laporan kursus pertolongan cemas dan cpr

Upload: rubini-muniandy

Post on 09-Oct-2015

409 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

PBSM

TRANSCRIPT

LAPORAN KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN CPRTAHUN UB1/2014Kursus PBSM (CPR) telah diadakan pada hari Jumaat dan sabtu 26-27 September 2014 yang bertempat di bilik kuliah DC2 7.30pagi - 6.30 petang. Pada hari kedua pula diadakan di dewan terbuka bagi menjalankan aktiviti amali CPR dan ujian bertulis. Jurulatih yang hadir untuk memberi taklimat mengenai CPR adalah Puan Hjh. Repiah Binti Singah (Jurulatih BSMM Cawangan Johor). Pada 26 September 2014, pada pukul 8.00 pagi telah mengadakan pendaftaraan pelajar. Seterusnya ceramah yang diadakakan pada hari pertama adalah mengenai pertolongan cemas. Beliau telah menerangkan mengenai definisi CPR, objektif,prinsip, garis panduan serta alatan kotak CPR. Pendaftaraan pelajar

Penerangan mengenai CPR

Alatan kotak pertolongan Cemas

Manakala pada slot kedua dan slot ketiga pula beliau mengajar mengenai Kecederaan tisu lembut dan renjatan. Pembalut dan balutan, penilaian asas pesakit , bantuan hidup asas (CPR), kecederaan tulang, sendi dan otot, kecederaan terbakar dan cara mengangkat pesakit. Beliau membahagikan kepada empat kumpulan. Daripada empat kumpulan,dua kumpulan belajar mengenai balutan manakala dua kumpulan seterusnya mempelajari tentang CPR. Jenis- jenis balutan yang dapat dipelajari adalah balutan tangan besar, balutan tangan kecil, balutan tangan segitiga, balutan kepala, balutan dahu, cincin, balutan lutut, balutan tapak kaki, balutan tapak tangan dan sebagainya.

Bagi CPR pula beliau mengajar tentang Dr. ABC. Dalam hal itu beliau telah mengajar lebih mendalam mengenai cara-cara yang patut diamalkan dalam keadaan kecemasan. Beliau menggunakan Dummy sebagai model untuk tujuan CPR. Beliau telah memberitahu langkah demi langkah iaitu , langkah pertamanya kita memastikan tempatnya selamat,selepas itu mengejutkan mangsanya jika tiada sebarang respon maka minta bantuan daripada orang sekeliling untuk menghubungi ambulance. Langkah seterunya melakukan Airway. Selepas membuat Airway hendaklah membuat hembusan 2 kali dan 30 kali tekanan. Kitaran ini dilakukan selama 5 kali. Selepas mangsa sedar maka hendaklah membuat aktiviti pemulihan.

Pensyarah En.Daud memberi cenderamata kepada jurulatih BSSM daricawangan Johor

Pada 27 September 2014, telah mengadakan ujian amali Pertolongan cemas dan cara balutan dan ujian bertulis Pertolongan cemas dan CPR di dewan terbuka. Kami dapat mempelajari pelbagai kaedah dan teknik baru daripada kursus ini.Semasa memberi penerangan tentang balutan kepala

Semasa membuat aktiviti pertolongan cemas menggunakan DummyMemberi cenderamata kepada Puan Hjh. Repiah Binti Singah (Jurulatih BSMM Cawangan Johor).