laporan penglibatan kokurikulum

2
LAPORAN PENGLIBATAN KOKURIKULUM Aktiviti kokurikulum bagi sesi pagi diadakan pada pukul 12.10 tengah hari hingga 1.10 petang setiap hari rabu. Aktiviti kokurikulum diselang-seli setiap minggu dengan kegiatan unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan. Semua guru terlibat dalam mengelolakan perjumpaan ini mengikut giliran yang ditetapkan. UNIT BERUNIFORM : PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Pada minggu pertama, aktiviti unit beruniform telah diadakan dan saya telah diberikan tugas untuk mengambil kedatangan semua murid yang hadir. Selepas itu, murid telah diajar cara berkawad oleh seorang guru lelaki. Mereka telah diajar teknik-teknik asas dalam pergerakan kawad seperti arahan asas dan pergerakan mengikut arah.

Upload: farhana-othman

Post on 11-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

praktikum

TRANSCRIPT

LAPORAN PENGLIBATAN KOKURIKULUMAktiviti kokurikulum bagi sesi pagi diadakan pada pukul 12.10 tengah hari hingga 1.10 petang setiap hari rabu. Aktiviti kokurikulum diselang-seli setiap minggu dengan kegiatan unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan. Semua guru terlibat dalam mengelolakan perjumpaan ini mengikut giliran yang ditetapkan. UNIT BERUNIFORM : PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIAPada minggu pertama, aktiviti unit beruniform telah diadakan dan saya telah diberikan tugas untuk mengambil kedatangan semua murid yang hadir. Selepas itu, murid telah diajar cara berkawad oleh seorang guru lelaki. Mereka telah diajar teknik-teknik asas dalam pergerakan kawad seperti arahan asas dan pergerakan mengikut arah.

Gambar semasa murid sedang mempelajari asas kawad.KELAB / PERSATUAN : KELAB KEBUDAYAANPada minggu kedua, aktiviti kelab dan persatuan pula dijalankan. Saya tidak dapat mengikuti perjumpaan kelab dan persatuan pada minggu tersebut kerana telah menghadiri mesyuarat sukan prasekolah di kelas Prasekolah Saga. Mesyuarat ini dijalankan bagi memberi penerangan kepada semua guru prasekolah mengenai persiapan yang perlu dijalankan semasa sukan terbabit berlangsung.PERMAINAN : BADMINTONAktiviti permainan diadakan pada hari sabtu iaitu 25 April 2015. Aktiviti ini diadakan bagi menjayakan aktiviti 1 Murid 1 Sukan tetapi pada minggu tersebut telah digantikan dengan latihan rumah sukan.