laporan latihan kebakaran

3
LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SJK ( C) CHI MANG MEI DAN JULAI 2010 SJK ( C) Chi Mang telah mengadakan latihan kebakaran buat kali pertama pada 28 Mei 2010 dan latihan kebakaran kali kedua pada 13 Julai 2010. Latihan kebakaran telah diadakan kira-kira Jam 8.30 pagi. Program ini telah dijalankan oleh unit HEM. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku sesuatu kebakaran. Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di sekolah. Setelah lonceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas untuk ke tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Guru besar telah menetapkan bahawa pengumpulan murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di tempat lapang berdepanan dengan sekolah dan di dewan sekolah. Hal ini kerana kedudukan SJK

Upload: serchingmax

Post on 24-Jun-2015

5.438 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN

SJK ( C) CHI MANG

MEI DAN JULAI 2010

SJK ( C) Chi Mang telah mengadakan latihan kebakaran buat kali

pertama pada 28 Mei 2010 dan latihan kebakaran kali kedua pada 13 Julai

2010. Latihan kebakaran telah diadakan kira-kira Jam 8.30 pagi. Program ini

telah dijalankan oleh unit HEM. Tujuan utama program ini dijalankan untuk

memberikan kesedaran kepada warga sekolah cara bertindak apabila berlaku

sesuatu kebakaran. Latihan kebakaran ini juga diadakan bertujuan untuk

melatih murid-murid bersedia semasa berlaku kecemasan atau kebakaran di

sekolah.

Setelah lonceng panjang dibunyikan, semua murid bergegas untuk ke

tempat yang telah ditetapkan untuk berkumpul. Guru besar telah menetapkan

bahawa pengumpulan murid-murid ketika berlaku kebakaran adalah di

tempat lapang berdepanan dengan sekolah dan di dewan sekolah. Hal ini

kerana kedudukan SJK ( C) Chi Mang yang berada di atas lautan

mnyukarkan murdi-murid sekiranya berlaku kebakaran di depan pintu

masuk sekolah.

Murid-murid dikawal oleh guru-guru kelas masing-masing. AJK

disiplin memastikan semua murid berkumpul dan ada pada tempat yang

telah ditetapkan. Guru kelas masing-masing mengambil kedatangan untuk

memastikan tiada seorang pun murid yang tertinggal di dalam kelas atau di

dalam sekolah.

Page 2: LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN

Latihan ini adalah sebahagian daripada program wajib sekolah pada

setiap tahun bagi memastikan murid dan kakitangan SJK ( C) Chi Mang

sentiasa dalam keadaan bersedia ketika menghadapi bencana kebakaran. 

Selain daripada kebakaran, para pelajar juga didedahkan dengan

kemungkinan-kemungkinan bencana alam yang lain seperti ribut kuat dan

gempa bumi.  Tahniah kepada AJK Kebakaran sekolah kerana telah berjaya

menjalankan latihan kebakaran tersebut.