laporan kepimpinan pengawas 2015

7
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU 42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN LAPORAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS PENGAWAS PUSAT SUMBER KETUA KELAS PENOLONG KETUA KELAS JK UNIT UNIFORM DAN KELAB ANJURAN BERSAMA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT KOKURIKULUM PUSAT SUMBER TARIKH / HARI 15 APRIL 2015 ( RABU ) TEMPAT DEWAN AUDITORIUM PUSAT ANGKASA NEGARA, JALAN TURI, BANTING

Upload: nurmiefahmy

Post on 10-Apr-2016

43 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kepimpinan Pengawas 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KELAMBU42700 BANTING SELANGOR DARUL EHSAN

LAPORANKURSUS KEPIMPINAN

PENGAWASPENGAWAS PUSAT SUMBER

KETUA KELASPENOLONG KETUA KELAS

JK UNIT UNIFORM DAN KELAB

ANJURAN BERSAMAUNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

UNIT KOKURIKULUMPUSAT SUMBER

TARIKH / HARI15 APRIL 2015 ( RABU )

TEMPATDEWAN AUDITORIUM PUSAT ANGKASA NEGARA,

JALAN TURI, BANTING

Page 2: Laporan Kepimpinan Pengawas 2015

1.0 PENDAHULUAN

Pengawas sekolah adalah murid terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian disiplin murid ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap mata dan telinga sekolah. Pengawas juga adalah murid, mereka memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan.

Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Para pengawas juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh murid itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka.

2.0 RASIONAL

Melahirkan pemimpin yang menghayati sikap dan nilai-nilai murni dan positif untuk kepentingan bersama iaitu keluarga, masyarakat dan Negara. Pemimpin juga diharapkan mempunyai semangat bekerja secara berpasukan dan sedia memberikan kerjasama kepada sesiapa sahaja yang berperanan dalam bidang pentadbiran sekolah dan pengurusan disiplin.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pengawas dapat:

3.1.1 Mengenal diri sendiri sebagai seorang pengawas dan mengenali kawan- kawan.

3.1.2 Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.3.1.3 Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul.3.1.4 Mewujudkan kumpulan pengawas yang bekerja di dalam satu pasukan.3.1.5 meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak.3.1.6 Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.3.1.7 Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak

sekolah.3.1.8 Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

4.0 SASARAN

4.1 Peserta Kursus Kepimpinan ini terdiri daripada pengawas dan juga mereka yang berperanan sebagai pemimpin dalam organisasi sekolah.

4.2 Jumlah penyertaan murid adalah seramai 100 orang.

Page 3: Laporan Kepimpinan Pengawas 2015

5.0 JK PELAKSANA

Penasihat : Pn Zaiton binti Othman ( GB )

Pengerusi : Pn Mimi Hairani binti Mansor ( GPK HEM )

Naib Pengerusi : En Abd Majid bin Hashim ( GPK KURIKULUM ) Pn Honimah binti Banuri ( GPK KO KURIKULUM)

Penyelaras : Pn Norazah binti Ahmad Markeh Setiausaha : Pn Nurulfadillah binti Jais Pendaftaran : Pn Nurulfadillah binti Jais

Pengacara Majlis : En Muhammad Muzamil bin Boriak

Bacaan Doa : Ustaz Hasnurol bin Hashim

Jamuan : Pn Noridah binti Hashim Pn Siti Azizah binti Muhammad

Backdrop & Tempat : En Ahmad Faidz bin Ahmad Fuad

Cenderahati Penceramah : Pn Suziyana binti Buyanin

Sijil : Pn Fauzilah binti Roslan Pn Norhawa binti Ahmad Ahsan

Buku Aturcara : Pn Noraini binti Hassim

Dokumentasi : Pn Norazah binti Ahmad Markeh

Kebersihan & Keselamatan : En Hasnurol bin Hashim

Kawalan Displin : En Ahmad Faidz bin Ahmad Fuad

Page 4: Laporan Kepimpinan Pengawas 2015

6.0 TENTATIF PROGRAM 8.00 pg : Pendaftaran Peserta 8.15 pg : Taklimat Program

8.30 pg : Ceramah 1 : Motivasi Diri Sebagai Pemimpin

10.00 pg : Rehat

10.30 pg : Ceramah 2 : Tugas dan Tanggungjawab Pemimpin

12.00 tgh : Rumusan dan Penilaian

12.30 tgh : Majlis Penutup

1.00 tgh : Bersurai

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA NILAI (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)Minum pagi 2.00 100 200.00Makan tengah hari 4.00 100 400.00Fail 1.00 100 100.00Buku 2.00 100 200.00Pen 1.00 100 100.00

JUMLAH KESELURUHAN 1000.00

8.0 SUMBER KEWANGAN 1. Unit Bimbingan dan Kaunseling = RM 400.00

2. Unit Kokurikulum = RM 400.00

3. Pusat Sumber = RM 200.00

Jumlah = RM 1000.00

Page 5: Laporan Kepimpinan Pengawas 2015

9.0 PENUTUP

Kursus Kepimpinan ini telah berjaya dijalankan dengan penyertaan seramai 34 orang pengawas sekolah, 25 orang pengawas pusat sumber, 14 orang ketua dan penolong ketua kelas dan 14 orang jawatankuasa kelab dan unit beruniform.

Dengan selesainya Kursus Kepimpinan ini, menunjukkan bahawa program yang dirancang telah berjalan dengan jayanya. Secara keseluruhannya, program yang diatur ini telah mencapai objektif yang telah disasarkan iaitu menanam sifat kepimpinan di kalangan peserta kursus.

Semoga dengan kejayaan program ini, akan menjadi panduan dan rujukan pada masa akan datang. Diharap agar pemimpin dikalangan murid SKSK dapat menanamkan semangat kepimpinan yang tinggi demi mencapai kegemilangan dan kecemerlangan yang melibatkan sahsiah dan nilai murni pada masa akan datang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………… ……………………………….( PN NURULFADILLAH BT JAIS ) SETIAUSAHA UNIT PENGAWAS SK SG KELAMBU

Disahkan oleh,

………………………………

Page 6: Laporan Kepimpinan Pengawas 2015