laporan pelaksanaan projek internship

Upload: rahman

Post on 06-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

internshiplaporanrefleksi

TRANSCRIPT

LAPORAN PELAKSANAAN PROJEK INTERNSHIP

NAMA PELAJAR: MUHAMAD ZULHILMI BIN ROSLINO KAD PENGENALAN: 920824 07 5913 PROGRAM : PISMP AMBILAN JANUARI 2012NAMA SEKOLAH : SJK(C) SOON CHENG, MUARNAMA PROJEK : BENGKEL CELIK JAWITEMPOH PELAKSANAAN : 11 OKTOBER 2015 20 OKTOBER 2015

1. OBJEKTIFDi akhir program ini diharapkan dapat:1. Membantu murid yang lemah dalam penguasaan jawi.2. Meningkatkan kemahiran menyebut, menulis, dan membaca jawi.3. Menarik minat mereka terhadap jawi dan mengubah persepi mereka terhadap tulisan jawi.

2. STRATEGI PELAKSANAAN

3. REFLEKSIPada 27 September, saya telah melapor diri di SJKC Soon Cheng, Muar sebagai guru yang akan menjalani program Internship selama empat minggu yang akan berakhir pada 23 Oktober 2015. Bagi melengkapkan program Internship ini, saya dikehendaki untuk melaksanakan satu projek individu di sekolah tersebut. Setelah melakukan kolaborasi dengan guru pembimbing, saya telah memutuskan untuk menjalankan projek Bengkel Celik Jawi (BCJ).

Bengkel Celik Jawi merupakan program bagi membantu murid yang lemah dalam penguasaan jawi. Bengkel ini akan melibatkan semua murid islam melayu Tahun dua hingga Tahun enam yang gagal melepasi ujian diagnostik. Bengkel ini berlangsung selama 10 hari bermula 11 Oktober sehingga 20 Oktober 2015. Bengkel ini akan menggunakan modul yang telah digubal mengikut aras dan kemahiran. Modul yang digubal juga berpandukan kurikulum Jawi yang ditetapkan oleh kementerian.

Setelah kertas kerja disahkan oleh Guru Besar, saya dengan dibantu oleh guru pembimbing, Puan Bazilah binti Salleh menjalankan projek seperti mana yang termaktub dalam tentatif program.

a) KekuatanBengkel Celik Jawi menggunakan modul yang memfokuskan kepada pelbagai kemahiran seperti mengenal, membaca dan menulis. Modul ini bukan sahaja melibatkan huruf jawi tunggal tetapi turut menekankan aspek huruf jawi bersambung, suku kata, dan ayat pendek. Murid yang terlibat dalam Bengkel Celik Jawi akan dibimbing secara komprehensif bagi memastikan mereka dapat menguasai semua kemahiran dengan baik.

Menarik tentang modul ini, ia digubal dengan teliti. Jesteru, keberkesanannya adalah dijamin. Namun, pada masa yang sama peranan guru juga adalah sangat penting. Oleh kerana itu, saya telah berusaha memastikan semua murid yang lemah dalam penulisan jawi akan lebih celik tentang tulisan jawi selepas menyertai bengkel ini.

Selain itu, kelancaran BCJ juga turut dibantu oleh guru-guru melayu bukan Pendidikan Islam yang menawarkan diri menjadi fasilitator. Kerjasama yang diberikan oleh mereka sangat saya hargai.

Prasarana yang disediakan oleh pihak sekolah juga amat kondusif dan selesa. Pihak sekolah telah meluluskan permohonan saya untuk menggunakan Bilik Kesihatan sebagai tempat pelaksanaan projek. BCJ dapat dijalankan tanpa ada sebarang gangguan luar. Oleh yang demikian, ia memudahkan saya dan Pn. Bazilah melaksanakan modul keatas murid.

b) KelemahanTempoh masa yang singkat menyebabkan BCJ terpaksa dijalankan dalam keadaan yang agak Rushing. Meskipun saya telah menyiapkan kertas kerja pada minggu awal Internship, namun halangan yang timbul selepas itu menyebabkan saya terpaksa menunda tarikh program beberapa kali. Faktor masa yang singkat ini menyebabkan ada segelintir peserta yang tidak dapat mengusai kemahiran yang ditetapkan.

Selain itu, peruntukan kewangan yang tidak diluluskan oleh pihak sekolah juga menyebabkan saya dan Pn.Bazilah terpaksa mengeluarkan duit sendiri bagi tujuan membeli alatan, dan mencetak modul BCJ. Sertiap orang murid hanya diberi peruntukan sebanyak 80 sen seorang menyebabkan kami terpaksa menambah peruntukan dengan menggunakan duit sendiri bagi tujuan membeli makanan dan minuman peserta.

Ibu bapa yang tidak mahu memberi kerjasama juga turut menjejaskan perjalanan bengekel. Sepatutnya BCJ dijalankan pada hujung minggu, namun ada segelintir ibu bapa yang tidak memberi kebenaran untuk menghantar anak mereka pada tarikh yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan saya dan puan bazilah terpaksa melaksanakan program semasa sesi pengajaran dan pembelajaran . Pelaksanaan bengkel ini tidak menjejaskan PdP kerana semua murid telah menghabiskan silibus. Jesteru, masa yang terluang ini digunakan bagi tujuan memantapkan penguasaan jawi mereka.

4. CADANGAN PENAMBAHBAIKANSelepas selesai program, saya dan Puan Bazilah serta guru yang terlibat telah melakukan post morterm

5. KESIMPULAN

6. LAMPIRAN