laporan keseluruhan karnival permainan tradisional 1

7
LAPORAN KESELURUHAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL NAMA : DEVAKI SUBRAMANIAM KUMPULAN : PPG/PJK KOHOT 2 HARI : JUMAAT TARIKH : 18 APRIL 2014 MASA : 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI 1.0 PENGENALAN Permainan tradisional merupakan satu permainan yang menarik dan unik. Oleh demikian bagi menjaga keaslian dan mengekalkan warisan budaya ini, maka adalah menjadi tanggungjawab bersama menjaga dan memeliharanya. Salah satu cara untuk membantu agar warisan budaya permainan ini tidak hilang ditelan arus pembangunan yang semakin pesat, maka Karnival Permainan Tradisional wajar di laksanakan dalam membantu mengekalkan hasil warisan yang ditinggalkan oleh datuk moyang kita dahulu. Oleh demikian melalui mata pelajaran PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan telah mengadakan Karnival Permainan Tradisional ini sebagai satu tugasan yang termaktub dalam Por forma mata pelajaran ini. Justeru itu saya amat berbangga dan gembira kerana diberi peluang merasai sendiri menguruskan dan menjalankan Karnival Permainan Tradisional bersama-sama rakan-rakan yang lain.

Upload: devaki-subramaniam

Post on 18-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

LAPORAN KESELURUHAN KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL

NAMA: DEVAKI SUBRAMANIAMKUMPULAN: PPG/PJK KOHOT 2HARI : JUMAATTARIKH: 18 APRIL 2014MASA: 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI

1.0 PENGENALANPermainan tradisional merupakan satu permainan yang menarik dan unik. Oleh demikian bagi menjaga keaslian dan mengekalkan warisan budaya ini, maka adalah menjadi tanggungjawab bersama menjaga dan memeliharanya. Salah satu cara untuk membantu agar warisan budaya permainan ini tidak hilang ditelan arus pembangunan yang semakin pesat, maka Karnival Permainan Tradisional wajar di laksanakan dalam membantu mengekalkan hasil warisan yang ditinggalkan oleh datuk moyang kita dahulu. Oleh demikian melalui mata pelajaran PJM3112 Pengurusan dan Pentadbiran Jasmani dan Sukan telah mengadakan Karnival Permainan Tradisional ini sebagai satu tugasan yang termaktub dalam Por forma mata pelajaran ini. Justeru itu saya amat berbangga dan gembira kerana diberi peluang merasai sendiri menguruskan dan menjalankan Karnival Permainan Tradisional bersama-sama rakan-rakan yang lain. Kebaikan dalam mata pelajaran ini memilih untuk melaksanakan Karnival permainan Tradisional ini ialah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mengenal jenis-jenis permainan tradisional yang terdapat di Malaysia. Oleh demikian ada juga kelemahan dalam mengadakan karnival ini iaitu permainan ini tidak dipertandingkan disekolah walaupun di peringkat sekolah. Oleh demikian saya tidak dapat mengaplikasikannya disekolah. Ia sekadar memberi impak yang besar dalam pengurusan dan pentadbiran sukan disekolah. Bagi penambahbaikannya ialah dapat membuat satu karnival permainan sukan yang terdapat disekolah contohnya bola sepak, bola jaring dan sebagainya. Karnival Permainan Tradisional telah dijalankan pada 18 April 2014 pada pukul 8.30 pagi dipadang SK Taman Daya 3. Karnival ini dikunjungi oleh pensyarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim iaitu En. Sallehuddin bin Ibrahim dan Tuan Syed Muhd Kamal bin Syed Abu Bakar , Pensyarah dari IPG Kampus Tun Hussien Onn iaitu Pn. Melati binti Yaacob dan Guru Besar SK Taman Daya 3. 2.0 SEBELUM KARNIVALBagi melaksanakan Karnival ini, satu mesyuarat induk kali pertama telah diadakan pada 4 April 2014 bertempat di bilik kuliah IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Implikasi dari mesyuarat yang telah dijalankan maka wujud sayu pasukan kerja pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini. Kebaikan yang saya perolehi dari sini adalah, dimana semua ahli terlibat sebagai ketua setiap jawatankuasa. Ini dapat menunjukkan kemampuan kepimpinan dan tanggungjawab yang diberikan dalam melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan. Ini merupakan pengalaman yang perlu kita rebut, Saya berasa amat gembira sekali apabila di pilih menjadi penyelaras dalam melaksanakan Karnival Permainan Tradisional ini. Walaupun agak berat jawatan yang diberikan namun saya ambilnya sebagai satu cabaran dalam diri saya. Saya bersyukur dapat memimpin dan mentadbirnya dengan baik. Namun demikian terdapat juga kelemahan semasa sebelum karnival permain Tradisional ini dijalankan antaranya terdapat jawatankuasa yang tertinggal tidak di masukan dalam melaksanakan karnival ini ialah Jawatankuasa Backdrop. Oleh demikian ianya dapat di selesaikan dengan baik, dimana saya dan rakan serta merta mencari kad manila untuk membuat backdrop yang mudah. Saya juga agak terkejut apabila mendapati murid-murid yang hadir sebagai peserta cuma 30 orang tetapi sepatutnya 40 orang murid. Namun saya dan rakan-rakan nekad untuk memulakan carnival dengan bilangan murid yang hadir. Selain itu, saya dan rakan-rakan juga berkumpul di SK Taman Daya 3 sehari sebelum Karnival untuk membuat persiapan tempat dan gelanggang untuk permainan tradisional. Disinilah saya lihat sikap kerjasama yang erat dalam kumpulan ini, tanpa mengira masa demi mencapai objektif Karnival permainan ini. Terharu saya melihat rakan-rakan yang bertungkus lumus menyiapkan persedian tempat. Bagi membuat penambahbaikan karnival permainan tradisional ini satu senarai semak perlu disediakan untuk memastikan tiada jawatankuasa kecil pelaksaan yang tertinggal pada masa akan datang.

3.0 SEMASA KARNIVALJam menunjukan 7.15 pagi, semua ahli telah berkumpul dipadang bagi membuat persiapan terakhir bagi mengadakan Karnival permainan ini.Karnival ini dimulakan pada pukul 8.30 pagi. Seterusnya pembukaan permainan tradisional dimulakan dengan permainan Jentik Getah. Semasa permainan ini dijalankan terdapat kelemahan dari segi pengurusan dimana kawasan permainan dan kawasan penonton terlalu dekat. Ini akan menyebabkan penambah kawasan penonton perlulah berjauhan dari kawasan permainan. Dari segi kebaikannya adalah dapat diuruskan dengan lancar dan meriah.Sebanyak 5 tempat permainan ketinting telah dibuat. Beberapa orang guru telah menunjukkan demo bagaimana cara untuk bermain ketinting. Kebaikannya kawasan yang dipilih amat bersesuaian. Manakala kelemahan yang dilihat adalah dari sudut peralatan yang digunakan iaitu gundu yang digunakan adalah sama dan menyebabkan murid-murid agak keliru.Semua guru,PPG, murid-murid dan pensyarah menikmati jamuan makan dan berehat seketika. Seterusnya permainan Sepak Raga Bulatan dan Baling Selipar dimulakan. Kebaikannya penerangan yang jelas dan mudah difaham oleh peserta. Kelemahannya masa yang banyak telah diambil untuk menghabiskan permainan baling selipar. Permaian seterusnya ialah Kabbadi dan Rampanau. Saya amat gembira sekali apabila melihat permainan ini dimainkan oleh murid-murid. Inilah pengalaman mereka kali pertama bermain Kabbadi. Kebaikan dari permainan ini ialah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam permainan Kabbadi ini yang jarang dimainkan pada zaman sekarang ini. Kelemahan yang ketara sekali ialah murid tidak berapa jelas tentang penerangan permainan tersebut. Bagi penambahbaikan, demo permainan perlulah dilakukan dengan jelas. Manakala bagi permainan Rampanau murid-murid tidak mahir bermain walaupun guru menunjukkan demo beberapa kali. Walaubagaimanapun, permainan tradisional rampanau terpaksa diberhentikan kerana hujan lebat. Selesai sahaja semua permainan tradisional dijalankan, majlis penyampain hadiah telah dijalankan. Hadiah telah di sampaikan oleh Pn. Melati binti Yaacob dan Guru Besar SK Taman Daya 3. Majlis tersebut dapat dijalankan dengan lancar. Tepat jam 12.00 tengahari majlis tamat dan semua peserta bersurai. 4.0 SELEPAS KARNIVALSelesai sahaja penyampaian hadiah semua peserta berkumpulan dan mendengar taklimat dari pengerusi. Pengerusi membahagikan kumpulan untuk membersihkan kawasan Karnival dijalankan. Saya berasa terharu dengan komitmen yang diberikan oleh semua jawatankuasa dalam mengemas semula kawasan yang telah digunakan. Kebaikan yang diperolehi dari aktiviti selepas karnival ialah kerjasama yang erat dalam mengemas walaupun ada jawatankuasa Kebersihan yang telah dilantik. Semua alatan telah dipulangkan ketempat asal.

5.0 CADANGANHarapan saya pada karnival permaianan tradisional akan datang dapat dijalankan di sekolah, dimana yang terlibat untuk permainan tersebut dimainkan oleh murid saya sendiri. Selain itu setiap aktiviti yang dilaksanakan perlulah ada senarai semak bagi memastikan semua tugasan dan keperluan dapat disediakan dan dijalankan dengan baik. Ini bagi memastikan sesuatu majlis itu dapat berjalan dengan lancar. Dari segi jawatankuasa,keperluan jawatan penaung dan penasihat perlulah ada dalam jawatankuasa induk. Selain itu dapatlah kiranya pada masa akan datang semua permain tradisional ini dapat dipertandingkan agar merasai sendiri suasana bermain dalam situasi pertandingan agar lebih meriah lagi.

Disediakan Oleh:.( DEVAKI SUBRAMANIAM )Setiausaha,Karnival Permainan Tradisional.