laporan akhir latihan industri

Upload: husaini-zamzury

Post on 04-Nov-2015

1.208 views

Category:

Documents


29 download

DESCRIPTION

Laporan Akhir Latihan Industri

TRANSCRIPT

L1

LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI

OLEH

MUHAMAD HUSAINI BIN ZAMZURY15DKM13F1009

DI

BELTON HWC INDUSTRIES SDN BHDLOT 10, SUNGAI SIPUT LIGHT INDUSTRIES ESTATE,31100, SUNGAI SIPUT (U), PERAK

Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan Kepada Pensyarah Penilai di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat Penilaian Latihan Industri dan Penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal

26

DISEMBER 2014

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk mengesan kecacatan dan mengetahui punca-punca berlakunya kecacatan terhadap produk yang dikeluarkan oleh kilang. Seperti yang diketahui, Belton HWC Industries SDN BHD merupakan pembekal kepada bahagian-bahagian alat ganti automotif. Oleh itu, produk yang dikeluarkan haruslah menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan supaya produk yang bakal dikeluarkan itu benar-benar selamat untuk digunakan. Pemeriksaaan haruslah dilakukan secara berkala iaitu sejam sekali. Hal ini ialah untuk melancarkan proses pengeluaran produk dan memastikan produk tersebut sentiasa menepati spesifikasi yang diberikan. Antara kriteria penting yang harus dititik beratkan ialah dimensi ukuran produk tersebut dan juga kekerasan permukaan. Antara peralatan yang digunakan bagi mengukur dimensi produk yang sedang diproses ialah angkup vernier, mikrometer, tolok palam dan tolok cincin. Setelah produk yang dikeluarkan menepati dimensi ukuran, proses rawatan haba perlu dilakukan untuk mendapatkan tahap kekerasan yang dikehendaki. Bagi permasalahan pula, kebanyakannya berlaku semasa produk tersebut diproses. Antara permasalahannya yang sering terjadi ialah ketika proses torehan ( tapping ) Inner Nut. Hal ini menyebabkan ulir yang dilakukan rosak. Bagi menyelesaikan masalah ini, penoreh ( tapper ) perlu ditukar. Kesimpulannya, proses yang pemeriksaan yang dilakukan dapat membantu dalam mengukuhkan pemahaman tentang pembelajaran di politeknik khususnya dalam subjek JJ 104 Workshop Technology 1, JJ 204 Workshop Technology 2 dan JF 302 Material Technology 1.

ABSTRACT

The aim of this study was to detect the defects and determine the causes of the occurrence of defects on the products manufactured by the factory. As known, BELTON HWC INDUSTRIES SDN BHD is a supplier for the automotive product. Therefore, the products must meet the specifications set by the customer so that the products that will be released were safe to use. Checks should be performed periodically it is once per hour. This is to facilitate the production of the product and ensure that the products consistently meets the specifications given. The important criteria that should be emphasized is the dimensions of the product and also the surface hardness. The tools used to measure the dimensions of the product being processed is vernier calipers, micrometers, plug gauge and ring gauges. Once the products meet the dimensions, heat treatment process needs to be done to get the desired value of hardness. The problems mostly occurred during the product processing. The problems that often occurs is when the process of Inner Nut tapping. This causes the thread damage. To solve these problems, tappers should be changed. In conclusion, the inspection process can be helpful in strengthen the understanding of learning in polytechnics especially in subjects JJ 104 Workshop Technology 1, JJ 204 Workshop Technology 2 dan JF 302 Material Technology 1.

DEDIKASI

Teristimewa buat yang tersayang, Bonda Siti Fatimah Binti Abdullah dan Ayahanda Zamzury Bin Ahmad Baki yang sentiasa memberi dorongan, adik-beradik yang sentiasa menjadi perangsang, pensyarah dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kejayaanku. Terima kasih yang tidak terhingga atas doa dan pergorbanan yang diberikan selama ini.

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan penulisan laporan latihan industri ini. Sepanjang latihan industri ini, saya telah memperoleh pelbagai pengalaman yang amat berharga dan bermakna dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang menjalani latihan industri ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja.Oleh yang demikian, saya juga telah memperolehi pelbagai pengetahuan berkaitan dengan teknologi yang digunakan dalam menyelesaikan pelbagai masalah dalam bidang kejuruteraan khususnya permesinan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada penyelia saya iaitu, Nur Saidatul Fatimah Binti Abdul Rashid kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang tempoh latihan industri ini.Justeru itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga saya yang telah banyak memberi sokongan moral. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama serta dorongan dalam menjayakan latihan ini.Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menyempurnakan latihan dan penulisan ini samaada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai.

Sekian, terima kasih.SENARAI KANDUNGAN

KANDUNGANMUKA SURAT

Halaman Juduli

Pengesahan Pelajarii

Surat Pengesahan Tamat Latihan Industriiii

Abstrakiv

Abstractv

Dedikasivi

Penghargaanvii

Senarai Kandunganviii - ix

Senarai Jadualx

Senarai Rajahxi - xii

Senarai Lampiranxiii

BAB 1PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan1 - 3

1.2 Objektif Latihan Industri4 - 5

1.3 Objektif Laporan Latihan Industri6

1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar7

BAB 2LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN

2.1 Profil Organisasi8 - 10

2.2 Misi11

2.3 Visi12

2.4 Senarai Anak-anak Syarikat13

2.5 Falsafah Pengurusan14

2.6 Pencapaian Syarikat ( 1977 2005 )

15 - 17

KANDUNGANMUKA SURAT

BAB 3RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1 Pengenalan18 - 19

3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri20 - 23

BAB 4LAPORAN TEKNIKAL

4.1 Proses Pemeriksaan Berkala24 - 27

4.2 Ujian Kekerasan Vickers28 - 31

4.3 Pemeriksaan Bahan Kimia32 - 34

4.4 Ujian Cecair Meresap35 - 37

BAB 5DAPATAN DAN CADANGAN

5.1 Dapatan38

5.2 Cadangan Kepada Politeknik39 - 40

5.3 Cadangan Kepada Organisasi41

BAB 6KESIMPULAN42 - 44

RUJUKAN

LAMPIRANL1 L5

SENARAI JADUAL

JADUALTAJUKMUKA SURAT

2.4.1Senarai Anak-anak Syarikat13

2.6.1Pencapaian Syarikat15 - 17

SENARAI RAJAH

RAJAHTAJUKMUKA SURAT

4.1.1Jobsheet25

4.1.2Angkup Vernier25

4.1.3Mikrometer25

4.1.4Tolok Palam26

4.1.5Tolok Cincin26

4.1.6Penoreh Tapper Rosak27

4.1.7Mata Alat Tumpul27

4.2.1Mesin Ujian Kekerasan29

4.2.2Andas29

4.2.3Handwheel30

4.2.4Melaras Mesin Ujian Kekerasan30

4.2.5Suis31

4.3.1Thermometer32

4.3.2Sampel Bahan Kimia32

4.3.3Phenolphthalein33

4.3.4Kon Silinder33

4.3.5Cecair Sodium Hydroxide33

4.3.6Buret33

4.3.7Larutan Bertukar Warna33

4.3.8Reagent Solution 44 34

4.3.9Kon Silinder34

4.3.10Cecair Potassium Permanganate34

4.3.11Buret 34

4.3.12Larutan Bertukar Warna34

4.4.1Cleaner35

4.4.2Penetrant35

4.4.3Developers36

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRANTAJUKMUKA SURAT

Lampiran 1My Internship ReflectionsL1 L5

BAB 1

PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.1) PendahuluanBismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi, Semoga kita sentiasa berada dalam keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T. Untuk pengetahuan kita bersama latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri sebelum memasuki semester yang berikutnya dan latihan industri adalah merupakan salah satu corak pembelajaran di mana para pelajar politeknik di semester empat akan menjalani latihan industri selama dua puluh minggu. Latihan industri ini adalah wajib untuk dijalani oleh pelajar politeknik semester empat untuk kursus diploma. Untuk menjalani latihan industri ini pelajar-pelajar akan ke syarikat-syarikat, perhotelan atau firma-firma swasta mahupun firma-firma kerajaan/berkanun yang telah pun dipohon oleh pelajar-pelajar itu sendiri ataupun yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Politeknik. Dasar utama yang ada dalam program latihan industri ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar supaya mereka dapat merasai sendiri bagaimana rasanya situasi alam pekerjaan yang sebenar.

Di samping itu, para pelajar juga akan mengetahui bagaimana keadaan di tempat kerja serta kerja-kerja yang akan dilakukan bagi mempraktikkan dan memahirkan lagi apa yang telah dipelajari di Politeknik. Pengalaman ini adalah sangat penting bagi pelajar-pelajar apabila mereka sudah manamatkan pengajian di Politeknik kelak.Pendedahan yang selalu ditekankan sewaktu latihan industri ini ialah untuk meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar di dalam bidang-bidang kemahiran dan juga teknikal yang berkaitan dengan bidang yang telah dipelajari sewaktu di Politeknik. Di samping itu latihan industri juga dapat menanamkan semangat bekerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik sesama pekerja ataupun majikan. Latihan industri juga dapat memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini. Secara keseluruhannya latihan industri ini juga banyak membantu pihak Politeknik dalam sistem pembelajaran, ini berikutan kerana pihak Politeknik sendiri tidak dapat menyediakan alatan yang lengkap bagi tujuan pembelajaran sepenuhnya memandangkan kos pembiayaan yang tinggi dan perubahan-perubahan teknologi sentiasa berkembang pesat dari masa ke semasa. Di samping itu juga para pelajar dapat melihat sendiri perkaitan diantara teori yang telah di pelajari didalam kelas dengan praktikal yang dijalani sewaktu berada di makmal-makmal dan bilik kuliah / kelas. Ini juga dapat memberikan pendedahan kepada pelajar supaya menceburi bidang-bidang yang mencabar dan memerlukan ketabahan serta tanggungjawab yang tinggi bagi menjayakan sesebuah organisasi itu sendiri.

Dari sudut kerohanian, para pelajar yang menjalani latihan ini dapat melatihkan diri sebagai pekerja yang bertanggungjawab di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan ataupun arahan. Sikap tersebut juga dapat membantu diri sendiri sebagai seorang pekerja yang berjaya dan berkaliber. Jika dipandang dari sudut lain, latihan industri ini merupakan satu objektif yang tepat bagi mencari penyelesaian bagi sesuatu perkara amnya berkaitan pekerjaan. Justeru itu, latihan industri juga memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai sendiri perbezaan antara teori dan latihan praktikal yang dijalankan sendiri oleh pelajar ketika berada di firma. Segala cabaran yang diterima semasa latihan industri akan mengukuhkan lagi keyakinan pelajar terhadap pekerjaan yang bakal dijawat selepas tamat tempoh pengajian disamping memberi rangsangan serta minat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian kelak.

1.2) Objektif Latihan Industri

Secara amnya, objektif latihan industri adalah seperti berikut :- a) Memberi Pendedahan kepada Pelajar di Alam Pekerjaan.Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan diberi pendedahan dengan perkara yang baru bagi pelajar iaitu dengan suasana sebenar di tempat kerja yang sama sekali berlainan jika dibandingkan dengan Politeknik tempat mendalami ilmu pengetahuan. Banyak kemahiran baru yang diperolehi dapat menambahkan kemahiran pelajar semasa menjalani latihan industri .

b) Membentuk Displin Pelajar Melalui Peraturan Keselamatan.Keselamatan dalam industri merupakan perkara yang paling dititikberatkankan kepada semua warga pekerja. Mematuhi keselamatan tidak harus dipandang ringan serta mudah kerana peralatan yang digunakan di sektor industri kebanyakannya berbahaya dan dapat mencederakan seseorang malah boleh melibatkan nyawa pekerja tersebut. Dengan mematuhi peraturan keselamatan semasa menjalani latihan industri ini, para pelajar juga dapat meyakinkan diri dalam menghadapi cabaran yang akan ditempuhi semasa alam perkerjaan serta mengawal diri dalam pelbagai situasi mencabar sewaktu melakukan kerja.

Antara Lainnya ialah :-i. Membina personaliti individu secara berpasukan, amanah , berkeyakinan dan bertanggugjawab .ii. Membolehkan pelajar berupaya berkomunikasi dengan baik serta berkesan.iii. Membolehkan pelajar mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baikiv. Pelajar menguasai kemahiran dan bidang khusus dengan mengaitkan teori yang telah dipelajari di Politeknik.v. Pelajar mengalami sendiri alan pekerjaan yang sebenar.vi. Menambahkan ilmu dan pengalaman dalam sesuatu bidang.vii. Meningkatkan daya pemikiran seseorang pelajar.viii. Menjadikan seseorang pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa latihan industri ini adalah amat penting kepada para pelajar kerana ia memainkan peranan penting dalam membentuk dan mewujudkan pelajar-pelajar lulusan dari Politeknik yang berpengetahuan luas, berdisiplin tinggi, mahir dalam segala bidang serta mempunyai akhlak yang mulia dan keyakinan diri yang tinggi. Dengan yang demikian ia dapat menjamin serta meningkatkan lagi mutu pendidikan yang diterapkan dikalangan pelajar Politeknik di seluruh Malaysia ini dan menjamin tenaga kerja yang mahir, berkualiti dan terbaik bagi pembangunan ekonomi negara kita.

1.3) Objektif Laporan Latihan Industri Objektif laporan Industri ini adalah bertujuan supaya menjadi satu bukti menunjukkan pelajar telah menjalani latihan industri mengikut prosedur, kesesuaian dengan bidang yang dipelajari oleh pelajar di kampus dan komitmen palajar terhadap latihan industri. Laporan yang baik dan lengkap dapat dijadikan panduan semasa melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar serta boleh digunakan dalam temeduga kerjaya. Laporan ini akan mendokumentasikan aktiviti kerja pelajar-pelajar sepanjang tempoh latihan yang dijalankan. Pensyarah dan juga penyelia syarikat dapat menilai prestasi pelajar semasa mengikuti latihan ini melalui buku laporan harian dan juga laporan rasmi.Selain itu, laporan latihan industri bertujuan melatih pelajar menguasaai kemahiran dalam menghasilkan satu bentuk laporan yang berkaitan dengan kerja-kerja pratikal yang dilakukan pelajar dalam menepati format laporan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Laporan ini juga dijadikan sebagai satu kaedah penilaian keatas pelajar semasa tempoh latihan.Diantara objektif lain penyediaan laporan industri ialah : i. Sebagai bukti yang pelajar telah menamatkan latihan industri.ii. Boleh dijadikan sumber rujukan dimasa akan datang.iii. Merupakan salah satu syarat wajib untuk lulus latihan industri.iv. Untuk melatih pelajar dalam menghasilkan sebuah laporan yang lengkap berlandaskan format yang sebenar kerja berkenaan dengan latihan yang dijalankan.

1.4) Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar

Secara amnya, terdapat pelbagai kepentingan yang dapat dipelajari oleh semua pelajar sepanjang menjalani latihan industri yang dianjurkan oleh pihak Politeknik selama tempoh tertentu. Hal ini bergantung kepada kesunggguhan pelajar itu sendiri untuk memanfaatkan peluang yang telah sedia ada ini. Pelajar juga dapat mendalami dengan lebih mendalam tentang teori yang telah dipelajari semasa proses pembelajaran dan seterusnya mempraktikannya segala teori yang ada dengan segala situasi samada secara langsung ataupun tidak semasa mengendalikan sesuatu proses atau mengendalikan sesuatu kerja di firma yang memerlukan kemahiran yang tertentu untuk melaksanakannya. Dengan pengalaman dan tunjuk ajar daripada pekerja yang mahir dan berpengalaman, dapatlah memudahkan pelajar itu untuk menceburi diri dalam bidang pekerjaan yang akan ditempuhi kelak.Latihan industri juga adalah penting kepada pelajar untuk mengikutinya kerana ia akan memberi pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat diperolehi semasa di politeknik. Selain itu, ianya juga merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk layak mendapat penganugerahan diploma.Latihan industri juga memberi sedikit sebanyak pengalaman selama satu semester. Pelajar akan belajar erti kehidupan serta tanggungjawab dalam pekerjaan dalam bidang masing-masing.

BAB 2

LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN

2.1) Profil Organisasi

Penubuhan:1977

Ibu Pejabat:Lot 10, Sungai Siput Light Industrial Estate,31100 Sungai Siput, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Bilangan premis beroperasi:6

Kumpulan Belton Berhad adalah peneraju terkemuka komponen automotif serta merupakan Kumpulan Pembuatan Produk Pengikatan Khas di Malaysia. Kebanyakan anak syarikat yang terlibat dalam pembuatan pelbagai jenis pengikat khusus, membekalkan suspensi kenderaan dan komponen hab roda peralatan asal (OEM), peralatan gantian (REM) dan pasaran eksport (EXPORT). Misi syarikat ini adalah untuk mencapai pengiktirafan antarabangsa sebagai peneraju dalam bidang ini, menghasilkan produk berkualiti tinggi dengan segera pada harga yang kompetitif bagi memastikan kepuasan pelanggan. Belton telah menghasilkan dan membekalkan komponen hub roda HWC yang berkualiti kepada Industri Automotif.Kilang pembuatan dilengkapi sepenuhnya dengan kemudahan canggih yang diperlukan untuk berjaya membangun dan menghasilkan pelbagai kualiti premium dan komponen hub roda yang dipercayai. Di Belton, bahagian-bahagian kritikal dan keselamatan dihasilkan dengan tahap ketepatan yang tinggi tanpa menjejaskan kualiti. Belton menggabungkan pengetahuan kejuruteraan sains bahan untuk memiliki sendiri kemudahan rawatan haba dan rawatan permukaan bersama-sama dengan asas teknologi pembuatan dalam proses pembuatan yang efektif. Hub Bolt semua Standard (JIS, ASME, AISI, ISO, SAE, BS, ASTM, AS dan lain-lain) dan spesifikasi khas boleh dibuat. Pelbagai peralatan ujian kualiti yang lengkap boleh didapati seperti digital Rockwell, penguji kekerasan Micro-Vickers dan Profil Projektor untuk memastikan ketepatan had terima/toleransi bagi menjamin pemasangan untuk hab roda sempurna. Pada masa ini, Belton menghasilkan rangkaian lengkap (HWC) hab roda bagi kenderaan perdagangan hampir kesemua kenderaan perdagangan ringan dan berat buatan Jepun dan Eropah. Kualiti hub roda dihasilkan secara konsisten telah mendapat pensijilan ISO 9001: 2000.

Kumpulan syarikat adalah pakar dalam pembuatan pelbagai suspensi automotif dan komponen hub roda , termasuk U-Bolt, Shackle dan Pin Kit, Spring Pins, King Pin Kit, Drum Brake, Wheel Bolts dan Nuts, Torque Rod Bush dan Torque Rod Bolt. Sebahagian besar produk mereka sedang dibekalkan sebagai peralatan tulen untuk semua kenderaan bermotor yang dipasang di Malaysia. Kebanyakan produk-produk ini sedang dibekalkan sebagai peralatan tulen untuk semua kilang pemasangan kenderaan bermotor tempatan. Produk ini juga dieksport ke lebih daripada 40 buah negara di seluruh dunia. Jadual di bawah adalah kejayaan yang dicapai oleh Belton Sdn Bhd.

2.2) Misi

Untuk mengukuhkan kehadiran pasaran dan berhasrat untuk menjadi pengeluar bertaraf dunia bagi komponen automotif iaitu hab roda dan juga produk pegancing (fastening) yang konsisten dan juga menghantar produk dengan segera serta berkualiti tinggi bagi memastikan kepuasan pelanggan pada setiap masa.

2.3) Visi

Mengikuti prinsip-prinsip perniagaan yang baik Mengamalkan pengurusan sumber yang berkesan Mengamalkan pengurusan alam sekitar yang bertanggungjawab Menyumbang ke arah pembangunan negara

Be the best

Excelent quality

Lean and trim

Total commitment

On time delivery

Name to trust

2.4) Senarai Anak-anak Syarikat

BELTONGROUPBAHAGIANAKTIVITI

PEMBUATAN

Belton SDN BHDMenghasilkan U-Bolt, Shackle and Pin, Tool Kit, specialty Hot Forged Bolt, Nut, dll.

Belton Axle Components SDN BHDMenghasilkan Brake Drum, Hub dan Disc.

Belton Fasteners SDN BHDMenghasilkan Cold dan Hot Forged Bolt, Nut.

Belton HWC Industries SDN BHDMenghasilkan Hub Bolt, Wheel Nut, Wheel Stud, dll.

Belton Pins Industries SDN BHDMenghasilkan pin bagi kenderaan automotif dan kenderaan berat.

Belton Springs SDN BHDMenghasilkan Laminated Leaf Spring.

PERUNTUKAN PERKHIDMATAN

Belton-Oriental-Heat-Treatment SDN BHDMenyediakan servis rawatan haba

Belton Precision Machining SDN BHDMenyediakan seris penalaan CNC dan perkhidmatan permesinan

PERDAGANGAN

Belton Marketing SDN BHDMendagangkan komponen automotif

Jadual 2.4.1

2.5) Falsafah Pengurusan

Di Belton, kami percaya bahawa kepuasan pelanggan kami merupakan laluan utama untuk pertumbuhan masa depan dan kejayaan Kumpulan kami. Oleh itu, untuk membantu mencapai matlamat ini, semua peringkat kakitangan kami yang berdedikasi sentiasa mengamalkan sistem Pengurusan Kualiti Menyeluruh untuk mengkaji semula dan meningkatkan kecekapan operasi keseluruhan kumpulan. Akibatnya, kumpulan Belton mampu untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang berkualiti premium pada harga yang kompetitif. Kumpulan itu bekerjasama rapat dengan rakan-rakan sekutunya untuk terus membangunkan produk dan perkhidmatan baru bagi meningkatkan lagi kehadirannya di dalam industri automotif pembuatan komponen dan berada di hadapan pesaing dalam pasaran yang sangat kompetitif ini.Belton meletakkan keutamaan yang paling dalam memaksimumkan keuntungan pemegang sahamnya sambil mengikuti prinsip-prinsip perniagaan yang baik, mengamalkan sumber yang berkesan dan pengurusan alam sekitar yang bertanggungjawab.Belton, bersama-sama dengan rangkaian pelanggan global yang kukuh memulakan ke alaf baru dengan misi untuk menjadi peneraju Dunia Kelas Kumpulan Pembuatan yang konsisten dan segera menyampaikan komponen automotif yang berkualiti unggul dan produk pengancing khusus di seluruh dunia.

2.6) Pencapaian Syarikat( 1977 2005 )

1977Belton Sdn. Bhd (BSB) telah ditubuhkan oleh ahli pengasas untuk memulakan operasinya dalam pembuatan komponen automotif.

1983Produk Belton telah diterima sebagai Peralatan Asal (OE) oleh kilang pemasangan kenderaan bermotor tempatan dan diberikan status Pemadaman Mandatori.

1985BSB mula mengeksport produk ke luar negara.

1989Belton Springs Sdn. Bhd. (Sebelum ini dikenali sebagai Kejuruteraan Superskill Sdn. Bhd.) (B-Springs) memulakan operasi dalam pembuatan leaf springs untuk pasaran gantian.

1991BSB & B-Springs diakreditasi dengan status ISO 9002: 1994.Kumpulan Belton telah mengambil alih keseluruhan modal berbayar BSB dan B-Springs.

1992Belton memperoleh penyenaraian di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

1993Belton HWC Industries Sdn. Bhd. (B-HWC) & Belton Pins Industries Sdn. Bhd. (B-Pins) memulakan operasi pengilangan.

1994Leaf Springs B-Springs mendapat penerimaan ke dalam pasaran Peralatan Asal (OEM).

1995Belton memeterai dua perjanjian usaha sama untuk membentuk Belton Oriental Rawatan Haba Sdn. Bhd. (B-Orient) dan Belton-Dorbyl Produk Automotif Sdn. Bhd. (B-Dorbyl).Dua lagi anak syarikat iaitu B-HWC dan B-Pins diakreditasi dengan status ISO 9002: 1994.Belton Axle Components Sdn. Bhd. (B-Axle) memulakan operasi dalam pengeluaran dram brek.

1996Belton menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Perak (PSEDC) untuk mengambil Bahagian dalam Program Pembangunan Vendor Bumiputera.Belton Fasteners Sdn. Bhd. (B-Fast) memulakan operasi dalam pembuatan pengikat khusus.

1997Belton Tools Sdn. Bhd. (B-Tools) telah memulakan operasi dalam pembuatan kit alat automotif.

1999B-Axle telah mendapat pengiktirafan status ISO 9002: 1994.BSB telah dianugerahkan sijil untuk Penjual Keseluruhan Terbaik oleh Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton).

2000BSB telah dianugerahkan ASSB Top 2 Pembekal Tempatan Tahunan dengan UMW Toyota.BSB telah dianugerahkan sijil untuk Kualiti Terbaik dan Penghantaran oleh Proton.

2001Belton Marketing Sdn Bhd. (B-Mart) telah dianugerahkan ASSB Top Pembekal Tempatan bagi Pencapaian Kualiti Terbaik oleh UMW Toyota.BSB telah dianugerahkan sijil untuk Kualiti Terbaik dan Penghantaran oleh Proton

2002Sistem Pengurusan Kualiti BSB, B-Springs, B-HWC, B-Pins dan B-Axle telah dinaik taraf dan ditauliahkan kepada status ISO 9001: 2000.

2003Belton Sdn Berhad telah dianugerahkan ASSB Daya Saing Kos Prestasi Tahunan di persidangan ke-9 pembekal Toyota oleh UMW Toyota

2004Belton Sdn Berhad telah dianugerahkan Perkhidmatan Top Pembekal pada tahun 2004 oleh Ford Malaysia.

2005Belton Sdn Berhad menerima Anugerah Kecemerlangan Pembekal untuk Pencapaian Cemerlang dalam Perkhidmatan oleh Ford Malaysia.

Jadual 2.6.1

BAB 3

RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

3.1) Pengenalan

Sepanjang saya menjalani latihan industri di Belton HWC Industries SDN BHD, saya telah ditempatkan dibawah jabatan Quality Assurance, (QA) sebagai seorang Quality Control (QC). Tugas utama saya ialah untuk memastikan produk yang dihasilkan sentiasa berada dalam keadaaan yang baik iaitu mengikut spesifikasi. Antara tugasan saya yang lain ialah :

Memantau setiap proses pembuatan produk dari masa ke semasa. Memastikan kualiti barang yang diperoleh atau di proses. Bertanggung jawab untuk merekodkan kesemua hasil pemantauan dan ujian-ujian yang dilakukan.

Memastikan semua proses yang dijalankan mengikut SOP ( standard of procedures ) Bertanggung jawab untuk mengenalpasti masalah dan isu-isu mengenai kualiti produk dan juga harus membuat cadangan kepada pihak atasan. Membuat analisis catatan dan dokumentasi produk untuk dijadikan rujukan di masa akan datang.

3.2) Ringkasan Aktiviti Latihan Industri

MINGGUTARIKHAKTIVITI

11/12/2014 6/12/2014Melapor diri di organisasi latihan.Memeriksa hab roda.Melakukan proses pemeriksaan berkala.Mempelajari kegunaan kaedah tayangan.Memeriksa bahan yang diterima masuk ke kilang.

28/12/2014 13/12/2014Mempelajari kaedah ujian kekerasan permukaan.Pemeriksaan permukaaan rata (across flat).Pemeriksaaan bahan kimia.Menentukur ( calibrate ) mikrometer.Menentukur ( calibrate ) angkup vernier.Melakukan proses pemeriksaan berkala.

315/12/2014 20/12/2104Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi U-bolt.Memeriksa bahan yang diterima masuk ke kilang.Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi bush.

422/12/2014 27/12/2014Melakukan ujian kekerasan bagi permukaan bush.Melakukan proses pemeriksaan berkala.Membantu bahagian pembungkusan.Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi pin spring.

529/12/2014 3/1/2015Melakukan pemeriksaaan akhir.Membantu bahagian pembungkusan.Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi pin spring.

65/1/2015 10/1/2015Melakukan proses pemeriksaan berkala.Melakukan pemeriksaaan akhir.Memeriksa bahan yang diterima masuk ke kilang.

712/1/2015 17/1/2015Melakukan proses pemeriksaan berkala.Melakukan pemeriksaaan akhir.Memeriksa bahan yang diterima masuk ke kilang.

819/1/2015 24/1/2015Pemeriksaaan akhir bagi bush.Melakukan proses pemeriksaan berkala.Memeriksa bahan yang diterima masuk ke kilang.

926/1/2015 31/1/2015Melakukan proses pemeriksaan berkala.Melakukan pemeriksaaan akhir.

102/2/2015 7/2/2015Melakukan proses pemeriksaan berkala.Melakukan pemeriksaaan akhir.Memeriksa bahan yang diterima masuk ke kilang.

119/2/2015 14/2/2015Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi pin spring.Melakukan proses pemeriksaan berkala.Melakukan pemeriksaaan akhir.Kemaskini jadual penetukuran peralatan.

1216/2/2015 21/2/2015Mempelajari kaedah ujian kekerasan teras.Melakukan pemeriksaaan akhir.

1323/2/2015 28/2/2015Melakukan pemeriksaaan akhir.Pemeriksaaan bahan kimia.Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi U-bolt.

142/3/2015 7/3/2015Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi U-bolt.Menjalankan dye inspection test.Melakukan pemeriksaaan akhir.Memeriksa hab roda.

159/3/2015 14/3/2015Memeriksa hab roda.Melakukan proses pemeriksaan berkala.Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi U-bolt.

1616/3/2015 21/3/2015Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi U-bolt.Melakukan proses pemeriksaan berkala.Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi spring pin.Melakukan pemeriksaaan akhir.Memeriksa bahan yang diterima masuk ke kilang.

1723/3/2015 28/3/2015Melakukan proses pemeriksaan berkala.Pemeriksaaan akhir bagi bush.Memeriksa hab roda.Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi U-bolt.

1830/3/2015 4/4/2015Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi U-bolt.Melakukan proses pemeriksaan berkala.Memeriksa bahan yang diterima masuk ke kilang.

196/4/2015 11/4/2015Melakukan pemeriksaaan akhir.Melakukan proses pemeriksaan berkala.Melakukan ujian kekerasan permukaan bagi U-bolt.

2013/4/2015 17/4/2015Melakukan proses pemeriksaan berkala.Memeriksa bahan yang diterima masuk ke kilang.Melakukan pemeriksaaan akhir.

BAB 4

LAPORAN TEKNIKAL

Sepanjang saya menjalani latihan industri di Belton HWC Industries SDN BHD, saya telah ditempatkan dibawah jabatan Quality Assurance, (QA) sebagai seorang Quality Control (QC). Tugas utama saya ialah untuk memastikan produk yang dihasilkan sentiasa berada dalam keadaaan yang baik iaitu mengikut spesifikasi. Antara skop kerja Quality Control (QC) ialah : Proses pemeriksaan berkala Ujian kekerasan Vickers Pemeriksaan bahan kimia Ujian cecair meresap

4.1) Proses Pemeriksaan Berkala

4.1.1) PengenalanProses pemeriksaaan berkala ini merupakan tugasan terpenting bagi Quality Control (QC). Hal ini kerana, pemantauan harus dilakukan secara berkala bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam helaian jobsheet ( rajah 4.1.1 ).

Rajah 4.1.1

4.1.2) Senarai peralatan yang digunakan Angkup vernier ( rajah 4.1.2 ) Micrometer ( rajah 4.1.3 ) Tolok palam (rajah 4.1.4 ) Tolok cincin ( rajah 4.1.5 )

Rajah 4.1.2 Rajah 4.1.3

Rajah 4.1.4 Rajah 4.1.5

4.1.3) Proses kerja1. Pemeriksaan haruslah dilakukan secara berkala iaitu sejam sekali.2. Ambil lima sampel produk yang diproses oleh setiap mesin.3. ambil ukuran bagi kelima-lima sampel tersebut berdasarkan spesifikasi yang ditunjukkan dalam helaian jobsheet (rajah 4.1.1).4. ukuran perlulah diambil mengikut proses yang dilakukan terhadap produk tersebut. 5. Sekiranya proses yang dilakukan ialah melarik, peralatan yang harus digunakan ialah angkup vernier ( rajah 4.1.2 ) dan micrometer ( rajah 4.1.3 ).6. Bagi proses torehan ( tapping ), peralatan yang harus digunakan ialah tolok palam ( rajah 4.1.4 ).7. Bagi proses rolling, peralatan yang harus digunakan ialah palam cincin ( rajah 4.1.5 ).8. Sekiranya terdapat masalah pada produk yang dihasilkan iaitu tidak mengikut spesifikasi, segera laporkan kepada technician, supervisor atau leader supaya dapat membetulkan tetapan mesin.

4.1.4) Masalah dan penyelesaianTerdapat beberapa masalah yang sering berlaku ketika proses pemeriksaan berkala dijalankan. Antaranya ialah penoreh tapper ( rajah 4.1.6 ) mudah tumpul atau patah apabila digunakan secara terus menerus.

Rajah 4.1.6Penyelesaiannya ialah dengan menukar penoreh tapper yang rosak tersebut dengan penoreh tapper yang baru. Selain itu selain itu mata alat yang digunakan dalam prose melarik juga mudah tumpul atau patah ( rajah 4.1.7 ) disebabkan penggunaan yang terlalu lama atau tidak menggunakan bahan penyejuk coolant.

Rajah 4.1.7

Penyelesaiannya ialah dengan menggunakan bahagian mata alat yang tajam atau tukar dengan mata alat yang baru.

4.2) Ujian Kekerasan Vickers

4.2.1) PengenalanUjian kekerasan Vickers telah dibangunkan pada tahun 1921 oleh Robert Smith dan George E. Sandland di Vickers Ltd sebagai alternatif kepada kaedah Brinell untuk mengukur kekerasan bahan. Ujian kekerasan Vickers adalah lebih mudah untuk digunakan berbanding ujian kekerasan lain sejak diperlukan pengiraan adalah bebas daripada saiz pelekuk, dan pelekuk boleh digunakan untuk semua bahan-bahan tanpa mengira kekerasan. Prinsip asas bagi kesemua ukuran kekerasan, adalah untuk melihat kebolehan bahan untuk menahan perubahan bentuk dari sumber asal. Ujian kekerasan Vickers boleh digunakan untuk semua logam dan mempunyai skala yang luas. Unit kekerasan yang diberi oleh ujian dikenali sebagai Vickers Pyramid Number (HV) atau Diamond Pyramid Hardness (DPH). Kekerasan boleh ditukar kepada unit Pascal, tetapi jangan terkeliru dengan tekanan, yang juga mempunyai unit Pascal. Bilangan kekerasan ditentukan oleh beban yang lebih luas permukaan lekukan dan bukan kawasan tekanan normal.

4.2.2) Proses kerja1. Hidupkan suis mesin ujian kekerasan ( rajah 4.2.1 ).

Rajah 4.2.1

2. Pilih andas ( rajah 4.2.2 ) yang bersesuaian dengan bahan yang perlu diuji.

Rajah 4.2.2

3. Pastikan bahan tersebut berada dalam keadaan yang stabil ketika diletakkan diatas andas dengan cara menekan dua jari di atas bahan tersebut.

4. Pusingkan hand wheel ( rajah 4.2.3 ) sehingga jarum pendek menunjukkan tepat atau selari dengan titik merah.

Rajah 4.2.3

5. Laraskan mesin ujian kekerasan pada keadan origin ( rajah 4.2.4 ) iaitu jarum panjang menunjakkan nilai sifar. Ini supaya tiada ralat sifar ( zero error ) berlaku.

Rajah 4.2.4

6. Tekan butang merah ( rajah 4.2.5 ) untuk mendapatkan bacaan tahap kekerasan.

Rajah 4.2.5

4.3) Pemeriksaaan Bahan Kimia

4.3.1) PendahuluanPemeriksaan bahan kimia merupakan prosedur yang agak penting kerana bahan kimia tersebut akan digunakan untuk membuat satu lapisan bewarna hitam diatas besi. Hal ini kerana lapisan tersebut merupakan salah satu cara untuk menghalang proses pengaratan daripada berlaku.

4.3.2) Proses kerja1. Sukat suhu bagi bahan kimia yang digunakan dengan menggunakan thermometer ( rajah 4.3.1 ). Suhu yang sesuai ialah diantara 75C sehingga 85C.

Rajah 4.3.1

2. Sekiranya suhu sudah sesuai, ambil sedikit sampel ( rajah 4.3.2 ) untuk diuji di makmal.

Rajah 4.3.2

3. Bagi ujian yang pertama, ia dikenali sebagai penentuan jumlah asid. Ambil 5 milliliter sampel bahan kimia dan titiskan 5 titik cecair phenolphtalein ( rajah 4.3.3 ), kemudian tuangkan kedalam kon silinder ( rajah 4.3.4 ). Tuangkan cecair sodium hydroxide ( rajah 4.3.5 ) kedalam buret ( rajah 4.3.6 ). Larutkan sampel tadi dengan cecair sodium hydroxide sehingga warna larutan bertukar ke warna merah jambu pudar ( rajah 4.3.7 ). Kuantiti cecair sodium hydroxide mestilah diantara 12 milliliter sehingga 14 milliliter.

Rajah 4.3.3 Rajah 4.3.4

Rajah 4.3.5 Rajah 4.3.6 Rajah 4.3.7

4. Bagi ujian yang kedua, ia dikenali sebagai penentuan besi. Ambil 10 milliliter sampel bahan kimia dan titiskan 10 titik cecair reagent solution 44 ( rajah 4.3.8 ), kemudian tuangkan kedalam kon silinder ( rajah 4.3.9 ). Tuangkan cecair potassium permanganate ( rajah 4.3.10 ) kedalam buret ( rajah 4.3.11 ). Larutkan sampel tadi dengan cecair sodium hydroxide sehingga warna larutan bertukar ke warna merah jambu pudar ( rajah 4.3.12 ). Kuantiti cecair potassium permanganate mestilah diantara 2 milliliter sehingga 4 milliliter.

Rajah 4.3.8 Rajah 4.3.9

Rajah 4.3.10 Rajah 4.3.11 Rajah 4.3.12

0. Ujian Cecair Meresap

0. PengenalanUjian cecair meresap ( dye penetration test ) adalah untuk menguji serta mengesan kecacatan permukaan sahaja. Antaranya ialah kesan retak atau pecah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

0. Proses Kerja1. Bersihkan permukaan bahan yang ingin diuji dengan semburan pembersih ( Rajah 4.4.1 ), keringkan bahan tersebut.

Rajah 4.4.1

1. Semburkan permukaan bahan dengan semburan penetrant ( rajah 4.4.2 ) dan biarkan ianya meresap ke bahagian-bahagian yang retak selama 15 minit hingga 20 minit.

Rajah 4.4.2

1. Bersihkan lebihan penetrant pada permukaan bahan.1. Semburkan developer ( rajah 4.4.3 ) pada permukaan bahan tadi dan biarkan ia kering selama 15 minit hingga ke 20 minit.

Rajah 4.4.3

1. Setelah kering, lakukan pemerhatian dengan teliti bagi mengesan kecacatan atau keretakan pada permukaan bahan.

0. Kelebihan dan KekuranganKelebihan utama adalah kelajuan ujian dan kos yang rendah. Kelemahan termasuk pengesanan kecacatan permukaan sahaja, dan pemeriksaan itu hendaklah di atas permukaan bersih yang lancar di mana penetrant yang berlebihan boleh dikeluarkan sebelum disembur dengan Developers. Menjalankan ujian pada permukaan kasar, seperti permukaan kimpalan, akan membuat ia sukar untuk mengeluarkan apa-apa bahan penetrant yang berlebihan dan boleh menyebabkan kekeliruan. Latihan yang cukup diperlukan untuk pengendali. Pembersihan yang betul adalah perlu untuk memastikan bahawa bahan cemar permukaan telah dikeluarkan dan apa-apa kecacatan pada masa ini adalah bersih dan kering bagi memudahkan ujian.

BAB 5

DAPATAN DAN CADANGAN

5.1) DAPATAN

Hasil dapatan saya melalui kerja yang dilakukan sepanjang 20 minggu saya menjalani latihan industri ini, saya banyak mempelajari tentangpersekitaran bekerja di alam pekerjaan yang sebenar. Saya juga dapat mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang saya belajar di politeknik.Sebagai contoh, penggunaaan mesin ujian kekerasan dalam subjek JF 302 Material Technology 1 yang telah dipelajari secara teori sahaja di politeknik. Apabila saya berada di industri, saya dapat mengukuhkan lagi pemahaman tentang kegunaan mesin mesin tersebut dan mampu untuk mengendalikan mesin tersebut. Di samping itu, saya dapat meningkatkan daya keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang awam dan tahu cara berinteraksi dengan betul. Malahan, saya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di organisasi bersama dengan staff-staff dan operator dengan baik. Selain itu, saya juga boleh menyelesaikan sesuatu kerja atau tugasan yang diberi oleh pihak atasan dengan baik dan jayanya.

5.2) CADANGAN KEPADA POLITEKNIK

Antara cadangan yang saya ingin kemukakan kepada politeknik ialah :

Pihak politeknik haruslah memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan skop latihan industri setiap jurusan secara terperinci. Mempermudahkan proses penukaran tempat latihan industri bagi pelajar yang mengalami masalah ketidaksesuaian tempat latihan industri dengan jurusan yang diambil oleh pelajar tersebut.

Mempermudahkan proses mengambil cuti sakit kerana terdapat segelintir rakan yang terpaksa menghadirkan diri ke tempat latihan walaupun dalam keadaan kurang sihat. Hal ini kerana proses yang terlalu banyak berbanding dengan politeknik politeknik lain.

Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitikberatkan lawatan dari pihak penyelaras ke tempattempat pelajar menjalani latihan industri seperti yang telah dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini kerana kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi penyelaras serta kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti kunjungan pihak pensyarah Politeknik.

Saya juga memberi cadangan supaya pihak politeknik dapat memberi kelonggaran dan masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan meneliti Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang dihulurkan oleh pensyarah-pensyarah juga di perlukan dalam menghasilkan laporan akhir yang baik dan berkualiti.

5.3) CADANGAN KEPADA ORGANISASI

Antara cadangan yang saya ingin kemukakan kepada organisasi ialah :

Saya mencadangkan agar pihak organisasi hanya mengambil pelajar yang bersesuaian dengan latihan yang disediakan oleh organisasi serta jurusan yang diambil oleh pelajar tersebut.

Pihak syarikat di minta mendedahkan lebih banyak perkara berkaitan dengan yang kerja-kerja dibuat supaya para pelajar mendapat lebih manfaat dari program latihan industri.

Pihak syarikat harus memberi peluang kepada pelajar untuk mempelajari lebih mendalam lagi tentang sesuatu kerja yang mereka buat ketika latihan industri.

BAB 6

KESIMPULAN

Latihan Industri merupakan salah satu syarat wajib untuk penganugerahan Sijil Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Latihan Industri, pelajar bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran dalam bidang masing-masing malah pelajar didedahkan dengan teknik penyediaan dan penulisan laporan. Melalui pengalaman ini, diharapkan dapat meningkatkan potensi diri untuk menonjolkan dalam pasaran kerja dalam bidang berkaitan setelah tamat pengajian.Selain itu, saya turut berpeluang mempratikkan sebahagian perkara yang dipelajari, sama ada secara teori atau praktikal sewaktu pengajian di politeknik sebelum ini. Namun demikian, di kawasan kerja sebenar, kepantasan, kecekapan, kemahiran dan kebolehan melaksanakan sesuatu projek dengan efisien adalah aspek yang dilihat dalam seseorang pekerja. Kualiti kerja pula dinilai pada keberkesanannya iaitu adakah ia memenuhi fungsinya secara optimum. Aspek kecantikan kerja bukanlah menjadi keutamaan.

Sepanjang tempoh 6 bulan saya bekerja di Belton HWC Industries SDN BHD, saya telah ditugaskan untuk mengendalikan pelbagai operasi kerja yang berlainan sama ada secara berseorangan atau bersama-sama rakan setugas. Sebagai seorang pelatih, saya dikehendaki memahami dan mengenali setiap bahagian dan tugas-tugas utama setiap bahagian.Walaupun saya ialah seorang pelatih politeknik di sini, mereka amat mudah menerima saya di sana dan menganggap saya sebagai pekerja biasa. Ini dapat memudahkan saya berinteraksi dengan semua golongan pekerja dan membolehkan saya menyesuaikan diri dengan pelbagai ragam suasana pekerjaan yang timbul. Keadaan sedemikian telah banyak membantu ke arah pembinaan satu personaliti yang positif dalam diri saya. Aspek disiplin dan keyakinan diri turut bertambah kerana kini saya percaya saya berupaya melakukan kerja yang diarahkan sambil mematuhi segala peraturan yang ditetapkan. Ciri-ciri ini, saya rasakan amat perlu dalam diri setiap pekerja dan tidak dapat dinafikan latihan industri ini amat membantu dalam menyediakan diri saya bagi menempuhi alam pekerjaan setelah tamatnya pengajian nanti. Saya telah belajar cara berkomunikasi dengan pelbagai lapisan di syarikat ini. Ini adalah amat penting untuk menghasilkan kerja yang baik dan berjalan lancar tanpa menghadapi sebarang masalah. Selain itu, sikap disiplin diri telah dibentuk iaitu mematuhi segala peraturan. Nilai-nilai murni tentang kerjasama, kerajinan, kebijaksanaan, hormat-menghormati telah ditanami menerusi latihan industri ini.

Walaupun latihan industri merupakan perkara yang diwajibkan untuk semua pelajar, namun ia merupakan pulangan yang terbaik pada diri pelajar. Mereka dapat menimba pengalaman dalam pelbagai hal yang berkaitan dengan gerak kerja seharian. Dengan itu, pelajar akan bergiat mempelajari sesuatu yang baru serta meningkatkan lagi kemahiran pada perkar tersebut.Kesimpulannya, perindustrian di Malaysia semakin pesat membangun bak kata seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Jadi, tenaga mahir amat diperlukan dalam sektor ini. Generasi mudalah yang merupakan bakal tenaga mahir pada masa yang akan datang. Perancangan dan kerjasama di antara Institut Pengajian Tinggi dan syarikat-syarikat perindustrian adalah amat penting untuk melahirkan generasi yang berkemahiran pada masa hadapan.Akhir kata, saya ingin lahirkan rasa bangga dan kesyukuran yang tak terhingga kerana dapat menamatkan latihan industri di Belton HWC Industries SDN BHD dengan jayanya, dan sekaligus menjaga nama baik pihak politeknik. Maka, adalah menjadi harapan saya, pihak Politeknik-Politeknik Malaysia dapat meneruskan program latihan industri ini, agar dapat membantu negara melahirkan lebih ramai tenaga pekerja professional yang berkemahiran dalam pelbagai bidang kerja.

RUJUKAN

LT Zahiran Hamzah, Abdul Aziz Ahmad, Nor Hazian Osman, Siti RafidahAbdul Saref & Nathrah Nawawi (2011). Garis Panduan Latihan IndustriPSAS. Perak : Politeknik Sultan Azlan Shah.

Panduan menulis laporan latihan industri. Dicapai pada June 14, 2014.http://harris2012.tripod.com/latihan_industri/panduan_menulis_laporan.htm

Panduan penulisan abstrak tesis dan terjemahannya. Dicapai June 14, 2014. http://www.ukm.my/jurutera/pdf/abstrak.pdf

Kohan, Anthony Lawrence (1997), Boiler operator's guide (4th ed.), McGraw-Hill Professional, p.240, ISBN978-0-07-036574-2.

LAMPIRAN