laporan latihan 1 pengungsian bangunan 2014

8
LAPORAN : LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (EVACUATION DRILL) SMK KG. DATO’ AHMAD SAID TAHUN 2014 DIKEMUKAKAN OLEH: UNIT KESELAMATAN DAN KECEMASAN SMKKDAS TARIKH: 5 APRIL 2013 (JUMAAT) TEMPAT: PADANG SMKKDAS

Upload: zaihassirazainuddin

Post on 02-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Latihan 1 Pengungsian Bangunan 2014

LAPORAN :

LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (EVACUATION DRILL)

SMK KG. DATO’ AHMAD SAID

TAHUN 2014

DIKEMUKAKAN OLEH:

UNIT KESELAMATAN DAN KECEMASAN

SMKKDAS

TARIKH:

5 APRIL 2013 (JUMAAT)

TEMPAT:

PADANG SMKKDAS

LAPORAN LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN (EVACUATION DRILL)

Page 2: Laporan Latihan 1 Pengungsian Bangunan 2014

TARIKH : 11 SEPT 2014 (KHAMIS)

MASA : 9.00 – 10.00 PG

TEMPAT : PADANG SMKKDAS

1.0 PENDAHULUAN

Pengungsian adalah satu kaedah untuk keluar dari bangunan dengan teratur dan cepat apabila

berlaku kecemasan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Supaya warga SMKDAS boleh bertindak dengan tenang dan teratur.

2.2 Dapat mempastikan jalan keluar keselamatan diguna seperti mana yang dirancang.

2.3 Pengungsian bangunan dapat dilaksanakan dengan cepat dan teratur.

2.4 Supaya petugas yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan mengikut

prosedur.

3.0 JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KECEMASAN SMK KG. DATO’ AHMAD SAID TAHUN 2014

PENGERUSI : TN. HJ. TAUHID AHMAD BIN HJ. SHAMSUDDIN

TIMBALAN PENGERUSI : PN. AINAL ROZITAH BINTI RUSLAN (PK HEM)

NAIB PENGERUSI : PN. HJH. NORHANA BINTI MOHAMED HANI (PK PENTADBIRAN)

PN. JAMILAH BINTI JUHARI (PK KO-KURIKULUM)

SETIAUSAHA : EN. ABDULLAH BIN HASSAN

AJK : EN. HAIRERE BIN SHUAIB (PEN. SETIAUSAHA)

- EN. ABDULL MANAF BIN AWANG MAT - EN. MOHD HAIRIL BIN MELAN

- EN. SAZALI BIN SHAHIDAN (KAUNSELOR) - EN. SENTHIL KUMARAN A/L ALAGISAN

- EN. RUZLAN BIN RAMLI - PN. AZIZAH BINTI DOLLAH

JAWATANKUASA BERTINDAK

Bil. Jawatankuasa AJK Tanggungjawab

1. Ketua Insiden

Tn. Hj. Tauhid Ahmad bin Hj. Shamsuddin

(Pengetua SMKDAS)

- Memantau perjalanan latihan.

- Menerima laporan daripada Pegawai Insiden.

- Membuat ulasan tentang latihan yang dijalankan.

2. Penolong Ketua Pn. Ainal Rozitah binti Ruslan - Membantu Ketua Insiden.

Page 3: Laporan Latihan 1 Pengungsian Bangunan 2014

Insiden(PK HEM)

- Menerima laporan daripada Pegawai Insiden.

3. Pegawai Insiden

1. Pn. Delima Sharmilee binti Farid El Hariri (Blok A)

2. En. Zainuddin bin Suffian (Blok B)

3. En. Noor Azman bin Arshad Tar (Blok C)

4. En. Ahmad Nadzomi bin Wahab (Blok D)

5. En. Muhamad Saberi bin Ashari (Surau)

6. En. Senthil Kumaran a/l Alagisan (Bangunan MPV/PAV)

7. En. Mohd Hairil bin Melan (Makmal Komputer)

- memastikan semua penghuni mengosongkan bangunan atau meninggalkan bangunan melalui tangga dan turun ke bawah tanpa membawa apa-apa barang bersama.

- mengarahkan penghuni blok supaya bertenang, jangan gugup atau panik, jangan berbuat bising, bertolak-tolak atau berlari, tetapi tinggalkan blok tersebut dengan secepat mungkin.

- mengarahkan semua penghuni blok tersebut berkumpul di padang SMKKDAS semasa berlaku kebakaran atau kecemasan.

- memeriksa blok/bangunan dan kawasan persekitaran sekolah supaya tidak berlaku keciciran murid sepanjang latihan dijalankan.

4.

Pegawai Pemadam

(Fire Fighting Squad)

1. En. Abdull Manaf bin Awang Mat

2. En. Mat Tamizi bin Salleh

3. En. Mohammad Mansor bin Baharudin

4. En. Ahmad Tarmizi bin Hj. Mohd Yatim

5. En. Sundralingam a/l Saminathan

6. En. Irwan bin Abd. Hamid

7. En. Ruzlan bin Ramli

- Mengetahui cara menggunakan alat pemadam api semasa berlaku kebakaran.

- Bertindak memadamkan kebakaran di kawasan sekolah sekiranya perlu.

5. Ketua Unit

1. Pn. Norhaznella binti Mohd Yusof Senusi (Ketua Penyelaras Tingkatan) – Murid.

- Penyelaras Tingkatan 1 – 5.

- Semua Guru Tingkatan 1 – 5.

2. En. Sazali bin Shahidan – Guru

3. Pn. Azizah binti Dollah – Staf Sokongan & Pekerja Swasta

- Mengambil kedatangan semua yang hadir di tempat berkumpul (Assembly Point), sama ada murid, guru dan staf sekolah.

- Menerima laporan kehadiran murid daripada setiap Penyelaras Tingkatan 1 – 5.

- memaklumkan kepada Pasukan First Aider tentang penghuni yang hilang semasa berlaku kecemasan.

5.Pasukan Bantu

Mula (First Aider)

1. Pn. Haniza binti Hassan

2. Pn. Nazimah binti Baharom

3. Pn. Faizah binti Mohd Isa

4. En. Chin Wye Pong

5. En. Hairere bin Shuaib

6. Cik Fatimah Hannan binti Ishak

- mencari penghuni yang hilang di kawasan bangunan apabila mendapat arahan daripada Ketua Unit.

- Memberi rawatan awal kepada mangsa yang cedera sekiranya ada.

6. Pengawal Keselamatan - Menutup pintu pagar utama sekolah.

Page 4: Laporan Latihan 1 Pengungsian Bangunan 2014

- Memastikan tiada pihak lain berada di dalam kawasan sekolah semasa latihan dijalankan.

- memastikan tiada kenderaan yang keluar dan masuk ke kawasan sekolah.

4.0 KRONOLOGI LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN

9.00 pagi

Loceng kecemasan dibunyikan selama 5 minit berterusan. Serentak dengan itu, laungan ‘API API’

diulang berkali-kali menggunakan mikrofon. Petugas menggunakan alat bantu seperti loceng kecil, wisel

dan bendera merah-putih untuk menunjukkan laluan ke tempat berkumpul.

9.05 – 9.25 pagi

Semua warga SMKKDAS berkumpul di kawasan padang sekolah kurang daripada 10 minit iaitu masa

kritikal yang ditetapkan. En. Sazali Shahidan akan mengambil kehadiran semua guru, manakala Pn.

Azizah Dollah akan mengambil kehadiran semua staf sokongan dan pekerja swasta. Guru-guru

Tingkatan mengambil kehadiran murid kelas masing-masing. Semua maklumat kehadiran hendaklah

dilaporkan kepada Ketua Insiden atau Penolong Ketua Insiden.

9.30 pagi

En. Abdullah bin Hassan, Setiausaha Unit Keselamatan an Kebakaran sekolah, akan membuat semakan

akhir sebelum memberi pelaporan kepada Ketua Insiden, Tuan Pengetua. Penolong Ketua Insiden (PK

HEM) akan memberi ulasan daripada pemerhatian dan pelaporan yang diterima.

10.00 pagi

Semua warga SMKKDAS bersurai.

5.0 ULASAN DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

5.1 Murid Tingkatan 1 kurang peka dengan laluan yang perlu diambil kerana tidak prihatin dengan

maklumat yang dipamerkan di kelas dan peringatan guru.

5.2 Murid-murid Tingkatan 2 dan 3 mengambil kesempatan untuk bising dan memperlekehkan sesi

latihan kebakaran ini.

5.3 Cadangan supaya semua guru bertindak lebih agresif ketika memberi arahan kepada pelajar-pelajar

semasa latihan kali kedua nanti.

6.0 Penutup

Page 5: Laporan Latihan 1 Pengungsian Bangunan 2014

Syukur, Alhamdulillah. Sesi latihan pertama ini dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

Laporan disediakan oleh; Disahkan oleh;

……………………………….. …………………………

(ABDULLAH BIN HASSAN)

GAMBAR-GAMBAR SEMASA LATIHAN

Page 6: Laporan Latihan 1 Pengungsian Bangunan 2014