laporan ketua tuju tin

3
LAPORAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL TUJU TIN PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JUN 2013 IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN Ahli kumpulan saya terdiri daripada 4 orang iaitu saya sendiri Norhidayah binti Adnan, Gogilawany a/p Mutayya, Tan Pay Moon dan Cake telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan aktiviti pertandingan permainan tradisional Tuju Tin. Permainan Tuju Tin ini merupakan salah satu daripada pelbagai jenis permainan tradisional di Malaysia. Asal usul permainan ini tidak dapat dipastikan tetapi permainan ini telah dimainkan sejak zaman dahulu lagi. Sebelum pertandingan ini diadakan kami telah berbincang pengagihan tugas bertujuan segala proses persiapan berjalan dengan lancer. Saya sendiri telah ditugaskan untuk mencari tin kosong sebagai bahan atau alatan utama dalam permainan ini manakala gogilawany ditugaskan menyiapkan maklumat dan membuat brosur tentang asal usul permainan dan cara-cara bermain. Pay Moon dan Cake pula ditugaskan untuk menyiapkan hadiah kepada para pemenang. Semasa karnival pertandingan ini dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Nong Chik, kami telah membuat persiapan tempat dan peralatan. Dalam permainan ini peralatan yang diperlukan ialah tin kosong yang telah dibersihkan, selipar sebagai objek untuk membaling tin dan satu lagi selipar sebagai objek untuk membaling pihak lawan. Sebelum pertandingan dimulakan kami telah mengagihkan tugasan supaya perjalanan acara pertandingan tidak berlaku kesulitan. Saya dan Pay Moon bertindak sebagai penjaga masa, manakala Cake sebagai juru gambar dan gogilawany menjaga peraturan permainan. Kami telah mengagihkan perserta kepada beberapa kumpulan kecil dan kami telah siapkan dua set permainan agar mereka boleh bermain serentak.

Upload: norhidayah-adnan

Post on 10-Feb-2016

237 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan ktua tuju tin

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Ketua Tuju Tin

LAPORAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONALTUJU TIN

PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JUN 2013IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Ahli kumpulan saya terdiri daripada 4 orang iaitu saya sendiri Norhidayah binti Adnan,

Gogilawany a/p Mutayya, Tan Pay Moon dan Cake telah dipertanggungjawabkan untuk

mengelolakan aktiviti pertandingan permainan tradisional Tuju Tin. Permainan Tuju Tin ini

merupakan salah satu daripada pelbagai jenis permainan tradisional di Malaysia. Asal usul

permainan ini tidak dapat dipastikan tetapi permainan ini telah dimainkan sejak zaman

dahulu lagi. Sebelum pertandingan ini diadakan kami telah berbincang pengagihan tugas

bertujuan segala proses persiapan berjalan dengan lancer. Saya sendiri telah ditugaskan

untuk mencari tin kosong sebagai bahan atau alatan utama dalam permainan ini manakala

gogilawany ditugaskan menyiapkan maklumat dan membuat brosur tentang asal usul

permainan dan cara-cara bermain. Pay Moon dan Cake pula ditugaskan untuk menyiapkan

hadiah kepada para pemenang.

Semasa karnival pertandingan ini dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Nong

Chik, kami telah membuat persiapan tempat dan peralatan. Dalam permainan ini peralatan

yang diperlukan ialah tin kosong yang telah dibersihkan, selipar sebagai objek untuk

membaling tin dan satu lagi selipar sebagai objek untuk membaling pihak lawan. Sebelum

pertandingan dimulakan kami telah mengagihkan tugasan supaya perjalanan acara

pertandingan tidak berlaku kesulitan. Saya dan Pay Moon bertindak sebagai penjaga masa,

manakala Cake sebagai juru gambar dan gogilawany menjaga peraturan permainan. Kami

telah mengagihkan perserta kepada beberapa kumpulan kecil dan kami telah siapkan dua

set permainan agar mereka boleh bermain serentak.

Acara pertandingan permainan tuju tin berjalan dengan lancar dimana kami hanya

memilih pemenang daripada kalangan kumpulan yang mendapat mata tertinggi. Kiraan mata

dinilai berdasarkan kepantasan mereka dapat menyusun semula tin yang telah jatuh

berselerakan mengikut masa yang telah kami tetapkan. Selepas acara tamat sesi

penyampaian hadiah di adakan pada akhir karnival pertandingan permainan tradisional.

Disediakan Oleh,

___________________

(Norhidayah binti Adnan)

Ketua Kumpulan Tuju Tin

Page 2: Laporan Ketua Tuju Tin

Disediakan oleh:

………………………………….(NOR LIDA BINTI MAT ISA) AJK Brosur,PISMP Sejarah Sem 4,Bina Insan Guru Fasa 4,IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.