laporan pbs di sekolah sjkt nibong tebal

5
Laporan PBS di Sekolah SJKT (T) Nibong Tebal Saya bernama Ilavarasi a/p Perumal (810115-07-5470) telah menghadiri program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Nibong Tebal. Sebenarnya saya memperolehi pelbagai manfaat melalui program PBS ini. Pemerhatian yang dibuat ternyata berlainan daripada teori yang telah dipelajari dan dibaca sebelum ini. Guru di sekolah sebenarnya perlu mengolah teknik-teknik yang berkaitan agar bersesuaian dengan majoriti jenis pelajar di dalam sesebuah kelas. Program PBS ini dapat membuka mata saya tentang aplikasi sebenar kaedah yang telah diolah agar dapat memberikan kesan positif kepada persekitaran pembelajaran yang menarik. Teknik-teknik yang tidak diwartakan ini sedikit sebanyak dapat membuahkan satu idea yang boleh dipraktikkan oleh guru pelatih kelak. Kekerapan pemerhatian juga dapat mempelbagaikan teknik untuk menarik minat pelajar dalam mengikuti pelajaran. Selain itu setiap guru di SJK (Tamil) Nibong Tebal ini mengambil berat aspek pendidikan terutamanya dari segi penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama displin murid-murid juga dikawal. Guru-guru sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada murid-murid untuk belajar dengan bersungguh-sungguh agar mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam pelajaran diberikan perhatian yang lebih menerusi aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan mereka. Semasa saya berada di sekolah saya dapat merasakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang amat berlainan sekali

Upload: ilavarsi

Post on 23-Dec-2015

23 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan PBS Di Sekolah SJKT Nibong Tebal

TRANSCRIPT

Laporan PBS di Sekolah SJKT (T) Nibong Tebal

Saya bernama Ilavarasi a/p Perumal (810115-07-5470) telah menghadiri

program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Jenis Kebangsaan

(Tamil) Nibong Tebal. Sebenarnya saya memperolehi pelbagai manfaat melalui

program PBS ini.

Pemerhatian yang dibuat ternyata berlainan daripada teori yang telah

dipelajari dan dibaca sebelum ini. Guru di sekolah sebenarnya perlu mengolah

teknik-teknik yang berkaitan agar bersesuaian dengan majoriti jenis pelajar di dalam

sesebuah kelas. Program PBS ini dapat membuka mata saya tentang aplikasi

sebenar kaedah yang telah diolah agar dapat memberikan kesan positif kepada

persekitaran pembelajaran yang menarik. Teknik-teknik yang tidak diwartakan ini

sedikit sebanyak dapat membuahkan satu idea yang boleh dipraktikkan oleh guru

pelatih kelak. Kekerapan pemerhatian juga dapat mempelbagaikan teknik untuk

menarik minat pelajar dalam mengikuti pelajaran.

Selain itu setiap guru di SJK (Tamil) Nibong Tebal ini mengambil berat aspek

pendidikan terutamanya dari segi penyampaian proses pengajaran dan

pembelajaran dan pada masa yang sama displin murid-murid juga dikawal. Guru-

guru sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada murid-murid untuk belajar

dengan bersungguh-sungguh agar mereka mendapat keputusan yang baik dalam

peperiksaan. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam pelajaran diberikan

perhatian yang lebih menerusi aktiviti pembelajaran yang bersesuaian dengan

mereka.

Semasa saya berada di sekolah saya dapat merasakan suasana pengajaran

dan pembelajaran yang amat berlainan sekali mengikut darjah. Contohnya di setiap

dinding kelas tersebut telah di tampal maklumat mengenai pelbagai sudut seperti,

sudut pengetahuan am, sudut matematik, sudut bahasa, sudut kreativiti dan estetika,

sains dan sebagainya. Setiap sudut tersebut telah dilengkapi dengan peralatan dan

bahan yang sesuai bagi membantu meningkatkan pengetahuan dan membentuk

jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mereka. Proses pengajaran dan

pembelajaran yang diajar kepada murid-murid oleh guru terlatih pada setiap hari

adalah berpandukan kurikulum sekolah rendah yang telah ditetapkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh yang demikian, saya juga mengikuti proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung yang dikendalikan oleh guru terlatih.

Saya berpeluang memerhatikan tahun 1,2, 3 dan 4 dan saya dapati murid-murid di

kelas tersebut cerdik dan mudah memahami kandungan pelajaran yang diajar oleh

guru mereka. Daripada pemerhatian saya juga, murid-murid berada dalam keadaan

terkawal dan dapat memberi tumpuan yang penuh terhadap pelajaran yang diajar

oleh guru tersebut. Selain itu, suara guru yang lantang dan tegas membuatkan

murid-murid mengikut segala arahan yang diberikan. Mereka akan lebih

bersemangat untuk belajar apabila pendekatan yang digunakan oleh guru mudah

difahami dan tidak terlalu kompleks dan bersesuaian dengan konsep yang tidak

bosan. Guru juga memberikan aktiviti penggayaan kepada murid yang

menghabiskan gerak kerja dengan betul dan cepat. Dengan ini, guru boleh

mengawal kelas supaya murid-muridnya tidak membuat bising dan sebagainya.

Selain itu, suara juga merupakan satu aset yang paling penting bagi seseorang guru

untuk memastikan segala maklumat yang disampaikan dapat diterima dengan baik

oleh setiap murid.

Pada kebiasaannya, keadaan kelas menjadi tidak terkawal apabila guru

bersuara perlahan dan memberi arahan yang kurang jelas. Suasana bilik darjah

amat penting bagi mewujudkan iklim pembelajaran yang berkesan. Di awal

pembelajaran, murid kelihatan bersemangat untuk belajar dan dapat mendengar

segala arahan yang diberikan dengan baik oleh guru terlatih, namun selepas waktu

rehat, kanak-kanak mula menujukkan rasa bosan terhadap pembelajaran yang

serius malah lebih suka bersosialisasi dengan kawan-kawan. Guru juga sentiasa

memastikan aspek kebersihan dan keselamatan murid-murid semasa berada di

dalam kelas.

Suasana bilik darjah tidak kurang penting untuk mewujudkan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan. Bilik darjah yang cerah, selesa, riang dan seronok

sudah tentu akan menghasilkan pembelajaran yang lebih mudah dan kekal jika

dibandingkan dengan keadaan yang sebaliknya. Suasana fizikal bilik darjah

merupakan rangka yang dapat menentukan keadaan pembelajaran. Perancangan

dan penyusunan suasana fizikal bilik darjah melibatkan kegiatan mengorganisasi,

merancang, dan menggunakan perkara yang bersabit dengan tempat duduk murid,

alat bantuan mengajar seperti alat pandang dengar, sudut bacaan, papan tulis dan

berbagai-bagai perabot lain dengan sempurna. Semua ini mungkin tidak begitu

penting jika ia dilihat secara terpisah. Sebaliknya, jika dirancang dengan baik ia akan

dapat menghasilkan sesuatu yang dapat membantu pembelajaran.

Hubungan diantara guru dengan murid di sekolah ini adalah sangat rapat dan

mesra. Guru-guru sentiasa memberi tunjuk ajar yang sepatutnya sekiranya mereka

tidak dapat memahami mata pelajaran yang diajarnya. Guru-guru mengalakan

murid-murid bertanyakan soalan di dalam kelas dan segala persoalan pelajar

dijawab dengan baik agar mereka faham sepenuhnya. Boleh dikatakan hampir

semua guru mengenali nama murid di kelas yang mereka ajar dan pelajar juga

mengenali guru yang mengajar mereka.

Hubungan mesra ini tidak hanya di dalam kelas sahaja, malahan hubungan

akrab ini dapat dilihat di luar juga. Kemesraan di antara guru besar dengan murid-

murid serta guru-guru dengan guru besar di sekolah ini merupakan salah satu aspek

yang menarik perhatian saya. Ini dapat dilihat melalui cara murid-murid berinteraksi

dengan guru besar dan guru-guru. Cara yang digunakan oleh Guru Besar sekolah ini

untuk melayan murid-murid adalah sangat baik dan lembut, boleh dikatakan sebagai

cara seorang bapa melayan anak-anak mereka. Murid-murid sekolah ini amat

menghormati Guru Besar sekolah ini. Tujuan beliau bersikap begini adalah untuk

mendekati dan mengenali murid-murid dengan lebih rapat lagi. Secara

keseluruhannya, program ini banyak memainkan peranan dalam membentuk

seorang pelatih menjadi guru yang berhemat dan berdedikasi.

Walaupun tidak secara keseluruhannya berada di dalam profesion tersebut, ia

sedikit sebanyak memberi pendedahan yang cukup jelas tentang perancangan

kepada guru pelatih sebelum memikul tugas sebenar sebagai seorang guru.

Kesimpulannya, program ini memberi manfaat yang besar kepada guru-guru pelatih

dalam menjadi seorang guru.

Disediakan oleh,

…………………………….

ILAVARSI A/P PERUMALInstitut Perguruan IPG Kampus Ipoh