laporan kumpul dan derma

3
LAPORAN KUMPUL DAN DERMA Kumpul dan derma adalah satu program di mana kami akan mencari, mengutip barang-barang yang boleh dikitar semula dan kemudian akan kami jual. Duit yang kami peroleh hasil daripada jualan tadi kami akan jadikan modal untuk jualan kami dan juga akan disumbangkan ke maahad tahfiz rumah anak yatim darul fuqaha di kajang. Dalam program ini, saya Nurul Saadah binti Mohamad Zaid (A145933) telah dilantik sebagai timbalan bendahari. Syukur kerana saya telah Berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya. Sebagai permulaan, kami telah bergerak dari kolej ke kolej, dari bilik ke bilik, dengan bertanyakan rakan- rakan lain barang-barang yang boleh dikitar semula. Ada yang memberi kertas-kertas yang tidak digunakan, surat khabar lama, tin-tin kosong, botol plastic, plastic dan sebagainya. Alhamdulillah, semuanya memberi kerjasama yang baik kepada kami tidak kira agama dan bangsa. Kami bergerak dari kolej ke kolej pada awal malam iaitu pada pukul 8 malam kerana kebanyakan pelajar ada di bilik masing- masing pada waktu malam. Kami telah pergi ke kolej pendeta zaaba. Kolej ungku omar, burhanuddin helmi, aminuddin baki dan lain-lain. Banyak barang yang boleh dikitar semula telah kami peroleh termasuk daripada pensyarah. Barang-barang ini kami tempatkan di kolej pendeta zaaba sementara sebelum dijual. Duit yang kami peroleh, kami jadikan modal untuk berniaga kerana kami pasti jika hanya dengan mengutip barang untuk dikitar semula, kami pasti tidak akan dapat membantu banyak kepada rumah anak yatim tersebut. Jadi, dengan duit yang diperoleh, kami beli barang-barang untuk jualan di mana kami menjual aiskrim, banana split,float, kentang weges, cucur dan sebagainya di hadapan bilik PMFST. Di samping kami membuat jualan, kami tidak lupa untuk mencari barang-barang untuk dikitar semula. Aktiviti tersebut masih dijalankan. Kami juga telah membuat lawatan pertama ke maahad tersebut sebelum program kami yang sebenar disana. Keadaan di maahad tersebut menyentuh hati kami. Kebanyakan daripada mereka adalah lelaki dan masing-masing sudah kematian ibubapa. Kami berbincang dan memberitahu agenda utama kami kepada pengetua yang dipanggil ‘ummi’ dan beliau sangat bersetuju dengan rancangan kami. Hasil daripada jualan dan kitar semula, kami telah memperoleh hasil yang memuaskan. Kami juga cuba untuk meminta sumbangan dan Alhamdulillah kami Berjaya mendapat sumbangan rehal dan sumbangan al-quran. Kami juga mendapat diskaun yang banyak daripada tuan kedai apabila kami membeli sejadah karpet panjang 30 kaki yang berharga RM275 menjadi RM150 dan kami membeli 2 sejadah karpet. Sehari sebelum program di maahad, kesemua ahli berkumpul dan diberi taklimat serta membuat persiapan. Kami telah membalut hamper, hadiah dan sebagainya untuk diberikan kepada anak yatim di maahad tersebut. Semuanya berjalan dengan lancar. Pada hari kejadian, anak-anak yatim menyambut kami dan membantu kami membawa barang. Kami membuat aktiviti bersama anak yatim tersebut dan mengadakan ceramah tentang betapa pentingnya

Upload: ardah-zyed

Post on 08-Jul-2015

78 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan kumpul dan derma

LAPORAN KUMPUL DAN DERMA

Kumpul dan derma adalah satu program di mana kami akan mencari, mengutip barang-barang yang

boleh dikitar semula dan kemudian akan kami jual. Duit yang kami peroleh hasil daripada jualan tadi

kami akan jadikan modal untuk jualan kami dan juga akan disumbangkan ke maahad tahfiz rumah anak

yatim darul fuqaha di kajang.

Dalam program ini, saya Nurul Saadah binti Mohamad Zaid (A145933) telah dilantik sebagai timbalan

bendahari. Syukur kerana saya telah Berjaya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jayanya.

Sebagai permulaan, kami telah bergerak dari kolej ke kolej, dari bilik ke bilik, dengan bertanyakan rakan-

rakan lain barang-barang yang boleh dikitar semula. Ada yang memberi kertas-kertas yang tidak

digunakan, surat khabar lama, tin-tin kosong, botol plastic, plastic dan sebagainya. Alhamdulillah,

semuanya memberi kerjasama yang baik kepada kami tidak kira agama dan bangsa. Kami bergerak dari

kolej ke kolej pada awal malam iaitu pada pukul 8 malam kerana kebanyakan pelajar ada di bilik masing-

masing pada waktu malam. Kami telah pergi ke kolej pendeta zaaba. Kolej ungku omar, burhanuddin

helmi, aminuddin baki dan lain-lain. Banyak barang yang boleh dikitar semula telah kami peroleh

termasuk daripada pensyarah. Barang-barang ini kami tempatkan di kolej pendeta zaaba sementara

sebelum dijual.

Duit yang kami peroleh, kami jadikan modal untuk berniaga kerana kami pasti jika hanya dengan

mengutip barang untuk dikitar semula, kami pasti tidak akan dapat membantu banyak kepada rumah

anak yatim tersebut. Jadi, dengan duit yang diperoleh, kami beli barang-barang untuk jualan di mana

kami menjual aiskrim, banana split,float, kentang weges, cucur dan sebagainya di hadapan bilik PMFST.

Di samping kami membuat jualan, kami tidak lupa untuk mencari barang-barang untuk dikitar semula.

Aktiviti tersebut masih dijalankan.

Kami juga telah membuat lawatan pertama ke maahad tersebut sebelum program kami yang sebenar

disana. Keadaan di maahad tersebut menyentuh hati kami. Kebanyakan daripada mereka adalah lelaki

dan masing-masing sudah kematian ibubapa. Kami berbincang dan memberitahu agenda utama kami

kepada pengetua yang dipanggil ‘ummi’ dan beliau sangat bersetuju dengan rancangan kami.

Hasil daripada jualan dan kitar semula, kami telah memperoleh hasil yang memuaskan. Kami juga cuba

untuk meminta sumbangan dan Alhamdulillah kami Berjaya mendapat sumbangan rehal dan

sumbangan al-quran. Kami juga mendapat diskaun yang banyak daripada tuan kedai apabila kami

membeli sejadah karpet panjang 30 kaki yang berharga RM275 menjadi RM150 dan kami membeli 2

sejadah karpet.

Sehari sebelum program di maahad, kesemua ahli berkumpul dan diberi taklimat serta membuat

persiapan. Kami telah membalut hamper, hadiah dan sebagainya untuk diberikan kepada anak yatim di

maahad tersebut. Semuanya berjalan dengan lancar.

Pada hari kejadian, anak-anak yatim menyambut kami dan membantu kami membawa barang. Kami

membuat aktiviti bersama anak yatim tersebut dan mengadakan ceramah tentang betapa pentingnya

Page 2: Laporan kumpul dan derma

agama dalam sains( sains tempang tanpa agama). Mereka mendengar dengan penuh teliti. Kami juga

mengadakan pelbagai aktiviti untuk beramah mesra dengan mereka. Antaranya mengadakan

pertandingan human building, kboom dan mencipta model angkasawan menggunakan surat khabar.

Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Mereka nampaknya sangat berseronok dan semuanya

sangat sporting.

Dan pada majlis penutup, kami telah menyampaikan sumbangan rehal, al-quran,sejadah, alat tulis

kepada ustaz di maahad tersebut. Kami juga menyampaikan hamper kepada pemenang pertandingan

tadi dan kesemuanya mendapat hadiah masing-masing. Selepas itu, sesi bergambar juga dilakukan.

Gembira dapat meluangkan masa bersama mereka dan mereka juga memberi maklum balas yang amat

baik dan di luar jangkaan.

Dalam program ini juga, saya telah memperoleh pelbagai kemahiran. Antaranya :

1) Kemahiran komunikasi

Berkomunikasi bersama ahli kumpulan supaya program berjalan dengan baik

Berkomunikasi dengan adik-adik di maahad tahfiz anak yatim darul fuqaha

2) Kemahiran kreatif dan inovatif

Membantu anak-anak yatim membina human building dan mencipta model angkasawan

dengan menggunakan surat khabar.

Human building adalah kebijaksanaan mereka untuk kesemua ahli kumpulan yang

seramai 10 orang untuk berpijak di atas sekeping surat khabar

Model angkasawan pula berdasarkan kreativiti mereka untuk mencipta baju yang sesuai

dengan tema angkasawan

3) Kemahiran pemikiran kritikal,penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik

Saya dapat menerangkan kepada mereka secara saintifik apa yang perlu mereka lakukan

untuk memenagi pertandingan tersebut

Memikirkan apa yang perlu dilakukan dalam masa yang singkat

Memikirkan apa yang perlu dilakukan supaya dapat memberi sumbangan kepada anak

yatim

4) Kemahiran nilai, etika, tingkah laku dan professional

Dapat menjaga tingkah laku tidak kira di mana sahaja

Bertindak professional dalam menghadapi sesuatu masalah

Beretika ketika melakukan sesuatu tugasan

5) Kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan

Kami saling bekerjasama mencari dan mengutip barang-barang untuk dikitar semula

Bekerjasama membuat jualan dan memasak

Saling membantu antara satu sama lain jika menghadapi masalah

Saling membantu mengangkat barang untuk dijual

Page 3: Laporan kumpul dan derma

6) Kemahiran pengurusan dan keusahawanan

Dapat belajar menguruskan tugas yang diberikan dengan teliti dan amanah

Belajar bagaimana cara untuk mendapatkan wang dengan mengadakan jualan

Belajar untuk melayan pelanggan yang datang membeli

Mengawal keadaan apabila ramai pelanggan yang datang

7) Kemahiran kebertanggungjawaban dan sosial

Ada sifat tanggungjawab untuk membantu orang lain yang tidak bernasib baik

Bersosial dengan adik-adik supaya hubungan lebih rapat dan mereka tidak segan

Bertanggungjawab mengemas kembali tempat seperti sedia kala selepas program

8) Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat

Dapat menguruskan maklumat yang diperoleh sepeti maklumat tentang maahad

tersebut dengan baik

Dapat belajar cara anak yatim tersebut mendalami ilmu agama