laporan minggu sihat doktor muda 2014

7

Click here to load reader

Upload: bunga90

Post on 05-Nov-2015

107 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

..

TRANSCRIPT

Laporan Minggu Sihat Doktor Muda

1.0 Tentatif Program Minggu Sihat Doktor Muda 1 Julai 7 Julai 2014

1 Julai 2014 : Aktiviti pemeriksaan kebersihan diri ( rambut, pakaian, kuku)3 Julai 2014 : Aktiviti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes4 Julai 2014 : Permainan interaktif kesihatan

1.1 Aktiviti pemeriksaan kebersihan diri ( rambut, pakaian, kuku)

1.1.1 Latar belakang aktiviti Aktiviti pemeriksaan kebersihan diri adalah satu aktiviti yang diwujudkan oleh ahli Kelab Doktor Muda kepada murid-murid yang berada di sekolah bagi memastikan penjagaan kesihatan yang optima dalam kalangan murid-murid sekolah khususnya dan warga sekolah amnya.

1.1.2 Objektif Mengekalkan tahap kesihatan murid-murid di sekolah diparas paling optima melalui tindakan dan perancangan promosi kesihatan,pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.

Memastikan murid peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul.

1.1.3 Dokumentasi aktiviti

1.2 Aktiviti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes

1.2.1 Latar belakang aktivitiDemam denggi merupakan sejenis penyakit yang berbahaya disebarkan oleh nyamuk aedes betina yang terinfektif. Bagi mengelakan penyakit ini dari terus merebak, Kelab Doktor Muda Sekolah Kebangsaan Batu Lanchang telah menjalankan bagi aktiviti bagi menyekat dan mengawal penyakit ini dari terus merebak dan antara aktiviti yang telah di jalankan adalah seperti aktiviti memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk mencari tempat tempat pembiakan nyamuk aedes atau yang berpotensi bagi pembiakan vector ini dan seterusnya menghapuskan dalam usaha mengurangkan kejadian penyakit bawaan vektor khususnya Demam Denggi.

1.2.2 Objektif Menyekat dan memusnah tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokaliti. Mencari dan mengenal pasti tempat tempat pembiakan nyamuk aedes pada sesebuah lokalti. Untuk menghapuskan tempat tempat pembiakan nyamuk aedes bagi mencegah penyakit denggi.

1.2.3 Dokumentasi aktiviti

1.3 Permainan interaktif kesihatan

1.3.1 Latar belakang aktivitiPermainan boleh didefinisikan sebagaiapa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanaktanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.Permainan membolehkan kanak-kanak meneroka persekitaran, mempelajari perkara baru dan juga belajar dalam menyelesaikan masalah.

1.3.2 Objektif permainan interaktif Pertumbuhan dan perkembangan fizikalDengan bermain terutamanya dalam permainan aktif, kanak-kanak belajar mengawal pergerakan dan mengimbangi tubuh mereka serta melicinkan perjalanan sistem dalam tubuh seperti sistem pernafasan dan sistem saraf.

Perkembangan komunikasiKanak-kanak dapat belajar cara berhubung dengan orang lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur.

Mengawal perkembangan emosiDengan bermain kanak-kanak akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkan perasaan kecewa atau marah.

Sumber pengetahuanBanyak pengetahuan diperoleh oleh kanak-kanak semasa bermain. Belajar sambil bermain adalah amat berkesan dalam pembelajaran kanak-kanak kerana kanak-kanak tidak cepat merasa bosan.1.3.3 Dokumentasi aktiviti

Disediakan oleh,Tarikh : 8 Julai 2014

.(CHE NURWAHIDA BT CHE RASLI)Pengerusi Kelab Doktor Muda,SK Batu Lanchang P.Pinang.

6