laporan keseluruhan pembangunan masyarakat ko-k sem 2

Upload: ahmad-fitri

Post on 13-Oct-2015

48 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

VRS041 Pembangunan Masyarakat iv

TRANSCRIPT

VRS041 Pembangunan Masyarakat IV

LAPORAN AKHIRPROGRAM KECERGASAN KOMUNITI SIHAT SEPANJANG HAYAT

30 JANUARI 2013BERSAMA

PEJABAT KESIHATAN DAERAH YAN

ANJURAN PELAJAR UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUSKOKURIKULUM PEMBANGUNAN MASYARAKAT 4UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

VRS021

PEMBANGUNAN MASYARAKAT IV

DI SEDIAKAN UNTUK:( DR MD ZAWAWI )

(DI SEDIAKAN OLEH)BILNAMANO.MATRIK

1NOORJAMILAH TAHIRAH BT AHMAD211053

2NUR`AINI BT MOHD ISA211070

3NURHIDAYAH BT SHARIKH211072

4NURUL EZZATY BT ISMAIL211076

5SITI AZIROH BT ABDULLAH211102

ISI KANDUNGANPenghargaan..41.Latar Belakang6 2. Rasional.73.Objektif.84.Program95.Ahli Jawatankuasa / Jadual Kerja96.Tarikh Dan Tempat.107.Aktiviti108.Peserta109.Pengangkutan.1110.Jawatankuasa Penyelaras1111.Pelaksanaan Projek1112.Laporan Kewangan1213.Syor Dan Penambahbaikan17Lampiran18

PENGHARGAAN

Alhamdulillah hirrabbilalamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan Laporan Akhir bagi Program Kecergasan Komuniti Sihat Sepanjang Hayat ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Dr Md Zawawi , Pensyarah bagi modul Aktiviti Kemasyarakatan IV (VRS041) di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Peningkatan taraf hidup dan perubahan tingkah laku,menyebabkan risiko kesihatan telah meningkat. Tekanan hidup, gaya hidup tidak aktif, pengambilan makanan tidak sihat, pengambilan alkohol dan merokok membawa kepada insiden yang lebih tinggi penyakit kronik seperti diabetes, hipertensi dan penyakit kardiovaskular. Hasilnya penyakit tidak berjangkit ini telah mambawa masalah yang serius termasuk menjejaskan produktiviti serta menambahkan beban kewangan rakyat dan kerajaan. Justeru itu adalah menjadi suatu inisiatif bagi kami untuk mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat. Program ini juga selari dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan serta memperkasakan diri setiap masyarakat dalam mengamalkan cara hidup sihat.

LAPORAN AKHIR

PROGRAM KECERGASAN KOMUNITI SIHAT SEPANJANG HAYATANJURAN PELAJAR UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUSKOKURIKULUM PEMBANGUNAN MASYARAKAT 4UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

LATAR BELAKANG1.0 SINOPSISProgram ini adalah diharapkan dapat menjalin usaha sama antara pelajar dengan pihak kesihatan serta memberi peluang kepada anggota masyarakat terutamanya ibu bapa dan penjaga, kecil besar, tua dan muda untuk turut serta dalam program yang dianjurkan ini. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan program ini sebagai salah satu aktiviti ibadah dalam menjaga kesihatan supaya setiap individu akan sentiasa sihat dan segar. Projek ini dilaksanakan untuk melengkapkan keperluan kursus Ko-Kurikulum Pembangunan Masyarakat 4 bagi Semester 4 Sesi Januari 2013/2014 di mana projek ini akan dikendalikan oleh mahasiswi - mahasiswi Pengajian Jarak Jauh, Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia (UUM). Projek Pembangunan Masyarakat ini diadakan pada 30 Januari (Ahad) bermula jam 0800 hrs hingga 1300 hrs bertempat di Klinik Kesihatan Sungai Limau Dalam,Yan, Kedah. Seramai 70 orang terlibat dalam projek ini yang akan dikendalikan oleh 5 orang mahasiswi-mahasiswi PACE UUM. Program ini telah dirangka dan disusun dengan pelbagai agenda untuk mencapai objektif dan visi projek, memberi pengetahuan selain menceriakan lagi suasana pada hari tersebut. Sehubungan dengan itu, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk membahagikan skop tugasan secara terperinci demi mencapai sasaran program dan memastikan program dapat dijalankan seperti yang dirancang. Selain itu, pembentukan ahli jawatankuasa juga memastikan agar semua ahli kumpulan melibatkan diri, memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang diberikan.

1.1Program ini adalah disasarkan untuk masyarakat Kg. Sungai Limau Dalam, Daerah Yan, Kedah. Program Kesihatan ini dilaksanakan di Klinik Kesihatan Sg. Limau Dalam, Yan, Kedah.2.0 RASIONALSecara khususnya program ini dijadikan sebagai satu landasan atauplatform untuk memperkenalkan Universiti Utara Malaysia sebagai sebuah universiti terulung, menjalinkan usaha sama antara pelajar dengan masyarakat serta pihak kesihatan. Ia juga memberi peluang kepada semua untuk melibatkan aktiviti-aktiviti yang diadakan, disamping itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan program ini sebagai satu aktiviti utama dalam menjaga kesihatan masyarakat.

Program ini dilaksanakan adalah untuk;

2.1Mengenali dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar unit pengajian luar kampus Kokurikulum pembangunan masyarakat 4 Universiti Utara Malaysia dengan Masyarakat Kg. Sungai Limau, Yan, Kedah.2.2Membentuk sikap Masyarakat yang sentiasa peka terhadap kesihatan.2.3Menjadikan program ini sebagai platform kepada mahasiswi menjalin kerjasama, merapatkan silatulrahim serta pendedahan tentang kaedah berurusan dengan badan-badan korporat serta pihak penganjur lain yang terlibat.2.5Memupuk nilai murni dalam diri mahasiswi agar sentiasa bersedia, untuk memberi sumbangan dari segi ilmu pengetahuan, tenaga dan buah fikiran.

3.0 OBJEKTIF Objektif program ini adalah untuk3.1 Untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kualiti hidup seluruh warga komuniti Sg Limau Dalam.3.2 Menerapkan amalan gaya hidup sihat dan aktif kepada warga komuniti.3.3 Membentuk semangat bekerjasama antara pelajar dengan jabatan kerajaaan, badan berkanun serta NGO.3.4 Mengeratkan hubungan anggota dengan masyarakat serta anggota dari jabatan kerajaan, badan berkanun serta NGO.3.5 Menggalakkan aktiviti riadah dan kecergasan sebagai satu ibadah.3.6 Mengimarahkan dan mempromosikan program kecergasan kepada masyarakat.3.7 Menghargai kesihatan diri dan alam sekitar.3.8 Mengalakkan seluruh anggota masyarakat untuk mengamalkan budaya hidup sihat.

PROGRAM PROGRAM KECERGASAN KOMUNITI SIHAT SEPANJANG HAYAT4.0AHLI JAWATANKUASA / JADUAL KERJAAktiviti yang akan dijalankan sebelum perlaksanaan tersebut adalah seperti berikut:4.1 Mesyuarat kali pertama untuk melantik jawatankuasa projek dan jawatankuasa kerja.4.2 Perlantikan pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, dan bendahari.4.3 Perlantikan ketua-ketua biro iaitu:

4.3.1Biro Protokol4.3.2Biro pendaftaran dan Perasmian4.3.3Biro Makanan

4.4 Membuat pembahagian tugas mengikut bidang tugas jawatankuasa yang telah dilantik.4.5 Biro Protokol akan berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah Yan serta Klinik Kesihatan Sungai Limau Dalam bagi membincangkan projek yang akan dilaksanakan.4.6 Biro Makanan mencari menu yang sesuai dan membuat tempahan makanan untuk jamuan sepanjang program dilaksanakan.4.7 Mengedarkan senarai semak setiap peincian mengenai pelaksanaan dan perjalanan program yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

5.0TARIKH DAN TEMPATTarikh:30 Januari 2013Hari:AhadTempat:Klinik Kesihatan Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah.

6.0AKTIVITI Antara aktiviti-aktiviti yang telah dirancang bersempena dengan Program Kecergasan Komuniti Sihat Sepanjang Hayat adalah seperti berikut:1. Taklimat ringkas tentang aktiviti kecergasan / Acara memanaskan badan.2. Senamrobik (Penyertaan seramai 25 orang wanita).3. Pameran Kesihatan.4. Bacaan Doa serta Ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis (Wakil orang tempatan Kg. Sungai Limau Dalam).5. Ceramah Kesihatan daripada Dr. Caren mengenai Non-Communicated Disease (Penyakit Tidak Berjangkit).6. Makanan disediakan (Sandwich).7. Pemeriksaan Kesihatan secara percuma (Penyertaan seramai 40 orang).8. Ceramah mengenai Menu Permakanan Sihat oleh Pegawai Kesihatan dari Jabatan Kesihatan Daerah Yan, Kedah.9. Makan tengahari dan Majlis bersurai.

7.0PESERTA Penyertaan peserta program adalah dijangkakan seramai 70 orang yang terdiri daripada masyarakat Kg. Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah.8.0PENGANGKUTAN

Para sukarelawan akan bergerak dari Universiti Utara Malaysia (Sintok) keYan, menggunakan kenderaan sendiri untuk sampai ke lokasi.

9.0JAWATANKUASA PENYELARAS

Penyelaras:Siti Aziroh Binti AbdullahUrusetia:Noorjamilah Tahirah binti AhmadPromosi/Jemputan/Siaraya: Nurhidayah binti SharikhJuadah/Hadiah:Nurul Ezzaty Binti IsmailLogistik/Keselamatan/Kebersihan:Nur`Aini Binti Mohd Isa

10.0PELAKSANAAN PROGRAM

Alhamdulillah berkat rahmat illahi yang memberikan limpahan rahmatnya ke atas kami sekalian, maka segala yang dirancangkan selama hampir 2 bulan sebelumnya, kini terlaksana. Kami mahasiswi-mahasiswi PLK UUM telah berjaya melaksanakanProgram Kecergasan Komuniti Sihat Sepanjang Hayat, bertempat di Klinik Kesihatan Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah dengan jayanya. Perancangan aktiviti program ini bermula dengan pembentukan sebuah kumpulan yang mengandungi kekuatan tenaga seramai 5 orang, Nama-nama mereka adalah seperti berikut:-

1Siti Aziroh Bt Abdullah ( 211102 )2Noorjamilah Tahirah Bt Ahmad ( 211053 )3Nurhidayah Bt Sharikh ( 211072 )4Nurul Ezzaty Bt Ismail ( 211076 )5Nur`Aini Bt Mohd Isa ( 211070 )

Pada kira-kira pukul 6.45 pagi empat ahli kumpulan PLK UUM, iaitu Siti Aziroh Binti Abdullah, Nurhidayah Binti Sharikh, Nurul Ezzaty Binti Ismail dan Noorjamilah Binti Ahmad telah bergegas ke Pejabat Kesihatan Daerah Yan, Kedah bagi menjemput tetamu jemputan ke lokasi pelaksanaan Program Kecergasan Komuniti Sihat Sepanjang Hayat di Klinik Kesihatan Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Sebaik-baik sahaja tiba di lokasi program, pada pukul 7.30 pagi, peserta untuk senamrobik mulai dikumpulkan untuk taklimat ringkas mengenai aktiviti kecergasan dan pada pukul 8.00 pagi acara memanaskan badan dilakukan. Pada pukul 8.15 pagi aktiviti senamrobik berlangsung dengan penyertaan seramai 25 orang. Pada pukul 9.00 pagi Pameran Kesihatan dimulakan. Pada pukul 9.15 pagi upacara pembacaan doa dan ucapan aluan daripada Pengerusi Majlis yang merupakan orang tempatan Kg. Sungai Limau Dalam. Pada pukul 9.30 pagi ceramah oleh Dr. Caren mengenai Non-Communicated Disease (Penyakit Tidak Berjangkit). Selepas itu peserta dijemput ke jamuan ringan. Sandwich disediakan. Pada pukul 10.30 pagi, pemeriksaan kesihatan secara percuma diadakan, dengan bantuan daripada pegawai-pegawai kesihatan yang terlibat. 40 orang penduduk tempatan Kg Sg Limau Dalam terlibat dengan pemeriksaan itu. Pada pukul 11.45 pagi, ceramah mengenai Menu Sihat daripada Pegawai Sains Pemakanan dimulakan. Tepat pukul 12.30 tengahari peserta dijemput untuk makan tengahari. Pada pukul 1.00 tengahari majlis bersurai.

11.0LAPORAN KEWANGAN

11.1PENDAPATANKutipan Ahli UUM 5 x RM 50 RM250.00Sponsor PeribadiRM150.00JUMLAHRM400.00

11.2JUMLAH PERBELANJAANMakan/minum ( RM 3 x 100 )RM 300.00Bayaran Instruktor Senamrobik (1 jam/1 sesi)RM 50.00Cendera mata Penceramah(1)RM30.00JUMLAHRM380.00JUMLAH KESELURUHANRM380.00

12.0SYOR DAN PENAMBAHBAIKANSetelah Program ini berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang, pastinya mana-mana program yang dijalankan boleh dibuat penambahbaikan pada masa akan datang sekiranya program-program seumpama ini diadakan kelak. Diantara syor-syor tersebut adalah :

13.1Menambah jumlah peserta supaya lebih ramai yang dapat menyertai program kemasyarakatan seperti ini.13.2Pihak universiti perlulah menambah peruntukan atau sumbangan kepada mahasiswa supaya tiada kekangan dalam perbelanjaan untuk menjalankan aktiviti kemasyarakatan.

13.0 LAMPIRANGAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM DIADAKAN

13.1: LOKASI KLINIK KESIHATAN SG. LIMAU DALAM, YAN, KEDAH 13.2: PERSEDIAAN UNTUK PROGRAM SENAMROBIK

13.3: ACARA MEMANASKAN BADAN

13.4: ACARA SENAMROBIK BERMULA

13.5: PAMERAN KESIHATAN

13.6: BACAAN DOA DAN UCAPAN ALUAN OLEH PENGERUSI MAJLIS

13.7: CERAMAH KESIHATAN OLEH DR. CAREN

13.8: JAMUAN RINGAN

13.9: PEMERIKSAAN KESIHATAN SECARA PERCUMA

13.10: CERAMAH MENU SIHAT

23