laporan kuiz matematik

5
Tajuk Aktiviti : PERTANDINGAN KUIZ PERSATUAN MATEMATIK Tarikh & Lokasi : 20 OKT 2014 SK.MANGKAPOH RANAU SABAH Nama Penganjur : PERSATUAN MATEMATIK SK. MANGKAPOH RANAU SABAH Tarikh Laporan Disediakan : 03 NOV 2014 1. PENGENALAN

Upload: fready-fook-liew

Post on 05-Sep-2015

730 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

laporan kuiz matematik

TRANSCRIPT

Tajuk Aktiviti :PERTANDINGAN KUIZ PERSATUAN MATEMATIK Tarikh & Lokasi :20 OKT 2014SK.MANGKAPOH RANAU SABAH

Nama Penganjur :PERSATUAN MATEMATIKSK. MANGKAPOH RANAU SABAH

Tarikh Laporan Disediakan :03 NOV 2014

1. PENGENALANPertandingan kuiz anjuran kelab matematik dan sains merupakan aktiviti persatuan seperti yang telah dirancang di dalam takwim persatuan.Aktiviti ini banyak memberi manfaat kepada ahli-ahli persatuan untuk mengaplikasikan ilmu-ilmu matematik yang dipelajari di dalam satu-satu pertandingan. Kuiz matematik ini dijalankan terhad kepada ahli persatuan sahaja. Walaupun begitu, terdapat juga aktiviti seumpama ini yang dibuka khas kepada setiap pelajar seperti yang terkandung dalam takwim persatuan ini .Kuiz matematik ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang wajib dalam persatuan matematik.Selaras dengan matlamat program kuiz ini untuk menanamkan minat murid-murid untuk belajar dengan seronok dalam matematik, beberapa pendekatan dalam kuiz ini diambilkira yang kesemuanya menjurus kepada murid agar tidak mempraktikkan teknik hafalan semata-mata malahan untuk mengembangkan pengetahuan murid kearah kemahiran berfikiran aras tinggi ( KBAT ).

2. LATAR BELAKANG PROGRAMProgram kuiz persatuan matematik ini dilaksanakan pada 20 Nov 2014 jam 3 petang. Program ini diadakan bertempat di bilik pemulihan SK. Mangkapoh, Ranau Sabah. Seramai 9 orang peserta terlibat dalam kuiz ini dan 6 orang murid merupakan penonton program ini. Selain itu, 5 orang guru penasihat terlibat dalam program ini. Seperti yang disenaraikan dalam kertas kerja sebelum ini dimana matlamat utama program ini ialah Menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran sains dan matematik dan melahirkan pelajar yang bermotivasi tinggi. Mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang bermanfaat dan berfaedah, untuk meningkatkan pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah ditetapkan, untuk melahirkan pelajar yang kompeten dalam bidang sains dan teknologi, inovatif dan kreatif selaras dengan hasrat PIPP, teras kedua iaitu melahirkan modal insan yang berdaya saing tinggi dan pengisian aktiviti dalam persatuan.Kaedah pelaksanaan program pertandingan kuiz matematik tersebut ialah dalam kumpulan. Ahli persatuan yang terpilih dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan setiap setiap kumpulan seramai 3 orang. Aktiviti ini dijalankan sebanyak 4 pusingan dimana pusingan pertama pengacara akan menentukan ahli yang menjawab. Pada pusingan kedua, peserta akan menjawab dalam kumpulan secara perbincangan. Dalam pusingan ketiga, peserta akan mencabut soalan yang disediakan oleh juruacara dan menjawabnya. Pusingan keempat ialah pusingan siapa cepat dia jawab. Setiap jawaban yang betul akan diberikan 3 markah.Dalam program ini, beberapa peralatan telah digunakan seperti kertas A4 sebagai tempat pengiraan murid, kad manila untuk kad soalan kuiz, loceng untuk digunakan oleh penjaga masa serta white board untuk menulis markah setiap kumpulan.

3. PENCAPAIAN AKTIVITISetelah menjalankan program pertandingan kuiz antara kumpulan dalam persatuan matematik tersebut kumpulan satu telah mendapat tempat pertama dengan pungutan markah terbanyak sebanyak 42 markah diikuti oleh kumpulan ketiga dengan pungutan 33 markah dan tempat ketiga adalah kumpulan kedua dengan markah sebanyak 18 markah. Rumusan daripada pungutan mata ( markah ) bagi setiap kumpulan ini ialah, peserta kuiz secara keseluruhannya dapat menjawab 70 peratus daripada soalan kuiz yang diberikan dengan betul. Oleh hal yang demikian matlamat seperti mewujudkan pembelajaran dengan semangat daya saing, aktiviti berbentuk ulangkaji ( sifir,kemahiran mengira dan sebagainya) dapat dicapai sepenuhnya.

4. Kekuatan dan Kelemahan programBagi setiap program yang dijalankan, terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan yang dihadapi. Dengan mengenalpasti ruang kekuatan serta kelemahan, maka program seumpamanya yang akan dijalankan pada masa akan datang dapat diperbaiki malah dapat diberikan penambahbaikan agar ianya lebih berkualiti serta sistematik.Antara kekuatan program yang telah dikenalpasti :i. Segala program dapat dijalankan dengan menjurus kepada pernyataan objektif program.ii. Pihak sekolah telah memberikan sokongan yang kuat sepanjang program ini berjalan.iii. Peserta dapat menjawab 70 peratus daripada soalan kuiz dengan betul.iv. Program dapat memupuk persaingan dalam kalangan peserta melalui pusingan siapa cepat dia jawab.

Antara kelemahan yang telah dikenalpasti :i. Aspek peralatan yang agak terhad dan kurang sesuai. Contohnya white Board, yang digunakan untuk paparan skor atau markah bagi setiap kumpulan peserta kuiz agak kecil.ii. Kehadiran penonton agak terhad memandangkan dijalankan serentak dengan perjumpaan persatuan lain seperti persatuan bahasa Melayu dan lain-lain persatuan lagi.iii. Masa menjawab soalan kuiz tidak sesuai bagi soalan tertentu yang agak sukar dan memerlukan masa untuk mengira.

5. CADANGAN PENAMBAHBAIKANMemandangkan program ini diadakan setiap tahun oleh persatuan matematik , beberapa cadangan telah dikemukakan supaya pada masa akan datang penganjuran program kuiz bagi persatuan matematik dapat dilaksanakan dengan lebih mantap serta lebih berkesan.Antara cadangan penambahbaikan yang dapat digariskan adalah seperti berikut :i. Menyediakan manual tugas bagi setiap ahli jawatankuasa agar tidak wujud masalah pada masa pertandingan seperti tiada label meja bagi setiap kumpulan. ( dapat disediakan juga dalam masa yang singkat tetapi kurang menarik )ii. Memberikan hadiah kepada peserta terbaik secara individu yang aktif dalam program tersebut.iii. Bentuk soalan/aras soalan yang kurang diseragamkan. Ini menyebabkan pelaksanaan aktiviti kurang memuaskan. Pada masa akan datang, soalan kuiz/aras soalan mestilah diseragamkan.

6. PENUTUPProgram ini disifatkan berjaya dari aspek pencapaian objektif hasil daripada perancangan rapi yang diterjemahkan daripada kertas kerja yang dibuat. Kertas kerja yang lengkap dalam apa jua program sangat membantu malah kertas kerja sesuatu program disifatkan sebagai gambaran kepada kejayaan sesuatu program.Dalam masa yang sama, kerjasama pihak sekolah amnya serta kepada guru-guru penasihat persatuan khususnya sangat penting dalam memastikan program ini dapat dicapai sepenuhnya. Harapan bagi pihak persatuan matematik SK.Mangkapoh,Ranau agar program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih menarik lagi mengambilkira setiap standard kandungan yang dipelajari di dalam kelas.