laporan kejohanan bola sepak - copy - copy

11
LAPORAN KEJOHANAN BOLA SEPAK IPG KAMPUS RAJA MELEWAR TAHUN 2014 Pada 24 Ogas 2014, satu kejohanan Bola Jaring peringkat IPG Kampus Raja Melewar. Pada 24 Julai satu perjumpaan telah di adakan antara pensyarah pembimbing kami iaitu En.Azullhaimi bin Ahmad dan Cik.Hapidah Binti AB Razak bersama dengan PJK SJK (T) dengan PJK SK.Kami membincangkan mengenai butiran pelaksanaan kejohanan tersebut.PJK SJK(T) ditugaskan untuk mengandalikan satu kejohanan Bola jaring tertutup yang dibimbing oleh Ciik.Hapidah Binti AB Razak dan kumpulan PJK SK pula dikehendaki mengendalikan kejohanan Bola Sepak tertutup peringkat IPG Kampus Raja Melewar yang telah dibimbing oleh En. Azullhaimi bin Ahmad. Pelaksanaan kejohanan ini bertujuan bagi memenuhi kehendak kursus PJM 3109 iaitu khusus bagi unit Major Pendidikan Jasmani dan Kesihatan semester 3 yang menduduki program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).Antara objektif perlaksanaan kejohanan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran secara berkumpulan dan menerapkan nilai kerjasama antara satu kumpulan dengan yang lain. Selain itu memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk melaksanakan perancangan yang dirancang dengan kaedah yang dirasakan bersesuaian di samping menerapkan kebolehan menilai kelemahan dan kekuatan serta membuat penambahbaikan terhadap program yang dirancang.

Upload: thilagess-devarajoo

Post on 26-Dec-2015

86 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laproran ini akan membantu kepada semua guru.

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Kejohanan Bola Sepak - Copy - Copy

LAPORAN KEJOHANAN BOLA SEPAK

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR TAHUN 2014

Pada 24 Ogas 2014, satu kejohanan Bola Jaring peringkat IPG Kampus Raja

Melewar. Pada 24 Julai satu perjumpaan telah di adakan antara pensyarah

pembimbing kami iaitu En.Azullhaimi bin Ahmad dan Cik.Hapidah Binti AB Razak

bersama dengan PJK SJK (T) dengan PJK SK.Kami membincangkan mengenai

butiran pelaksanaan kejohanan tersebut.PJK SJK(T) ditugaskan untuk

mengandalikan satu kejohanan Bola jaring tertutup yang dibimbing oleh

Ciik.Hapidah Binti AB Razak dan kumpulan PJK SK pula dikehendaki

mengendalikan kejohanan Bola Sepak tertutup peringkat IPG Kampus Raja Melewar

yang telah dibimbing oleh En. Azullhaimi bin Ahmad.

Pelaksanaan kejohanan ini bertujuan bagi memenuhi kehendak kursus PJM

3109 iaitu khusus bagi unit Major Pendidikan Jasmani dan Kesihatan semester 3

yang menduduki program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).Antara objektif

perlaksanaan kejohanan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran secara

berkumpulan dan menerapkan nilai kerjasama antara satu kumpulan dengan yang

lain. Selain itu memberi peluang dan ruang kepada pelajar untuk melaksanakan

perancangan yang dirancang dengan kaedah yang dirasakan bersesuaian di

samping menerapkan kebolehan menilai kelemahan dan kekuatan serta membuat

penambahbaikan terhadap program yang dirancang.

Pada 23 Julai satu perjumpaan diadakan di Astaka ,Ipg kampus Raja

Melewar yang melibatkan kehadiran semua pelajar pendidikan jasmani yang terdiri

daripada ahli kumpulan Bola Jaring dan juga termasuk separuh daripada unit

Pendidikan Jasmani PJK Sk iaitu ahli kumpulan bola sepak bagi tujuan pelantikan

ahli jawatankuasa.Seramai 30 orang tenaga kerja telah diagihkan tugasan mengikut

ahli jawatankuasa masing-masing hasil daripada perbincangan . Pengerusi bagi

pertandingan bagi pertandingan bola sepak dan bola jarring adalah Ramah A/P

Simanjalam .Saya telah memegang jawatan sebagai dokumentasi bagi

pertandingan bola jaring dan juga Kalaimangai dari PJK SJK(T) menjadi

dokumentasi bagi pertandingan bola sepak bagi Kejohanan Bola Sepak dan Bola

Page 2: Laporan Kejohanan Bola Sepak - Copy - Copy

Jaring peringkat IPG Kampus Raja Melewar.Oleh yang demikian dengan

tanggungjawab yang telah diamanahkan , Saya berusaha melaksanakan tugas saya

menankap gambar sebelum semasa dan selepas pertandingan bola

jaring.Pengerusi dan naib pengerusi pula memastikan kami melaksanakan tugasan

kami dengan betul dan sempurna. Walaupun semua sibuk dengan tugasan dan

aktiviti masing-masing namun setiap ahli jwatankuasa telah diingatkan untuk

memberi komitmen dalam melaksanakan tugas dengan baik supaya perjalanaan

pelaksanaan kejohanan tersebut berjalan dengan lancar.

Pada 28 Julai 2014, perjumpaan yang seterusnya telah diadakan yang

dipengerusikan oleh saudari Ramah A/P Simanjalam bertujuan untuk merujuk

kembali bidang tugas setiap ahli jawatankuasa bagi mengelakkan salah faham dan

kepincangan semasa mengelolakan kejohanan serta memastikan setiap ahli

jawatankuasa melakukan tugasan mengikut bidang masing-masing. Selain itu,

tujuan perjumpaan kali ini adalah untuk melaporkan perkembangan tugasan yang

telah dilakukan mengikut ahli jawatanjuasa masing-masing. Saya mengambil boring

meminjam kamera dan diserahkan kepada Teknopen.Berkesempatan dengan itu,

hasil daripada perbincangan bersama persetujuan telah dilakukan oleh semua ahli

jawatankuasa bola sepak untuk membayar sebanyak RM10 setiap seorang.

Manakala bayaran sebanyak RM20 telah ditetapkan kepada setiap pasukan yang

menghantar penyertaan bagi menampung perbelanjaan kejohanan bola jaring.

Yuran keahlian dan Penyertaan telah dikutip oleh bendahari iaitu saudara Prakesh

Rao A/L ganapathy selaku bendahari kejohanan Bola Sepak Sebelah Tertutup

IPGK Raja Melewar bagi tahun 2014.

Kemudiannya pada 20 Ogas 2014, semua ahli jawatankuasa kejohanan bola

sepak dipanggil untuk bermesyuarat sekali lagi bagi menerangkan perkembangan

bidang tugas yang telah dilakukan. Perjumpaan diadakan secara berkala ini penting

bagi memudahkan kami , jawatankuasa tertinngi memantau perkembangan kerja

yang telah dilakukan oleh setiap ahli jawatankuasa pelaksana dan memberi ruang

untuk ahli jawatankuasa berbincang sekiranya berlaku permasalahan atau

penambahbaikan. Persediaan perlulah dilakukan dengan rapid an disempurnakan

dalam kadar yang segera memandangkan tarikh kejohanan tidak dapat ditetapkan

secara muktamad dan sering bertukar-tukar atas kekangan-kekangan yang tidak

dapat dielakkan di samping memandangkan jadual kami yang terlalu padat dengan

Page 3: Laporan Kejohanan Bola Sepak - Copy - Copy

program dan kuliah. Perjumpaan terakhir telah diadakan pada petang 23 Ogas 2014

bertempat di Astaka selepas aktiviti orienteering sebagai medium bagi melaporkan

persiapan terakhir yang telah dilakukan oleh setiap ahli jawatankuasa berkaitan

dengan hari kejohanan Bola jaring Sebelah Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar

bagi tahun 2014. Perjumpaan pada malam tersebut bertujuan bagi menyediakan

persiapan tempat dan peralatan bagi kejohanan Bola jarring Sebelah Tertutup

peringkat IPGK Raja Melewar yang akan berlangsung pada keesokan harinya.

harinya. Persediaan awal ini penting bagi mengelakkan kelewatan dan berlakunya

kesulitan semasa kejohanan berlangsung.

Pada hari kejohanan,semua ahli jawatankuasa telah melakukan persiapan

terakhir sebelum pertandingan bermula bagi memastikan semuanya berjalan lancar

dan saya juga turut membantu ahli jawatankuasa pelaksana yang lain melakukan

persiapan memandangkan tidak banyak tugasan yang perlu dilakukan pada masa

tersebut. Sepanjang kejohanan berlangsung, pengerusi bersama ahli jawatankuasa

tertinggi .Saudara Manivasagam mengikat jala jarring pada pagi tersebut.sentiasa

memantau tugasan setiap ahlijawatankuasa dan kelancaran kejohanan tersebut

agar mengikut masa yang telah ditetapkan. Antara pasukan yang telah menghantar

penyertaan. Keputusan keseluruhan kejohanan Bola jaring 9 Sebelah Tertutup

peringkat IPGK Raja Melewar di mana johan telah disandang oleh Pelajar PPISMP

PJK semester 1 iaitu senior saya., naib johan pula disandang oleh pasukan PISMP

PJK semester 1dan tempat ketiga telah dimenangi oleh unit PISMP PJK SK

semester 3. Selain itu, terdapat cenderamata tambahan bagi pemain keseluruhan

terbaik dan penjaring terbanyak telah disediakan. Kejohanan berakhir dalam

lingkungan pukul 1 petang dan program diteruskan dengan majlis penutup yang

dirasmikan oleh pensyarah pembimbing kami sendiri iaitu Encik Azulhaimi bin

Ahmad. Pada hari tersebut pensyarah pembimbing saya tidak dapat hadir ke

pertandingan tersebut kerana beliau terpaksa pergi ke Kelantan untuk program

Inovasi. Selesai sahaja kejohanan Bola jaring Sebelah dan kejohanan Bola sepak

Tertutup peringkat IPGK Raja Melewar, satu postmortem telah diadakan yang

melibatkan dua kumpulan besar sebaik sahaja tamat majlis penutupan. Melalui

postmortem tersebut, pelbagai reaksi telah diberikan daripada pelbagai pihak. Ada

Page 4: Laporan Kejohanan Bola Sepak - Copy - Copy

yang meluahkan rasa hati , ada juga yang memberikan pendapat dan pandangan

serta tidak kurang juga ada yang memberikan kritikan.

Antara kekuatanyang telah ditunjukkan sapanjang saya dan rakan-rakan

menganjur dan mengelolakan kejohanan ini berlangsung, semangat Berkerjasama

dan toleransi antara kumpulan kami dan kumpulan bola sepak. Walaupun kami sibuk

dan sedikit keletihan dengan tugasan dan program yang banyak namun kami

berusaha memberi komitmen dengan dengan baik supaya pengurusan kejohanan ini

berjalan dengan lancar. Melalu kejohanan seperti ini, ia memberikan kami satu

ruang dan peluang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain

sama ada antara penganjur , peserta mahupun pensyarah yang secara tidak

langsung mengeratkan silaturahim antara kami. Sememangnya pelaksanaan

kejohanan seperti ini menyerlahkan lagi kepentingan menerapkan nilai-nilai norma

bermasyarakat atau berkumpulan. Selain itu, kami dapat mengeratkan silaturahim

antara ahli dalam unit secara individunya, kejohanan Bola jaring Sebelah Tertutup

peringkat IPGK Raja Melewar tahun 2014 ini telah memberikan saya satu

pengalaman dan pengetahuan dalam mengendalikan satu kejohanan yang

sememangnya sukan dominan bagi golongan perempuan. Sedikit sebanyak, saya

telah menimba ilmu yang berkait rapat dengan sukan bola jaring misalnya dari sudut

undang-undang bola jaring. Malahan, ia juga memberikan saya peluang untuk

meluaskan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang pengurusan serta

pelaksanaan dan secara tidak langsung memberikan manfaat yang besar kepada

saya untuk mengaplikasikan ilmu seperti ini apabila memasuk profesion keguruan

yang sebenar kelak.

Pada masa itu, saya berpeluang untuk menguji tahap kepimpinan saya dalam

mengurus dan mengelolakan sesuatu kejohanan atau program. Melalui kejohanan

seperti ini juga, saya dapat menilai kemahiran kendiri saya misalnya kemampuan

dan gaya interaksi social saya bersama-sama ahli jawatankuasa yang lain.

Seterusnya, pelaksanaan kejohanan seperti ini bukan sahaja mendatangkan

manfaat kepada penganjur malah juga kepada peserta. Aktiviti seperti ini telah

memberikan peluang dan ruang kepada para peserta untuk mencungkilkan bakat

dan mengasah kemahiran di samping mengamalkan gaya hidup sihat mealui

Page 5: Laporan Kejohanan Bola Sepak - Copy - Copy

bersukan. Malah, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para peserta sangat

tinggi di mana matlamat bertanding untuk menang namun nilai-nilai murni masih

diterap dan diamalkan oleh setiap peserta yang bertanding.

Kelemahan yang ditunjukkan sepamjang kejohanan ini antaranya ialah

berlaku sedikit perbalahan antara kumpulan bola jaring dan kumpulan bola sepak

berpunca daripada salah faham. Perbalahan ini berlaku dilihat berpunca daripada

sikap sesetengah ahli jawatankuasa yang mengambil sikap ‘melepaskan batuk di

tangga’ terhadap bidang tugasnya dan tiada usaha atau pencerahan diberikan

kepada ahli jawatankuasa yang lain. Kepincangan ini berlaku apabila sebahagian

daripada ahli kumpulan yang seharusnya melaksanakan tugas yang sepatutnya

tidak mengikuti perkembangan tugasan tersebut memandangkan ini kejohanan

bersama. Ditambahkan pula dengan sikap sesetengah ahli jawatankuasa yang lebih

gemar menunding jari berbanding bersama-sama membantu menyelesaikan

masalah dan berkongsi pendapat menyebabkan keadaan bertambah tegang. Selain

itu, pengagihan tugasan memandangkan kejohanan bola sepak dan bola jaring

dikehendaki untuk berkerjasama dalam melaksanakan kejohanan tersebut.

Kesannya wujudlah parasit-parasit yang hanya menumpang nama atas kertas

manakala tugasan mereka diselesaikan oleh ahli yang lain di samping berlakunya

pertindihan kerja antara kedua-dua buah kumpulan besar ini. Malahan, tarikh

pertandingan juga dilihat tidak sesuai kerana tidak banyak pasukan yang telah

menghantar penyertaan atas faktor kesibukan dengan program dan tugasan masing-

masing di samping masalah sumber air yang dihadapi oleh IPGK Raja Melewar

menyebabkan ramai pelajar telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung

halaman.

Pemilihan tarikh dikatakan tidak bersesuaian adalah kerana pada ketika itu

merupakan pertengahan semester yang kita sedia maklum merupakan waktu

rancaknya pelaksanaan program daripada luar atau ipg sendiri yang sememangnya

merupakan bulan yang sibuk bagi pelajar- pelajar IPG sama ada dari sudut

penglibatan mahupun pengurusan dan ditambahkan lagi dengan musim tugas

(assignment). Manakala pada sesi postmortem, saya mendapati tidak ramai yang

mahu berkerjasama dalam menyuarakan pendapat atau meluahkan rasa tidak puas

hati masing-masing namun mereka lebih gemar utk memendam dan meluahkannya

di belakang. Setelah hampir tiga tahun kami melibatkan diri dalam pengelolakan dan

Page 6: Laporan Kejohanan Bola Sepak - Copy - Copy

pengurusan, sikap sperti inilah antaranya punca selalu berlakunya perbalahan

antara kami kerana tidak ramai yang mahu berterus terang dan yang lebih

menyedihkan tidak sampai separuh antara kami yang mengambil serius dalam

membincangkan permasalahan dan cuba mencari jalan penyelesaian secara

bersama dan adil. Sememangya perkara sebegini merupakan salah satu

permasalahan yang konkrit dan sentiasa berlaku setiap berlaku terutamanyaapabila

kami diberikan tanggungjawab dalam mengurus dan mengelolakan sesuatu

program kerana hakikatnya hal sebegini akan berbalik dan bergantung kepada

individu itu sendiri untuk mengawal dan menguruskan kemahiran kendirinya.

Keseluruhanya, kami memang jarang mendapatkan keputusan bersama secara

positif memandangkan antara kami lebih gemar mengambil langkah untuk membisu

dan membunyi di belakang walaupun isu ini sentiasa menjadi teguran mentor kami

yang terdahulu iaitu Tuan Haji Halim.

Antara cadangan yang dapat saya utarakan berdasarkan pelaksanaan

sepanjang kejohanan seperti ini antaranya ialah sebelum kejohanan setiap kali

jawatankuasa yang telah dilantik perlu meneliti dan merujuk bidang tugas terlebih

dahulu. Setiap ahli jawatankuasa kecil terutamanya boleh merujuk kepada pengerusi

atau naib pengerusi di samping pensyarah pembimbing itu sendiri. Ini penting bagi

mengelakkan berlakunya pelaksanaan kerja yang bertindan atau sebaliknya

seterunya bagi mengelakkan sebarang masalah gangguan dalam proses

melancarkan perjalanan pelaksanaan kejohanan tersebut. Selain itu, meluaskan lagi

skop pelaksanaan kejohanan di mana kita boleh membuka penyertaan daripada

institut-institut pengajian tinggi atau kole-kolej di sekitar Seremban serta institut-

institut perguruan di seluruh Malaysia.

Memandangkan kejohanan ini dilaksanakan secara gabungan jadi

perjumpaan antara kedua-dua kumpulan perlu diadakan secara berkala bagi

memastikan satu perbincangan secara bersama dapat dilakukan di samping dapat

mencari keputusan yang sepakat . Manakala, ahli jawatankuasa tertinggi antara

kedua-dua belah kumpulan haruslah bersepakat dan ber kerjasama untuk tegas

dalam mengingatkan setiap ahli jawatankuasa pelaksana melaksanakan bidang

tugas masing-masing dan mengambil kira untuk mengambil tindakan bagi yang

mereka yang mengingkari arahan dengan persetujuan pensyarah pembimbing

terlebih dahulu. Sikap ketua bagi semua jawatankuasa perlulah menerangkan

Page 7: Laporan Kejohanan Bola Sepak - Copy - Copy

terlebih dahulu skop –skop tugas mengikut fasa-fasa seperti sebelum, semasa dan

selepas kejohanan kepada ahli-ahli yang lain dengan jelas dan terang. Mungkin

juga selepas itu , ketua bagi setiap jawatankuasa akan melaporkan secara terperinci

mengenai perkembangan bidang tugas yang telah dilakukan. Tambahan juga, setiap

ahli jawatankuasa boleh mengadakan satu senarai lengkap mengenai perkara-

perkara yang perlu dilakukan mengikut fasa-fasa pelaksanaan kejohanan. Akhir

sekali, pada waktu postmortem diadakan setiap ahli jawatankuasa dikehendaki atau

diwajibkan untuk memberikan laporan selepas tamat sesuatu kejohanan.

Page 8: Laporan Kejohanan Bola Sepak - Copy - Copy