latihan kebakaran di blok c wisma sri pahang … · latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi...

2
LATIHAN KEBAKARAN DI BLOK C WISMA SRI PAHANG KUANTAN, 10 Ogos 2018 – Satu Latihan Kebakaran telah diadakan pada 10 Ogos 2018 bertempat di Blok C Wisma Sri Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang. Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman menyelamat mangsa kebakaran serta pertolongan cemas kepada Pasukan Tindak Balas Kecemasan Blok C yang baru dilantik. Bahagian yang terliat dalam Latihan kebakaran ini ialah Bahagian Teknologi Maklumat, Unit Korporat dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang. Latihan ini juga mendapat kerjasama yang amat baik daripada agensi luar iaitu Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Bukit Ubi Kuantan dan Bahagian Kecemasan, Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Latihan Kebakaran ini bermula dari jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi yang turut di hadiri oleh Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan iaitu Tuan Haji Ahmad Rizal bin Ali @ Jaafar selaku Komander Pasukan ERT Pejabat SUK Pahang.

Upload: lybao

Post on 24-Jul-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LATIHAN KEBAKARAN DI BLOK C WISMA SRI PAHANG

KUANTAN, 10 Ogos 2018 – Satu Latihan Kebakaran telah diadakan pada 10 Ogos

2018 bertempat di Blok C Wisma Sri Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.

Latihan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman

menyelamat mangsa kebakaran serta pertolongan cemas kepada Pasukan Tindak

Balas Kecemasan Blok C yang baru dilantik. Bahagian yang terliat dalam Latihan

kebakaran ini ialah Bahagian Teknologi Maklumat, Unit Korporat dan Suruhanjaya

Perkhidmatan Awam Negeri Pahang.

Latihan ini juga mendapat kerjasama yang amat baik daripada agensi luar iaitu

Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Bukit Ubi Kuantan dan Bahagian Kecemasan,

Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Latihan Kebakaran ini bermula dari jam 9.00

pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi yang turut di hadiri oleh Setiausaha Bahagian

Khidmat Pengurusan iaitu Tuan Haji Ahmad Rizal bin Ali @ Jaafar selaku Komander

Pasukan ERT Pejabat SUK Pahang.