanan pula menguasai perkara seperti muzik, imaginasi, mengenal warna dan sebagainya. Otak kiri akan berfungsi lebih aktif sekiranya aktiviti otak kanan diperkembangkan. Gabungjalin antara otak kiri (fakta Pendidikan Islam) dan otak kanan (muzik dan nyanyian) yang diaplikasikan di dalam kajian ini telah menghasilkan suatu pembelajaran yang penuh bermakna. Ini dapat dilihat melalui peningkatan markah ujian yang ketara yang ditunjukkan oleh kumpulan rawatan yang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah nyanyian. Penggunaan kaedah nyanyian juga terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid untuk belajar. Kaedah nyanyian bukan sahaja dapat meningkatkan minat belajar, malah ianya sekaligus dapat mengurangkan tingkah laku pasif, menggalakkan penglibatan aktif murid sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat meminimumkan masalah disiplin di kalangan murid. Selain itu, kaedah nyanyian juga dilihat dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan menghiburkan. Ini dibuktikan melalui dapatan soal selidik yang menunjukkan bahawa responden yang menjalani proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah nyanyian merasa lebih terhibur dan seronok untuk belajar. Hal ini menyokong kenyataan Hj. Abd. Fatah (1994), iaitu jika seseorang pelajar itu mengintegrasikan kedua fungsi otak dengan cara yang harmoni, belajar akan menjadi seronok, daya pemusatan akan bertambah, daya ingatan akan bertambah kuat, penggambaran cara dan imaginasi akan bertambah baik untuk menyelesaikan masalah, dan pemikiran akan menjadi lebih aktif. Dapatan kajian ini adalah selaras dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Edith dan Kamariati (2005) tentang Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran yang dijalankan di Sekolah Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Kedua-dua dapatan menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, responden menunjukkan reaksi positif terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Responden juga mempamerkan rasa seronok untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan elemen muzik dan nyanyian. Prestasi dalam pembelajaran turut meningkat terutamanya dari aspek mengingati fakta-fakta Pendidikan Islam. Kaedah nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran juga sekaligus dapat menarik minat murid untuk belajar. Dapatan kajian ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Mohd Noor (1982) mengenai Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak yang menunjukkan bahawa pelajaran akan mudah diingat bila ianya dijadikan senikata lagu, khasnya mata pelajaran Pendidikan Islam. Melalui penggunaan kaedah nyanyian, ia akan memudahkan guru untuk mengajar pelajaran tersebut, manakala murid akan menjadi lebih terhibur dan berminat untuk mengikuti pelajaran. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa muzik atau nyanyian dapat dijadikan sebagai satu media yang berkesan dalam pengajaran pada peringkat kanak-kanak. Dalam kajian lain bertajuk Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi yang dijalankan oleh Zainure (2003) pula membuktikan bahawa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berjaya adalah bergantung kepada aktiviti yang menarik yang bersesuaian dengan kehendak dan minat murid-murid seperti muzik dan nyanyian. Penggunaan elemen muzik dan nyanyian bukan sahaja dapat membantu murid-murid mengenali, menyebut dan menghafal struktur, malah aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menghiburkan dan menyeronokkan murid dan guru itu sendiri. Ini selaras dengan dapatan kajian ini yang menunjukkan tindak balas yang positif apabila responden mampu menjawab soalan ujian pasca dengan baik berbanding dengan ujian pra, menimbulkan perasaan seronok untuk belajar serta mendorong responden untuk meminati subjek Pendidikan Islam. Kamariah Aminah (2005) menekankan bahawa penggunaan rangsangan muzik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah bertujuan untuk mengubah suasana pembelajaran agar menjadi lebih menarik dan pelajar boleh belajar sambil berhibur. Ini kerana, muzik mampu memberikan kesan yang mendalam kepada pelajar memandangkan elemen ini menyentuh mengenai keseronokan dan kegembiraan. Berdasarkan kepada kenyataan beliau tersebut, maka penggunaan rangsangan muzik adalah amat disarankan sebagai alternatif untuk menjadikan kaedah pengajaran tidak mendatar dan membosankan murid. Ternyata kaedah nyanyian mampu memberikan keseronokan kepada murid yang seterusnya dapat meningkatkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat untuk belajar telah berjaya dipupuk di dalam diri murid, maka secara tidak langsung juga dapat meningkatkan prestasi pelajaran mereka. Brewer (2007) di dalam kajiannya menegaskan bahawa integrasi muzik dalam pengajaran dan pembelajaran adalah sangat efektif. Menurut kajian yang dijalankan oleh beliau ini, penggunaan kaedah muzik dan nyanyian dalam pengajaran dan pembelajaran boleh membantu murid mengingati pengalaman pembelajaran yang dilalui disamping dapat menggalakkkan penglibatan aktif murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Irama dan melodi yang digunakan dalam lagu, chant, sajak dan rap dapat menguatkan memori terhadap fakta dan isi pelajaran. Bertepatan dengan kajian beliau, kajian yang dijalankan ini turut menunjukkan kesan yang serupa dimana para responden dapat mengingat proses " Rukun Solat " dengan mudah menggunakan kaedah nyanyian. Bagi mendapatkan kesan yang maksima terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, adalah penting bagi seorang guru untuk memancing perhatian murid-muridnya dengan aktiviti yang menarik dan menyeronokkan. Ini kerana, apabila murid belajar dalam suasana yang gembira, tambahan pula aktiviti yang disediakan selari dengan minat mereka, secara tidak langsung motivasi mereka untuk belajar akan meningkat. Motivasi dan minat yang mendalam tersebut akan menjadi pemacu kepada kejayaan murid dalam pelajaran. Kaedah pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan seperti kaedah nyanyian bukan sahaja dapat menambat hati murid untuk belajar, malah terbukti berkesan dalam membantu mereka mengukuhkan kefahaman dan ingatan dalam mata pelajaran tersebut.

9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Penggunaan kaedah nyanyian dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sememangnya berkesan dalam membantu murid mengingat fakta, meningkatkan minat serta menimbulkan keseronokan belajar. Secara keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan lagi pada masa akan datang seperti:(i) Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat memanfaatkan keberkesanan kajian ini kepada lebih ramai murid. (ii) Mengaplikasikan kedah nyanyian bagi tajuk-tajuk lain dalam subjek Pendidikan Islam bukan sahaja bagi Tahun 6, malah bagi murid-murid lain juga secara menyeluruh.

(iii) Menggunakan instrumen temubual bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dalam memantapkan dapatan kajian.

(iv) Mencipta lagu dan melodi baru bagi tajuk yang difokuskan tanpa menggunakan melodi yang sedia ada dalam usaha meningkatkan keterujaan murid untuk belajar. (v) Mengintegrasi kaedah nyanyian dengan pergerakan fizikal (nyanyian kinestatik) supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan seterusnya dapat menggalakkan penglibatan aktif murid.

vi) Menggunakan video animasi yang memaparkan lirik lagu beserta iringan melodi supaya pengajaran lebih menarik sejajar dengan pendidikan masa kini yang menekankan penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga. Putrajaya: Penerbit BPPDP, KPM. Brewer, C.B. (2007). The Effectiveness of Integrating Music In The Classroom. Muat turun pada 19 Jan 2015. http://www.newhorizons.org/strategies/arts/brewer.htm Bell, J. (1999). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM. Campbell, B. (1990). Research on Multiple Intelligences In The Classroom. Muat turun pada 10 Jan 2015. http://www.context.org/ICLIB/IC27/Campbell.htm. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Selangor: Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Edith Indek & Kamariati Hussin. (2005). Keberkesanan Lagu Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran: Satu Kajian di Sekolah Kebangsaan Tanjung Batu, Tawau, Sabah. Muat turun pada 10 Januari 2015. http://www.docstoc.com/docs/33520737 Eisner, E. (2003). The Function Of Music In education. Muat turun pada 12 Jan 2015. http://www.isme.org/article/view/89/1/26. Haji Abdul Fatah Hassan. (1990). Penggunaan Minda Yang Optimum Dalam Pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Haji Abdul Fatah Hassan. (1994). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran: Keseluruhan Otak Dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Publicators and Distributors Sdn. Bhd. Haji Mohd Ali Muda. (1994). Isu kreativiti Dan Tuntutan Perubahan Dalam Pendidikan. Warta Pendeta. Jurnal Pendidikan Terengganu. 1(1):53-60. Hermann, N. (1991). The Creative Brain. Journal of Creative Behaviour. 25(4):275-295. Kamaliah Aminah Abdullah. (2005). Kajian Penggunaan Ransangan Muzik Terhadap Penguasaan Sifir di Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Omar, Dungun. Muat turun pada 14 Januari 2015. http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/ Kemmis & McTaggart. (1988). dalam Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: Penerbit BPPDP,KPM. Khalid Mohamed Nor, Ph.D. (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur: Cahaya Pantai (M) sdn. Bhd. Mohd Noor Yusof. (1982). Kajian Muzik Sebagai Media Pendidikan Yang Berkesan Pada Kanak-Kanak. Jernal Pendidikan Maktab Perguruan Pendidikan Kesihatan dan Pemakanan Kuala Terengganu. 22(6):45-52. Mok, S.S. (2002). Siri Pendidikan Perguruan: Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Noor Azmi Ibrahim. (1998). Pembangunan Kurikulum Abad Ke-21. Berita Kurikulum. 9 (1):6-7. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Noraini Ahmad. (2003). Menguatkan ingatan. Muat turun pada 20 Januari 2015. http://books.google.com.my Noraini Wahidah Ali. (2010). Meningkatkan Kemahiran Mengingat Murid Tahun Lima Bagi Tajuk Energy Menggunakan Teknik Peta Minda. Kajian Tindakan tidak diterbitkan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.Prescott, J.O. (2005). Music In The Classroom. Muat turun pada 12 Januari 2015. http://teacher.scholastis.com/products/instructor/Jan05music.htm. Routier, W. (2003). Read Me a Song: Teaching Reading Using Picture Book Songs. Orlando: International Reading Assosiation. Savin, C.F. (2001). Tune-In To Biology: Music In The Science Classroom. Muat turun pada 14 Januari 2015. http://www.science.subaru.com/teaching_ideas/carolsavin. Sufian Sukhairi & Osman Ali Rawa. (2008). Kajian Penggunaan Muzik Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPGKTI. 9(4):27-31. Yong, L.M.S. & Biramiah, K. (1996). dalam Guru Yang Kreatif: Isu-Isu Teorikital dan Aplikasi Praktikal. Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd. Zainuree Mohd Saad. (2003). Kajian Penggunaan Elemen Muzik Dan Nyanyian Di Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Biologi SMK Buyong Adil. Tesis Diploma Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.63 Lampiran

LAMPIRAN A

LAMPIRAN B PEMERHATIAN TIDAK BERSTRUKTUR ( CATATAN BEBAS ) Tarikh : Kelas : ..PeristiwaCatatan

LAMPIRAN CBORANG SOAL SELIDIKNAMA : .. KELAS : ..

ARAHAN: BACA KENYATAAN DI BAWAH DAN TANDAKAN (/) PADA PILIHAN JAWAPAN ANDA. SILA JAWAB DENGAN JUJUR

BILITEMYATIDAK

1Saya minat mata pelajaran Pendidikan Islam

2Pengajaran cikgu membosankan

3Bimbingan yang cikgu beri mencukupi

4Aktiviti yang dijalankan sangat menarik

5Cikgu memberi tumpuan terhadap saya

6Penerangan cikgu mudah difahami

7Saya berasa sukar untuk menghafal fakta

8Saya tidak faham soalan Pendidikan Islam

9Saya selalu lupa apa yang cikgu ajar

10Belajar Pendidikan Islam itu menyeronokkan

11Saya selalu mengulangkaji pelajaran di rumah

12Latihan yang diberikan sangat mudah

SUMBER : DIADAPTASI DARIPADA MUNIRAH ( 2010

LAMPIRAN D

LAMPIRAN E

LAMPIRAN F

LAMPIRAN G

LAMPIRAN H

LAMPIRAN IVIDEO NYANYIAN LAGU RUKUN SOLAT

LAMPIRAN JKOLEKSI GAMBAR MURID KETIKA KAJIAN

Menjawab kertas soalan Pra- Rukun Solat

Menjawab kertas soalan Pasca - Rukun Solat