laporan latihan industri jkr

174

Click here to load reader

Upload: syahid-muhammad

Post on 24-Nov-2015

1.924 views

Category:

Documents


199 download

DESCRIPTION

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI JKR

TRANSCRIPT

  • LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

    JABATAN KERJA RAYA HULU SELANGOR 44000 HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN

    (SESI APRIL 2005 JUN 2005)

    YUSNITA BINTI RAMLI 4 SAW

    LAPORAN DIKEMUKAKAN KEPADA FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    I

  • Ruj. Tuan : Ruj. Kami : ( ) dlm.JKR.HS.1/1 DEKAN, Tarikh : 11 Jun 2005 Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai, Johor. Tuan, PER. : PENGESAHAN MENJALANI LATIHAN INDUSTRI Merujuk perkara di atas, adalah dengan ini telah disahkan bahawa Cik Yusnita Binti Ramli bernombor kad pengenalan 830117-01-5170 telah menamatkan latihan industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu. Butiran Latihan Industri : Tempoh : 4 April sehingga 11 Jun 2005 ( 10 minggu ). Bahagian : Bahagian Jalan Bidang Tugas : - Melawat tapak projek pembinaan jejantas Kalumpang

    - mengawasi kerja-kerja konkrit - mengawasi launching beam - menghadiri taklimat bancian trafik - melawat projek pembaikpulihan jambatan besi - membuat surveying jalan - memplot dan membuat kiraan (membuka sebutharga) - menghadiri taklimat penggunaan Microsoft Project

    untuk CPM (Critical Path Method) 2. Sepanjang menjalani latihan industri ini, Cik Yusnita Binti Ramli didapati berkebolehan dalam menjalankan bidang tugas yang diberi dan patuh pada setiap arahan yang diberikan tanpa sebarang masalah. Sekian, terima kasih. Disahkan oleh, (ENCIK SUHAINI BIN NORDIN) Jurutera Awam (Jalan) JKR Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu.

    II

  • PERAKUAN

    Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan atau fakta-fakta yang berkaitan.

    ............................................. Tarikh : (YUSNITA BINTI RAMLI) Disahkan oleh, .................................................. Tarikh : (EN. SUHAINI BIN NORDIN) Jurutera Awam (Jalan) JKR Hulu Selangor

    III

  • PENGHARGAAN

    Bersyukur saya ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya saya berjaya menjalani

    latihan industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor (JKR/ HS) selama sepuluh minggu

    yang bermula daripada 4 April sehingga 12 Jun 2005 seperti yang telah diwajibkan oleh

    pihak fakulti bagi pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam sesi 2004/2005.

    Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga

    kepada seluruh tenaga, tunjuk ajar, dorongan, nasihat dan idea-idea yang telah dicurahkan

    kepada saya sepanjang saya menjalani latihan industri di jabatan ini. Sesungguhnya

    segala ilmu yang diberikan kepada saya akan saya pergunakan dengan sebaiknya demi

    masa depan saya untuk mengharungi alam pekerjaan kelak.

    Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada

    En. Suhaini bin Nordin selaku Jurutera Awam (Jalan) yang telah menjaga, mendidik dan

    memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang saya di sini. Tidak lupa juga kepada

    kakitangan yang lain seperti En. Zainal bin Saman (Pembantu Juruteknik), En. Suhairi

    bin Ahmad, Pn. Norzieana binti Roslan dan Pn. Rohaizainy binti Zainudin di atas

    kesudian memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya dalam melaksanakan tugas dan

    membantu saya menyelesaikan segala masalah yang dihadapi sepanjang sesi latihan

    industri ini.

    Akhir sekali tidak ketinggalan juga saya ingin mengucapkan terima kasih buat

    ayah dan ibu serta pelajar-pelajar Politeknik yang juga membuat latihan praktikal di

    jabatan yang sama kerana sering menyuntik semangat dan memberikan cadangan yang

    bernas kepada saya.

    Sekian, terima kasih.

    IV

  • ISI KANDUNGAN

    BIL. PERKARA MUKA SURAT

    1. JUDUL I 2. PENGESAHAN II 3. PERAKUAN III 4. PENGHARGAAN IV 4. ISI KANDUNGAN V - VIII 5. SENARAI LAMPIRAN DAN FOTO IX X 6. BAB 1 PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI 1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI 1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

    1 1 1 2

    7. BAB 2 LATAR BELAKANG JABATAN 2.1 PENUBUHAN JABATAN KERJA RAYA 2.2 STRUKTUR ORGANISASI

    3 3 12

    8. BAB 3 PERATURAN KONTRAK DI JKR 3.1 KONTRAK 3.2 TENDER 3.3 BAYARAN PENDAHULUAN 3.4 KECUKUPAN DOKUMEN KONTRAK 3.5 BAYARAN KEMAJUAN 3.6 PERUBAHAN HARGA UNTUK KONTRAK 3.7 POTONGAN 3.8 KERJA KERJA PAKAR 3.9 MESYUARAT TAPAK BINA 3.10 KONTRAK YANG TIDAK SIAP 3.11 TUNTUTAN KONTRAK KIRA-KIRA AKHIR 3.12 ARAHAN KEPADA PENTENDER 3.13 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA 3.14 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

    13 13 15 15 16 17 18 18 19 20 20 20 21 21 21 22 22 24 24 29 29 34

    9. BAB 4 ACUAN KONKRIT 4.1 FUNGSI-FUNGSI BAHAGIAN ACUAN 4.2 JANGKA MASA PENANGGALAN ACUAN 4.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM PEMBINAAN ACUAN

    35 36 36 37

    V

  • 10. BAB 5 ASAS DAN CERUCUK

    5.1 PENGENALAN 5.2 FUNGSI-FUNGSI ASAS 5.3 KATEGORI ASAS 5.4 JENIS-JENIS ASAS 5.5 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN 5.6 PEMILIHAN ASAS 5.7 ASAS CERUCUK 5.8 PEKERJAAN CERUCUK PACAK 5.9 CARA MENGAMBIL SET 5.10 KERJA CERUCUK DI TAPAK BINA 5.11 MUTU CERUCUK 5.12 KAWALAN PENANAMAN CERUCUK 5.13 UJIAN CERUCUK 5.15 KERJA PENGGALIAN LUBANG 5.16 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK 5.17 KERJA PEMBINAAN TETOPI CERUCUK

    38 39 39 39 39 40 41 42 42 45 45 45 47 47 48 48 50 50 55 55 56 58 58

    11. BAB 6 KONKRIT 6.1 PENGENALAN 6.2 BAHAN-BAHAN KONKRIT 6.3 MEMBANCUH KONKRIT 6.4 JENIS-JENIS GRED KONKRIT 6.5 UJIAN KE ATAS BANCUHAN KONKRIT 6.6 UJIAN KIUB 6.7 UJIAN RUNTUH 6.8 MENGANGKUT DAN MENUANG KONKRIT

    59 59 62 62 63 64 64 68 68 69 69 70

    12. BAB 7 KERJA-KERJA BAR DAN TETULANG 7.1 PENGENALAN 7.2 JENIS BAR DAN TETULANG 7.3 PENYIMPANAN BESI DAN TETULANG 7.4 PEMBENGKOKKAN BESI DAN TETULANG 7.5 PEMASANGAN TETULANG KELULI 7.6 SEMAKAN BESI TETULANG

    71 71 71 72 72 73 73 74 74

    13. BAB 8 PEMBINAAN INFRASTRUKTUR 8.1 PENDAHULUAN 8.2 KERJA TANAH 8.3 PEMBERSIHAN TAPAK

    75 75 76 77

    VI

  • 8.4 SISTEM PERPARITAN 8.5 KERJA PENGGALIAN 8.6 PEMASANGAN LONGKANG KONKRIT 8.6 TAKUNGAN 8.7 KERJA MENANAM RUMPUT DAN PADANG 8.8 KERJA SALIRAN KEKOTORAN 8.9 PENYIASATAN TAPAK 8.10 SILING 8.11 BUMBUNG 8.12 BAHAN-BAHAN PENEBAT 8.13 KERJA PEMASANGAN GENTING KONKRIT SALING MENGIRAT 8.14 TINGKAP 8.15 PINTU 8.16 KERJA PEMASANGAN RANGKA TINGKAP DAN PINTU 8.17 KERJA BATA

    77 78 78 79 79 79 80 81 83 83 85 85 86 86 88 88 88 90 90 91 91 91 94

    14. BAB 9 JAMBATAN 9.1 PENGENALAN 9.2 KOMPONEN JAMBATAN 9.3 SETTING OUT 9.4 KERJA KERJA TANAH 9.5 KERJA - KERJA PENCERUCUKAN 9.6 ABUTMENT DAN PIER 9.7 PENYELIAAN KERJA KONKRIT 9.8 PEMBINAAN INFRASTRUKTUR 9.9 EXPANSION JOINT 9.10 PERALATAN JAMBATAN 9.11 PENGENDALIAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN AWAM

    95 95 96 96 98 98 100 100 - 106 106 108 108 110 110 117 118 119 119 120 120 124

    15. BAB 10 CERUN 10.1 PENGENALAN 10.2 PENGARUH GEOLOGI TERHADAP KESTABILAN CERUN 10.3 GAMBARAN TENTANG MASALAH KESTABILAN CERUN 10.4 PERLINDUNGAN / KESTABILAN CERUN 10.5 LONGKANG CERUN

    125 125 126 127 128 128 138 138

    16. BAB 11 JALANRAYA 11.1 PENGENALAN 11.2 PENYEDIAAN SUB-GRED 11.3 BAHAN PENUTUP

    139 139 139

    VII

  • 11.4 SUB TAPAK 11.5 LAPISAN SALUT 11.6 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH LEMBUT 11.7 TAMBAKAN JALAN PADA TANAH BERBUKIT YANG SEMULAJADI 11.8 KAEDAH PENYIASATAN TAPAK

    140 140 141 141 142 142 143 143

    17. BAB 12 TEKNOLOGI BARU 12.1 PENGENALAN 12.2 KENAPA POWERMESH 12.3 KELEMAHAN SISTEM SEMASA 12.4 KONSEP 12.5 IMPLIKASI SISTEM SEMASA

    144 144 145 146 147 148 150 150 150

    18. KESIMPULAN 157

    19. CADANGAN 158

    20. RUJUKAN 159

    21. LAMPIRAN 160

    VIII

  • SENARAI LAMPIRAN BIL PERKARA LAMPIRAN 1. STRUKTUR ORGANISASI (PENTADBIRAN) 1.0

    2. STRUKTUR ORGANISASI (BANGUNAN) 2.0

    3. STRUKTUR ORGANISASI (JALAN) 3.0 (a) & (b)

    4. BORANG TENDER 4.0 (a) & (b)

    5. CONTOH SURAT SETUJU TERIMA TENDER 5.0 (a),(b),(c) & (d)

    6. PERJANJIAN KONTRAK 6.0

    7. - LAPORAN RINGKAS KONTRAK KERJA

    - CATATAN MESYUARAT TAPAK - CONTOH RINGKASAN LAORAN KERJA

    7.0 (a) 7.0 (b) 7.0 (c)

    8. BORANG SEBUTHARGA 8.0

    9. BUTIR-BUTIR SPESIFIKASI 9.0

    10. CARTA : - PROSEDUR PEROLEHAN DAN BEKALAN - PEROLEHAN KONTRAK PUSAT - PEROLEHAN PEMBELIAN TERUS - PEROLEHAN SEBUTHARGA - PEROLEHAN TENDER - PENERIMAAN BARANGAN DAN PERKHIDMATAN - PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING PENYIASATAN TANAH - PEROLEHAN PERKHIDMATAN PERUNDING

    10.0 (a) 10.0(b) 10.0(c) 10.0(d) 10.0(e) 10.0(f) 10.0(g) 10.0(h)

    11. - REKOD PENANAMAN CERUCUK - KIRAAN - LAYOUT CERUCUK

    11.0(a) 11.0(b) 11.0(c)

    12. CONTOH LAPORAN UJIAN KIUB 12.0 (a), (b) & (c)

    13. CONTOH LAPORAN UJIAN BAR TETULANG 13.0

    14. JENIS GELINCIRAN DALAM CERUN BAKI 14.0

    IX

  • 15.

    GAMBARAJAH KESTABILAN CERUN 15.0 & 16.0

    16.

    PELAN KAEDAH GABION, HYDROSEEDING, RUBBLE PITCHING

    17.0

    17. PELAN KAEDAH GABION 18.0

    18. GAMBARAJAH KAEDAH GABION 19.0

    19. - GAMBARAJAH KAEDAH SOIL NAILS & LONGKANG - GAMBARAJAH SOIL NAILS HEAD

    20.0(a) & (b) 20.0(c)

    20. PELAN SOIL NAILS HEAD 21.0

    21. GAMBARAJAH SISTEM LONGKANG 22.0 (a) & (b)

    22. PELAN JALANRAYA

    23.0

    23. JADUAL KRITERIA REKABENTUK JALAN 24.0

    24. PAPAN TANDA KERJA-KERJA PEMBINAAN 25.0

    25. BARRIER JALAN 26.0

    26. SURAT TAKLIMAT BANCIAN 27.0

    SENARAI FOTO BIL. PERKARA LAMPIRAN 1. KONKRIT BEAM 28.0

    2. UJIAN BEARING PAD 29.0

    3. TURAPAN JALAN 30.0

    X

  • BAB 1 : PENDAHULUAN

    1.1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Sarjana Muda

    Kejuruteraan Awam sebagai syarat penganugerahan ijazah. Latihan ini juga

    bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar tentang

    keadaan sebenar dalam bidang kerjuruteraan awam dan sebagai persediaan awal

    bagi pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 2004/2005, latihan

    ini berjalan selama 10 minggu iaiatu bermula pada 4 April sehingga 12 Jun 2005.

    Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan

    industri di Jabatan Kerja Raya Hulu Selangor. Di dalam jabatan ini, saya telah

    ditempatkan di bahagian Jalan. Sepanjang latihan ini saya diberi peluang untuk

    mengikuti juruteknik-juruteknik yang terlibat ke tapak-tapak projek yang

    berkaitan. Perisian yang saya perolehi adalah ianya dapat membantu saya

    memahami keperluan kerja dan meningkatkan pemahaman akademik yang lebih

    jelas serta meluas dalam selok-belok bidang kejuruteraan awam.

    1.2 TUJUAN LATIHAN INDUSTRI

    Latihan industri ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengenalan

    kepada pelajar tentang berbagai-bagai aspek amalan dalam Kerjuruteraan Awam

    dan peranannya dalam masyarakat.

    1.3 OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

    Di antara objektif latihan industri ini diadakan adalah untuk :

    a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar

    b) Menambah dan meluaskan pengetahuan teknikal kemahiran pelajar

    c) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap

    pelajaran di universiti

    XI

  • d) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori dengan praktikal yang

    dilalui

    e) Mengetahui dan dapat membiasakan diri dengan peraturan-peraturan

    keselamatan di dalam industri

    f) Menanam sifat amanah dan bertanggungjawab

    g) Menanam sikap ingin sentiasa mengetahui perkara-perkara yang baru

    h) Menyuntik semangat dalam diri pelajar untuk terus tingkatkan diri

    dalam bidang yang diceburi

    Latihan industri ini penting kepada siswazah untuk keyakinan diri, meluaskan

    pergaulan sama ada secara korporat atau tidak, menanam semangat kerja

    berpasukan dan perhubungan baik sesama pekerja, menilai kebolehan diri di alam

    pekerjaan dan memperkenalkan diri pelajar sendiri dari segi kebolehan,

    kesanggupan dan sikap kepada bakal majikan serta dapat menyediakan laporan

    rasmi selepas tamat latihan.

    XII

  • BAB 2 : LATAR BELAKANG JABATAN

    2.1 PENUBUHAN JABATAN KERJA RAYA

    Jabatan Kerja Raya telah ditubuhkan sejak 1872 dan berfungsi sebagai

    sebuah agensi teknikal kepada Kerajaan Malaysia. Jabatan Kerja Raya Malaysia

    berperanan melaksanakan projek- projek pembangunan dan penyelenggaraan

    infrastruktur kepada pelbagai kementerian, jabatan, badan berkanun dan kerajaan

    negeri seperti jalan, bekalan air, bangunan, lapangan terbang, pelabuhan dan jeti

    bagi memenuhi keperluan negara.

    2.2 STRUKTUR ORGANISASI

    Kerja Raya (Public Work) adalah bertanggungjawab di dua peringkat

    pentadbiran iaitu persekutuan dan negeri, oleh yang demikian terdapat JKR

    Persekutuan dan JKR Negeri. Walau bagaimanapun organisasi JKR Sabah dan

    Sarawak adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri masing-masing.

    Peringkat organisasi JKR adalah seperti berikut :

    a) JKR Malaysia Terdiri dari Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia dan Pejabat-

    pejabat Pengarah Cawangan di peringkat Ibu Pejabat JKR Malaysia di Kuala

    Lumpur.

    b) JKR Negeri, Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri dan Unit Khas JKR Terdiri dari Pejabat-pejabat Pengarah JKR Negeri, Pejabat-pejabat

    Pengarah JKR Wilayah Persekutuan, Pejabat-pejabat Pengarah JBA Negeri dan

    Pejabat-pejabat Pengarah Unit Khas.

    c) JKR Daerah dan JBA Daerah

    XIII

  • Terdiri dari Pejabat-pejabat Jurutera JKR Daerah dan Jurutera Daerah.

    2.2.1 Latarbelakang Organisasi

    Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor terletak di pekan Kuala

    Kubu Bharu. Ianya terletak di dalam kawasan bangunan kerajaan seperti

    Jabatan Bekalan Air (JBA), Pejabat Daerah dan Tanah serta Mahkamah

    Majistret, Kuala Kubu Bharu.

    JKR Hulu Selangor terbahagi kepada 3 unit. Bahagian pertama

    adalah unit kontrak, ukur bahan dan kewangan. Bahagian unit kedua

    adalah unit bangunan. Unit ini hanya diketuai oleh pembantu teknik iaitu

    En. Amir Zaki bin Elham selaku pemangku di bahagian bangunan. Di

    bahagian bangunan ini masih tidak mempunyai ketua setelah jurutera yang

    terdahulu telah bersara.

    Untuk unit ketiga adalah unit jalan yang diketuai oleh Jurutera

    Awam (Jalan) iaitu En. Suhaini bin Nordin serta dibantu oleh seorang

    pembantu teknik iaitu En. Zainal bin Saman.

    JKR Hulu Selangor sentiasa menjalankan segala kerja pembinaan

    dengan baik dan memberikan komitmen yang tinggi serta sentiasa

    memberi penekanan kepada masa, kos dan rekabentuk yang terbaik di

    samping mutu yang membanggakan.

    2.2.2 Objektif dan misi JKR

    Objektif JKR Hulu Selangor adalah untuk menyediakan

    infrastruktur dan kemudahan awam khususnya jalan, bangunan, lapangan

    terbang, sekolah, pelabuhan dan pengkalan bagi memenuhi keperluan

    pembangunan Negara dengan sentiasa memberi penekanan kepada :

    J Jangka masa secepat mungkin

    K - Kos yang ekonomi

    R - Rupabentuk dan mutu yang terbaik

    XIV

  • Manakala misi korporat JKR adalah memberi nasihat dan

    perkhidmatan kepada kerajaan, kementerian dan jabatan dalam

    perancangan rupabentuk dan pembinaan projek-projek pembangunan

    infrastruktur dan kemudahan awam, yang meliputi kemudahan jalanraya,

    bangunan, kerajaan dan lain-lain. JKR juga mengendali dan

    menyelenggara kemudahan-kemudahan jalanraya, bangunan tertentu

    kerajaan.

    2.2.3 Organisasi JKR

    JKR Hulu Selangor diketuai oleh seorang jurutera daerah iaitu

    Tuan Mohd Zein bin Mohd Noor. JKR Hulu Selangor terdiri daripada

    bahagian-bahagian seperti berikut:

    - Pentadbiran dan Kewangan

    - Bangunan

    - Kontrak dan Ukur Bahan

    - Elektrik

    - Jalan

    JKR Hulu Selangor juga dibantu oleh cawangan JKR Stor yang

    dilengkapi perkhidmatan sokongan kepada fungsi-fungsi JKR. Bahagian

    tersebut diketuai oleh Ketua Penyelenggara.

    2.2.4 Tujuan JKR Merancang, membina, memperbaiki dan menyelenggara jalanraya

    dan jambatan, bangunan pejabat kerajaan, bangunan khas dan sekolah-

    sekolah untuk menentukan infrastruktur dan kemudahan awam adalah

    sentiasa dalam keadaan baik. Selain itu, untuk menjamin pembangunan

    sosio-ekonomi dan dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan selaras

    dengan dasar ekonomi baru.

    XV

  • Memberi nasihat teknik dalam bidang kejuruteraan dan menjadi

    agensi perlaksanaan projek-projek jabatan dan agensi kerajaan dan

    sentiasa memberi penekanan keapda:

    Jangka masa yang pendek Kos yang ekonomi Rupabentuk dan mutu yang terbaik

    2.2.5 Dasar dan Matlamat Yang Strategi Selaras dengan dasar ekonomi baru strategi jabatan dalam

    mencapai objektif kerajaan adalah seperti berikut:

    a) Pembinaan lebih banyak jalan besar dan kecil untuk mukim atau

    kampung yang kurang maju untuk membangunkan kawasan itu

    dengan memudahkan pengangkutan.

    b) Memperbaiki serta melebarkan jalan-jalan untuk mengatasi

    masalah lalulintas dan menjimatkan masa perjalanan dan juga

    untuk menjamin keselamatan pengguna jalanraya.

    c) Memberi, katakan di dalam perlaksanaan projek-projek

    pembangunan di kawasan kurang maju.

    d) Membina jalan baru dalam kawasan pedalaman untuk menjadi

    jalan keselamatan.

    e) Merancang dan melaksanakan infrastruktur selaras dengan

    cadangan-cadangan pelan struktur.

    f) Menjadi agensi pelaksanaan bagi projek jabatan-jabatan Kerajaan

    Negeri dan Persekutuan.

    2.2.6 Piagam Pelanggan JKR Bahagian Jalan a) Komitmen kami ialah memberi perkhidmatan yang menyerluruh

    kepada pengguna menerusi perlaksanaan dan mempunyai ciri-ciri

    keselamatan.

    XVI

  • b) Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 3 hari setelah

    aduan diterima untuk memperbaiki lubang-lubang yang

    membahayakan lalulintas di atas turapan jalan.

    c) Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam untuk

    membersihkan pokok-pokok tumbang dipermukaan jalan atau

    tanah runtuh setelah aduan diterima.

    d) Bagi projek-projek yang menggunakan pelan piawai kami adalah

    komited untuk menyiapkan projek dari tarikh penerimaan surat

    kuasa pelaksanaan seperti berikut:

    Kos projek kurang daripada RM 1 juta-2 tahun Kos projek antara RM 1-RM 10 juta-3 tahun Kos projek antara RM 5-RM 10 juta-4 tahun

    e) Bagi projek-projek yang menggunakan rekabentuk baru tempoh

    siap kerja mengikut jadual yang dipersetujui dalam kontrak.

    f) Membaiki kerosakan hawa dingin di bangunan-bangunan kerajaan

    dalam masa 3 hari setelah aduan diterima.

    2.2.7 Piagam Pelanggan Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan a) Melayan semua pemborong dengan mesra, bertanggungjawab dan

    selengkap yang boleh.

    b) Pemilihan kontraktor yang berjaya akan dibuat dalam tempoh 3

    minggu dari tarikh sebutharga ditutup.

    c) Dokumen kontrak akan disediakan dalam masa 1 minggu selepas

    dokumen insurans, perkeso, bon pelaksanaan dan surat setuju

    terima dikembalikan oleh kontraktor dengan lengkap.

    d) Setiap penjualan borang sebutharga dan borang tawaran tender

    akan dikeluarkan resit dengan serta-merta pada hari yang sama.

    XVII

  • 2.2.8 Bahagian Pembinaan Dan Penyelenggaraan Bangunan Bahagian ini bertanggungjawab untuk merekabentuk, membina

    dan menyelenggara bangunan-bangunan kerajaan serta mengurus dan

    mentadbir kontrak-kontrak kerajaan. Untuk menjalankan fungsinya

    dengan lebih berkesan, aktiviti ini dibahagikan kepada 3 unit. Arkitek

    yang bertanggungjawab atas aspek rekaan dan penyediaan lukisan serta

    mengawasi projek bangunan yang dilaksanakan oleh JKR Hulu Selangor.

    2.2.9 Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan Aktivitinya ialah mengendalikan dan menguruskan segala urusan

    kerjaraya dan kemudahan yang melibatkan jalanraya, jambatan dan

    bangunan-bangunan untuk kegunaan awam dan bangunan-bangunan

    pejabat dan rumah kerajaan diperingkat negeri.

    Merancang, mengurus dan mengawal kumpulan wang di bawah

    belanja mengurus dan pembangunan bagi program-program pembinaan,

    memperbaiki jalanraya dan jambatan serta bangunan kerajaan dan jabatan-

    jabataan persekutuan, mengenai pelaksanaan projek-projek di bawah

    naungannya.

    2.2.10 Piagam Pelanggan Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan a) Bahagian Pentadbiran

    i. Melayan pertanyaan aduan orang awam dan kakitangan

    jabatan dengan mesra serta memberi maklumat

    selengkapnya.

    ii. Menyampaikan pertanyaan / aduan yang diterima kepada

    bahagian berkenaan (jalan, bangunan atau elektrik) pada

    hari yang sama.

    iii. Menguruskan pelbagai urusan perkhidmatan berhubung

    dengan jawatan untuk kakitangan dengan mesra dan

    secepat mungkin.

    XVIII

  • b) Bahagian Kewangan i. Melayan semua pertanyaan daripada pemborong,

    kakitangan jabatan, pengawal-pengawal dari jabatan luar

    dan orang awam dengan ramah mesra serta dengan

    selengkap yang boleh.

    ii. Menghantar baucer gaji ke bendahari negeri sebelum 15

    raribulan setiap bulan.

    iii. Menghantar baucer tuntutan elaun perjalanan kakitangan

    sebelum 10 haribulan setiap bulan.

    iv. Memasukkan pungutan hasil jabatan ke dalam bank setiap

    hari.

    v. Menyediakan baucer bayaran dan bilangan-bilangan yang

    diterima dari pelanggan ke bendahari dalam tempoh 4 hari.

    vi. Menyediakan baucer bayaran untuk projek dalam tempoh 4

    hari selepas bayaran diperakukan.

    vii. Setiap penerimaan wang akan dikeluarkan resit dengan

    serta merta untuk cek resit dalam masa sebulan.

    2.2.11 Bahagian Kontrak Dan Ukur Bahan Objektif utama bahagian ini ialah untuk menentukan kos

    pembinaan projek-projek kerajaan yang dikendalikan oleh JKR adalah

    sepadan dengan nilai-nilai yang diperolehi dan memastikan segala

    perbelanjaan ke atas sesuatu projek adalah adil dan memenuhi ciri-ciri

    public accountability. (Rujuk lampiran 1.0)

    Perkhidmatan yang disediakan oleh bahagian ini ialah :

    a) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan kos ekonomi

    pembinaan, menyediakan kos pelan dan menjalankan semakan kos

    terhadap kerja yang direkabentuk.

    b) Menyediakan senarai kuantiti dan dokumen-dokumen tender yang

    lain.

    XIX

  • c) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan prosedur tender

    dan pengurusan kontrak.

    d) Mempelawa, menilai dan membuat laporan ke atas tender-tender.

    e) Mengurus atau melibatkan diri dengan perundingan pra-kontrak.

    f) Menyedia dan mengedarkan dokumen kontrak.

    g) Menyediakan penilaian kemajuan kerja dan perakuan bayaran

    interim.

    h) Menyediakan dokumen tender, mempelawa, menilai dan membuat

    laopran tender untuk kerja / bekalan bahan-bahan yang terkandung

    dalam kontrak sebagai Wang Kos Prima dan Wang Peruntukan

    Sementara.

    i) Menyediakan penilaian kerja perubahan dan perakuan perubahan

    kerja dan menyelesaikan akaun.

    j) Memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan pengeluaran

    perakuan-perakuan dan notis-notis yang diperlukan dalam

    pentadbiran kontrak seperti perakuan kelambatan dan lanjutan

    masa, perakuan kerja tak siap, notis-notis bagi penamatan

    pengambilan kerja kontraktor dan sebagainya.

    k) Memberikan khidmat nasihat ke atas masalah am yang berkaitan

    dengan pentadbiran kontrak.

    l) Menilai, merunding dan menyelesaikan tuntutan dan membantu di

    dalam kes timbang tara.

    2.2.12 Bahagian Bangunan a) Fungsi Bahagian Bangunan

    Bahagian bangunan menjalankan fungsi-fungsi seperti berikut :

    i. Melaksanakan projek-projek pembinaan Bangunan Khas

    dan Rumah Kediaman Jabatan yang dibiayai oleh Kerajaan

    Negeri/ Persekutuan.

    ii. Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan dalam

    sector sosio-ekonomi bagi pihak jabatan Menteri Besar di

    XX

  • mana perbelanjaan projek-projek ini dibiayai sepenuhnya

    melalui peruntukan negeri.

    iii. Melaksanakan projek-projek pembinaan bangunan agensi

    dan jabatan persekutuan di mana perbelanjaan dibayar

    melalui peruntukan persekutuan.

    iv. Menyelenggara bangunan-bangunan kegunaan am untuk

    Kerajaan Negeri dan Persekutuan. (Rujuk lampiran 2.0)

    b) Piagam Pelanggan Bahagian Bangunan i. Sedia memberi khidmat nasihat teknikal dengan cepat,

    tepat dan professional.

    ii. Merancang dan melaksana projek-projek bangunan

    mengikut keperluan pelanggan dengan menekankan mutu,

    jangkamasa yang sesuai dan kos yang berkesan.

    iii. Aduan kerosakan bangunan yang segera akan ditangani

    dalam tempoh 1 hari manakala kerosakan biasa dalam

    tempoh 1 minggu dari tarikh aduan diterima.

    iv. Aduan kerosakan sistem pendawaian elektrik akan diatasi

    dalam tempoh 1 hari bagi kerosakan segera dan 1 minggu

    bagi kerosakan biasa.

    v. Penyenggaraan berkala bagi rumah kediaman, pejabat,

    masjid dan institusi akan dirancang bagi menghasilkan

    keberkesanan kos dengan katakan kepada bangunan yang

    uzur dan penyenggaraan terakhir tidak kurang dari 5 tahun.

    vi. Pengukuran bagi tujuan pembayaran untuk kerja

    pembangunan / penyenggaraan akan dibuat dalam tempoh

    1 minggu dari tarikh permohonan dibuat oleh kontraktor.

    vii. Baucer bayaran yang segala jenis pembayaran /

    penyenggara akan dihantar kepada agensi pembayaran

    dalam masa 1 minggu dari tarikh pengukuran.

    XXI

  • 2.2.13 Bahagian Pembinaan Dan Penyelengaraan Jalan Dan Jambatan

    Menyelaras pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan semua

    jalanraya dan jambatan Negeri dan Persekutuan untuk menentukan

    infrastruktur utama adalah dalam keadaan baik untuk menyenangkan

    pengangkutan pengeluaran pertanian dan hutan dari kawasan-kawasan

    pedalaman untuk meninggikan taraf sekitar luar Bandar.

    Menjalankan kerja-kerja rekabentuk jalanraya dan jambatan serta

    menentukan kualiti ke atas projek-projek jalan serta bahan-bahan yang

    digunakan dalam projek-projek ini. (Rujuk lampiran 3.0(a) & (b))

    a) Fungsi Bahagian Jalan i. merancang sistem rangkaian jalan-jalan utama yang

    melibatkan jalan dibawah jagaan JKR.

    ii. Mengawal pembangunan tepi jalan terutama menentukan

    jalan keluar / masuk supaya mengikut piawaian yang telah

    ditetapkan.

    iii. Menyemak dan mengulas pelan-pelan pembangunan yang

    melibatkan pembangunan di tepi jalan bawah jagaan JKR.\

    iv. Melaksanakan projek-projek jalan dan jambatan.

    v. Menyelenggara jalanraya dan jambatan sentiasa berada

    didalam keadaan baik dan selamat kepada pengguna-

    pengguna. Menjalankan ujian-ujian ke atas struktur jalan

    dan pengguna bahan binaan.

    b) Penyelenggaraan Jalan Dan Jambatan Penyelenggaraan jalan dan jambatan adalah juga dijalankan

    mengikut program-program yang ditetapkan dan juga secara ad-

    hoc yang merangkumi perkara-perkara berikut :

    i. Membaharui muka jalan dan menampal lopak-lopak

    permukaan jalan.

    ii. Menyelenggara bahu jalan dan pemotongan rumput.

    XXII

  • iii. Membaiki dan mengukuhkan tebing jalan.

    iv. Membersih, membaiki dan membina semula jambatan,

    pembetong dan longkang-longkang di tepi jalan.

    v. Membersih, membaiki dan mengganti perabot jalan.

    vi. Mengecat garisan jalan.

    BAB 3 : PERATURAN KONTRAK DI JKR

    3.1 KONTRAK

    3.1.1 Jenis Kontrak Jenis-jenis kontrak yang terdapat dalam JKR adalah seperti berikut :

    a) Kontrak Kerja iaitu kontrak untuk membina dan menyiapkan kerja

    seperti bangunan dan sebagainya.

    b) Kontrak Bekalan iaitu kontrak untuk membekal dan menghantar

    barang-barang (Kontrak Bekalan diuruskan oleh Setor Persekutuan

    atau Setor Negeri)

    3.1.2 Borang-Borang Kontrak

    Borang-borang kontrak yang digunakan dalam JKR adalah borang

    piawai (Standard Forms).

    XXIII

  • 3.2 TENDER Tender adalah tawaran yang dibuat untuk melakukan sesuatu (seperti

    mengadakan bekalan, membina bangunan dan sebagainya) dengan syarat-syarat

    dan harga yang tertentu. Mengikut Arahan Perbendaharaan 180, tender mestilah

    dipelawa bagi semua kerja yang dianggarkan bernilai lebih daripada RM 50,000

    bagi tiap-tiap satu kerja. ( Rujuk lampiran 4.0(a) & (b))

    3.2.1 Anggaran Awal Anggaran Awal disediakan daripada lukisan-lukisan awal yang

    disediakan oleh Arkitek untuk dikemukakan kepada Jabatan/Kementerian

    Gunawan dalam bentuk borang iaitu Preliminery Detailed Abstract.

    Tujuannya ialah bagi Jabatan/Kementerian Gunawan mendapatkan

    peruntukan kewangan bagi projek yang ingin dilaksanakan.

    3.2.2 Jenis Tender Jenis tender yang biasa diamalkan oleh JKR adalah seperti berikut :

    a) Tender Terbuka (Open Tender)

    b) Tender Terhad (Restricted Tender)

    c) Tender Terpilih (Selective Tender)

    3.2.3 Panggilan Tender Cara memanggil tender adalah melalui surat khabar tempatan.

    Tawaran JKR selalunya dipanggil dengan menyiarkan iklan di dalam

    suratkhabar tempatan. Sekurang-kurangnya satu minggu sebelum sesuatu

    iklan itu akan disiarkan, sepucuk surat Kenyataan Tender hendaklah

    dihantar kepada Pengurus Suratkhabar memohon supaya disiarkan

    Kenyataan Tender pada tarikh yang ditentukan. Semua iklan tender

    hanya boleh dibuat dalam suratkhabar yang dicetak dalam Bahasa

    Malaysia sahaja.

    XXIV

  • 3.2.4 Mempamerkan Kenyataan Tender Tender-tender negeri dipamerkan di Pejabat Pengarah JKR Negeri

    atau di Pejabat Jurutera Daerah yang berkenaan. Tender-tender

    Persekutuan dipamerkan di Bahagian Bekalan dan Kontrak, Kementerian

    Kerjaraya.

    Tender-tender Persekutuan yang dikelolakan oleh JKR Negeri

    dipamerkan di Bahagian Bekalan dan Kontrak, Kementerian Kerjaraya

    dan juga di Pejabat Pengarah JKR Negeri yang berkenaan.

    3.2.5 Peti Tender Peti berkunci di mana tender dimasukkan dan bertanda dengan

    tarikh dan masa tender dibuka. Dua kunci disediakan dan disimpan oleh

    dua orang Pegawai Kanan Jabatan. Peti tender, jika boleh dipindah tempat

    hendaklah disimpan selamat di pejabat pegawai yang bertanggungjawab.

    3.2.6 Membuka Tender Tender hendaklah dibuka oleh Ahli Jawatankuasa Membuka

    Tender atau disimpan selamat jika kelewatan tidak dapat dielakkan. Peti

    Tender hendaklah dikunci. Tiap-tiap tender hendaklah dibuka dan diberi

    nombor siri serta tandatangan ringkas oleh tiap-tiap ahli jawatankuasa

    membuka tender. Nama Pentender dan harga tender hendaklah dicatit

    dalam jadual tender. Ahli Jawatankuasa hendaklah merekod di

    borang/jadual tender masa tender dibuka dan menandatangani borang

    tersebut kemudiannya.

    3.2.7 Penerimaan Tender Penerimaan Tender dibuat dengan mengemukakan Surat Setuju

    Terima kepada pentender yang berjaya dengan menyatakan, antaranya

    harga kontrak dan tarikh mengambil alih tapakbina. Pemborong juga

    dikehendaki mengemukakan gerenti perlaksanaan, polisi insurans

    kebakaran, polisi pampas an awam dan polisi pampasan pekerja atau

    XXV

  • PERKESO. Ikatan kontrak antara JKR/Kerajaan dan pemborong wujud

    sebaik sahaja Surat Setuju Terima diposkan kepada pentender yang

    berjaya. Pentender ini kemudiannya digelar Pemborong atau Kontraktor.

    (Rujuk lampiran 5.0 (a), (b), (c) & (d))

    3.3 BAYARAN PENDAHULUAN Kelayakan bayaran pendahuluan kepada kontraktor-kontraktor yang

    menjalankan kontrak-kontrak kerajaan telah diumumkan melalui Surat Pekeliling

    Pebendaharaan Bilangan 11/1979 dan dikuatkuasakan oleh JKR melalui Surat

    Pekeliling KPKR Bilangan 4/1979 bertarikh 16hb. Februari, 1979.

    3.3.1 Amaun Wang Pendahuluan

    Syarat terdahulu sebelum memulakan sesuatu kerja haruslah

    mendepositkan kepada Kerajaan, yang mana terkandung dalam Kontrak;

    suatu Bon Perlaksanaan atau Wang Pendahuluan yang berupa wang tunai

    atau dalam bentuk Deposit Perbendaharaan, Draf Bank atau suatu Gerenti

    Bank atau Gerenti Insurans yang diluluskan bernilai sebanyak 5% dari

    Jumlah Harga Kontrak sebagai mematuhi perlaksanaan yang sewajar

    dengan kontrak ini. Kontraktor-kontraktor boleh diberi wang pendahuluan

    sebanyak 15% nilai kontrak tertakluk kepada had maksima sebanyak RM

    1.5 juta.

    3.3.2 Nilai Kontrak Nilai kontrak bagi maksud sekim wang pendahuluan ini ialah

    jumlah penuh Builders Work, iaitu nilai kontrak setelah ditolak jumlah

    Kos Prima dan Wang Peruntukan Sementara.

    3.3.3 Kelayakan Menerima Wang Pendahuluan Semua kontraktor-kontraktor yang menjalankan kontrak-kontrak

    kerja layak menerima wang pendahuluan. Pembekal-pembekal yang

    XXVI

  • sebenarnya pembuat sendiri dan bukan pengedar juga layak menerima

    wang pendahuluan ini. Kontraktor-kontraktor yang membuat permohonan

    dan layak menerima wang pendahuluan hendaklah memenuhi syarat-

    syarat berikut :

    a) Mengembalikan Surat Setuju Terima setelah ditandatangani.

    b) Bagi kontrak-kontrak kerja, kontraktor-kontraktor hendaklah

    mengemukakan polisi-polisi insurans serta resit-resit bayaran

    premium.

    c) Mengemukakan jaminan bank sebagai Gerenti Perlaksanaan bagi

    kontrak melebihi RM 25,000.

    d) Mengemukakan Gerenti Bank mengikut borang PWD.Q4/79

    sebagai cagaran untuk wang pendahuluan yang dikehendaki.

    3.4 KECUKUPAN DOKUMEN KONTRAK Dokumen Kontrak adalah dikira sebagai saling jelas-menjelas antara satu

    sama lain. kontraktor hendaklah mengadakan segala keperluan untuk

    melaksanakan Kerja dengan sewajarnya sehinggalah siap mengikut jadual dan

    mengikut maksud sebenar Dokumen Kontrak. Sebarang Percanggahan atau

    Pemesongan antara mana-mana dua atau lebih dari apa yang terkandung dalam

    Dokumen Kontrak ini, hendaklah dengan kadar seberapa segera memberi kepada

    Pegawai Penguasa secara bertulis tentang bahagian percanggahan tersebut dan

    meminta Pegawai Penguasa mengeluarkan arahan-arahan berkenaan. Dengan

    syarat bahawa, Percanggahan atau Pemesongan tersebut tidak akan

    membatalkan kontrak ini.

    3.4.1 Penyediaan Dokumen Kontrak Asal

    XXVII

  • Dokumen Kontrak Asal hanya boleh disediakan setelah Kontraktor

    yang berjaya mengemukakan Gerenti Perlaksanaan, Polisi-polisi Insurans

    yang berkenaan dan teratur dan Nombor Kod PERKESO. Semua pindaan

    kepada kontrak hendaklah terlebih dahulu ditandatangani ringkas oleh

    Juruukur Bahan/Jurutera/Arkitek dan Kontraktor. Pegawai-pegawai JKR

    telah diberi kuasa oleh Menteri Kerja Raya untuk menandatangani kontrak

    bagi pihak kerajaan mengikut nilai satu-satu kontrak. Dokumen Kontrak

    Asal yang telah ditandatangani hendaklah disimpan di tempat yang

    selamat. (Rujuk lampiran 6.0)

    3.4.2 Penyediaan Salinan Dokumen Kontrak

    Sebelum menandatangani Kontrak ini, Kontraktor hendaklah

    bersetuju dengan Pegawai Penguasa tentang kemunasabahan kadar harga

    atau harga-harga yang dinyatakan dalam Jadual Kadar Harga. Dokumen

    Kontrak ini, hendaklah terus berada dalam jagaan Pegawai Penguasa dan

    hanya akan dikemukakan apabila dikehendaki oleh kontraktor sahaja.

    Setelah Dokumen Kontrak Asal ditandatangani, tindakan segera hendaklah

    diambil untuk menyediakan bilangan salinan dokumen kontrak yang

    mencukupi. Semua salinan dokumen kontrak hendaklah diakui sah oleh

    Ketua Bahagian/Cawangan/Unit yang berkenaan dan diedarkan kepada

    pihak-pihak yang terlibat. Pegawai Penguasa, hendaklah memberi dengan

    percuma kepada kontraktor :

    a) Satu salinan Dokumen-dokumen Kontrak yang diakui benar.

    b) Dua salinan Pelan-pelan Kontrak.

    c) Dua salinan Spesifikasi dan satu salinan Jadual Kadar Harga.

    d) Lazimnya sepuluh salinan Dokumen Kontrak hendaklah

    disediakan, enam salinan dengan lukisan dan empat salinan tanpa

    lukisan.

    3.5 BAYARAN KEMAJUAN

    XXVIII

  • Penilaian di tapakbina untuk bayaran kemajuan hendaklah dibuat pada

    tiap-tiap bulan pada tarikh yang sama tanpa menghiraukan sama ada nilai

    kemajuan kerja mencukupi atau tidak untuk bayaran kemajuan diberi kepada

    kontraktor. Borang yang digunakan bagi penyediaan bayaran kemajuan ialah

    Borang PWD 66 @ JKR 66. (rujuk lampiran.)

    Penilaian kerja-kerja boleh dibahagikan kepada tiga induk iaitu :

    a) Preliminaries

    b) Kerja-kerja yang telah dijalankan

    c) Bahan-bahan di tapakbina

    3.5.1 Prelimineries

    Prelimineries bermaksud kerja-kerja awalan, bayaran ke atas

    preliminaries hendaklah dibuat mengikut nilai item-item yang tertentu

    yang telah diisi harga oleh kontraktor. Kerja mengira untuk membuat

    penilaian Prelimineries boleh dirujuk pada Jadual Kadar Harga yang

    terkandung dalam Dokumen Kontrak bagi projek tersebut.

    3.5.2 Kerja-kerja Yang Telah Dijalankan

    Jumlah nilai kerja yang telah dijalankan sehingga tarikh penilaian

    itu dijalankan. Bagi kontrak berdasarkan Senarai Bahan, adalah lebih

    mudah dan tepat untuk mentaksirkan nilai kemajuan oleh sebab tiap-tiap

    butir kerja telah diisi harga dalam Senarai Bahan kontrak berdasarkan

    Penentuan dan Lukisan, penilaian kemajuan kerja adalah dibuat

    berdasarkan kepada peratusan yang berpatutan, nilai tiap-tiap satu

    bangunan yang tercatit dalam Ringkasan Tender. Nilai kemajuan bagi

    kerja-kerja kontrak kecil akan dikira berasingan dan dibayar kepada

    Kontraktor Kecil yang dinamakan melalui Kontraktor Induk.

    XXIX

  • 3.5.3 Bahan Di Tapakbina

    Bahan-bahan binaan yang dibawa masuk ke tapakbina untuk

    digunakan dalam kerja-kerja itu adalah dinamakan Bahan di Tapakbina

    @ Materials On Site. Semua bahan-bahan itu hendaklah diambilkira dan

    ditaksir dengan harga yang berpatutan untuk menyediakan Bayaran

    Kemajuan.

    Hanya 75% nilai bahan-bahan yang ada di tapakbina akan

    dimasukkan ke dalam Sijil Bayaran Kemajuan. Sijil Bayaran

    Kemajuan hendaklah disediakan oleh Juruukur Bahan atau pegawai

    berkenaan yang mengawasi sesuatu projek. Sijil ini kemudiannya

    diperakui dan ditandatangani oleh Pegawai Penguasa/Pengarah

    Negeri/Cawangan.

    Penilaian terhadap kemajuan kerja-kerja elektrik dan mekanikal

    akan dibuat oleh Jurutera Jentera Mekanikal dan Jurutera Elektrik. Nilai-

    nilai ini pula dikemukakan kepada Juruukur Bahan atau pegawai

    berkenaan untuk dimasukkan ke dalam Sijil Pembayaran.

    3.6 PERUBAHAN HARGA UNTUK KONTRAK Syarat perubahan harga untuk kontrak hendaklah dimasukkan ke dalam

    semua kontrak binaan JKR. Dalam menyediakan bayaran kemajuan bulanan, nilai

    perubahan harga hendaklah diambilkira. Nilai perubahan harga boleh menjadi

    sebagai tambahan atau kurangan mengikut keadaan.

    3.7 POTONGAN

    Bagi tiap-tiap bayaran kemajuan, nilai perkara-perkara berikut hendaklah

    ditolak :

    XXX

  • a) Bahan-bahan yang dibekalkan oleh Kerajaan atau Agensi Kerajaan seperti

    Pernas Trading untuk bekalan keluli.

    b) Buruh yang dibekalkan oleh Jabatan.

    c) Bayaran yang dibuat bagi pihak Kontraktor.

    d) Bayaran balik wang pendahuluan.

    e) Bayaran denda sekiranya dikuatkuasakan.

    f) Semua bayaran kemajuan yang telah dibuat kepada Kontraktor

    sebelumnya.

    3.8 KERJA-KERJA PAKAR Semua pakar, saudagar, tukang dan orang-orang yang melaksanakan apa-

    apa kerja atau perkhidmatan, atau membekalkan bahan atau barang yang akan

    dibayar melalui Wang Kos Prima dan terkandung dalam Dokumen Kontrak Tiap-

    tiap kontrak biasanya mempunyai kerja-kerja pakar yang dikehendaki dijalankan

    kontraktor-kontraktor lain yang pakar dalam bidang masing-masing. Contoh

    kerja-kerja pakar ini adalah seperti pemasangan elektrik, pemasangan Jentera

    Hawa Dingin, pemasangan alat pencegah kebakaran dan sebagainya. Pegawai

    Penguasa atau Kontraktor jika diarahkan, hendaklah secara bertulus mendapatkan

    tender-tender bagi kerja atau perkhidmatan yang dinamakan Sub-kontraktor

    Dinamakan atau Pembekal Dinamakan ini. Pada peringkat kerja-kerja

    pembinaan yang sesuai, tender-tender akan dipelawa untuk kerja-kerja pakar

    dengan menggunakan Borang Q4 iaitu Borang Tawaran untuk Kontraktor Kecil

    Yang Dinamakan. Kontraktor Induk akan diarahkan supaya menerima kontraktor

    kecil itu sebagai Kontraktor Kecil Yang Dinamakan. Sebuah Kontrak Kecil,

    dengan menggunakan Borang Kontrak PWD 203N, akan disediakan oleh JKR

    untuk ditandatangani diantara Kontraktor Induk sebagai satu pihak dan

    Kontraktor Kecil Yang Dinamakan sebagai pihak yang lain. bayaran kemajuan

    untuk kerja-kerja kontrak kecil adalah dimasukkan dalam Sijil Bayaran Kemajuan

    Kontraktor Induk dan dibayarkan melaluinya kepada kontraktor kecil.

    XXXI

  • 3.9 MESYUARAT TAPAK BINA Dalam melaksanakan projek-projek JKR, adalah menjadi kebiasaan wakil

    Pegawai Penguasa di tapakbina mengadakan mesyuarat tapakbina yang diadakan

    di pejabat tapakbina tiap-tiap bulan. Wakil-wakil pihak yang terlibat dalam JKR

    dan Kontraktor Induk serta semua Kontraktor-kontraktor Kecil dikehendaki hadir

    di mesyuuarat ini. dalam mesyuarat ini, pihak-pihak JKR akan menyuarakan

    masalah yang dihadapi oleh pihak Jabatan dengan Kontraktor dan pihak

    kontraktor pula akan berpeluang menyuarakan masalah yang dihadapinya.

    Dimana yang sesuai, penyelesaian dapat dicapai dalam mesyuarat. (rujuk

    lampiran 7. (a), (b) & (c)).

    3.10 KONTRAK YANG TIDAK SIAP Di mana Kontraktor tidak dapat menyiapkan kerja-kerja dalam masa yang

    ditetapkan atau dalam Tempoh Lanjutan Masa yang telah dibenarkan, pihak

    kontraktor akan dikehendaki memberi sebab mengapa beliau tidak boleh

    dikenakan denda. Sekiranya alasan yang diberikan tidak boleh diterima, maka

    Sijil Mengenai Kerja-kerja Yang Tidak Siap akan dikeluarkan. Kontraktor

    dikehendaki membayar denda bagi tempoh kerja-kerja itu tidak siap. Bayaran

    denda ini akan dipotong dari Bayaran Kemajuan kepada Kontraktor.

    3.11 TUNTUTAN KONTRAKTOR DAN KIRA-KIRA AKHIR

    Sudah menjadi kebiasaan pemborong akan membuat tuntutan kepada JKR

    mengenai semua kerja-kerja tambahan yang telah diarahkan oleh Pegawai

    Penguasa Projek. Oleh itu setiap tuntutan itu perlu dikaji dengan teliti kerana

    tidak semua tuntutan yang dibuat munasabah dan perlu dibayar oleh

    JKR/Kerajaan. Perlu diingatkan di sini, sebarang kerja yang dibuat atas kehendak

    pemborong sendiri atau sebagai memperbaiki kesilapan yang telah dilakukannya,

    tidak boleh dituntut. Tuntutan yang munasabah mestilah diselesaikan dengan

    XXXII

  • menyediakan Arahan Pinda Kerja. Kerja-kerja mengukur mestilah dibuat dan

    kadar harga digunakan adalah seperti yang diterangkan di bawah tajuk Arahan

    Pinda Kerja.

    3.12 ARAHAN KEPADA PENTENDER

    3.12.1 Hak Kerajaan Untuk Menerima / Menolak Sebutharga

    Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima Sebutharga yang

    terendah atau mana-mana Sebutharga atau memberi apa-apa sebab diatas

    penolakan sesuatu Sebutharga. Keputusan Jawatankuasa Sebutharga

    adalah muktamad.

    3.12.2 Cara-Cara Melengkapkan Dokumen Sebutharga 3.12.2.1 Penyediaan Sebutharga

    Kontraktor adalah dikehendaki mengisi segala maklumat

    berikut dengan sepenuhnya.

    a) Harga dan tandatangan Kontraktor di ringkasan

    Sebutharga.

    b) Harga, tempoh dan tandatangan dalam Borang Sebutharga.

    (Rujuk lampiran 8.0)

    c) Senarai Kerja Dalam Tangan.

    d) Jadual Kadar Harga (jika ada).

    e) Butir-butir Spesifikasi (Rujuk lampiran 9.0).

    Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat

    di atas, Kontraktor dikehendaki menandatangani ringkas semua

    pembetulan.

    3.12.2.2 Penyerahan Dokumen Sebutharga

    XXXIII

  • a) Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan

    lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul

    yang dicatatkan dengan bilangan Sebutharga

    JKR/SEL/D/..../200... serta tajuk Sebutharga dan

    hendaklah dimasukkan ke dalam peti Sebutharga

    pada masa dan tempat yang ditetapkan dalam Notis

    Sebutharga.

    b) Jika Dokumen Sebutharga tidak diserahkan dengan

    tangan, Pentender hendaklah menghantar Dokumen

    tersebut dengan Pos supaya tiba pada atau sebelum

    masa dan ditempat yang ditetapkan.

    c) Sebutharga yang diserahkan selepas masa yang

    ditetapkan, berbangkit dari sebaranga sebab, tidak

    akan dipertimbangkan.

    d) Kegagalan Kontraktor mengembalikan Dokumen

    Sebutharga pada tarikh tutup Sebutharga akan

    membolehkan kerajaan mengambil tindakan

    tatatertib.

    3.1.2.3 Penjelasan Lanjut

    Sekiranya terdapat maklumat dalam Dokumen Sebutharga

    yang tidak jelas atau bercanggah, Kontraktor boleh menghubungi

    pejabat ini untuk penjelasan lanjut.

    3.12.3 Perbelanjaan Penyediaan Dokumen Sebutharga

    Semua perbelanjaan bagi penyediaan Sebutharga ini hendaklah

    ditanggung oleh Pentadbir sendiri.

    XXXIV

  • 3.12.4 Tempoh Sah Sebutharga Sebutharga ini sah selama 60 hari dari tarikh tutup Sebutharga.

    Kontraktor tidak boleh menarik balik Sebutharga sebelum tamat tempoh

    sah Sebutharga. Pengesyoran tindakan tatatertib akan diambil sekiranya

    Kontraktor menarik balik Sebutharga sebelum tamat tempoh sah

    Sebutharga.

    3.13 SYARAT-SYARAT SEBUTHARGA UNTUK KERJA

    3.13.1 Pemeriksaan Tapakbina

    Kontraktor adalah dinasihatkan untuk memeriksa dan meneliti

    tapakbina dan sekiranya, bentuk dan jenis tapakbina, takat dan jenis kerja,

    bahan dan barang yang perlu bagi menyiapkan kerja cara-cara

    perhubungan dan laluan masuk ke tapakbina dan hendaklah mendapatkan

    sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko luar jangkaan dan

    segala hal keadaan yang mempengaruhi dan menjejas Sebutharganya.

    Sebarang tuntutan yang timbul akibat daripada kegagalan Kontraktor

    mematuhi kehendak ini tidak akan dipertimbangkan.

    3.13.2 Bon Perlaksanaan / Insurans a) Kontraktor hendaklah mengemukakan Bon Pelaksanaan sebanyak

    5% daripada jumlah Harga Kontrak dalam bentukan Jaminan Bank

    atau Jaminan Insurans atau memilih Wang Jaminan Pelaksanaan

    yang dikenakan potongan sebanyak 10% daripada setiap bayaran

    Interim sehingga mencapai jumlah 5% harga kontrak.

    b) Kontraktor hendaklah atas nama bersama Kerajaan dan Kontraktor

    mengambil insurans seperti berikut:

    XXXV

  • i. Insurans pampasan pekerja (Workmen Compensation)

    dan atau Nombor Pendaftaran dengan PERKESO bagi

    kesemua pekerjanya.

    ii. Insurans Liabiliti Awam dan / atau Insurans Kerja

    (Sekiranya dinyatakan di dalam butir-butir Ringkasan

    Sebutharga).

    Kontraktor hendaklah mengemukakan kepada Pegawai Inden

    semua polisi insurans dan Nombor Kod Pendaftaran dengan

    PERKESO yang tersebut di atas sebelum memulakan kerja.

    Bagaimana untuk tujuan memulakan kerja sahaja Nota-nota

    Perlindungan dan resit-resit bayaran premium adalah mencukupi.

    Sekiranya Kontraktor gagal mengemukakan semua polisi insurans

    selepas tempoh sah Nota-nota Perlindungan, tanpa sebarang sebab

    yang munasabah, Pegawai Inden hendak mengambil tindakan

    seperti di bawah fasal 10(d).

    3.13.3 Peraturan Pelaksanaan Kerja Kerja-kerja yang dilaksanakan hendaklah mematuhi

    Spesifikasi, pelan-pelan, butir-butir kerja dalam Ringkasan

    Sebutharga dan Syarat-syarat yang dinyatakan dalam Dokumen

    Sebutharga ini dan arahan Pegawai Inden atau Wakilnya.

    3.13.4 Kegagalan Kontraktor Memulakan Kerja Sekiranya Kontraktor gagal memulakan kerja selepas 7 hari

    dari tarikh akhir tempoh mula kerja yang dinyatakan dalam Inden

    Kerja tanpa sebab-sebab yang munasabah, Inden Kerja akan

    dibatalkan oleh Pegawai Inden dan tindakan tatatertib akan diambil

    terhadap Kontraktor.

    3.13.5 Sub-Sewa Dan Menyerah Hak Kerja

    XXXVI

  • Kontraktor tidak dibenarkan mengsub-sewakan kerja

    kepada kontraktor-kontraktor lain. Kontraktor tidak boleh

    menyerahkan apa-apa faedah di bawah inden kerja ini tanpa

    terlebih dahulu mendapatkan perlindungan bertulis daripada

    Pegawai Inden.

    3.13.6 Penolakan Bahan, Barang Dan Kerja Oleh Pegawai / Inden Pegawai Inden atau wakilnya berhak menolak bahan,

    barang dan kerja-kerja yang tidak menepati Spesifikasi, Bahan,

    barang dan kerja-kerja yang ditolak hendaklah diganti dan

    sebarang kos tambahan yang terlibat hendaklah ditanggung sendiri

    oleh Kontraktor.

    3.13.7 Ringkasan Sebutharga a) Ringkasan Sebutharga hendaklah menjadi sebahagian

    daripada Borang Sebutharga ini dan hendaklah menjadi

    asas Jumlah Harga Sebutharga.

    b) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah

    mengambil kira semua kos termasuk kos-kos

    pengangkutan, cukai, duti, bayaran-bayaran caj lain yang

    perlu bagi menyiapkan kerja dengan sempurnanya.

    c) Tiada sebarang tuntutan akan dilayan bagi pelarasan harga

    akibat daripada perubahan kos buruh, bahan-bahan dan

    semua duti dan cukai kerajaan, sama ada dalam tempoh sah

    Sebutharga atau dalam tempoh kerja.

    d) Harga-harga dalam Ringkasan Sebutharga yang

    dikemukakan oleh Kontraktor hendaklah tertakluk kepada

    persetujuan sebelumnya daripada Pegawai Inden tentang

    kemunasabahannya. Persetujuan sebelumnya itu dan apa-

    apa pelaras kemudiannya kepada harga-harga dalam

    XXXVII

  • Ringkasan Sebutharga hendaklah dibuat sebelum Inden

    Kerja dikeluarkan.

    e) Apa-apa pelarasan harga dalam Ringkasan Sebutharga

    menurut perenggan (iv) tersebut di atas dan apa-apa

    kesilapan hisab dalam Ringkasan Sebutharga hendaklah

    dilaras dn diperbetulkan sebelum Inden Kerja dikeluarkan.

    Jumlah amaun yang dilaraskan hendaklah sama dengan

    amaun jumlah pukal dalam borang Sebutharga. Amaun

    jumlah harga pukal dalam borang Sebutharga hendaklah

    tetap dan tidak berubah.

    3.13.8 Percanggahan Dalam Dokumen Sebutharga Jika Kontraktor mendapat apa-apa percanggahan dalam

    dokumen Sebutharga maka dia hendaklah merujuk kepada

    Pegawai Inden untuk mendapatkan keputusan.

    3.13.9 Kegagalan Kontraktor Menyiapkan Kerja Dan Penamatan Perlantikan Kontraktor

    Pegawai Inden berhak membatalkan Inden Kerja sekiranya

    Kontraktor berada dalam keadaan berikut dan setelah menerima

    surat amaran daripada Pegawai Inden.

    a) Sekiranya Kontraktor masih gagal menyiapkan kerja dalam

    tempoh masa yang ditetapkan.

    b) Kemajuan kerja terlalu tanpa apa-apa sebab munasabah.

    c) Penggantungan perlaksanaan seluruh atau sebahagian kerja,

    tanpa apa-apa sebab yang munasabah.

    d) Tidak mematuhi arahan Pegawai Inden tanpa apa-apa

    alasan munasabah.

    e) Apabila Kontraktor diisytiharkan bankrap oleh pihak yang

    sah.

    XXXVIII

  • 3.13.10 Kerja Perubahan

    a) Pegawai Inden boleh menurut budi bicaranya

    mengeluarkan arahan-arahan yang berkehendakkan sesuatu

    perubahan kerja dengan secara bertulis. Tiada apa-apa

    perubahan yang dikeluarkan oleh Pegawai Inden atau yang

    disahkan kemudian oleh Pegawai Inden boleh membatalkan

    Sebutharga ini.

    b) Semua kerja perubahan dan /atau tambahan yang

    diluluskan oleh Pegawai Inden akan diukur atau dinilai

    dengan menggunakan kadar harga yang ada dalam Senarai

    Kuantiti / Ringkasan Sebutharga. Jika tidak terdapat

    sebarang kadar harga yang bersesuaian kadar harga yang

    dipersetujui oleh Pegawai Inden dan Kontraktor hendaklah

    digunakan.

    3.13.11 Tempoh Liability Kecacatan Kontraktor hendaklah membaiki apa-apa kecacatan,

    ketidaksempurnaan, kekecutan atau apa-apa kerosakan lain dalam

    tempoh Liability Kecacatan, iaitu 6 bulan tarikh penyiapan kerja.

    3.13.12 Pematuhan Undang-Undang Oleh Kontraktor Kontraktor hendaklah mematuhi segala kehendak Undang-

    undang Kecil dan Undang-undang Berkanun dalam Malaysia

    semasa perlaksanaan kerja. Kontraktor tidak berhak menuntut

    sebarang kos dan bayaran tambahan kerana pematuhannya dengan

    syarat-syarat ini.

    XXXIX

  • 3.13.13 Peraturan Membayar Selepas Siap

    Bayaran sepenuhnya hanya akan dibayar setelah Kontraktor

    menyiapkan kerja dengan sempurnanya dan mengambilkira Inden

    Kerja Asal.

    3.13.14 Tempoh Kecacatan Tempoh tanggungan kecacatan bagi kerja-kerja tersebut

    adalah selama 6 bulan dari tarikh kerja diperakukan siap.

    3.14 PROSEDUR PEROLEHAN BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

    3.14.1 Objektif

    Prosedur ini adalagh untuk memastikan perolehan bekalan

    dan perkhidmatan memenuhi peraturan yang ditetapkan supaya

    dapat menzahirkan produk sebagaimana dasar dan objektif kualiti.

    3.14.2 Skop

    Prosedur perolehan ini digunapakai oleh semua Pusat

    Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan

    perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut

    telah diterima. Prosedur ini digunapakai oleh semua Pusat

    Tanggungjawab (PTJ) yang melaksanakan perolehan bekalan dan

    perkhidmatan dengan syarat peruntukan untuk pembelian tersebut

    telah diterima. (Rujuk lampiran 10.0 (a)). Bekalan dan

    perkhidmatan diperolehi daripada pembekal yang memenuhi

    kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti berikut:

    XL

  • a) Perolehan daripada Kontrak Pusat: pembekal hendaklah

    berdaftar dan mempunyai kontrak yang masih berkuatkuasa

    dan barangan yang memenuhi kehendak. (Rujuk lampiran

    10.0 (b)).

    b) Perolehan secara Pembelian Terus: criteria sebagaimana

    yang diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan

    Bil. 4/2002 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran 10.0 (c)).

    c) Perolehan secara Sebutharga: criteria sebagaimana yang

    diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.

    2/1999 dan 2./2001 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran

    10.0 (d)).

    d) Perolehan secara Tender: criteria sebagaimana yang

    diperuntukan dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil.

    3/1995 dan 15/2001 hendaklah diapatuhi. (Rujuk lampiran

    10.0 (e)).

    3.14.3 Untuk Kaedah Perlaksanaan Secara Perkhidmatan Bukan

    Perunding

    a) Perolehan Secara Sebutharga

    i. Prosedur yang pertama apabila butiran bekalan barangan

    dan perkhidmatan diterima, Pegawai Mengurus Sebutharga

    akan menyediakan dokumen sebutharga serta anggarannya.

    ii. Setelah siap anggaran dibuat, sebutharga tersebut akan

    dipelawa / dibuka.

    iii. Sebutharga yang diterima akan diuruskan oleh

    Jawatankuasa Membuka Sebutharga.

    XLI

  • iv. Sebutharga tersebut akan dinilai Pegawai Penilai dan

    kemudian pembekal-pembekal akan dipilih oleh

    Jawatankuasa Sebutharga.

    v. Sekiranya bilangan pembekal melebihi daripada nilai

    hadnya, Lembaga Perolehan yang akan membuat pemilihan

    pembekal. Ketua unit yang berkenaan akan menyediakan

    Surat Setuju Terima dan diserahkan kepada pembekal

    tersebut.

    vi. Sekiranya tidak melebihi hadnya, Pesanan Tempatan akan

    disediakan dan diserahkan kepada pembekal. Pesanan ini

    diuruskan oleh Pengurus Tapak Projek.

    b) Perolehan Secara Tender

    i. Prosedur yang pertama apabila butiran bekalan barangan

    dan perkhidmatan diterima, Pegawai Mengurus Tender

    akan menyediakan dokumen tender serta akan disemak dan

    dicetak.

    ii. Selain itu, pegawai tersebut akan tentukan bidang

    bekalan/barangan perkhidmatan pentender.

    iii. Langkah seterusnya, Notis Iklan Tender dan dalam masa

    yang sama anggaran akan disediakan dan Dokumen Tender

    akan dijual kepada pentender oleh Pegawai Mengurus

    Tender.

    iv. Jawatankuasa mengurus tender akan menerima dan

    membuka tender.

    v. Pegawai Penilai / Jawatankuasa Penilai Tender / Urusetia

    tender akan menilai dan memperakukan tender.

    vi. Pada akhir prosedur, lembaga perolehan akan membuat

    pemilihan pembekal dan pengarah yang berkenaan (

    Pengarah Cawangan Ibu pejabat JKR Malaysia, Pengarah

    XLII

  • JKR Negeri / Pengarah JKR Wilayah Persekutuan /

    Pengarah JKR Pembangunan Persekutuan / Pengarah Unit

    Khas JKR ) akan menyediakan Surat Setuju Terima Tender

    dan akan diserahkan kepada pembekal yang telah dilantik.

    c) Penerimaan Barangan & Perkhidmatan Dan Memproses Bayaran

    i. pegawai pengurus perolehan akan menguruskan terima

    barangan dan perkhidmatan serta pesanan penghantaran /

    perlaksanaan kerja (DO) akan disemak. Jika kualitinya

    tidak baik, maka barangan tersebut akan diminta ganti atau

    kerja tersebut akan diperbaiki. Tetapi sekiranya kualitinya

    baik, dari segi :

    a) Manual

    - Pegawai mengurus perolehan akan mengesahkan

    penerimaan barangan .

    b) E-P

    - Nota penerimaan barangan / nota perlaksanaan

    perkhidmatan akan disediakan secara online.

    ii. Setelah diterima, invois akan dikeluarkan oleh pembekal

    untuk Pegawai Mengurus Perolehan. Invois tersebut boleh

    melalui sistem manual atau sistem E-P.

    iii. Jika invois tersebut melalui manual, invois dan pesanan

    tempatan / surat setuju terima tender akan disemak serta

    pesanan penghantaran dan bayaran akan diperakukan oleh

    pegawai tadbir kewangan.

    XLIII

  • iv. Sebaliknya, jika prosedur adalah melalui system E-P,

    padanan bayaran akan dibuat secara online.

    3.14.4 Untuk Kaedah Perlaksanaan Perkhidmatan Secara Perunding.

    a) Perolehan Perkhidmatan Perunding Penyiasatan Tanah &

    Rekabentuk Geoteknik

    i. Apabila memerlukan rekabentuk, HODT (Head Of Design

    Team) akan menyediakan skop kerja dan arahan akan

    dikeluarkan terus kepada KISB (Kump. Ikram Sdn Bhd)

    ii. Tindakan seterusnya, HODT akan menerima laporan

    daripada KISB dan laporan tersebut akan disemak dan

    ianya merangkumi laporan penyiasatan tanah dan perakuan

    rekabentuk geoteknik.

    iii. HODT akan menyediakan laporan prestasi KISB dan akan

    diedarkan kepada Kementerian Kerja Raya. Selepas itu, ia

    akan dikemukakan kepada HODT bagi syor bayaran untuk

    KISB.

    iv. HODT akan memperakukan bayaran kepada Bahagian

    Kewangan.

    b) Perolehan Perkhidmatan Perunding

    i. Setelah mempunyai cadangan outsource rekabentuk /

    perlaksanaan projek, HODT / Pegawai Mengurus Tender

    akan menyediakan permohonan dan Terma Rujukan

    Perkhidmatan Perunding.

    ii. kemudian Urusetia Cawangan / Negeri akan menyemak

    permohonan tersebut dan menentukan pihak berkuasa

    meluluskan permohonan.

    XLIV

  • iii. Urusetia Cawangan juga akan mendapatkan kelulusan

    daripada JPPPPA / LP / PKewN / Perbendaharaan.

    iv. Sekiranya bayaran perunding melalui input masa, surat niat

    akan dikeluarkan kepada perunding tersebut. Rundingan

    fee akan dibuat dengan pihak perunding dan sekali lagi

    kelulusan akan diperolehi daripada LP / Perbendaharaan /

    PKewN. Surat lantikan perunding akan dikeluarkan dan

    perjanjian serta Terma Rujukan Perunding yang perlu

    ditanda tangani akan disediakan oleh HODT / Pegawa

    Mengurus Tender. Kemudian HODT / PMT / Pegawai

    Mentadbir Kontrak akan memantau prestasi perunding dan

    laporan akan dihantar kepada Perbendaharaan melalui CPK

    JKR (Cawangan Pengurusan Korporat). Setelah itu, HODT

    / PMT / PMK akan menyediakan bayaran kepada peunding.

    v. Sekiranya bayaran perunding adalah melalui skala bayaran

    yang diluluskan oleh lembaga yang berkaitan, surat

    lantikan perunding akan terus dikeluarkan kepada

    perunding tanpa perlu melalui pengeluaran surat niat,

    rundingan fee dan kelulusan LP.

    XLV

  • BAB 4 : ACUAN KONKRIT (FORMWORK)

    4.1 FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN ACUAN Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang

    dicipta melalui kegunaan acuan. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak,

    ambang, rasuk, tiang dan sebagainya. Acuan adalah binaan sementara dan mesti

    ditanggalkan selepas konkrit yang dibuat itu cukup kuat.

    Antara bahagian yang digunakan untuk menghasilkan acuan ialah :

    a) Lapik papan (sheathing) terdiri daripada papan yang bertanggam lidah dan

    lurah.

    b) Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong

    berlebas pada jarak yang sama.

    c) Belabas merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan

    supaya kedudukannya tidak berubah.

    d) Susur dinding (waler) ialah untuk memastikan kelurusan acuan serta

    mengukuhkannya.

    e) Tupang menentukan jarak diantara kedua-dua lappik papan dalam acuan.

    f) Rembat bertujuan mengukuh dan menetapkan kedudukan acuan serta

    menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan.

    XLVI

  • g) Pancang pula digunakan untuk mengekalkan rembat.

    gambarajah 4.1 : Pekerja sedang memasukkan konkrit ke dalam acuan.

    4.2 JANGKA MASA PENANGGALAN ACUAN

    Acuan harus menetap sehingga konkrit mancapai kekuatan yang cukup

    untuk menanggung beban sendiri dan beban yang disokong. Jangka masa untuk

    menanggalkan acuan bagi bahagian-bahagian yang berlainan adalah seperti berikut :

    Bil. Bahagian Acuan Jangka masa

    1 Tepi rasuk, tiang dan tembok 2 6 hari

    2 Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan) 7 14 hari

    3 Papan tepi (yang dibebankan) Tidak kurang 7 hari

    4 Papan bawah (yang dibebankan) 28 hari

    Jadual 4.0: Jangka masa minimum untuk menanggalkan acuan

    XLVII

  • 4.3 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM PEMBINAAN ACUAN

    Langkah-langkah keselamatan yang harus dipatuhi dalam pembinaan

    acuan adalah seperti berikut :

    a) Memastikan bahan-bahan yang digunakan untuk membina acuan

    mengikut peraturan. Bahan-bahan yang mempunyai kecacatan tidak boleh

    digunakan.

    b) Pemasangan mestilah kukuh dengan melakukan sokongan menggunakan

    papan pengalas dan baji pada kaki jermang. Semua jermang hendaklah

    dipasakkan dengan rembat atau tupang.

    c) Pemeriksaan hendaklah dibuat sebelum penempatan konkrit.

    d) Permukaan tempat acuan hendaklah disapu dengan minyak bagi

    memudahkan penanggalannya.

    XLVIII

  • BAB 5 : ASAS DAN CERUCUK

    5.1 PENGENALAN

    Asas ialah sebahagian daripada struktur yag menyentuhi terus kepadaa

    tanah. Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan sebagainya dan

    menyebarkan ke tanah dengan selamatnya. Pembinaan bahagian asas ini

    memerlukan perhatian khusus supaya ia cukup kukuh dan kekal. Oleh kerana

    paras tanah kukuh yang tersebut adalah berbeza-beza, maka asas pada umumnya

    dibahagi kepada 2 iaitu :

    i. Asas Cetek : contohnya pad footing,strip footing.

    ii. Asas Dalam : contohnya cerucuk, kaison, selinder.

    gambarajah 5.1 : Salah satu contoh asas.

    XLIX

  • 5.2 FUNGSI- FUNGSI ASAS

    a) Memindahkan beban struktur kepada tanah dengan selamatnya.

    b) Untuk mengelak berlakunya enapan.

    c) Menyediakan permukaan yang rata untuk kerja- kerja pembinaan.

    d) Meninggikan kestabilan struktur dengan adanya struktur yang ditanam di

    dalam tanah.

    5.3 KATEGORI ASAS

    Terdapat dua jenis kategori asas iaitu :-

    a) Asas cetek

    b) Asas dalam

    5.4 JENIS- JENIS ASAS

    a) Asas pad

    b) Asas jalur

    c) Asas rakit

    d) Asas cerucuk

    5.5 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN

    Pemilihan asas bengunan bergantung kepada beberapa faktor seperti :-

    a) Keadaan dan kekuatan tanah.

    b) Jenis asas yang dipilih dengan megambil kira dari segi ekonomi asas dan

    struktur bangunan keseluruhannya.

    c) Sifat dan jenis bangunan

    d) Agihan beban daripada superstruktur

    L

  • e) Jumlah beban bangunan termasuk keseluruhan bahagiannya.

    5.6 PEMILIHAN ASAS Sebelum projek bermula, pihak makmal JKR akan membuat penyelidikan

    tapak dengan rapinya untuk menentukan jenis tanah yang terdapat di situ,

    dalamnya lapisan-lapisan tanah, kedudukan tanah keras dan paras air bawah tanah

    dan lain-lain lagi. Setelah diambilkira saiz dan beratnya struktur yang akan dibina

    diatasnya serta faktor-faktor lain seperti ekonomi, maka jenis asas akan dipilih.

    Secara amnya, jika lapisan tanah keras terletak tidak jauh dari permukaan tanah,

    maka asas cetek seperti pad footing akan dipilih. Tetapi jika sekiranya saiz asas

    tersebut adalah besar dan tidak ekonomik serta lapisan tanah keras berada jauh di

    dalam, maka asas dalam seperti asas cerucuk akan dipilih.

    5.6.1 Cerucuk a) Definisi

    Cerucuk adalah elemen yang berbentuk tiang yang

    berfungsi mengagihkan beban superstruktur melalui strata yang

    kurang mampat atau lapisan air kepada strata yang labih mampat

    dan kuat.

    b) Jenis-jenis cerucuk

    i. Cerucuk Tanggung Hujung (End-Bearing Pile) iaitu

    cerucuk ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu.

    ii. Cerucuk Geseran Kulit (Skin Frictional Pile) iaitu beban

    struktur ditanggung oleh geseran kulit diseluruh permukaan

    cerucuk yang bersentuhan dengan tanah.

    Oleh kerana banyak faktor-faktor yang disebut ini seperti kekuatan

    tanah dan lain-lain adalah perkara yang relative, maka kebanyakan

    LI

  • cerucuk mempunyai kedua-dua sifat tanggung hujung dan geseran kulit

    tetapi di dalam kadar yang berbeza-beza.

    Berdasarkan kepada jenis bahan cerucuk, pembahagian boleh

    dibuat seperti berikut :

    i. Cerucuk Bakau,

    Saiz 3 atau 5 bulat,

    Beban yang dibenarkan - 1tan mesti berada di bawah paras air

    bawah tanah yang minima.

    ii. Cerucuk Kayu Berubat (Tanalised Timber Pile)

    Saiz 5x5, 6x6,

    Jenis kayu; kempas,keruing.

    Beban yang dibenarkan 8-15 tan.

    iii. Cerucuk Konkrit Bertetulang (R.C Pile)

    Saiz 12x12, 14x14, 15x15,

    Beban yang dibenarkan 42-65

    iv. Cerucuk Konkrit Tegas Dahulu

    Saiz 10x10, 12x12, 14x14, 16x16,

    Beban yang dibenarkan 45-110 tan.

    v. Cerucuk Keluli H

    Saiz 8x8, 10x10, 12x12,

    Beban yang dibenarkan 50-150 tan.

    vi. Cerucuk Gerek Tuang Dimampat

    LII

  • gambarajah 5.6.1 : Cerucuk konkrit bertetulang (R.C Pile)

    5.7 ASAS CERUCUK

    5.7.1 Definisi

    Asas cerucuk merupakan satu anggota struktur yang memindahkan

    beban- beban yang dipikul ke lapisan yang keras, beban- beban ini

    dipindah melalui geseran, tanggung hujung atau gabungan kedua- duanya.

    Jika beban ditahan oleh geseran kulit disepanjang permukaan cerucuk,

    cerucuk itu dinamakan cerucuk geseran (Frictional pile), dan jika cerucuk-

    cerucuk itu ditahan oleh lapisan tanah keras atau batu, ia dinamakan

    cerucuk tanggung hujung (end bearing pile).

    5.7.2 Jenis- jenis cerucuk

    Pada umumnya jenis cerucuk- cerucuk berikut digunakan untuk

    pembinaan JKR.

    a) Cerucuk kayu terubat / bakau

    b) Cerucuk konkrit tuang dahulu

    c) Cerucuk keluli

    d) Cerucuk gerek tuang di tempat

    5.8 PEKERJAAN CERUCUK PACAK (Cerucuk konkrit tuang dulu)

    LIII

  • Sebelum pekerjaan cerucuk selanjutnya, ada beberapa perkara penting

    perlu diambil perhatian oleh pegawai penyelia projek.

    a) cerucuk yang dibuat dengan menggunakan Ordinary Portland Cement

    hendaklah berada dalam keadaan lembab sekurang- kurangnya 10 hari

    selepas ianya dibuat.

    b) Selepas 21 hari cerucuk boleh diangkat dan dipindahkan ke tempat yang

    lebih sesuai tetapi ia belum boleh dipacakkan sehingga umurnya 4

    minggu.

    c) Setiap cerucuk hendaklah ditulis dengan jelas bilagan rujukan, panjang

    dan tarikh ia dibuat dan ia hendaklah diangkat dengan cara yang betul,

    melalui lubang- lubang yang telah disediakan dan kemudian diletakkan

    dengan susunan yang betul.

    5.8.1 Peralatan Untuk Cerucuk Pacak

    a) Terdiri daripada kerangka cerucuk (piling frame) dan penukul

    (hammer). Kerangka cerucuk ada yang besar dan ada yang kecil

    bergantung kepada pada kegunaannya.

    b) Penukul cerucuk (piling hammer) yang paling sederhana sekali

    adalah penukul terjun (drop hammer). Berat penukul adalah antara

    2 4 tan dan tinggi terjun tidak lebih dari 5 6 kaki. CP 2004

    mengesyorkan untuk mendapatkan kecekapan tukul pelantak

    dengan menggunakan penukul terjun ini, maka berat penukul

    hendaklah tidak lebih kurang dari setengah berat cerucuk (berat

    penukul berat cerucuk)

    c) Penukul cerucuk yang lain adalah penukul diesel (diesel hammer).

    Jenis yang biasa digunakan adalah Kobe series K13 (1.3 tonne ram

    weight) K25 dan K35 dengan terjun tinggi maksimum adlah 3

    meter.

    d) Sewaktu melantak cerucuk samada kayu, konkrit mahupun keluli,

    kepala cerucuk hendaklah disarungkan dengan topi cerucuk

    LIV

  • (helmet) bersama- sama dengan lapisan kusyen kayu untuk

    menahan hentaman, dan diatas topi cerucuk yang akan menerima

    penukul adalah lapik (dolly) yag terdiri daripada kepingan besi dan

    kayu keras.

    gambarajah 5.8.1 (a) : Kren sedang mengangkat cerucuk untuk didirikan pada titk yang

    hendak dilantak.

    gambarajah 5.8.2 (b) : Cerucuk sedang dilantak.

    5.8.2 Data Pelantak Cerucuk

    LV

  • a) Sebelum cerucuk di angkat ke kerangka cerucuk, cerucuk

    hendaklah ditandakan dengan ukuran kaki/ meter.

    b) Setelah cerucuk diangkat ke kerangka cerucuk, pastikan cerucuk

    barada pada kedudukan yang betul sebelum dipacu.

    c) Apabila cerucuk sudah siap untuk dipukul, jumlah pukulan untuk

    setiap kaki hendaklah dicatit di dalam borang data yang

    disediakan.

    d) Pukulan hendaklah diberhentikan apabila jumlah pukulan / kaki

    sedah sampai kepada anggaran yang dibuat oleh jurutera Projek

    dan bersedia mengambil set.

    5.9 CARA MENGAMBIL SET

    Set adalah jarak terakhir penetrasi cerucuk kedalam tanah bagi setiap

    pukulan penukul, biasanya diambil 10 pukulan terakhir. Tujuan set diambil

    adalah untuk menentukan keupayaan tanggung muktamad (ultimate bearing

    capacity) cerucuk. Perlu diambil perhatian jenis cerucuk yang diambil set adalah

    jenis cerucuk tanggung hujung saja dan tidak perlu pada cerucuk geseran.

    a) Set diambil dengan meletakkan kertas graf pada cerucuk dan pensel

    diletakkan secara melintang pada kayu lurus dan rata yang disokong oleh

    dua penahan.

    b) Setiap pukulan pada cerucuk, pensel dialihkan dan digesekkan dari kiri ke

    kanan sehingga 10 pukulan.

    c) Ukuran set terakhir bagi setiap cerucuk hendaklah direkod samada pada

    kadar ketelusan dalam unit mm bagi setiap 10 hentakan yang diperlukan

    umtuk menghasilkan ketelusan setakat 25mm.

    5.10 KERJA CERUCUK DI TAPAKBINA

    Penanaman cerucuk adalah merupakan bidang kerja yang terpenting sekali

    di dalam sesuatu projek. Ini adalah kerana sebaik sahaja ianya siap dan asas

    LVI

  • ditimbus, kerja-kerja memperbaiki sukar dilakukan jika sekiranya terdapat

    kesilapan. Keadaan menjadi lebih menyulitkan jika sekiranya kesilapan atau

    kerosakan disedari atau berlaku apabila struktur telah didirikan.

    Walaupun penyelidikan tapak telah merumuskan cerucuk yang perlu

    ditanam disesuatu projek, ianya mestilah diterima dengan cermat kerana di dalam

    perihal kerja-kerja penanaman cerucuk selalunya dikategorikan sebagai

    Provisional di mana ukuran semula akan dibuat apabila siap kerja nanti.

    Berdasarkan fakta-fakta yang tersebut, penyeliaan di tapakbina sebelum, sewaktu

    dan sesudah penanaman perlu diperkemaskan.

    5.10.1 Kawalan Mutu Cerucuk

    a) Cerucuk Konkrit Bertetulang

    Pastikan bagaimana cerucuk diacu. Jika di tapakbina,

    kawalan mutu konkrit perlu dibuat seperti biasa. Pemborong hanya

    boleh mengacu cerucuk ditempat lain jika kawasan tapakbina

    terlalu sempit dan perkara ini mendapat persetujuan Pegawai

    Penguasa.

    gambarajah 5.10.1 : Cerucuk konkrit bertetulang

    b) Cerucuk Pendahuluan

    Cerucuk pendahuluan adalah cerucuk yang dibenam

    sebelum menjalankan kerja cerucuk keseluruhannya, untuk

    LVII

  • menentukan criteria melantak untuk cerucuk-cerucuk kerja

    berikutnya dan untuk mengesahkan kecukupan rekabentuk,

    dimensi-dimensi dan keupayaan galas. Cerucuk ini hendaklah

    diambil kira sebagai sebahagian dari kerja asas yang tetap.

    c) Cerucuk Acu Siap

    Jika pemborong bercadang menggunakan cerucuk yang

    sudah siap, pastikan yang sebabnya boleh diterima. Ini adalah

    kerana bagi cerucuk ini pihak JKR tidak dapat mengawal mutu

    dengan sepenuhnya. Oleh itu adalah digalakkan membuat lawatan

    ke pembekal-pembekal yang berkenaan. Perlu juga dipastikan yang

    sifat dan keupayaan cerucuk tersebut adalah tidak kurang daripada

    yang dikehendaki dan juga bayaran lebih tidak akan dibuat oleh

    pemborong.

    5.11 MUTU CERUCUK Simen yang digunakan mestilah Ordinary Portland Cement (OPC).

    Pengacuan mestilah dibuat di dalam satu proses sahaja. Ujian-ujian penurunan,

    factor mampatan dan juga ujian kiub perlu dibuat seperti biasa. Cerucuk boleh

    dikeluarkan dari kotak acuan selepas 3 hari. Pengacuan boleh diteruskan sehingga

    10 hari dan selepas 14 hari, cerucuk bolehlah diangkat dengan menggunakan

    liftingholes atau togglees yang disediakan dan disusun dengan cara betul agar

    cerucuk tidak mengalami kerosakan semasa dalam perjalanan ke tapakbina.

    Cerucuk hanya boleh ditanam selepas sebulan dengan tujuan untuk menjaga

    kematangannya.

    5.11.1 Saiz dan Geometri.

    Pastikan yang saiz dan geometri adalah baik. Cerucuk mestilah

    tegak dan segala potongan mestilah tepat 90 darjah.

    LVIII

  • 5.11.2 Pancangan Tanda

    Pancangan Tanda hendaklah dijalankan dari garis grid utama

    struktur yang dicadangakan. Sejurus sebelum memacak cerucuk,

    kedudukan cerucuk hendaklah ditanda dengan menggunakan pin,

    pancang-pancang atau penanda-penanda yang boleh dikesan.

    5.11.3 Kedudukan

    Bagi cerucuk yang bahagian atasnya dipotong paras tanah atau

    lebih tinggi daripada paras tanah, penyimpangan maksimum yang

    dibenarkan diantara pusat cerucuk dengan titik pusat sepertimana yang

    ditunjukkan dalam pelan yang dilampirkan dan hendaklah tidak melebihi

    75mm dalam semua arah.

    5.11.4 Kepugakan

    Penyimpangan maksimum yang dibenarkan dari garis pugak bagi

    cerucuk yang telah siap ialah mengikut nisbah 1 dalam 75. Cerucuk yang

    sudah sendeng dengan berlebihan tidak seharusnya ditegakkan dengan

    paksaan kerana ini hanya akan merosakkannya.

    5.11.5 Kecondongan

    Jejunjung cerucuk hendaklah dipasang dan disenggarakan untuk

    mengekalkan kecondongan yang diperlukan. Penyimpangan maksimum

    yang dibenarkan bagi cerucuk yang telah siap dari kecondongan yang

    telah ditentukan atau kecondongan yang ditunjukkan dalam pelan-pelan

    hendaklah mengikut nisbah 1:25.

    5.12 KAWALAN PENANAMAN CERUCUK

    5.12.1 Carta Program Kerja Penanaman

    LIX

  • Pemborong mestilah menyebabkan program sebelum memulakan

    kerja terutama sekali jika skopnya besar dan terdapat beberapa jenis

    cerucuk digunakan. Ini adalah penting supaya Pegawai Penguasa boleh

    merancang tenaga penyeliaannya memandangkan kerja ini adalah intensif.

    Program yang dicadangkan untuk dilaksanakan hendaklah dikemukakan 7

    hari sebelum kerja tersebut dimulakan. Selain dari itu, kontraktor

    hendaklah memberitahu Pegawai Penguasa, program kerja cerucuk untuk

    hari berikutnya dan memberi secukupnya notis mengenai cadangannya

    untuk bekerja diluar waktu pejabat.

    5.12.2 Rekod Penanaman

    Setiap butir mestilah dimasukkan ke dalam rekod penanaman

    supaya ianya boleh digunakan oleh Pegawai Penguasa dan pihak Ukur

    Bahan untuk proses Arahan Pinda Kerja. Setiap cerucuk yang dipasang

    hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Penguasa dua salinan rekod-

    rekod yang telah ditandatangani tidak lewat dari tengahari hari berikutnya,

    selepas cerucuk dibenam. Rekod yang ditandatangan akan menjadi

    sebahagian dari rekod kerja. (Rujuk lampiran (a), (b) & (c)).

    5.12.3 Gangguan dan Kerosakan

    Bunyi bising dan gangguan hendaklah diambil kira oleh kontraktor

    dan langkah-langkah dilakukan bagi mengurangkan bunyi bising dan

    gangguan semasa melantak dapat diatasi.

    5.12.4 Kerosakan

    Kontraktor hendaklah mengambil perhatian kepada Kerosakan

    Kepada Harta Benda dalam syarat-syarat kontrak. Kontraktor adalah

    disifatkan telah mengetahui sendiri risiko-risiko yang akan dialami oleh

    struktur yang bersebelahan dan sesuatu kemudahan akibat dari cara kerja-

    kerja cerucuk yang dicadangkan.

    LX

  • Sebelum menjalankan sebarang kerja cerucuk, Kontraktor

    hendaklah membuat pemeriksaan tapak bersama Pegawai Penguasa untuk

    menentukan sebarang keadaan yang boleh menunjukkan terdapatnya

    sesalur utama dan sesalur bekalan bawah tanah di tapak binaan atau

    sekelilingnya. Jika semasa menjalankan kerja, kerosakana

    berkemungkinan berlaku terhadap sesalur utama, sesalur bekalan atau

    struktur-struktur bersebelahan, Kontraktor hendaklah mengemukakan

    kepada Pegawai Penguasa cadangannya untuk membaiki atau

    mengelakkan kerosakan tersebut.

    5.12.5 Kerosakan kepada Cerucuk

    Kontraktor hendaklah melaksanakan kerja dengan sebegitu cara

    yang boleh mengurangkan kerosakan kepada cerucuk. Semua cerucuk

    yang rosak semasa kendalian sama ada semasa pengangkutan, penegakan,

    pemacakan, pelantakan atau pada bila-bila masa yang lain hendaklah

    digantikan oleh kontraktor dengan perbelanjaan sendiri.

    5.12.6 Langkah Keselamatan

    Kontraktor hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan di

    sepanjang perlaksanaan kerja cerucuk mengikut kehendak-kehendak

    undang-undang dan undang-undang kecil yang berkenaan.

    5.13 UJIAN CERUCUK

    5.13.1 Tujuan :

    a) Memeriksa keupayaan tanggung muktamad cerucuk (ultimate

    bearing capacity of pile).

    b) Memeriksa ciri-ciri lengkungan Load Settlement cerucuk pada

    beban kerja (working load).

    c) Memeriksa ketahanan struktur asas, umpamanya kecekapan

    sambungan cerucuk.

    LXI

  • Adalah disyorkan bahawa :

    a) Untuk jenis tanah liat lembut, ujian cerucuk hendaklah

    dilaksanakan selepas 4 minggu cerucuk dipacak.

    b) Untuk tanah liat dari kukuh ke keras (stiff to hard clay) ujian

    cerucuk hendaklah dilaksanakan selepas 2 minggu dipacak.

    c) Untuk tanah pasir, ujian beban dilaksanakan selepas 1 minggu

    dipacak.

    5.13.2 Kaedah Ada dua cara ujian yang biasa dilaksanakan :

    a) Maintained Load (biasa dilaksanakan JKR) Ujian beban ini merupakan salah satu ujian yang terpenting

    dalam bidang pembinaan. Ia menggunakan jack untuk

    mendapatkan reaksi dari beban lawan (knetledge) yang lebih berat

    dari beban ujian yang diperlukan. Beban lawan diletak atas

    platform dan disokong oleh beberapa blok konkrti. Pihak

    kontraktor yang perlu menjalankan kerja-kerja ujian beban ini dan

    pihak JKR bertanggungjawab mengawasi dan memastikan bahawa

    kerja ujian beban dijalankan dengan betul dan mematuhi

    spesifikasi yang ditentukan oleh JKR.

    b) Alatan untuk ujian beban

    a) Jek Hidraulik b) Tolok Dial (Dial Gauge) c) Tentu ukur

    5.13.3 Langkah- langkah Ujian Beban Tetap

    Ada beberapa perkara penting yang harus diambil perhatian :

    a) Sewaktu ujian beban, permukaan kepala cerucuk hendaklah

    diratakan.

    LXII

  • b) Penyokong (support) kepada beban lawan hendaklah berada jauh

    sedikit daripada cerucuk yang hendak diuji.

    c) Beban lawan hendaklah disusun supaya pusat gravitinya sama

    dengan paksi cerucuk. Berat beban lawan hendaklah lebih tinggi

    sebanyak 10% - 20% dari ujian maksima.

    d) Jangka tolok (pressure gauge) dan jek hendaklah dikaliberasikan

    terlebih dahulu. Keupayaan jangka tolok mestilah lebih tinggi

    sebanyak 10 20% dari ujian maksima.

    e) Misalnya 500 tonne jek dengan 500 tonne gauge yang

    dikaliberasikan dengan ketepatannya hampir kepada 10 tonne

    adalah tidak sesuai untuk menguji cerucuk 300mm x 300mm yang

    hanya boleh memikul 80 tonne sahaja. Tolok yang sesuai adalah

    mempunyai keupayaan 100 150 tonne dengan ketepatan 1- 2

    tonne.

    f) Dial gauge yang dipasang kepada rasuk dari cerucuk yang diuji

    untuk mengukur penurunan mestilah berada diatas penyokong

    yang kukuh. Penyokong itu hendaklah berada sekurang- kurangnya

    6 kaki atau 3 kaki garis pusat cerucuk dari cerucuk yang diuji.

    g) Mengikut penentuan JKR, penurunan 2 kali beban kerja tidak lebih

    dari 1.5 inci, ini bererti satu pusingan jarum dial gauge mestilah

    berjumlah penurunan 2 inci. Sebarang dial gauge yang mempunyai

    satu pusingan kurang dari 2 inci yang tidak akan diterima.

    h) Dial gauge hendaklah mempunyai ketepatan 0.004 (0.1mm).

    Biasanya dial gauge yang mempunyai ketepatan 0.001 atau

    0.002 boleh diterima. Walaubagaimanapun cara mengambil data

    akan ditentukan oleh Jurutera Projek.

    5.13.4 Prosedur Ujian

    a) Beban hendaklah ditambah secara berperingkat- peringkat dengan

    kenaikan sebanyak 25% daripada beban kerja sehingga mencapai

    beban maksima sebanyak 2 kali beban.

    LXIII

  • b) Setiap penambahan beban hendaklah dilakukan dengan cermat dan

    berperingkat- peringkat selama 16 jam.

    c) Bacaan penurunan dan waktu hendaklah dicatit sebelum dan

    selepas setiap penambahan beban mengikut banjaran (intervel)

    waktu yang ditentukan.

    d) Proses ini diulang sehingga beban mencapai beban maksima.

    e) Apabila sudah mencapai beban maksima, ia hendaklah dibiarkan

    sekurang- kurangnya 24jam.

    f) Kemudian beban dikurangkan secara berperingkat- peringkat

    (misalnya dalam 4 peringkat selama 8 jam)

    g) Lengkungan time settlement dan load settlement hendaklah

    dibuat.

    5.13.5 Rekod Ujian Dan Keputusan

    Segala rekod ujian dan keputusan perlu diisi dalam beorang rekod

    ujian. Ianya diperlukan untuk menyediakan dua graf yang penting :

    a) graf beban pemendapan

    b) graf masa pemendapan

    5.13.6 Kegagalan ujian cerucuk

    Kegagalan ujian cerucuk boleh dikesan melalui graf- graf yang

    digunakan untuk penafsiran status ujian. Ujian dikira gagal sekiranya :

    a) Baki mendapan 6.50mm selepas ujian diturunkan

    b) Jumlah mendapan melebihi 12.50mm dibawah beban rekabentuk.

    c) Jumlah mendapan melebihi 38.0mm dibawah dua kali ganda beban

    rekabentuk.

    5.13.7 Berikut ialah kerja pengiraan ujian beban

    Jumlah beban yang akan diuji dalam kes ini ialah 40 tan

    LXIV

  • Jadual dibawah menunjukkan proses penambahan beban secara

    berperingkat- peringkat selama 8 jam

    MASA JUMLAH (TAN)

    12.00 p.m 2.00 p.m 5

    2.00 p.m 4.00 p.m 5

    4.00 p.m 6.00 p.m 5

    6.00 p.m 8.00 p.m 5

    8.00 p.m 10.00 p.m 5

    10.00 p.m 12.00 p.m 5

    12.00 a.m 2.00 a.m 5

    2.00 a.m 4.00 a.m 5

    JUMLAH 40

    Jadual 5 a : Proses Penambahan Beban selama 8jam.

    MASA JUMLAH (TAN)

    4.00 a.m 4.00 a.m 40

    Jadual 5 b: Kerja mengekalkan beban selama 24jam.

    MASA JUMLAH (tan)

    4.00 a.m 6.00 a.m 10

    6.00 a.m 8.00 a.m 10

    LXV

  • 8.00 a.m 10.00 a.m 10

    10.00 a.m 12.00 a.m 10

    JUMLAH 40

    Jadua 5 c : Proses pengurangan beban selama 8jam.

    a) Bagi ujian beban di atas jumlah beban yang dikenakan adalah 90

    tan

    b) Jadual 5a menunjukkan beban dinaikkan sebanyak 500 psi setiap

    satu jam sekali .kerja menambah beban dijalankan dalam masa 6

    jam.

    c) Bacaan diambil setiap 15 minit sekali.

    d) Jadual 5b menunjukkan bahawa selepas beban 90 tan dikenakan, ia

    dikekalkan selama 24 jam.

    e) Jadual 5c menunjukkan beban dikurangkan berperingkat iaitu

    sebanyak 50 psi setiap 1 jam. Kerja pengurangan beban dijalankan

    selama 6 jam.

    f) Bacaan diambil setiap 15 minit sekali.

    g) Jumlah keseluruhan masa bagi kerja ujian beban ialah 38 jam.

    5.15 KERJA PENGGALIAN LUBANG

    a) Selepas kerja ujian beban selesai dijalankan, kerja seterusnya yang akan

    dijalankan ialah kerja penggalian lubang.

    b) Lubang akan dikorek untuk melakukan kerja pemotongan cerucuk dan

    untuk pembinaan pilecap

    c) Kerja pengorekan ini dilakukan dengan bantuan jentolak (case).

    d) Kerja pengorekan ini mestilah dilakukan dengan penuh berhati-hati untuk

    mengelakkan kerosakan pada cerucuk.

    LXVI

  • gambarajah 5.15 (a) : Jentolak sedang menggali lubang untuk membuat pemotongan

    cerucuk.

    gambarajah 5.15 (b) : Keadaan tanah setelah dikorek.

    5.16 KERJA PEMOTONGAN CERUCUK Secara lazimnya, terdapat dua jenis cerucuk yang biasa digunakan dalam

    bidang pembinaan iaitu:

    a) Cerucuk spun (berbentuk bulat)

    LXVII

  • Biasanya cerucuk spun dipotong menggunakan Diamond Cutter. Ini

    kerana pemotongan dengan cara ini lebih selamat dan kurang risiko jika di

    bandingkan dengan pemotong Hacker. Ia juga boleh mengelakkan kerosakan pada

    cerucuk spun yang sememangnya mudah rosak jika di salah potong.

    b) Cerucuk R.C (berbentuk segiempat)

    Cerucuk R.C biasanya dipotong dengan menggunakan Hacker. Ini kerana

    cerucuk R.C tidak mudah rosak