laporan lawatan ke perpustakaan dan arkib di united … · 2016. 3. 30. · pertengahan tahun...
TRANSCRIPT
Seliilar PerplI\"tllliuUII
LAPORAN LAWATAN KE PERPUSTAKAAN DAN ARKIB DI UNITED KINGDOM
oleh
Y ATrMAH Y AAKUB*
TUJUAN
~ rogram lawatan oleh Pustakawan Bahagian .. Sumber Media ini ialah untuk meningkatkan pengetahuan dan mengenalpasti cara yang terbaik dan terkini di dalam mengurus dan menyelenggara sumber media/au~io-visual di beberapa institusi di United Kingdom. Dari program ini adalah diharapkan ianya dapa! membantu Perpustakaan Negara Malaysia khususnya di dalam perkaraperkara berikut:
(i) merancang. menyelaras dan melaksana program pengurusan dan penyelenggaraan sumber media dengan lebih teratur dan berkesan
(ii) mengenalpasti kaedah, cara dan prosidur penyelenggaraan dan pemeliharaan yang terbaik yang diamalkan oleh institusi yang dilawati
(iii) mengkaji standard yang digunakan berkaitan dengan penyelenggaraan dan pemeliharaan sumber media dan mengadaptasinya mengikut kesesuaian di negara ini
(iv) mengenalpasti bahan-bahan dan peralatan yang
sesuai dan terkini yang digunakan dalam aktiviti penyelenggaraan dan pemeliharaan sumber media
(v) mewujudkan perikatan strategik dengan institusi
yang dilawati untuk mendapat maklumat terkini mengenai penyelenggaraan dan pemeliharaan sumber media dari semasa kesemasa
(vi) mengkaji pelaksanaan aktiviti pertukaran format digital sumber media
PROGRAMLAWATAN
Di dalam program tersebut perpustakaanlinstitusi berikut telah dilawati:
1. British Film Institute
(i) National Film and Television Archive
(ii) J Paul Getty Conservation Centre
(iii) Museum of Moving Image
2. British Library
(i) National Sound Archive
(ii) Music Library Department
(iii) Map Library Department
• Pustakawan , Sahagian Sumber Media, Perpustakaan Negara Malays ia (sehingga 31 Disember 1996) .
----~~~~======~~==~=======.
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
(iv) National Preservation Office
3. BBC Libraries and Archives
(i) Music Library and Archive
(ii) Sound Library and Archives
(iii) Film and Television Archives
(iv) Picture Archives
I. National Film Television Archive (NFTA)
Ditubuhkan dalam tahun 1935 bagi tujuan memperoleh , memelihara dan mengadakan koleksi kebangsaan moving images yang bernilai tinggi di abad ke 20. Arkib ini mempunyai koleksi Iebih kurang 200 ribu judul dari tahun 1895 sehingga kini. Koleksinya adalah terdiri dari filem cereka dan filem
pen<U:.k, animas.i, <!okumentasi, berita. program television, filem amatur dan video.
NFTA juga bertanggungjawab memilih, dan memperolehi merangkumi untuk pemeliharaan, filem fiksyen yang diterbitkan, dipamerkan atau yang siarkan di United Kingdom. Bahan-bahan
terbitan mengenai British atau yang berkaitan dengan British perJu diperolehi manakala filem
yang popular dan penting dari luar negeri akan diperoleh untuk tujuan rujukan. Satu koleksi
filem klasik antarabangsa yang berkualiti tinggi di dalam versi asal sedang dibina oleh arkib ini khususnya untuk tanyangan di Museum of the Moving Image (MOMI).
Filem bukan fiksyen dan video juga diperolehi merangkumi pelbagai tajuk perkara. Filemfilem awal, koleksi khusus seperti sukan, iklan, propaganda politik, home movies juga penting dan diperolehi. NFT Ajuga bertanggungjawab
Se"itllr Perpu\ttlkllllJl
untuk mendapatkan filem rekod awam terpilih yang diterbitkan oleh organisasi/jabatan kerajaan.
Bagi rancangan-rancangan telivision , NFTA telah mula mendapatkan program tv pada pertengahan tahun 1950an. Rakaman siaran (off-air recording) raneangan-raneangan tv umuk pemeliharaan adalah merupakan fungsi utama NFTA. Pihak swasta iaitu lTV dan Channel Four telah memberikan geran tahunan sebanyak 25 % bagi merakamkan raneanganraneangan yang disiarkan mengikut standard penyiaran. Terdapatjuga beberapa siaran satelit yang dirakam siar untuk pemeliharaan.
Bahagian Katalog di NFT A bertanggungjawab untuk menyusun dan memberikan maklumat mengenai koleksi filem dan television yang terdapat di NFT A. Satu pangkalan data telah diwujudkan di mana penearian dapat dilakukan melaluijudul,negeri asal atau pengarah. Segala pertany.an rujukan akan dikendalikan oleh bahagian ini. Fungsi I:l"ahagian Katalog tidak hanya terhad kepada kerja-kerja memproses bahan sahaja tetapi juga mengendalikan pertanyaan rujukan bagi bahan/koleksi NFT A.
2. J Paul Getty Conservation Centre
Semua koleksi yang terdapat di British Film Institute (BFI) akan dillantar ke J Paul Geny Conservation Centre untuk di buat salinan sebelum dikeluarkan untuk rujukan. Bahan asal (master copy) akan disimpan di pusat ini untuk pemeliharaan. Sekiranya bahan tersebut memerlukan pembaikan, adalah menjadi tanggungjawab pusat ini untuk membuat pembaikan dan memastikan ianya berada di dalam keadaan yang terbaik.
Pusat ini merupakan tonggak utama bagi pemeliharaan dan pemuliharaan bahan pandang dengar bagi British Film Institute.
e================================~
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
3. Museum of the Moving Image (MOMI)
Kegiatan utama di museum ini adalah menayangkan se mula filem-filem yang terdapat di dalam koleksi British Film Institute. Setiap hari museum ini dibuka kepada orang ramai dan bayaran dike nakan untuk masuk ke museum ini. SeJain daripada ilU, ahli juga diberikan senarai filem-filem yang akan ditayangkan dan senarai inijuga akan diedarkan kepada orang ramai untuk memberitahu kegiatan dan aktiviti yang di adakan di museum ini .
4. National Sound Archive (NSA)
Aktiviti utama di NSA ialah memperoleh dan memelihara bahan bunyi. Setakat ini terdapat I juta cakera padar dan 17 ribu kaset dan video. Musik yang terdapat disini termasuklah musik barat, jazz dan blues, musik popular, tradisional dan musik kebudayaan dari negera diseluruh dunia, musik op-em' dan musik drama. NSA menerima naskhah musik yang diterbitkan dari syarikat rakaman secara hadiah. Perolehan secara pembelian dibuat bagi musik yang diterbitkan diluar negara.
Di NSA, aktiviti rakaman siaran program tv
dan radio juga dilakukan bagi menambahkan koleksi yang sedia ada. Program television dirakam siar mcnggunakan tape VHS, manakala bagi rakaman audio pula menggunakan tape digital.
5. Music Library Department
Koleksi yang terdapat disini lerdiri dari manuskrip dan musik bercetak dan lain-lain bentuk rakaman bunyi. Perolehan dibuat secara penyerahan akta, pembelian, hadiah dan yang diwasiatkan.
Se/lilllr PerpIIsttlli(lall
Sehingga kini terdapat lebih dari 12 ribu jilid manuskrip musik khususnya musik Inggeris. Diantara koleksi yang berharga termasuklah koleksi oleh Stefan Zweig.
Koleksi musik bercetak pula sehingga kini lerdapat diantara I. 25 bingga I. 5 juta pelbagai jenis bahan dengan kadar pertambahan dian tara 4 ribu hingga 5 ribu setahun. Penerbitan British diterima dibawah akta penyerahan bahan , manakala pembelian ditumpukan kepada bahan terbitan luar negara dan bahan purba. Setakat ini belum ada perpustakaan yang dapat menandingi British Library didalam koleksi mllsiknya. Koleksi musik bereetak sebelum tahun 1800 adalah yang terbesar di dunia.
6. Map Library Department
Koleksi peta yang terdapat di sini adalah dari abad ke 18 sebingga kini. Sebingga kini terdapat 2 juta peta di dalam koleksi. Ini termasuklah atlas, peta dan carta juga celestial and terrestial globe. Disinijuga terdapat manuskrip peta topografi dari koleksi King George III. Manuskrip peta disimpan di koleksi manuskrip. lni termasuklah medieval renaissance dan lainlain bahan baru.
Bahan kartografi juga boleh didapati di bilik bacaan di Bloomsbury. Bukll-buku yang mempunyai ilustrasi peta dan atlas disimpan di perpustakaan umum manakala peta yang terdapal di dalam kertas parlimen dan laporan rasmi boleh di rujuk di bilik bacaan Official Publication dan Social Science Service.
Peta disusun didalam kabinet peta yang ditempah khas untuk peta secara mendalar di dalarn lacil
tray yang boleh memuatkan 100 keping setiap laciltray.
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Pela dikalalog berdasarkan AACR2 mengikut UK Marc. Kebanyakan perpustakaan mengkalalog pela seperti mana mengkatalog buku. Oi dalam UK Marc, terdapat tag untuk peta. Pela berbeza daripada buku kerana buku mempunyai pengarang manakala peta pula menggunakan penerbit. Dengan yang demikian, rujukan silang amat penting.
7. National Preservation Office
National Preservation Office (NPO) merupakan Library Bindery bagi British Library. Tugas NPO ialah untuk membaik pulih bahan rujukan di British LibralY supaya dapat digunakan atau dirujuk oleh pengguna British Library. NPO mengeluarkan pamplet bersiri lentang penjagaan bahan bercelak dengan betul bagi memanjangkan jangka hayat setiap bahan yang terdapat di British Library khususnya.
8. Music Library, BBC Libraries and Archives
Menyediakan maklumat dan membekalkan buku, jurnal , manuskrip. musik bercetak dan musik komersial kepada penggunanya. Sehingga kini terdapat 17,000 buku mengenai musik dan 150 judul jurnal dan majalah yang boleh dirujuk di sini. Para pengguna Music Library terdiri dari para penerbit di BBC dan juga penerbit swasta /persendirian yang menerbitkan program unruk BBC.
Bagi rujuan penyelidikan, BBC mengenakan bayaran sebanyak E 50 sejam dan sekiranya BBC yang membuat penyelidikan bagi pihak pengguna , bayaran yang dikenakan adalah E 100
Pengguna boleh menyemak rekod kalalog secara manual atau komputer di mana sehingga kini terdapat 2 , 700,000 entri bagi musik. Pengindeksan dibuat mengikut subjek/tajuk perkara.
Seliitar PerpltSfalallllll
9. Broadcast Archives - Sound, BBC Libraries and Archives
Bermula dikenali sebagai Sound Library , letapi selepas penyusunan semula,ianya ditukar kepada BBC Sound Archives. Oi sini lerdapal pelbagai program terbitan Radio BBC tertnasuk World Service dan lain-lain radio tempatan. Program BBC disimpan di sini sebagai bahan arkib. Selain dari musik, semua ucapan pemimpin British juga boleh didapati di sini unruk rujuan rujukan. Koleksi yang terdapat di sini adalah dari tahun 1920an hingga kini. Format penyimpanan adalah pelbagai. Oiantara fortnat yang digunakan ialah open reel, cakera padat
dan kaset OAT.
10. Picture Archives, BBC Libraries and Archives
Bertanggungjawab ke atas gambar foto BBC. Koleksi yang tersimpan adalah dari tahun I 920an hingga sekarang.
Koleksinya termasuk gambar program terbitan BBC, berita, personaliti, peralaran penyiaran
dan bangunan.
Perpustakaan mempunyai hak cipta ke atas gambar-gambar BBC dan kini terdapat 4 juta
monokrom dan gambar warna.
Bahan asal tidak dipinjamkan. Perpustakaan mempunyai banyak salinan foto hitam putih yang boleh dipinjam pada bila-bila masa, dan gambar warna boleh dicetak semula dalam masa 24 jam di Unit fotografi. Pemohon dikenakan
bayaran, tetapi bahan perlu dikembalikan ke perpustakaan untuk penyimpanan se'lepas digunakan.
News Stills Library pula merupakan perpustakaan pusat fotografi yang wujud lebih
.~~~==~-------====------------=~
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
25 tahun dahulu . Koleksinya yang telah
menjangkau I jUla gambar warna dari pelbagai
bidang perkara. Gambar hitam putih juga
terdapat di dalam koleksi tetapi BBC tidak
mempunyai hak cipta ke alas gambar-gambar
terse but. Perpustakaan ini juga mempunyai 50
ribu images yang lelah di digitize di atas Gallery
2000 yang disambung terus ke kawasan berita
grafik. Keberkesanan projek ini masih
diperingkal kajian.
11. Film and Television Archives, BBC Libraries and Archives
Koleksi media yang lerdapal di sini lerdiri dari
lape (2 " lape sebanyak 20,000 unit , 1" tape
sebanyak 180,000 unil, V-matic 60.000 UIut ,
Betacam 150.000 unit, 03 150,000 unit, filem
595,000 unit dan pita kaset, cakera padat dan
disk sebanyak 345,000 unit). Koleksi ini
merupakan program yang d iterbitkan oleh
BBC. Memandangkan BBC adalah sebuah
organisasi yang besar dan mempunyai cawangan
di seluruh dunia , adalah menjadi dasar BBC di
mana setiap program yang dihasilkan perlu
diserahkan kepada BBC Information & Archives. Pemilihan koleksi adalah terpulang
SeAilar PerplI.'i11l4tlUII
kepada perpustakaan samada bahan untuk
simpanan menepati ciri-ciri Pemeliharaan dan
Produksi BBC.
Bagi filem pula, perpustakaan akan menyimpan
bahan yang telah died it sahaja. Bahan yang
terdiri dari cut negative, masler soundtrack, transmission print, safety soundtrack, answer print, M&E track dan DATakan disimpan tanpa
pilihan.
PENUfUP
Lawatan ini amat berfaedah kepada saya di mana saya
berpeluang untuk melihat sendiri kemajuan
perpustakaan di luar negara khususnya di mana
mereka lebih kehadapan di dalam bidang
perpustakaan dibandingkan dengan Malaysia.
Kesedaran orang ramai, institusi-institusi awam dan
swasta adalah am at tinggi betapa pentingnya
perpustakaan dan perlunya ruang perpustakaan
dilengkapi dengan bahan-bahan terbitan di dalam
negara . Bahanjuga diserahkan kepada perpustakaan
sebagai hadiah dan mereka berbangga bahan tersebut
menjadi rujukan para penyelidik. Kesedaran ini memudahkan lagi kerja mendapatkan bahan bagi
koleksi perpustakaan.
--------------------~===========.
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1996 - Perpustakaan Negara Malaysia