ketahui bagaimana anda boleh kumpul …...panduan kumpul modal trade forex percuma 2 segala isi...

30
FAUZEY FX modaltradepercuma.blogspot.com KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL MODAL UNTUK TRADE FOREX SECARA PERCUMA BERKALI-KALI!

Upload: others

Post on 12-Jan-2020

10 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

FAUZEY FX

modaltradepercuma.blogspot.com

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL

MODAL UNTUK TRADE FOREX SECARA PERCUMA

BERKALI-KALI!

Page 2: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

2

Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman

penulis sendiri. Anda dilarang sama sekali untuk menjual atau menyebarkan

Ebook ini tanpa kebenaran dari penulis.

Pembelian Ebook ini hendaklah dibuat melalui saluran yang betul iaitu melalui

laman website modaltradepercuma.blogspot.com. Setiap pembeli hendaklah

menyimpan Ebook ini dan digunakan secara persendirian. Sebarang penyebaran

secara haram, penulis tidak akan redha dan tidak akan halalkan panduan dan

juga tips yang dikongsikan.

Jika anda menerima Ebook ini dalam bentuk pdf, bercetak, digital melalui CD,

emel, pendrive dan sebagainya, sila hubungi penulis melalui emel

[email protected] dengan segera.

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2014

Disclaimer :

Segala maklumat yang ditulis adalah hasil dari pengalaman penulis sendiri. Penulis tidak

bertanggunjawab sekiranya modal trade forex percuma yang diterima gagal untuk

dikembangkan kerana Forex sememangnya berisiko tingi. Maklumat di dalam ebook ini

ditulis hanya setakat pada 4th

Ogos 2014.

Page 3: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

3

ISI KANDUNGAN

TAJUK M/S

PENGHARGAAN 4

PENGENALAN 5

PANDUAN 1: BUKA AKAUN FORUM MT5 7

PANDUAN 2: BUKA AKAUN INSTAFOREX 11

PANDUAN 3: ATTACH AKAUN FOREX KE FORUM 18

PANDUAN 4: PERATURAN FORUM DAN

INSTAFOREX

20

PANDUAN 5: TIPS POSTING 21

PANDUAN 6: TIPS KUMPUL MODAL PERCUMA 23

PANDUAN 7: TIPS WITHDRAW KEUNTUNGAN 28

PENUTUP 30

Page 4: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

4

PENGHARGAAN

Syukur kepada Allah S.W.T, dengan limpah kurniaNYA, saya berjaya menyiapkan

EBOOK – PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA. Semua

ini atas izinNya, syukur Alhamdulillah.

Jutaan terima kasih saya ucapkan buat ibu tercinta atas segala pengorbanan dan

didikan yang diberi selama ini. Tidak lupa juga untuk arwah ayahanda saya yang

telah pergi menemui illahi pada Disember 2008. Al-fatihah saya sedekahkan untuk

arwah ayahanda saya yang tercinta.

Buat abang dan adik-adik yang tercinta, terima kasih atas segala sokongan yang

diberi. Tanpa sokongan kalian, pastinya sukar buat saya untuk saya siapkan Ebook

ini.

Tidak lupa juga buat guru-guru yang telah mendidik saya untuk menjadi insan

berguna semenjak dari bangku sekolah sehingga ke Universiti. Tanpa anda kalian,

sudah pasti saya tidak dapat membaca, menulis dan berkomunikasi dengan baik.

Buat rakan-rakan seperjuangan, saya bersyukur dapat mengenali kalian. Nasihat

dan semangat yang diberi sememangnya menjadi pemangkin semangat untuk saya

terus menyiapkan Ebook ini sepenuhnya.

Page 5: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

5

PENGENALAN

Kita sedia maklum tentang risiko yang perlu ditanggung sekiranya kita ingin

menyertai perniagaan Forex. Boleh jadi untung dibuat dengan pantas dan boleh

jadi kerugian dihadapi dengan sekelip mata. Untuk berniaga dalam Forex, modal

semestinya diperlukan. Bisnes apa yang tidak perlukan modal?.

Saya pasti bukan semua mampu untuk keluarkan modal sendiri. Tambahan, ada

juga trader yang sudah kehabisan modal untuk trade Forex kerana sudah banyak

kali terkena margin call.

Saya tergerak hati untuk berkongsi panduan dan juga tips setelah pengalaman yang

saya perolehi wajar untuk dikongsikan khasnya kepada trader yang tercari-cari

medium untuk mendapatkan modal trade secara percuma. Saya sendiri telah

berkali-kali menerima modal trade percuma selama hampir 2 tahun.

Perlu diketahui bahawa modal trade percuma yang saya maksudkan adalah modal

yang bukan menggunakan wang anda sendiri, sebaliknya ia adalah modal yang

anda perolehi melalui posting di dalam laman website forum yang ditaja oleh

broker No.1 Asia iaitu Instaforex.

Berikan sedikit masa anda untuk baca dan ikutlah segala panduan dan juga tips

yang diberi dengan sebaiknya. Saya mengharapkan maklumat yang dikongsikan

bermanfaat buat anda. InshaAllah...

Page 6: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

6

PANDUAN 1: BUKA AKAUN FORUM

MT5

Sepertimana yang telah saya ceritakan di dalam bab pengenalan sebelumnya,

medium untuk anda kumpul modal trade secara percuma adalah melalui posting di

dalam laman website forum. Laman website forum yang saya maksudkan adalah

forum.mt5.com . Forum ini ditaja sepenuhnya oleh Instaforex dan segala posting

yang anda lakukan akan dibayar oleh Instaforex sendiri. Menarik bukan?.

Selain forum ini, terdapat beberapa forum lain yang ditaja oleh Instaforex. Namun,

kita hanya dibenarkan untuk menyertai 1 forum sahaja.

Untuk pengetahuan anda, forum ini telah dilancarkan pada tahun 2010. Sehingga

ke hari ini, forum ini membayar setiap posting yang anda lakukan. Bahasa yang

digunakan adalah bahasa Inggeris. Mungkin ada yang tertanya-tanya, “aku tak

pandailah tulis omputeh, cmner ye?”. Dari pemerhatian saya, bahasa Inggeris yang

ditulis tidak perlu terlalu advance. Jika anda ada asas bahasa Inggeris dan Forex

sudah memadai. Usah khuatir kerana tips cara untuk anda posting akan diberikan

di dalam bab seterusnya.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah mendaftar sebagai ahli forum MT5.

Ikuti panduan dibawah:

1) Klik laman web ini http://bit.ly/1kxBfc1 (atau boleh copy paste ke url

browser anda).

Page 7: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

7

2)

3)

Page 8: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

8

Terdapat 5 jenis random questions, disini saya kongsikan soalan dan

jawapan bagi kelima-lima random questions tersebut:

Question 1: What term is there for a difference between Bid and Ask

pricing measured in pips?

Jawapan: spread

Question 2: What are traders, relying on a rising currency rate,

called?

Jawapan: bulls

Question 3: Who opens and closes deals upon the demand of its

clients?

Jawapan: broker

Question 4: Who is the one that trades on Forex with an aim to gain

profit?

Jawapan: trader

Question 5: What term is used for international foreign exchange

market?

Jawapan: forex

Page 9: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

9

4)

5)

Page 10: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

10

6) Setelah anda berjaya mendaftar, sila semak emel anda dan klik link pengesahan.

7) Seterusnya, login ke dalam forum

8) Upload profile picture dan avatar anda di bahagian settings

OK, selesai bagi panduan pendaftaran sebagai ahli forum MT5. Bab berikutnya

adalah panduan buka akaun Instaforex khususnya untuk menerima modal percuma

(bonus) dan seterusnya anda boleh gunakan modal tersebut untuk menjana profit.

InshaAllah..

Page 11: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

11

PANDUAN 2: BUKA AKAUN

INSTAFOREX

Setelah anda mendaftar sebagai ahli forum MT5, anda perlu buka akaun Instaforex

untuk menerima modal percuma. Sekiranya anda telah mempunyai akaun

Instaforex, anda juga perlu buka akaun Instaforex yang baru. Tiada masalah jika

anda menggunakan emel yang sama. Ikuti panduan dibawah:

1) Klik http://instaforex.com/open_live_account.php?x=portalforum (atau

copy paste ke url browser anda)

Note : Pastikan anda buka akaun Instaforex menggunakan link di atas, jika tidak

akaun anda tidak dapat di-attach atau disambungkan ke forum. Kegagalan untuk

attach akaun ke forum menyebabkan modal percuma tidak dapat diterima.

Page 12: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

12

2)

3)

Page 13: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

13

4)

Note : Wajib affiliate code ditaip portalforum

Page 14: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

14

5) Tahniah, anda berjaya buka akaun Instaforex. Details mengenai akaun yang baru

anda daftar boleh disemak di dalam emel anda.

6) Sekarang anda perlu login ke cabinet Instaforex. Klik

http://cabinet.instaforex.com/client/login

Page 15: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

15

7) Tukar password anda di bahagian Personal Information

8)

Page 16: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

16

9) Selepas anda menukar password, logout dan login semula di cabinet Instaforex

dengan menggunakan password yang baru. Setelah itu klik verify account untuk

verify akaun anda. Pengesahan akaun wajib dilakukan sekiranya anda mahu

withdraw profit dari modal percuma yang anda peroleh.

10) Bagi mendapatkan status fully verified, anda perlu lepasi 2 level of

verification. Kebiasaannya, 1-3 hari bekerja diperlukan untuk akaun anda disemak

samaada dokumen yang diupload mengikut peraturan ataupun tidak.

Page 17: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

17

11) Berikut adalah contoh akaun yang telah lulus untuk kedua-dua level of

verification

Jika akaun anda berjaya disahkan, tahniah diucapkan. Tamat untuk panduan buka

akaun Instaforex. Bab seterusnya adalah panduan cara untuk anda attach akaun

Instaforex ke forum MT5. Jika akaun anda belum disahkan, anda masih boleh

untuk attach akaun ke forum MT5.

Page 18: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

18

PANDUAN 3: ATTACH AKAUN FOREX

KE FORUM

Mungkin ada yang musykil, “nape nak kena attach akaun ke forum pulak?”.

Mudah sahaja jawapannya, kalau tidak attach akaun Instaforex anda ke forum

MT5, bagaimana untuk anda terima modal percuma?. Ini kerana, modal percuma

akan dibayar secara automatik setiap minggu pertama di bulan yang baru. Contoh,

bulan Ogos anda berjaya mengumpul modal percuma sebanyak $100, pada bulan

berikutnya di minggu pertama, anda boleh semak akaun Instaforex anda. Tengok-

tengok sudah ada $100. Sekiranya anda tidak attach akaun anda, memang akan

burn $100 yang berjaya dikumpul. Sia-sia bukan?.

OK, sekarang kita teruskan dengan panduan bagaimana untuk attach akaun

Instaforex ke forum MT5. Ikuti panduan dibawah :

Page 19: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

19

*PENTING* Setelah anda attach akaun, sila semak emel anda dan klik link

pengesahan ( ini penting untuk dilakukan, jika tidak anda dikira tidak attach akaun

Instaforex anda sepenuhnya).

Sekarang anda telah berjaya attach akaun Instaforex anda ke forum. Apa akan jadi

jika anda buka akaun Instaforex tanpa melalui link dan affiliate code portalforum

?. Ini yang akan berlaku jika anda mahu attach akaun ke forum:

Selesai untuk panduan attach akaun ini. Bab seterusnya adalah panduan tentang

peraturan forum dan Instaforex yang perlu anda tahu.

Page 20: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

20

PANDUAN 4: PERATURAN FORUM

DAN INSTAFOREX

Untuk menjadi ahli forum yang berkhemah, peraturan yang ditetapkan perlu

dipatuhi. Jika tidak, anda akan di-ban oleh moderator dan akibatnya, anda tidak

dapat lagi terima modal percuma yang dibayar setiap bulan oleh Instaforex selaku

penaja untuk forum MT5 ini. Boleh jadi jika anda melanggar peraturan Instaforex,

anda tidak dapat lagi untuk terima modal percuma. Berikut adalah peraturan

penting yang perlu anda tahu;

A) Peraturan Forum MT5

Anda dilarang sama sekali untuk copy post dari ahli forum atau sumber

website yang lain ke dalam posting anda.

Anda dilarang untuk melakukan spamming.

Anda dilarang untuk spin maklumat dari sumber website lain ke dalam

posting anda. Post yang dilakukan perlulah menggunakan ayat sendiri.

Jangan mencaci atau menghina ahli forum yang lain.

Dilarang sama sekali untuk promote broker lain di signature anda.

Anda dibenarkan untuk daftar 1 akaun forum sahaja.

Setiap post mestilah tidak kurang dari 2 baris.

B) Peraturan Instaforex

Terdapat beberapa forum lain yang ditaja oleh Instaforex, anda hanya

dibenarkan untuk join 1 forum sahaja iaitu forum MT5.

Trade perlu di-close lebih dari 5 minit. Elak dari close kurang dari 5 minit

lebih-lebih lagi semasa big news.

Akaun Instaforex anda layak untuk terima 1 modal percuma (bonus) iaitu

melalui posting di forum. Elak dari ambil bonus-bonus lain seperti coupon

bonus dan sebagainya.

Page 21: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

21

PANDUAN 5: TIPS POSTING

OK, ada beberapa tips posting yang saya ingin kongsikan. Seperti yang saya

janjikan sebelum ini, wajar untuk saya tunaikan. Anda pun sudah maklum bahawa

isi kandungan forum MT5 dalam bahasa Inggeris. Sekiranya anda tidak tahu

menaip dalam bahasa Inggeris, cuba masuk ke laman website babypips.com . Di

dalam laman website tersebut, banyak bahan bacaan tentang pengetahuan asas dan

advance mengenai Forex. Anda juga boleh baca post dari ahli forum dan cuba olah

point2 post mereka dengan menggunakan ayat anda sendiri. Contoh seperti berikut:

“Everyone knows Forex is very risky business. If we want to join Forex and make it

as a business, we must accept its risk. In Forex, the risk can be managed. That’s

why we should learn and study about risk management and apply it in trading”

Jadi, apa point2 penting dari ayat di atas?. OK, point

2 penting tersebut ialah Forex

is very risky, risk can be managed, dan study about risk management.

Sekarang bagaimana untuk anda olah dari point2

penting tersebut mengikut ayat

anda sendiri?. Lihat contoh ayat yang telah di olah tetapi membawa maksud yang

sama seperti ayat di atas:

“We know that Forex is very risky business. So, we must accept the risk if we are

willing to join Forex. In this business, the risk can be controlled. To control the

risk, we must learn about risk management and apply it in trading”

Page 22: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

22

Mudah kan?. Tidak perlu ayat bahasa Inggeris yang terlalu advance. Cukup

sekadar basic sudah memadai. Saya beranggapan anda sudah power dalam bahasa

Inggeris. Jadi, tiada masalah anda untuk mengarang ayat sendiri.

Di dalam laman website forum MT5, terdapat 5 section dan di bawah 5 section

tersebut ada pelbagai sub-section. Saya lebih suka untuk post di sub-section

General Forex Conversation dan Trading Universities. Soalnya kenapa?. Ini

kerana sub-section tersebut lebih senang untuk saya post kerana kebanyakkan

thread di dalam sub-section tersebut adalah berkaitan tentang Forex, money

management, emotional management, risk management dan lain-lain lagi. Mudah

bagi saya untuk mengarang kerana kebanyakkan post-post yang saya buat adalah

asas sahaja.

Sebagai ahli forum yang baru, anda perlu membuat 10 posts yang berkualiti.

Moderator forum MT5 akan menilai post anda terlebih dahulu sebelum anda benar-

benar disahkan menjadi ahli forum MT5. Tidak susah jika semua post anda

mengikut peraturan yang ditetapkan dan juga tips yang telah saya kongsikan

kepada anda.

Jangan lupa untuk ikut peraturan forum semasa berposting. Pastikan setiap post

anda tidak kurang dari 2 baris. Gagal berbuat demikian, berkemungkinan post anda

akan dipadam dan akan menerima warning dari moderator. Elak dari copy post

ayat ahli forum yang lain kerana perlakuan ini adalah dilarang sama sekali.

Bagusnya forum MT5 ini dalam bahasa Inggeris adalah kita dapat perbaiki bahasa

Inggeris kita menjadi bertambah baik dan seterusnya kita tidak akan rasa kekok

lagi untuk menaip ayat di dalam bahasa Inggeris. Seterusnya kita lihat tips

bagaimana untuk kumpul modal percuma di dalam bab seterusnya. Anda sudah

pasti tidak sabar-sabar bukan?.

Page 23: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

23

PANDUAN 6: TIPS KUMPUL MODAL

PERCUMA

Modal percuma bukan semata-mata anda dapat percuma begitu sahaja. Seperti

yang saya jelaskan di dalam bab Pengenalan sebelum ini, modal percuma yang

saya maksudkan adalah modal yang bukan anda gunakan wang anda sendiri untuk

trade. Namun, untuk mendapatkan modal percuma ini anda perlu membuat posting.

Di dalam forum MT5, kita sebut bonus for posting.

Setiap post yang anda buat di dalam section Trading Discussion Area, Trading

Software, dan Brokers & Payment Processors dibayar sebanyak $0.20/post.

Manakala untuk section Off-topic Talks, anda dibayar sebanyak $0.05/post.

Untuk section MT5-forum Administrative Contest, ini adalah section tidak

berbayar.

Untuk pengetahuan anda, setiap ahli dibenarkan untuk kumpul modal percuma @

bonus for posting sebanyak $250 sahaja. Peraturan ini baru sahaja dikenakan pada

bulan Jun yang lalu. Saya kira amaun tersebut masih banyak. Namun, saya

berbesar hati untuk berkongsi tips bagaimana anda dapat kumpul modal percuma

melebihi $250.

Di dalam forum MT5, modal percuma juga dapat dikumpul melalui penyertaan ke

dalam daily, weekly dan monthly contests. $250 yang dibenarkan itu hanyalah

untuk posting sahaja. Jika anda menang contest sama ada daily, weekly atau

monthly contests, semestinya total modal percuma terkumpul melebihi $250.

Page 24: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

24

Disini saya senaraikan recommended contests untuk anda sertai :

1) Black Frame Talent Contest

- Untuk memenangi contest ini, anda perlu mendapatkan votes (thanks) yang

terbanyak dari jury(moderator). Contest ini dilakukan secara harian. Jika anda

menang, bonus diberi sebanyak $10. Jika dalam 1 bulan anda menang 3 kali, bonus

terkumpul adalah sebanyak $30. Ini baru dari 1 contest sahaja. Contoh contest ini

adalah seperti dibawah :

2) Guess Forex Trend Contest

- Contest ini dilakukan secara mingguan. Anda perlu vote poll untuk pair

EURUSD, GBPUSD dan USDJPY. Jika ramalan anda tepat, anda akan memenangi

bonus sebanyak $150. Jika terdapat lebih dari 1 pemenang untuk minggu tersebut,

bonus tersebut akan dibahagikan sama rata.

Page 25: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

25

3) Best Topic Starter Thread Contest

- Anda perlu membuka topik yang baru. Topik yang baru mestilah unik dan

berinformasi. Anda dicadangkan untuk buka topic tersebut di dalam section

Trading Software, Brokers & Payment Processor atau Off-topic talks. Contest

ini dilakukan secara bulanan. Pemenang topik yang terpilih akan mendapat bonus

sebanyak $30. Contoh pemenang Best Topic Starter untuk bulan Jun 2014:

Ada banyak lagi contest yang anda boleh sertai seperti Demo Contest, Image

Catching dan lain-lain namun yang saya kongsikan di atas adalah contest yang

mudah untuk dimenangi.

Jika anda tidak berminat untuk menyertai contest pun tidak mengapa. Anda masih

boleh mengumpul modal percuma melalui posting. Namun, berposting perlukan

masa dan juga kerajinan. Lebih banyak masa anda luangkan dan berposting, lebih

banyaklah modal percuma anda terkumpul.

Page 26: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

26

Untuk mendapatkan maksimum modal percuma bagi posting iaitu $250, anda perlu

membuat posting sebanyak 1,250 posts. Nampak banyak bukan?. Tetapi ia dapat

direalisasikan jika anda luangkan masa setiap hari untuk post. Cuba bahagikan

1,250 posts kepada 30 hari. Anda hanya perlu membuat posting sebanyak 42 posts

sahaja dalam sehari. Mengikut pengalaman saya, untuk membuat 1 post, ia

memakan masa lebih kurang 3 minit. Jika anda menaip dengan laju, mungkin

kurang dari masa 3 minit untuk siapkan 1 post. Jadi, berapa masa yang diperlu

diluangkan untuk membuat 42 post sehari?. Anda darabkan 42 dengan 3 dan

jawapannya ialah 126 minit. Jika ditukarkan kepada jam, anda perlu luangkan lebih

kurang 2 jam untuk membuat 42 post.

Tips yang saya dapat berikan, anda tidak perlu straight post 2 jam. Anda boleh

luangkan 1 jam untuk post di waktu pagi dan 1 jam lagi luangkan petang atau

malam. Jadi, kerja anda lebih mudah dan tidak memenatkan. Apapun, jika anda

mahu straight post 2 jam, itu terpulang kepada anda.

Di dalam forum MT5, suka saya kongsikan bahawa tiada had post dalam sehari.

Anda boleh post sebanyak manapun yang anda mahu asalkan post tersebut

mestilah berkualiti dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Jika anda berminat untuk menyertai contest di dalam forum MT5 tanpa berposting

pun tidak mengapa. Apa yang saya sarankan buat anda ialah membuat posting dan

juga menyertai contest tersebut.

Pembayaran modal yang terkumpul akan dibuat secara bulanan. Sekiranya anda

berjaya mengumpul modal percuma bagi posting sebanyak $250, memenangi

Black Frame Talent Contest sebanyak 3 kali ($30) dan juga Best Topic Starter

Contest ($30). Total modal percuma yang akan dibayar adalah sebanyak $310. Ini

yang akan dibayar oleh Instaforex. Berikut adalah contoh pembayaran dari

Instaforex:

Page 27: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

27

Bukti screenshot di atas adalah kepunyaan saya sendiri. Itulah modal yang

terbanyak penah saya kumpul bagi bulan November 2013. Sewaktu ini tiada had

bonus for posting dikenakan.

Untuk makluman anda, pembayaran bonus untuk posting biasanya dilakukan pada

minggu pertama di bulan yang baru. Manakala, contest bonus untuk Black Frame

Talent Contest dan Best Thread Starter Contest dilakukan pada minggu kedua di

bulan yang baru. Istimewa untuk Guess Forex Trend Contest, bonus dibayar setiap

minggu.

Page 28: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

28

PANDUAN 7: TIPS WITHDRAW

KEUNTUNGAN

Bagi membolehkan anda untuk withdraw keuntungan@profit, anda dibenarkan

untuk withdraw keuntungan daripada modal percuma anda sahaja. Sebagai contoh,

anda berjaya mengumpul modal percuma sebanyak $300 di dalam bulan Ogos, dan

pada minggu pertama di bulan September, anda dibayar $300 ke akaun Instaforex

yang telah anda attach sebelumnya. Kemudian anda buy EURUSD dengan saiz lot

sebanyak 1 lot dan anda close profit pada 10 pips. Jadi profit yang anda peroleh

adalah sebanyak $10. $10 inilah yang dibenarkan untuk anda withdraw.

Untuk lebih kepastian, anda boleh login ke cabinet Instaforex dan klik pada

bahagian bonus statistic. Lihat contoh di bawah:

Page 29: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

29

Bagaimana pula jika anda loss sebanyak $10 dari $300 tersebut?. Untuk

membolehkan anda withdraw profit, anda perlu dapatkan semula $10 yang loss

tersebut dan lakukan trade yang lain dan dapatkan profit. Untuk lebih jelas lagi,

anda loss $10 dari $300. Jadi equity anda menjadi $290 bukan?. Jadi, untuk

withdraw profit, anda perlu kembalikan semula equity anda menjadi $300 dan

lakukan trade yang lain dan dapatkan profit. Contohnya anda berjaya kembalikan

semula equity anda menjadi $300 dan anda berjaya membuat profit lagi sebanyak

$10. Jadi profit yang dibenarkan untuk anda withdraw adalah $10 sahaja.

Untuk withdraw profit, anda boleh klik di bahagian money withdrawal. Saya

cadangkan anda untuk withdraw profit anda ke Neteller kerana tiada cas

dikenakan. Jika anda belum mempunyai akaun Neteller, boleh daftar disini

http://member.neteller.com/member/signUp?step=twostep

Tambahan, anda juga boleh memohon kad debit Neteller secara percuma. Kad

debit tersebut akan sampai ke rumah anda dalam tempoh 1 bulan. Selepas anda

menerima kad debit tersebut, anda boleh keluarkan wang di dalam akaun Neteller

anda di ATM seluruh dunia. Cas pengeluaran tertakhluk mengikut terma Neteller.

Ini contoh screenshot withdrawal dari akaun Instaforex ke akaun Neteller saya:

Page 30: KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH KUMPUL …...PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA 2 Segala isi kandungan di dalam Ebook adalah hasil dari usaha dan pengalaman penulis sendiri. Anda

PANDUAN KUMPUL MODAL TRADE FOREX PERCUMA

30

PENUTUP

Syukur Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dapat kongsikan panduan dan tips

untuk kumpul modal percuma kepada anda. Saya fikir jika anda terkena margin

call dari modal percuma ini, tidaklah sesakit jika dibandingkan terkena margin call

dengan modal sendiri. Apapun, anggaplah modal percuma ini seperti wang anda

sendiri kerana melakukan posting dan menyertai forum itu adalah satu usaha anda

sendiri juga bukan?.

Memang terdapat cara lain lagi untuk dapatkan modal percuma seperti no-deposit

bonus, demo contest dan sebagainya. Namun, bonus tersebut tidak banyak dan

sangat sukar untuk diperoleh jika dibandingkan dengan berposting di forum.

Contoh seperti no-deposit bonus, anda hanya dibenarkan untuk claim sekali sahaja.

Selepas itu tidak boleh claim lagi. Ada juga peraturan untuk withdraw yang rumit

jika anda berjaya membuat profit dari no-deposit bonus tersebut. Manakala demo

contest pula, peluang untuk anda menang sangat tipis kerana ramai trader yang

hebat turut menyertai demo contest tersebut. Apapun, saya tidak melarang untuk

anda menyertai demo contest tersebut. Cuma itu sekadar pendapat peribadi saya

sahaja.

Saya mengharapkan panduan dan tips yang saya kongsikan di dalam Ebook ini

anda gunakan dengan sebaiknya. Anda kini tidak perlu susah-susah untuk

keluarkan modal sendiri. Guna sahaja modal percuma yang diberikan kepada anda

setiap bulan. Jangan lupa, trade pada market yang anda faham sahaja. Jika was-

was, lebih baik berdiam diri. Salam sukses saya ucapkan. Jika ada sebarang

pertanyaan, boleh berhubung melalui [email protected] .

~:+: TAMAT :+:~