laporan penarafan pusat sumber sekolah 2009 melalui iq-pss

21
1 LAPORAN KESELURUHAN PELAKSANAAN PROGRAM PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2009 1. TUJUAN Memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat berkaitan pelaksanaan Program Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009. 2. PENGENALAN 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000 (bertarikh 20 April 2000) menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan program berkaitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di seluruh negara. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan seterusnya mengupayakan generasi muda untuk mengharung cabaran dunia abad ke-21 dengan lebih cemerlang. 2.2 Misi IFLA/UNESCO School Library in Teaching and Learning For All juga telah menggariskan perkara berikut: PSS menyediakan informasi yang menjadi asas kecemerlangan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat 2.3 Justeru, bagi memastikan hasrat ini tercapai, pengurusan PSS perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pengguna yang merangkumi tiga langkah berikut: Perancangan kualiti Kawalan kualiti Penambahbaikan kualiti 2.4 Perancangan, kawalan dan penambahbaikan kualiti PSS perlu diukur melalui satu alat pengukuran prestasi yang berbentuk statistik dan

Upload: fadzliaton-zainudin

Post on 16-Jan-2015

2.845 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

1

LAPORAN KESELURUHAN PELAKSANAAN PROGRAM PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

2009

1. TUJUAN

Memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat berkaitan pelaksanaan Program Penarafan

Pusat Sumber Sekolah 2009.

2. PENGENALAN

2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000 (bertarikh 20 April 2000)

menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa

memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan program

berkaitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di seluruh negara. Ini sejajar

dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan

memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan seterusnya

mengupayakan generasi muda untuk mengharung cabaran dunia abad

ke-21 dengan lebih cemerlang.

2.2 Misi IFLA/UNESCO School Library in Teaching and Learning For All

juga telah menggariskan perkara berikut:

• PSS menyediakan informasi yang menjadi asas kecemerlangan

masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan

• PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran

sepanjang hayat

2.3 Justeru, bagi memastikan hasrat ini tercapai, pengurusan PSS perlu

dilaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti bagi memenuhi

keperluan pengguna yang merangkumi tiga langkah berikut:

• Perancangan kualiti

• Kawalan kualiti

• Penambahbaikan kualiti

2.4 Perancangan, kawalan dan penambahbaikan kualiti PSS perlu diukur

melalui satu alat pengukuran prestasi yang berbentuk statistik dan

Page 2: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

2

analisis data yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

sesuatu PSS.

2.5 Instrumen Penilaian PSS telah dibina, diselaraskan dan diguna pakai

di seluruh negara bagi mengukur petunjuk prestasi (performance

indicator).

2.6 Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan pengukuran petunjuk

prestasi PSS, Program Penarafan PSS mula diperkenalkan pada tahun

2009.

3. LATAR BELAKANG

3.1 Cadangan pelaksanaan Program Penarafan PSS telah dibentang dan

diluluskan dalam Mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiat Membaca

Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1/2008 bertarikh 30 Julai 2008.

3.2 Program ini diselaraskan di seluruh negara berdasarkan pertimbangan

berikut:

• Satu mekanisme yang sistematik, berkesan dan cepat perlu

diwujudkan bagi tujuan mengenal pasti status kecemerlangan PSS

• Sebagai pemangkin kepada PSS yang sentiasa berusaha

meningkatkan kecemerlangan

• Sebagai salah satu bentuk pengiktirafan

• Sebagai salah satu bentuk tapisan (filter) bagi mengenal pasti

bentuk khidmat bantu / sokongan yang perlu diberikan kepada

sesuatu PSS

4. STRATEGI PELAKSANAAN

4.1 Program Penarafan PSS dilaksanakan mulai Julai 2009 melalui

penggunaan sistem iQ-PSS. iQ-PSS ialah singkatan bagi Indeks Kualiti

Pusat Sumber Sekolah diguna pakai sebagai indeks piawai pengukur

prestasi Pusat Sumber Sekolah seluruh Malaysia.

Page 3: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

3

4.2 iQ-PSS menterjemahkan kriteria kualitatif pencapaian PSS kepada

indeks kuantitatif kualiti, agar prestasi sesebuah PSS boleh diukur

secara seragam dan dianalisis bagi mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan PSS dalam merancang tindakan pembetulan dan

penambahbaikan dari segi pengurusan, peruntukan kewangan,

pembekalan bahan (koleksi) PSS, kemudahan fizikal dan peralatan,

program latihan, program galakan membaca (NILAM), dan Literasi

Maklumat agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

4.3 Pelaksanaan iQ-PSS adalah berdasarkan Instrumen Penilaian PSS

yang meliputi perkara berikut seperti dalam Jadual 1.

Jadual 1: Kriteria dalam Instrumen Penilaian PSS

Bahagian A – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (15%) A1. Lokasi PSS Induk, Bilik Media & BBM A2. Susun Atur Bilik / Ruang A3. Perabot dan Kelengkapan A4. Ruang / Kemudahan Tambahan A5. Bahan Cetak A6. Bahan Bukan Cetak A7. Peralatan Elektronik A8. Ciri-ciri Keselamatan

Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%)

B1. Struktur Organisasi B2. Rancangan Tahunan B3. Pengurusan Kewangan PSS B4. Dokumen dan Rekod Pengurusan PSS B5. Dokumen dan Rekod Pengelolaan Koleksi B6. Dokumen dan Rekod Pengelolaan Peralatan B7. Keceriaan B8. Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti / NGO

Bahagian C – Penggunaan PSS (40%) C1. Waktu Operasi PSS C2. Jadual Waktu C3. Pinjaman (Sirkulasi) C4. Penggunaan Rancangan Eduweb TV C5. Aktiviti Pameran C6. Aktiviti Galakan C7. Pembelajaran Kendiri (SALC/PPAK)

Page 4: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

4

C8. Promosi / Publisiti C9. Literasi Maklumat C10. Penghasilan Bahan dan Perisian

Bahagian D – Program Galakan Membaca (NILAM) (20%) D1. Program NILAM D2. Penglibatan D3. Dokumen dan Rekod D4. Pencapaian D5. Pengiktirafan

Bahagian E – Program Peningkatan PSS (10%) E1. Rancangan Pembangunan Jangka Panjang E2. Sumber Kewangan Lain E3. Pembangunan Staf E4. Penilaian

Bahagian F – Kriteria Khusus (5 markah bonus) F1. Ciri Keistimewaan

4.4 Skop

iQ-PSS melibatkan entiti berikut:

• 9,844 sekolah seluruh Malaysia (termasuk SK, SMK, SABK,

SJK(C), SJK(T) )

• 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG)

• 15 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

• Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, BTP

4.5 Proses

Proses kerja penarafan PSS seluruh Malaysia melibatkan Guru

Perpustakaan dan Media (GPM), Pegawai Teknologi Pendidikan di

PKG, Pegawai Unit PSP BTPN dan Pegawai Sektor PSP, BTP seperti

berikut seperti dalam Rajah 1:

Page 5: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

5

Rajah 1: Proses Kerja Penarafan PSS

4.6 Kaedah

Kaedah yang diguna pakai dalam melaksanakan aktiviti iQ-PSS adalah

seperti berikut:

• Penetapan standard (piawai) Indeks Kualiti PSS (iQ-PSS).

• Kaji selidik melalui penarafan kendiri.

• Dibuat secara tahunan berdasarkan maklumat tahun semasa

dan tahun sebelum.

• Pemberian bintang (1-star, 2-star, 3-star, 4-star, 5-star) kepada

PSS.

4.7 Input

Input yang diperlukan adalah seperti berikut:

• Maklumat asas Sekolah dan PSS

• Maklumat Asas PKG

• Maklumat Asas BTPN

• Tahap pencapaian semua PSS

Page 6: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

6

4.8 Output

Output daripada program iQ-PSS ini adalah seperti berikut:

• Tahap iQ bagi semua PSS (KPI)

• Analisis statistik iQ-PSS berdasarkan sekolah, PKG, BTPN dan

BTP. Analisis statistik iQ-PSS ini boleh digunakan bagi tujuan:

i). Pemilihan PSS terbaik untuk Program Anugerah Pusat

Sumber Cemerlang (APSSC).

ii). Menentu jumlah agihan geran per kapita PSS (PCG).

iii). Menentukan jumlah dan jenis koleksi agihan perolehan

bahan PSS kepada setiap sekolah.

iv). Menentukan keperluan kemudahan fizikal / peralatan bagi

PSS.

v). Merangka keperluan latihan.

vi). Merangka aktiviti bagi Program Literasi Maklumat.

vii). Penarafan berdasarkan bintang (star-ranking) digunakan

bagi mengenal pasti kecemerlangan PSS.

5. DAPATAN

5.1 Status Keseluruhan Penarafan PSS

Sehingga akhir Disember 2009, 6,258 sekolah atau 63.6% daripada

9,843 sekolah telah berjaya ditarafkan. Status terperinci bagi 36.4%

sekolah yang belum selesai ditarafkan adalah seperti dalam Jadual 2

dan Rajah 2 di bawah.

Jadual 2: Status Keseluruhan Penarafan PSS

Page 7: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

7

Rajah 2: Status Keseluruhan Penarafan PSS Dalam Peratus

Status Penarafan PSS mengikut negeri adalah seperti dalam Jadual 4.

Penarafan PSS di empat buah negeri telah dilaksanakan sepenuhnya

iaitu Kedah (700), Melaka (304), Pulau Pinang (392) dan WP Labuan

(26).

Walau bagaimanapun, penarafan PSS di empat negeri masih pada

tahap rendah. Sehingga akhir Disember 2009, Negeri Sembilan hanya

mencatatkan 229 (50%) daripada 458 PSS, Perak 528 (48.8%)

daripada 1,083 PSS, Sabah 240 (18.9%) daripada 1,271 PSS dan

Sarawak 637 (44.2%) daripada 1,440 PSS.

Page 8: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

8

Jadual 3: Status Keseluruhan Penarafan PSS Mengikut Negeri

5.2 Lokasi PSS

Setiap sekolah di Malaysia mempunyai PSS. Daripada sejumlah 9,843

sekolah di seluruh negara, 7,652 (77.7%) ialah sekolah rendah dan

2191 (22.3%) merupakan sekolah menengah.

Secara keseluruhannya, 2,034 sekolah atau 20.7% (1,295 sekolah

rendah, 739 sekolah menengah) terletak di kawasan bandar

manakala 7,809 sekolah atau 79.3% (6,357 sekolah rendah, 1,452

sekolah menengah) terletak di kawasan luar bandar.

Perincian lokasi sekolah rendah bandar, sekolah rendah luar bandar,

sekolah menengah bandar dan sekolah menengah luar bandar adalah

seperti dalam Rajah 3 dan 4 Jadual 4.

Page 9: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

9

Rajah 3: Sekolah Mengikut Lokasi

Rajah 4: Pecahan Sekolah Rendah dan Menengah Mengikut Lokasi

Jadual 4: Pecahan Sekolah Rendah dan Menengah Mengikut Negeri

Sekolah Rendah Sekolah Menengah

Page 10: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

10

5.3 Infrastruktur PSS

Analisis infrastruktur PSS adalah berdasarkan laporan 8,079

responden dalam maklumat asas PSS seperti dalam Rajah 5. 626

(8%) PSS mempunyai bangunan sendiri manakala 647 (8%) PSS

mempunyai bangunan ubahsuai iaitu bangunan lain seperti makmal

atau bangunan lain yang telah diubahsuai dan ditukar kegunaannya

menjadi PSS.

Selain itu, 3,393 (42%) PSS terletak di bilik khas yang telah ditetapkan

dalam pembangunan sesuatu sekolah, manakala 3,215 (40%) PSS

berada di bilik yang telah diubahsuai berdasarkan keperluan semasa

sekolah. Walau bagaimanapun, 198 (2%) resopnden tidak menyatakan

infrastruktur PSS mereka.

Rajah 5: Infrastruktur PSS

5.4 Tahap iQ-PSS Keseluruhan

Sehingga akhir Disember 2009, sebanyak 6,258 PSS (responden)

telah berjaya ditarafkan.

Daripada jumlah ini, 214 PSS (3.4%) mencapai tahap 5-bintang atau

85-100% markah keseluruhan Bahagian A hingga F. 799 PSS (12.8%)

mencapai tahap 4-bintang atau 70 – 84% markah keseluruhan dan

Page 11: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

11

1135 PSS (18.1%) mencapai tahap 3-bintang atau 60 – 69% markah

keseluruhan.

Walau bagaimanapun, 2,015 PSS (32.2%) masih berada di tahap

kurang memuaskan iaitu 2-bintang atau 45 – 59% markah keseluruhan

dan 2,095 PSS (33.5%) berada di tahap tidak memuaskan iaitu

1-bintang atau 0 – 44% markah keseluruhan.

Perincian tahap iQ-PSS secara keseluruhan adalah seperti dalam

Jadual 5.

Jadual 5: Tahap iQ-PSS Keseluruhan

iQ-PSS 2009

����� 214 3.4%

���� 799 12.8%

��� 1135 18.1%

34.3%

�� 2015 32.2%

� 2095 33.5% 65.7%

Kesimpulannya, 65.7% PSS masih berada di bawah tahap 3-bintang

atau 60% markah keseluruhannya. Khidmat Bantu PSS perlu

diteruskan dan digiatkan bagi meningkatkan standard PSS melalui

Indeks Kualiti PSS.

5.4.1 Pencapaian Bahagian A – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan

Bahan

Pencapaian Bahagian A yang meliputi kemudahan fizikal,

peralatan dan bahan adalah seperti dalam Jadual 6.

Page 12: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

12

Jadual 6: Pencapaian Bahagian A

Pencapaian Bahagian A

����� 971 15.5%

���� 1653 26.4%

��� 1062 17%

58.9%

�� 1370 21.9%

� 1202 19.2% 41.1%

Kesimpulannya, 3,686 (58.9%) PSS mempunyai kemudahan

fizikal, peralatan dan bahan yang bertaraf 3-bintang ke atas

manakala 2,572 (40%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah dan

perlu dipertingkatkan.

5.4.2 Pencapaian Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan

PSS

Bahagian B memperincikan pengurusan dan pengelolaan PSS

yang meliputi struktur organisasi, perancangan tahunan,

pengurusan kewangan, pengurusan dokumen dan rekod PSS,

koleksi dan peralatan, keceriaan dan juga penglibatan warga

sekolah dan agensi luar.

Pencapaian 6,258 responden dalam Bahagian B adalah seperti

dalam Jadual 7.

Jadual 7: Pencapaian Bahagian B

Pencapaian Bahagian B

����� 887 14.2%

���� 1486 24.7%

��� 1065 17%

55.9%

�� 1294 20.7%

� 1526 24.4% 45.1%

Page 13: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

13

Kesimpulannya, 3,438 (55.9%) PSS mempunyai pengurusan

dan pengelolaan PSS yang bertaraf 3-bintang ke atas

manakala 2,820 (45.1%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah dan

memerlukan bimbingan dalam menguruskan PSS.

5.4.3 Pencapaian Bahagian C – Penggunaan PSS

Bahagian C yang merangkumi sebahagian besar pemarkahan

dalam Instrumen Penilaian PSS (40% daripada jumlah

keseluruhan) memperincikan waktu operasi, jadual waktu

bertugas, pinjaman, penggunaan, aktiviti pameran, aktiviti

galakan, pembelajaran kendiri, aktiviti promosi, program literasi

maklumat dan penghasilan bahan dan perisian. Bahagian dilihat

penting untuk memastikan keberkesanan sesebuah PSS.

Pencapaian 6,258 responden dalam Bahagian C adalah seperti

dalam Jadual 8.

Jadual 8: Pencapaian Bahagian C

Pencapaian Bahagian C

����� 151 2.4%

���� 599 9.6%

��� 896 14.3%

26.3%

�� 1887 30.2%

� 2725 43.5% 73.7%

Kesimpulannya, iQ-PSS menunjukkan bahawa hanya 1,646

(26.3%) mencapai tahap penggunaan 3-bintang ke atas

manakala 4,612 (73.7%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah.

Berdasarkan kajian ini, hanya ¼ daripada PSS seluruh negara

memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada murid serta

aktif memberikan perkhidmatan, aktiviti kesedaran dan galakan

serta penghasilan bahan sumber pendidikan.

Page 14: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

14

5.4.4 Pencapaian Bahagian D – Program Galakan Membaca

Bahagian D menilai keberkesanan pelaksanaan program

galakan membaca khususnya Program NILAM iaitu program

bacaan terancang yang diperkenalkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Antara item utama yang

terdapat dalam bahagian ini ialah pengurusan Program NILAM,

penglibatan murid, pengurusan dokuken dan rekod bacaan

murid, pencapaian murid dalam program NILAM dan bentuk

pengurusan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan

komitmen dalam program ini.

Laporan daripada 6,258 responden mendapati 2097 (33.5%)

mencapai tahap pengurusan program galakan membaca

bertaraf 3-bintang ke atas manakala 4,161 (66.5%) PSS

mempunyai pengurusan program galakan membaca bertaraf

2-bintang ke bawah seperti dalam Jadual 9.

Jadual 9: Pencapaian Bahagian D

Pencapaian Bahagian D

����� 328 5.2%

���� 716 11.5%

��� 1053 16.8%

33.5%

�� 1955 31.2%

� 2206 35.3% 66.5%

5.4.5 Pencapaian Bahagian E – Program Peningkatan PSS

Bahagian E pula menilai keberkesanan pelaksanaan program

peningkatan PSS yang meliputi rancangan pembangunan

jangka panjang, sumber kewangan, pembangunan staf dalam

perkara yang berkaitan pengurusan PSS dan penilaian yang

dilaksanakan bagi menambahbaik PSS.

Page 15: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

15

Laporan daripada 6,258 responden mendapati hanya 1,042

(16.7%) mempunyai perancangan dalam perancangan jangka

panjang PSS bertaraf 3-bintang ke atas manakala 5,216

(83.3%) PSS kurang memberi perhatian terhadap peningkatan

jangka panjang PSS dan mempunyai pengurusan bertaraf

2-bintang ke bawah seperti dalam Jadual 10.

Jadual 10: Pencapaian Bahagian E

Pencapaian Bahagian E

����� 242 3.9%

���� 383 6.1%

��� 417 6.7%

16.7%

�� 931 14.8%

� 4,285 68.5% 83.3%

5.5 Pengutomasian Pengurusan PSS

Pengurusan seharian PSS dapat ditingkatkan dan perkhidmatan dapat

diberikan dengan lebih berkesan melalui penggunaan sistem automasi.

Daripada 8,079 responden, 7,959 (99%) PSS menggunakan sistem

automasi manakala sebahagian kecil sahaja iaitu 120 (1%) PSS tidak

mempunyai sebarang sistem automasi PSS seperti yang ditunjukkan

dalam Rajah 6.

Rajah 6: Status Sistem Automasi PSS

Page 16: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

16

5.6 Koleksi Bahan Bacaan PSS

Koleksi bahan bacaan merupakan antara perkara yang dititik beratkan

dalam sesebuah PSS. Dalam Resolusi … pada tahun 1999,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa setiap

PSS perlu mempunyai koleksi yang mencukupi bagi setiap murid.

Nisbah murid dengan koleksi bacaan yang ditetapkan bagi sekolah

rendah ialah 1:15 manakala koleksi bacaan sekolah menengah

ditetapkan pada nisbah 1:20.

Laporan daripada 6,017 responden mendapati 2,904 (64%) sekolah

rendah telah mencapai piawaian koleksi bacaan yang ditetapkan iaitu

1:15 manakala 1,617 (36%) menyatakan bahawa koleksi mereka

masih belum mencapai sasaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual

7.

Rajah 7: Koleksi Bacaan PSS Sekolah Rendah da Menengah

Perincian koleksi bahan mengikut lokasi pula adalah seperti dalam

Jadual 16 dan 17. 489 (51%) sekolah rendah bandar mempunyai

koleksi bacaan dengan nisbah 1:15 manakala 476 (49%) PSS belum

mencapai piawaian koleksi bacaan. Kajian sekolah rendah luar bandar

pula menunjukkan 2,415 (68%) PSS telah mencapai sasaran

manakala 1,141 (32%) PSS belum mencapai piawaian yang

ditetapkan.

Page 17: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

17

Bagi kategori sekolah menengah pula yang perlu mempunyai koleksi

bacaan 1:20, hanya 106 (19%) PSS sahaja yang telah mencapai

piawaian manakala 454 (81%) masih belum mencapai sasaran.

Sekolah menengah luar bandar mencatatkan 167 (18%) PSS yang

telah mencapai piawaian manakala 769 (82%) PSS belum mencapai

piawaian.

Perincian mengikut lokasi pula menunjukkan 489 (51%) sekolah

rendah bandar telah mencapai piawaian koleksi bacaan manakala

2,415 (68%) telah mencapai sasaran tersebut seperti yang ditunjukkan

dalam Rajah 8.

Rajah 8:

Laporan kajian sekolah menengah bandar pula menunjukkan hanya

106 (19%) PSS telah mencapai piawaian 1:20 manakala sekolah

menengah luar bandar pula mencatatkan 167 (18%) PSS yang telah

mencapai piawaian koleksi bacaan tersebut seperti dalam Rajah 9.

Rajah 9:

Page 18: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

18

Kesimpulannya, tumpuan bagi program peningkatan koleksi bacaan

PSS perlu diberikan kepada sekolah rendah bandar dan sekolah

menengah sama ada bandar atau luar bandar. Ini adalah kerana faktor

enrolmen murid yang tinggi di sekolah-sekolah tersebut.

5.7 Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan agen utama dan

juga penggerak sesebuah PSS. Peranan mereka amat penting dalam

kemajuan dan kecemerlangan sesuatu PSS.

5.7.1 Kompetensi GPM

GPM yang kompeten dan memahami serta menghayati konsep

dan falsafah kewujudan PSS dapat menjadikan sesebuah PSS

sebagai nadi ilmu. Kajian iQ-PSS yang dilaporkan oleh 8,079

responden mendapati bahawa 5,917 (73.2%) telah menjalani

Latihan Asas Pengurusan PSS yang meliputi pengenalan

kepada teknologi pendidikan, pengenalan kepada PSS,

kemudahan, perkhidmatan dan pengurusan PSS serta program

galakan membaca dan literasi maklumat. Latihan ini dapat

membantu GPM melaksanakan tugas harian di PSS. Perincian

kompetensi GPM adalah seperti yang ditunjukkan oleh Jadual

11.

Jadual 11: Kompetensi GPM

Page 19: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

19

Walau bagaimanapun, 2,026 (25%) GPM belum menghadiri

apa-apa latihan berkaitan pengurusan PSS. GPM ini perlu

dikenal pasti bagi memastikan mereka mendapat pendedahan

berkaitan bidang pengurusan PSS secukupnya.

5.7.2 Pengalaman Mengajar GPM

Laporan iQ-PSS turut mendapati 3,584 (44.4%) GPM

mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan

dan telah mengajar lebih daripada 10 tahun. Walau

bagaimanapun, daripada 8,079 responden, 2,893 (35.8%)

merupakan guru baru yang mengajar antara 0 – 5 tahun.

Perincian pengalaman mengajar GPM adalah seperti dalam

Jadual 12.

Jadual 12: Pengalaman Mengajar GPM

5.7.3 Gred Perjawatan GPM

Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 menyatakan

bahawa jawatan GPM disandang oleh guru DGA 29 di sekolah

rendah dan DG 41 di sekolah menengah, kajian mendapati

terdapat guru daripada gred jawatan DGA 32, DGA 34, DG44

dan DG 48 menyandang jawatan GPM.

Perincian gred perjawatan GPM adalah seperti dalam Jadual

13.

Page 20: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

20

Jadual 13: Gred Perjawatan GPM

Walau bagaimanapun, 385 (4.8%) GPM tidak menyatakan gred

sebenar jawatan mereka.

5.7.4 Bilangan Waktu Mengajar GPM

Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 menyatakan

GPM yang dilantik secara ”over and above” perlu mengajar

antara 6 – 8 waktu seminggu supaya tumpuan dan usaha dapat

diberikan sepenuhnya kepada kemajuan PSS, kajian mendapati

bahawa 7,442 (85.5%) GPM mengajar lebih daripada waktu

yang ditetapkan. 3,284 (40.6%) GPM menyatakan mereka

mengajar lebih daripada 20 waktu seminggu seperti yang

ditunjukkan dalam Jadual 14.

Jadual 14: Bilangan Waktu Mengajar GPM Seminggu

Kesimpulannya, majoriti GPM tidak dapat memberikan tumpuan

kepada pengurusan PSS kerana keperluan sekolah, kepakaran

mereka diperlukan dalam subjek yang diajar serta kurangnya

kepekaan Guru Besar dan Pengetua terhadap kepentingan PSS

kepada murid.

Page 21: Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

21

5.7.5 Lantikan GPM

Sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan pertukaran

GPM di sekolah dan seterusnya mengganggu pengurusan PSS

di sekolah, Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Bil.

2/2008 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran

Malaysia, Tan Sri Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom, telah membuat

keputusan agar Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri melantik

GPM.

iQ-PSS mendapati 3,401 (42.1%) daripada 8,079 responden

telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri seperti yang

ditunjukkan oleh Jadual 15.

Jadual 15: Lantikan GPM

6.0 PENUTUP

Sistem iQ-PSS yang mula diperkenalkan pada Julai 2009 merupakan salah

satu kaedah untuk memantau dan menyelaras pembangunan Pusat Sumber

Sekolah. Laporan daripada Indeks Kualiti PSS dapat digunakan untuk

menentukan hala tuju dan merancang pembangunan PSS di samping menilai

keberkesanan pengurusan PSS sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah,

negeri dan negara. Dengan adanya pemantauan yang bersistematik ini,

adalah diharapkan sebarang keputusan berkaitan pembangunan PSS dapat

dibuat dengan lebih tepat dan memenuhi keperluan pengguna.

Disediakan oleh:

Fadzliaton Zainudin Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan